Rabu, 5 April 2017

Link Building Untuk Detik Instax

Sekarang ni Detik Instax bukan saja ada instagram dan juga facebook tapi sudah blog sendiri. Aku buat blog ni dalam 2 minggu lepas dan bila dah ada beberapa post kat dalam tu, aku mula buat link building untuk memastikan blog tersebut tersenarai di carian google.

Hari ni bila aku buat carian di google dengan keyword detik instax, blog tersebut dah ada dalam senarai carian. Walaupun sudah ada dalam senarai carian, tapi kedudukan masih di nombor 4 dalam senarai tersebut.



Target aku untuk meletakkan link blog dan keyword detik instax di senarai no 1 kerana blog tersebut lebih banyak mengandungi segala info mengenai pakej yang disediakan. Jadi kalau ada pelanggan yang baru pertama kali nak order, mereka boleh rujuk segala info di blog tersebut.

Bercakap pasal link building ni bukannya satu kerja mudah. Ia memerlukan kesabaran dan konsisten dalam proses ni. Buat masa ni aku blogwalking di serata blog yang aku jumpa. 

Nanti bila blog sudah ada di senarai no 1 carian google, aku akan teruskan untuk fokus kepada keyword pula. Dalam tempoh sebulan dua ni aku akan cuba usahakan dulu link building dan bila dah puas hati baru buat benda lain.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails