Selasa, 21 Mac 2017

Makan Malam di Al Fateh Steamboat And Grill

Ni kali ke dua kami Makan Malam di Al Fateh Steamboat And Grill. Kali pertama dulu adalah masa bulan April 2016 yang mana aku ada tulis post kat SINI. Kiranya nak dekat setahun jugak la tak datang makan. Sekejap betul masa berlalu kan ??

Bagi yang masih tak tahu, kedai ni terletak di Kg Jawa Klang, Klang. Perjalanan kami dari Sungai Kapar Indah memakan masa hampir 30 minit untuk sampai ke kedai. Bila sampai sana pukul 08:15 malam, saya tengok sudah banyak kereta parking di kawasan yang disediakan.

Seperti tahun lepas, saya datang makan malam dengan isteri. Anak belum ada rezeki lagi tapi kalau ada pun saya takkan bawa ke tempat stimboat sebab panas dan bising tak sesuai untuk bayi. 

Seperti biasa bila makan stimboat ni, aku lebih fokus kepada makan daging. Jadi malam tu saya bantai daging lembu, daging kambing, dan juga daging ayam. Isteri pula hanya makan sayur sayuran yang murah dan tak menyihatkan badan. haha

Saya dan isteri makan dan bersantai selama 2 jam di restoran tu. Jadi selama 2 jam tu kami gigih memasak segala bahan yang diambil dan saya pula fokus masak daging. 2 jam itu juga saya tengok pelanggan tidak putus-putus datang ke kedai. Walaupun pukul 10 malam masih ada yang datang untuk makan. 



Lepas kenyang dan puas hati makan banyak, kami balik dengan hati yang gembira. Nanti nak pergi lagi untuk kali ke 3. Mungkinkah tahun depan ??? 

Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails