Mencuba Ayam Goreng McD

11:30 PTG

Sebenarnya ni bukan kali pertama aku Mencuba Ayam Goreng McD tapi ni dah masuk kali ke 2. Kali pertama masa 2 minggu lepas. Saja nak mencuba kali ke 2 sebabnya masa pertama kali hari tu tak puas hati sangat.


Jadi tadi lepas maghrib terus ajak wife pergi McD Klang Sentral yang bersebelahan dengan Setia Alam. Bila sampai je kat sana aku tengok ramai juga yang datang. Tapi yang ramai tu disebabkan ada parti sambutan hari jadi. Yang makan dan lepak kat dalam tu takde ramai sangat.

Lepas beratur tak sampai 5 minit, aku order ayam goreng sebanyak 5 ketul dan semuanya spicy. Walaupun giliran aku cepat untuk order tapi nak tunggu ambil makanan tu agak lambat sebab sambutan yang hangat untuk menu ni.

Kira-kira dalam 15 minit macam tu baru la menu aku siap. Jom aku lanje gambar sikit :




Pendapat aku la kan, rasa ayam goreng mcd ni memang sangat sedap. Dari segi pedas dia tu aku rasa mcd ni lebih sikit dari ayam goreng kfc tapi dari segi menu keseluruhan, kfc lagi berbaloi kerana pada harga yang lebih kurang sama, menu kfc dapat coleslaw dan juga mash potato sementara menu mcd hanya dapat fries.

Bagi yang masih belum mencuba, boleh dapatkan ayam goreng ni di cawangan mcdonalds berdekatan sebelum sold out. 

Masa awal pelancaran hari tu cepat betul menu ni sold out sampaikan aku pergi ke 4 restoran mcd dan semuanya sold out. Nasib baik hari ni berkesempatan untuk makan.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. ayam McD memang popular dengan jenis spcy...

    namun dominasi ayam goreng lebih kepada KFC..

    BalasPadam
  2. Hero Borneo : yup memang popular ayam ni sebab pernah sold out. Untuk awal percubaan memang best tapi kfc akan dominasi sebab mereka lebih pakar bab ayam goreng.

    BalasPadam
  3. Raihanah : Boleh la cuba sekali sekala.

    BalasPadam