Ahad, 9 April 2017

Kedai Print Gambar Polaroid Terbaik

Mencari Kedai Print Gambar Polaroid Terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana gambar yang kita hendak cuci itu merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dan kita mahu abadikan kenangan tersebut dalam bentuk sekeping gambar yang penuh bermakna apabila dilihat pada masa hadapan.

Apabila mencari yang terbaik, perlu sentiasa ingat kita bukan sahaja harus memilih kedai yang menawarkan harga murah tetapi menyediakan servis yang sangat berkualiti.

Servis berkualiti disini saya maksudkan bukan sahaja pada kualiti gambar yang dicuci tetapi pada layanan yang diberikan kepada pelanggan sewaktu dan selepas melakukan urusan pembelian.


Haa bunyi macam susah je kan nak mencari kedai yang menawarkan servis sebegitu ?

 
Bagi sesiapa yang masih tak tahu dan mencari kedai gambar polaroid online yang sesuai dan sangat dipercayai oleh orang ramai, saya mencadangkan agar anda melihat kedai di bawah. Kedai ini menawarkan servis print gambar polaroid terus daripada kamera GoPro, kamera digital, dan juga telefon pintar milik anda. 

Detik Instax ( Detik Polaroid Enterprise )



Instagram : @DetikInstax

Facebook : @DetikInstax

Blog :  http://detikinstax.blogspot.my/

Whatsapp : 019 3031 478

Emel : detikpolaroid@gmail.com

Detik Instax menyediakan 5 pakej murah dan menarik serta pelbagai saiz bersesuaian dengan pilihan gambar anda. Di bawah ini merupakan 5 pakej yang boleh dipilih oleh pembeli :


Pakej A : RM 5 = 8 gambar (6.5cm X 4.5cm)

Pakej B : RM 6 = 6 gambar (6.5cm X 9cm)


Pakej C : RM 6 = 4 gambar (13.5cm X 8.5cm)


Pakej D : RM 3 = 1 gambar (Original Instax Film)


Pakej Kalendar : RM 20 = 12 gambr ( 1 tahun ) 


* Pos ekspress RM 4. Pos laju RM 8 Semenanjung dan RM 11 Sabah Sarawak.

Harga yang ditunjukkan diatas tidak termasuk pos. Kebiasaanya kalau jumlah order yang tidak melebih 60 keping gambar, akan gunakan pos ekspress. Jika melebihi 60 gambar baru akan guna pos laju.

Cara berurusan dengan mereka pun sangat mudah, anda boleh berikan gambar melalui aplikasi whatsapp dan kalau gambar peribadi anda banyak tersimpan di dalam komputer peribadi, anda masih boleh berikan gambar kepada mereka melalui emel.

Kalau anda masih tidak cukup yakin dengan servis dan kualiti yang disediakan, Detik Instax juga ada mengumpul segala maklum balas yang diterima oleh pelanggan mereka yang berpuas hati.

Yang paling menariknya maklum balas pelanggan bukannya satu atau dua je tetapi sangat banyak. Kalau tak percaya juga anda boleh pergi stalk facebook dan instagram milik mereka di atas.
Comments
2 Comments

2 ulasan:

Hero Borneo berkata...

nampaknya sekarang semakin mudah..

dah tak perlu keluar dari rumah

Muhd Firdaus berkata...

Hero Borneo : iye betol semuanya sudah boleh dibuat secara online termasuk cuci gambar.

 
Related Posts with Thumbnails