Cara Daftar Perniagaan Di SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia )

6:45 PTG

Hari ni aku nak berkongsi Cara Daftar Perniagaan Di SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Sekarang urusan pendaftaran perniagaan baru dan juga pembaharuan lesen perniagaan boleh dilakukan sepenuhnya secara online. Pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter untuk berurusan mengenai hal pendaftaran.

Pertama sekali pergi dahulu ke laman ezbiz online di https://ezbiz.ssm.com.my/ . Ini merupakan laman khas ssm untuk segala urusan pendaftaran dan pembaharuan. Kemudian di laman web tersebut sila tekan butang sign up bagi yang tak pernah mendaftar secara online.

Masukkan no kad pengenalan dan juga nama penuh seperti yang tertera pada kad pengenalan anda. Seterusnya tekan Register.

Selepas register, anda perlu pergi ke pejabat SSM yang terdekat untuk pengesahan cap jari. Proses pengesahan cap jari tidak mengambil masa yang lama, hanya bawa kad pengenalan sahaja.

Selesai proses pengesahan cap jari, sekarang anda boleh kembali semula ke laman ezbiz online untuk proses pendaftaran perniagaan :


1. Masukkan username dan password yang telah didaftarkan, masukkan juga verification code yang tertera di laman tersebut, dan tekan sign in.



2. Di bahagian atas, klik pada MyBiz Services, kemudian pilih New Bussiness.


3. Pilih nama perniagaan anda sama ada mahu gunakan nama sendiri ataupun nama tred.

4. Masukkan tarikh memulakan perniagaan dan rakan niaga jika ada.

5. Pilih tempoh daftar sama ada 1 tahun atau hingga 5 tahun. Yang lain biarkan seperti dalam gambar diatas.

6. Klik bahagian Business Info untuk Yes jika setuju untuk beli info, No jika tidak setuju untuk beli info. Status akan menunjukkan Data Entry.


7. Incubator – Klik YES jika anda peniaga di Sarawak yang menggunakan khidmat incubator. Klik NO jika tidak berkenaan.

8. Is Online Seller? – Klik YES jika berniaga secara dalam talian. Klik NO jika anda bukan menjual diatas talian



.9. Bahagian alamat ni masukkan alamat perniagaan anda. Kalau berniaga online di rumah, letakkan alamat rumah pada dua bahagian.

10. Kalau ada cawangan, alamat cawangan tidak boleh sama dengan alamat utama diatas. Masukkan maklumat cawangan kalau perniagaan anda ada cawangan.



11. Masukkan jenis perniagaan yang dijalankan. Senaraikan seberapa banyak yang boleh bagi menjelaskan apa yang anda jual.

12. Masukkan jenis perniagaan di ruangan Keyword dan klik Search

13. Pilih Business Code yang berkaitan sekurang-kurangnya 1 pilihan dan klik Add Selected Code


14. Klik ikon Action bagi semak maklumat peribadi anda.

15. Attachment – Sila lampirkan jika berkenaan surat perjanjian sewaan inkubator atau lain-lain yang dikehendaki.




16. Selesai semuanya, pilih kaedah pembayaran sama ada mahu lakukan pembayaran diatas talian atau pembayaran di kaunter.

Bila dah selesai daftar dan bayar sebanyak RM 70, nanti akan dapat satu sijil nama perniagaan dan no pendaftaran yang menunjukkan perniagaan korang sudah didaftarkan. Sijil tersebut boleh dimuat turn dan print untuk disimpan oleh anda.

Jangan lupa letakkan no pendaftaran di sijil tu di laman web, FB Page, atau IG Shop korang untuk menunjukkan perniagaan yang korang jalankan ni adalah berdaftar.

Bagi panduan penuh, anda boleh layari ke > Guideline SSM <

You Might Also Like

15 ulasan

  1. baru tahu..

    rupanya bayar RM70 untuk pendaftaran..

    fikirkan beratus atau beribu ringgit..

    BalasPadam
  2. Hero Borneo : yup hanya RM 70 untuk tahun pertama. Tak mahal sangat untuk mendaftar syarikat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,,kalau kita ada dua jenis perniagaan boleh ke letak dua nama perniagaan dlm borang tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Biasanya 2 jenis perniaagan boleh letak dibawah 1 nama syarikat. Kalau nak tahu lebih lanjut kena hubungi SSM.

      Padam
  4. nak masuk penama baru bole online tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti pulak sebab saya sendiri tak tengok lagi fungsi online.

      Padam
  5. Saya nk buat lesen SSM tapi saya bukan penduduk Johor jadi macam mana saya nak daftar untuk daatkan lesen SSM ni nantisebab saya nak buka kedai dekat area johor bahru

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya setiap negeri ade pejabat SSM. Boleh lawat sana untuk pendaftaran atau buat secara online. Online saya tak pernah buat lagi jadi tak dapat saya kongsi info kat sini.

      Padam
  6. yang ni saya pun tak pasti sebab tak pernah buat lagi nama partner.

    BalasPadam
  7. contoh saya dari sarawak.guna alamat saudara di semenanjung.sekiranya org lain buat guna alamat yg sama berulang sampai 5kali atau lebih.adakah di benarkan? sebab sesetengah orang tidak mampu untuk upah incubator.(sewa alamat)..jalan mudah guna alamat saudara yang tinggak di semenanjung.

    BalasPadam
  8. untuk student atau b40 boleh dapat free kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tiada untuk tahun ni rasanya

      Padam
  9. salam says old skool rumah komputer pun takda, camana nak daftar online bagai?? pergi Ssm shah alam daftar cara lama boleh lagi tak??

    BalasPadam