Musim Peperangan Sudah Bermula

5:28 PTG

We Got Man Down !!!  tapi bukan aku la yang down tu sebab aku masih kental berdiri berjuang lagi dan tak goyang sikit pun walaupun hakikatnya hampir tersungkuh rebah ke tanah. Oh ya bagi yang masih tak tahu dan yang tak mahu ambil tahu sekali pun, aku dah memasuki musim peperiksaan sekarang ni. Pagi tadi kertas pertama Electronic Instrumentation dan Alhamdulillah boleh jawab juga soalan walaupun banyak kecederaan semasa berjuang dalam dewan peperiksaan tadi. Tu pun nasib baik dapat tips daripada pensyarah mengenai ape yang masuk dalam periksa. Kalau takde tips tu memang aku dah tersungkur terus la tadi jawabnye masa dalam dewan.


But wait ! Itu baru kertas pertama la, masih ada lagi 5 paper kena lawan baru la peperangan ni dapat dimenangi. Tapi aku malas la nak sembang pasal paper seterusnya kat dalam post ni. Nanti bosan ternganga pulak sebab tak faham subjek yang aku ambil. Ok ok jom tukar topik sekarang, hari tu aku ada buat post pasal Bateri BlackBerry Jadi Kembung. So sehingga petang semalam, bateri tu dah jadi sangat kembung sampaikan tak selesa nak pegang phone dan aku petang tu juga aku pergi beli bateri baru. 

New Battery : 1100 mAh
Cost : RM 50

and...and...my phone dah elok dan stabil bila guna bateri baru. Kalau yang lama tu cepat benor habis kuasa pada hal dah caj semalaman tapi dua jam guna dah low power.

Minggu lepas aku ada tengok satu cerita bertajuk V For Vendetta. Cerita ni dah lama keluar sejak tahun 2005 lagi dan berkisarkan mengenai seorang pejuang bebas yang dikenali sebagai V yang ingin menyedarkan masyarakat bahawa negaranya sangat corrupt terutama sekali kerajaan mereka. Walaupun aku ni berjiwa pembangkang tapi bukan itu sebab utama aku seronok menonton cerita ni. Yang paling dapat menarik perhatian aku adalah skrip cerita ni sangat menarik dengan penggunaan bahasa inggeris yang sangat tinggi kerana ada karya William Shakespeare : Macbeth.

Karya William Shakespeare + Skrip berkualiti = Memang cukup High Level. 

Tapi bagi yang mencari action dan thriller dalam movie ni memang agak slow sikit sebab ia bukannya action movie tapi sebuah cerita yang agak membasuh minda. Kalau tengok cerita ni, jangan lupa baca dan fikirkan subtitle dalam bahasa inggeris. Cukup menarik.


You Might Also Like

8 ulasan

  1. suka cite V!!
    nak tengok lgi.....
    Gud Luck exam! jgn down. hehe

    BalasPadam
  2. yep sangat suka dengan cite V. thanx :)

    BalasPadam
  3. kalau bateri jadi kembung tu puncanya apa ye>??sebab enpon akak pun pernah jadi gini..

    BalasPadam
  4. sebab selalu caj. bateri x abis kuasa dah cucuk caj. lama2 akan kembung

    BalasPadam
  5. haha.. do the best n gud luck 4 ur final exam bro..

    BalasPadam
  6. zul : bereh bos. demo pon samo gok

    BalasPadam