Jumaat, 30 September 2011

Apesal Banyak Sangat Pasal Blogger dan Retis

Aku cukup anti pada blog yang buat post umpama tajuk " Blogger Retis " , " Blogger bajet Retis " , " Perbezaan Blogger dan Retis " , " Aku bukan blogger retis " atau apa-apa saja tajuk whatever shit yang membincangkan pasal blogger yang bajet artis. Dalam post pulak tu siap ada bincang dengan teliti lagi bahawa perbezaan retis dan blogger.

" Hello perlu ke buat post bincang bagai nak rak itu semua ? "

Oh ya aku lupa sesuatu. Itu blog kau jadi suka hati kau la nak tulis pasal itu pun kan ? ( Sarcasm LOL )

Tapi melalui gaya bahasa dan penceritaan yang ditulis serta perjalanan plot dalam post tersebut, aku dapat rasa yang pembuat post itu sebenarnya ada hati untuk menjadi retis betis. Ok aku faham sangat bahawa it's your dream to blog and become like artist rite ?

Apa ? blogger sejati ? he he tapi apa pasal penceritaan dan gaya bahasa yang dituturkan dan ditulis dengan sempurna di dalam blog anda seolah-olah menunjukkan anda mahu shangat shangat menjadi retis betis ini ? Alaaa keshiannya anda nak jadi artis dan fofular ye ?

Sekali lagi aku lupa sesuatu :

" Hello !!! ini blog aku. Suka hati aku la nak tulis pasal blogger retis ke ape "

Ok aku dah faham itu blog kau. he he jadi aku takkan ganggu lagi post pasal artis dan blogger yang aku sangat meluat nak baca. Antara tajuk post yang annoying bagi aku dan aku takkan baca dah apabila jumpa pada masa depan :

- Blogger bajet retis                               ( Rasa nak kentut baca ni )
- Perbezaan blogger otai dan tak otai       ( Huh ??? )
- Blogger bukan Artis                         ( Whatever !! )
- Blogger boleh jadi artis
- Perbezaan blogger famous dan tidak famous    ( nak jadi femes ye ? )
- Best ke jadi blogger famous        ( Serius best habaq hang !! )
- Aku bukan Blogger fofular          ( Most Annoying ever exist )
- ...................... and so on

p/s : This post is Sarcasm ? No !! it's Trolling bebeh !! Let say  TROLOLOLOLO

~ Baca Selanjutnya ~

Lu Nak Curi Selipar Gua Ka ?

Selesai sahaja menunaikan solat jumaat, aku masih lagi berada di atas masjid sambil melihat manusia berpusu-pusu meninggalkan masjid. Kebanyakan yang hadir ke Masjid Kuala Perlis ini terdiri daripada pelajar UniMAP. Semasa sedang termenung dan berkhayal, pelbagai gelagat manusia yang aku dapat tengok di masjid tadi selepas selesai solat jumaat.

Ada yang sedang berborak, ada yang menunaikan solat sunat, ada juga yang berlari dengan riang ( kanak-kanak ). Selesai sahaja aku meng-aminkan doa,  aku lihat sudah ramai orang yang meninggalkan masjid dan ada juga yang masih bersembang di bahagian tepi dan belakang.

Dengan muka yang blurr dan bodoh, aku menuju ke bahagian tangga dengan mengikuti langkah kawanku untuk pulang ke rumah. Sesampainya aku ditangga, aku memerhati dan terus memerhati mencari selipar yang telah aku parking di kawasan tangga tadi. Hairan.. aku tidak jumpa selipar aku. Memang benar kepala otak aku masih segar dan ingat bahawa disini lokasi aku parking selipar tadi.


Semasa mata aku meliar mencari selipar yang hilang, ada seorang brader yang pakai jersi Arsenal di tepi aku. Dia berdiri tegak macam tunggul kayu tanpa bergerak.

" Eh apa hal brader ni ? Ketepi la sikit aku nak cari selipar ni. " Getus hatiku.

Dalam kekalutan dan kesibukan aku mencari selipar sambil mata memandang ke bawah, berbagai sumpah seranah aku lafazkan dalam hati.

" Jahanam !!! Celaka mana yang curi selipar aku ni !! "

Aku tidak mahu putus asa dan teruskan mencari selipar yang aku sayang tu. Sudah setahun lebih selipar tu bersama dengan aku. Segala pahit manis dilalui bersama. Mana mungkin aku akan biarkan ia hilang dengan begitu aja.

Semasa mata aku berpusing mencari selipar, entah kenapa tiba-tiba mata aku terpandang pada kaki brader itu yang agak hitam dipenuhi dengan bulu kaki yang lebat.

Aku nampak brader yang pakai baju Arsenal tu macam pakai selipar aku. Ishh brader ni apedehal pulak pakai selipar sama macam aku. Maka aku beranikan diri dan cuba bertanya dengan brader tadi.

" Brader, brader... boleh tak gua nak tengok selipar brader ? Selipar gua nak sama macam selipar brader la " ( ceeehh tipu la kan nada pertanyaan macam ni )

Brader itu pun menjawab :

" Eh ni selipar bro ke ? Gua saja pakai jap sementara tunggu kawan gua datang. Selipar gua hilang. Nah ambil balik selipar bro " ( sambil tersengih macam kerang busuk )

Bahasa mencarut apa yang dituturkan oleh brader ni ? Tunggu kawan sambil pakai selipar aku ? Kalau kawan kau datang maknanya kau blah sambil pakai selipar aku la jawabnya ? Bodoh benar jawapan brader tu. Rasa macam nak ketok je kepala dia dengan selipar aku.

p/s : lain kali nak curi selipar terus blah bila dapat.. Ngeeeeee

~ Baca Selanjutnya ~

Siapa Kata English Mudah ? Susah Wooo

Terernya, hebaknya, bijaknya, cendolnya, Whatever LOL, kepada anda yang mengatakan bahawa english sangat mudah. Ok kalau rasa bahasa inggeris sangat mudah, apa kata cuba jawab soalan ni. Soalan mudah dan ringkas je senang sangat untuk difahami. Budak sekolah rendah pun faham ayat english ni cuma nak jawab ni susah. Ok jom sama-sama jawab kalau fikir bahasa inggeris sangat mudah.


p/s : Amacam ? Yes dan No je tapi tak tahu nak jawab apa. kah kah kah

Sumber : Facebook

~ Baca Selanjutnya ~

Lupa Hari Ini Jumaat

Ehh ehh dah hari jumaat rupanya. esok cuti hujung minggu. lusa pun masih cuti. Ada juga masa untuk rehat selama 2 hari. Kalau takde hari cuti hujung minggu, tak tahu la macam mana nak meneruskan kehidupan ini. Cuba bayangkan kalau betul-betul tiada cuti pada hujung minggu. Agak-agak macam mana ye ? setiap hari kerja dan setiap hari ada kelas. ngeeee takut

Ok balik kepada hari jumaat, kepada kaum lelaki jangan duk tiba-tiba period pulak. Lelaki ni hebat tau. Bila dia tengok perempuan period, dia pun nak ada period jugak. Tapi period lelaki hanya muncul apabila nak solat je. Bila nak buat benda lain tak period pula.


Jap lagi masuk waktu zohor dan kena pergi solat jumaat. Balik solat jumaat sudah tak ada kelas jadi boleh la bergolek-golek di atas katil dengan riang dan comel. ha ha katil nampak sangat indah je. Demn !! tiba-tiba aku rasa sangat mengantuk apabila nampak katil.

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat pagi 30 september 2011

Ramai tak datang kelas pagi. Ngeeee

Selamat pagi dan selamat pagi. Hari ni dah masuk hari jumaat dan esok pula dah cuti hujung minggu. Syoknya dapat cuti 2 hari setelah pergi kelas selama 5 hari. Boleh la tenangkan minda dan bersantai sementara dalam masa 2 hari ni. Kelas aku pun akan tamat pada pukul 12 tengah hari. Yaahuu kelas habis. Yaahuu

Pergh kalau kelas habis dan nak cuti tu bukan main gembira dan eksaited lagi. Kalau pergi kelas malas nak mampos. He he tu bagi diri aku la. Tapi ada je yang rajin pergi kelas dan datang dengan awal. Haih bila la aku nak jadi pelajar yang rajin ni. Asyik jadi pelajar malas je. Hu hu. Ok dah sembang pasal cuti dan kelas, kita tukar topik lain pula ye.

Oh bola dot com dah 90% siap dan rasanya hari ini google dah siap index dalam sistem mereka kot. Semalam masa aku try google oh bola tiada result pun yang keluar. Fuh fuh semoga petang ini dah ada disenaraikan. Aku ingat nak share blog oh bola dot com tu dengan jiran aku, sergeant keroro tu. Dia buat dalam bahasa inggeris, aku buat dalam bahasa melayu. Ha ha habis campur aduk dalam 1 blog tu.

P/s : alamak lec da masuk.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 29 September 2011

Akhirnya Siap Untuk Hari Ini

Hari ni aku hanya update 1 kali je iaitu pada pagi tadi. Petang tidak update kerana duk setting dan godek blog. Tapi bukan blog ini yang aku godek-godek. Blog yang aku baru je angkat hosting. Wooooo angkat hosting tu. he he aku jadikan blog itu sebagai blog sukan bola sepak.

Maknanya segala berita ataupun gambar lawak, ataupun benda-benda yang fail, atau apa saja yang berkaitan dengan bola sepak akan diupdate kat sana. Tapi majoritinya mungkin banyak juga berita kerana aku masih cuba mencari sumber yang sesuai untuk post sesuatu berkaitan bola sepak selain daripada berita.


Wuahahaha last sekali aku angkat juga 1 hosting untuk blog niche. Lagipun blog ni masih banyak cacat cela kerana aku pun masih banyak benda yang tak tahu. Hujung minggu ni baru nak study balik semua setting dan sistem wordpress. Hari ni saja sudah cukup pening kepala.

Demn !! ini lagi serabut dan tension berbanding Blogspot tapi serius agak best apabila guna. Cumanya aku kena explore lagi dan cuba biasakan diri sedaya upaya dengan alam baru. zzzzzzzzzzz

p/s : Tak larat aku nak handle ni seorang. kena cari partner nampaknya =_= Oh Bola Dot Com


~ Baca Selanjutnya ~

Lambatnya hujung minggu

Khusyuk duk buat tutorial. Hu hu

Mula-mula post untuk hari ni sembang pasal aktiviti kelas dulu ye. Part yang free thinker tu nanti post petang dan malam. Itu pun kalau ada benda yang aku rasa nak tulis dan bagi pendapat. Kalau tak ada aku teruskan tulis macam diari biasa je. Hari ni kelas takde sibuk sangat kerana pukul 3 jap lagi dah habis. Tapi sebelum habis tu kena hadap makmal dan kuliah dulu.

Lepas habis kelas aku kena pergi bank in kat cimb. He he bukan bank in sebab beli barang online tapi untuk suatu projek dunia maya ni sikit. Apa dia tu ? Yang tu kena tunggu sampai semua setel baru aku tulis post pasal perkara tu. Haih hujung minggu pun dah makin hampir tapi plan apa nak buat hujung minggu masih tak tahu. Biasanya plan banyak on the spot tanpa buat perancangan. On the spot memang best tapi bahaya juga sebab tak sedia apa-apa terus buat sesuatu.

Kalau rajin nak juga aku pergi jalan-jalan tapi tu hanya aku rajin je la. Kalau tak rajin aku duk rumah sambil tengok laptop je la jawabnya. Fikir idea untuk update blog lagi bagus ataupun study. Fuh study. Gile kentang

P/s : awal pikir cuti hujung minggu padahal masih dalam kelas. Ngeeee

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Tak Payah Update !! Blog Tak Best

Ada orang cakap kat aku supaya tak payah update blog kerana blog aku tak best. he he lepas tu aku gelak je la. Tak nak la nak berhujah balas balik kerana memang pasti aku akan kalah. Sebab apa aku kalah ? Sebab aku berhujah dengan orang yang tak faham atau tidak kenal erti keseronokan blogging.

Bagi la hujah apa pun, memang takkan diterima kerana dalam minda dan otak dia sudah set bahawa blog aku tak best. Takpe aku tak kisah pun kerana ini adalah blog aku dan yang untungnya adalah diri aku sendiri. Yang dapat duit dalam Sen dan Ringgit itu adalah aku, yang tengok jumlah pelawat adalah aku dan yang tengok ranking itu adalah aku sendiri.

Dia mungkin tak nampak blog aku ni best, tapi bagi aku sudah cukup best. Apa yang best sangat Firdaus, cuba la share sikit. Meh aku share kat bawah untuk tarikh 28 September :)


he he yang ni aku rasakan best. Tapi seperti yang aku cakap, dia takkan nampak best itu sepertimana yang aku nampak sebab itu dia kata blog aku tak best. Tapi takpe la kerana itu pendapat dan fikiran dia. Aku pun tak nak paksa dia kata blog aku best kerana pada aku pun blog ini sangat banyak merepek dan bodoh.

p/s : Show off income ? Tidak. Aku hanya tunjukkan apa yang aku rasa best dengan blogging :) .. Tak banyak tapi boleh buat aku senyum.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 28 September 2011

Kek Coklat Moist Atau Span ?

Tadi aku pergi ke Kangar ada beli kek coklat. Pada plastik tu ada tulis label kek coklat MOIST. Aku ni memang bernafsu gersang sikit pada kek coklat moist jadi tanpa fikir panjang aku terus ambil satu dan bayar cash. Semua sekali RM6.

Balik daripada kangar maka aku pun terus cari kek coklat moist yang dibeli tadi. Dengan tidak sabarnya aku buka kek coklat itu. Alangkah terkejut lembu aku dibuatnya apabila kek coklat tadi bukan kategori MOIST tapi adalah SPAN.


Demn !! label tulis Moist tapi kenapa Span pulak ? Ok mungkin ada yang masih tak tahu apa beza antara kek moist dan juga span. Biasanya kek coklat moist dia akan letakkan coklat yang agak pekat di bahagian atas kek. Atau boleh kata yang moist ni bila kita makan seolah-olah ada coklat cair yang masuk dalam mulut. aaahhh sangat sedap.


Kalau span pulak aku tak berapa suka. Kek biasa tu boleh la buat span tapi kek coklat aku tak suka yang span sebab rasa tak best.. Dan sekarang ni aku terpaksa makan kek coklat kecik yang span punya. gggrrr sangat tak best..

p/s : Nak yang moist =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Demn You Statistik Blog

Semalam aku ada cek statistik terkini blog aku dekat alexa. Ehem aku cek setiap 4 hari, bengong kan aku ? ( LOL )

Bila keluar hasilnya, aku hanya tergamam melihatnya.

Demn !! Mengarut apakah yang sedang berlaku ini ? Semakin hari semakin merosot. Nak kata jumlah pelawat tidak stabil ? Aku punya stabil je sebab jumlah pelawat tang tu jugak yang masuk blog aku pada setiap hari.


Aku dah gelabah nak mampos sampai nak kentut pun tidak keluar angin. Itu baru kentut. Kalau nak berak memang sah la takkan keluar Tah! .. Tapi kalau setakat nak kencing tu masih boleh lagi jadi anda semua jangan risau keadaan saya ye :P

Bila dah tak dapat nak kentut, aku datang dengan kesimpulan yang mudah sahaja. Sekarang ni mesti banyak website yang sangat hebat sampai blog aku tidak mampu nak bersaing dengan mereka semua. Haihh lantak la labu.

p/s : Tidur lagi best ... zzzzzzzzzz
~ Baca Selanjutnya ~

Hujan lebat di perlis

Hooyeah kelas 4 jam yang bermula pukul 10 pagi tadi telah pun habis. Sebenarnya 2 jam je kerana lagi 2 jam pensyarah tak masuk. Tak tahu kenapa aku rasa semester ni kelas hanya makan masa beberapa jam saja. Kalau yang sem lepas aku rasa dalam sehari tu ada sampai 5 jam lebih kot. Awal-awal dulu lagi dasyat, keluar 8 pagi balik 6 petang. Pergh padat gila jadual. Ok dah habis sembang pasal kelas. Nak cakap pasal apa pulak lepas aku ni aku tak berapa nak tahu. Petang ni cakap pasal cuaca la pula kerana cuaca di perlis tak menentu sekarang.

Perlis sekarang ni asyik hujan dengan lebat. Tapi pagi tadi cuaca panas terik je. Lepas beberapa jam, awan mendung mula datang dan pemandangan pun dah jadi gelap. Tak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya. Ehem hujan lebat mesti la tarik selimut dan tidur dengan aman. Tapi takde la aman sangat kerana atap bilik aku bocor dan aku rasakan air hujan menitik semasa aku menikmati tidur.

Demn !! Kacau betul aku nak tidur. Dah la air hujan tu sejuk gila lepas tu menitik pula atas muka aku. Memang sah terjaga dengan terkejut la jawabnya. Tapi walaupun atap bilikku bocor, takde la teruk sangat umpama mangsa banjir kat perlis ni. Aku tengok rumah mangsa banjir habis ditenggelami air sampai paras pinggang dan dada. Ni pun masih lagi musim hujan di perlis. Harap2 la banjir besar tak menimpa lagi negeri perlis. Kesian tengok mangsa banjir.

P/s : alhamdulillah kuala perlis tak banjir tapi bahaya juga dekat dengan laut. Ngeee

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Saya pun ada gf jugak

Kawan-kawanku yang sedang fokus.

Ada 1 blog ni aku masuk di laman utama dia duk cerita pasal cinta dengan pakwe. Aku baca mula-mula agak seronok juga. Kadang-kadang post dia duk cerita tu hampir sama juga dengan cerita cinta aku. Lepas tu aku pun skodeng lagi post yang lepas dan aku dapati hampir 95% post dalam blog tu pasal cinta dia dengan pakwe je. He he semua cerita ada daripada cerita sedih kepada cerita bahagia. Tapi yang aku hairannya nama blog dia bukan " cerita cinta aku dan dot dot dot "

Aku pun taknak la komen apa-apa pasal tu blog dia. Kang kalau komen, tak pasal-pasal kena hambat keluar pulak. Ngeee . Aku pun ada juga buat post jiwang dan pasal cinta dengan gf tapi takde la sampai hampir semua post pasal cinta je. Entah la, aku nak buat post cinta dengan gf pun kadang-kadang segan sebab tu aku hanya buat seminggu sekali atau sebulan sekali je. Nak buat tiap hari nanti lingkup blog ni dan tak ada siapa yang masuk.

Sebenarnya aku hanya nak beritahu bahawa jangan hanya tumpu pada 1 kategori sahaja apabila menulis blog ni. Cuba pelbagaikan kategori semasa menulis supaya kandungan dalam blog kita tu nampak pelbagai dan menarik untuk dibaca. Pagi cerita peribadi, petang cerita pasal makanan, malam pula cerita bagi pendapat. Haaa kan pelbagai tu isi kandung blog.

Nak lagi menarik ? Hari ni sembang pasal makan, esok cerita pasal peribadi, lusa pasal ayam dan itik. He he yang ni lagi best kan ? Kalau boleh cuba dan sedaya upaya cuba elakkan menjaja cerita orang lain. Kalau cerita baik yang dijaja takpe. Tapi yang tak baik juga selalu dijaja.

P/s : aku hanya tumpu kategori peribadi je :-P

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Kasut Baru.. Woohooo

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kolej kediaman selepas meredah hujan yang agak lebat di negeri Perlis yang indah ni. Kalau berterusan hujan macam ni lagi esok, boleh naik air kat sawah padi dan juga bandar Kangar tu. Kesian betul Perlis ni asyik banjir. Yang paling kesian orang kampung yang rumah mereka ditenggelami air. Serius dah banyak kali aku nampak tragedi banjir di Perlis ni.

Ok habis mukadimah dan pembuka bicara. Setelah sampai ke kolej kediaman, maka dengan segera aku telah membuka kotak dan bungkusan kasut yang baru di beli. Ehem sekali aku tibai 2 pasang kasut beb. Errgghh nafsu menggoda aku supaya beli 2 kasut iaitu untuk pergi ke kelas dan juga untuk berjogging.

Mari aku nak share sikit gambar kasut yang aku beli tadi. Takde la cantik sangat sebab yang ni murah je. Nak beli mahal kalau hilang lagi memang menangis tak berlagu la aku jawabnya. 


Ni jenama Everlast. Hurmm tak pernah dengar pun Everlast ni. Ahh lantak la tak terkenal pun. Kalau beli Nike / Adidas memang konfem la senang nak kena kebas dengan pencuri lagi. Oh ya ini kasut untuk bawak pergi ke kelas menggantikan kasut aku yang telah dicuri tu.. kesian kasut aku kena curi :(  .. aku sayang kasut Nike yang kena curi tu :(


Ni pula untuk kasut sukan. Kali terakhir aku ada kasut sukan adalah 2 tahun lepas masa mula-mula masuk UniMAP. Lepas tu kasut tersebut hancur sebab main ganas sangat. Sampai lunyai kasut tu. kesian dia. Yang baru ni aku beli untuk buat joggging dan berjalan-jalan di sekitar sawah padi je. Haaa untuk beriadah.. Susah betul nak cakap beriadah.

Ok tu je untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi lawat blog Firdaus Life ni. Jumlah LIKE di fan page pun bertambah pada setiap hari walaupun hanya 1 Like 1 Hari. Well ok la tu ada 1 Like sehari daripada tiada langsung kan ?

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 27 September 2011

Dinner dengan isteri :p

Yeah kasut sudah dibeli di kangar tadi. Sekali gua angkat 2 pasang terus. Kasut untuk pergi kelas dan juga kasut untuk bawak berjoging. Yang pilih kasut tadi isteri aku je. Aku ni bengong sikit bab beli membeli sebab rambang mata tengok semua kasut sangat menarik. Kalau shoping barang komputer lagi la aku rasa nak pengsan.

Mukadimah pun dah panjang dan merepek. Saja nak beritahu sedang dinner dengan isteri ni. Alamak isteri ? Ngeee.. Macam biasa bila dinner je kat kopitiam kangar. Eh eh dah lapau ni. Nak makan tomyam dlu. Aumm

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Wuuu nak duit

Petang kelas programming pulak.

Aku yang nak masuk kelas tadi pun masih tak ada mood kerana kehilangan kasut dalam post yang sebelum ni. Malam ni keluar ke kangar dan cari kasut. Hari tu masa teman isteri beli kasut, ada 1 kedai ni aku nampak banyak gak kasut yang menarik dan juga murah.

Alang-alang nak beli kasut malam ni baik aku beli 2 pasang terus. 1 kasut pergi kelas dan 1 kasut untuk aku pergi bersukan. Demn dah lama sangat aku tak bersukan sampai tak ada kasut sukan sejak tahun lepas lagi. Dan juga demn sekali lagi sebab malam ni aku akan kehilangan banyak duit. Oh duitkuu

P/s : pakcik innity makin kedekut. Wuu

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Kasut aku kena curi. Demn !!

Nak buat lab pum takde mood.

Hari ni kelas pukul 12 tengah hari dan habis pukul 5. Pergh 4 jam kelas dan 1 jam rehat. Pergh dah la hari ni semua dalam makmal je. Tapi makmal ok la sikit sebab semua makmal untuk subjek aku kena menghadap komputer. Takde pun yang kena main dengan bahan-bahan kimia seperti hydrochloric acid, sodium nitrate semua tu. Sumpah aku tak suka kimia. Ok dah cakap pasal kimia, kang ada budak kimia marah kat aku pula jap lagi.

Sebenarnya aku nak cakap yang kasut aku kena curi. Kasut yang aku pakai untuk pergi kelas tu kena curi. Dah la aku ada 1 pasang je kasut lepas kena curi pulak. Sungguh jahanam dan celaka tindakan pencuri itu. Jika pencuri itu terdiri daripada pelajar universiti. Nescaya tidak akan aku redho selagi dia masih memakai kasut yang dicuri itu. Sesungguhnya memakai kasut yang dicuri untuk pergi menuntut ilmu merupakan tindakan yang paling dungu kerana ilmu yang dapat itu langsung tidak diberkati.

P/s : petang ni kena cari kasut baru pulak. Humm :(

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

I Miss You Sergeant Keroro


Perghh kali ni pasal miss you pulak dah. Malam ni miss you kat sergeant Keroro, esok pulak kat Penulis Senja, lusa pula kat diri sendiri. Saja nak buat gila sebab kepala otak pun tengah gila. Blogging kena sempoi dan gila. kalau duk serius setiap masa nanti jadi macam blog Serius pulak.

Cakap pasal gila, aku hampir jadi gila tadi sebab masalah internet masih tak baik. Rasanya ni dah masuk hari ke 3 aku duk sembang pasal masalah internet kat dalam blog. Takpe la sembang banyak kali pun kerana memang ni je masalah yang aku sedang hadapi sekarang.

Aku hampir gila sebab modem selalu je disconnect secara tiba-tiba dan asyik bertukar daripada signal HSDPA kepada GPRS. GPRS memang sangat slow kalau nak surf internet. siput pun laju lagi berjalan berbanding kelajuan GPRS ni.

Tu tak cukup gila lagi, tadi duk tengok ranking habis jatuh mendadak tapi mujur la tak keluar kawasan. Kalau ranking keluar kawasan baru la aku gelabah jadi gila tak tentu pasal. Hurrmm sekarang banyak blog / website yang hebat muncul pada setiap hari. Persaingan pun semakin hari semakin dasyat. Blog aku yang cikai ni memang takkan dipandang la jawabnya.

Tapi tak pandang pun takpe, janji aku dapat update, update dan terus update. Syok wooo main update je.

p/s : Ohh cepat la elok internet connection =_=


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 26 September 2011

Berjalan Bersama Anjing ... aauuuwwww

Semalam aku dengan seorang kawan duk berjalan sepanjang 3+ km daripada kolej kediaman unimap lepas tu tawaf sawah padi sampai la jumpa balik ke kolej kediaman. Semalam tempoh berjalan kaki sampai 1 jam tanpa henti dan bila balik ke rumah, habis 1 badan rasa sengal dan kepala jadi penin.

Hari ni aku dengan kawan semalam teruskan berjalan lagi mengikut laluan yang sama cuma petang ni kami jalan laju sikit. Perjalanan yang memakan masa selama 1 jam pun sudah short menjadi 50 minit je. Pergghh rasa syok gila dapat habiskan berjalan tawaf 1 kawasan sawah padi.

Tapi yang paling tak syoknya dekat kawasan tu banyak anjing. Memang la anjing tu tak kejar atau tak gigit tapi nak lalu tu agak seriau la. Tadi ada seorang pakcik naik basikal bawak 2 ekor anjing yang dilepaskan. Dah la datang bertentangan dengan aku, memang seriau habis bulu roma bila dekat.


Anjing tu pulak berhenti depan aku sambil mata dia terkebil-kebil dan hidung dia macam mengidu sesuatu. Tapi anjing tu hanya berhenti dan tengok aku jalan je la. Mujur la tak datang dekat, kalau tak habis kentar kepala lutut aku. Demn !! memang aku sangat tidak suka kepada anjing. Saiko habis.

Roomate aku pulak lagi kelakar. Suatu pagi dia naik basikal duk kayuh tepi sawah lepas tu ada anjing kejar-kejar basikal yang dia naik tu. Kawan aku apa lagi terus kayuh dengan laju nak tinggal anjing tu. Bila dah sampai kat simpang, ada nampak tuan kepada anjing. Tuan dia kata anjing tu sekadar nak main-main kejar je. ha ha ha sumpah saiko. kalau aku kayuh basikal sampai tercabut kaki dah.

~ Baca Selanjutnya ~

Celaka Punya Karikatur Akhbar Utusan Melayu


Kalau setakat nak menunjukkan situasi melayan lagu lama dan menggamit memori, tak payah la buat kartun yang berpakaian macam tu. Buat la kartun imej rock ke, imej manusia biasa ke, lagi la sesuai. Haiiihh sungguh celaka lukisan mu wahai pelukis karikatur ini.


Tajuk lagu pulak Hu Hu DuD .. Apa ? Nak tulis pasal HUDUD tapi melencong menjadi lagu hu hu dud pulak ye ? Wahh siap jadikan lagu lagi ye ? Kenapa tak tulis lagu La la la la yang biasa ditulis ?

Aku tahu tu semua ada agenda celaka je. Bagus juga wujudnya karikatur macam ni. Biar  pembaca utusan melayu sedar betapa Serius Bodohnya  akhbar melayu yang wujud ini.

p/s : Serius aku rasa pelukis karikatur ini sangat celaka ditambah lagi syarikat akhbar yang bodoh tidak tapis :)

~ Baca Selanjutnya ~

Huk Aloh Tingginya Bounce Rate Blog Aku

Dah lama jugak aku tak tengok statistik dekat histats sebab aku malas dah nak blogging kejar trafik. Yang aku tahu sekarang hanya update dan update dan teruskan update. Takde orang baca takpe janji aku bahagia dapat update. Bendol kan ? ha ha lantak la janji aku happy dengan cara ni. Bukan cara haram pun aku buat ni :)

Berbalik kepada Bounce Rate, apa itu sebenarnya bounce rate dan penting sangat ke menda alah ni ? Ke saja je aku nak merepek tak tentu pasal ?


Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality - a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren't relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert.

Hah apa dia sembang kat atas tu ? Aku sendiri pun tak berapa nak faham. Kalau tak silap aku ia berkaitan dengan jumlah pelawat yang masuk dan juga jumlah pageview yang pengunjung paparkan. Errkk betul ke apa aku cakap ni ?

semua 70% ke atas.. bahaya ni =_=


Senang ceritanya adalah, Kalau Bounce Rate tu tinggi peratusannya, maka ia sesuatu yang kurang elok untuk blog. Ermm aku nak sembang banyak benda ni pun tak boleh sebab aku tak berapa tahu sangat pasal ni. Jadi kalau ada sesiapa yang nak rendahkan jumlah bounce rate, boleh la baca blog Cerita Mamat kerana dia ada buat post pasal nak rendahkah peratusan bounce rate.


Sebenarnya aku tak berapa kisah pun pasal benda ni sebab aku blogger bengong sikit. Janji ranking blog maintain dalam top 500 dah la  :P .. tak gila trafik dah tapi gila ranking pulak. Yang penting maintain :)

p/s : lepas ni bounce rate naik sampai 95% baru padan muka aku. ha ha lingkup blog ni. Ingat aku nak duk diam je ke ? =_=


~ Baca Selanjutnya ~

Surat Untuk Berok Band ( Broadband )

Kepada Syarikat Internet Service Provider ( ISP )

Sejak beberapa hari yang lepas saya telah mengalami masalah atau dengan lebih tepat lagi adalah gangguan sambungan internet. Saya tidak tahu macam mana mahu menjelaskan situasi yang sedang dialami sekarang ini kerana saya sangat sakit hati dengan masalah yang dihadapi.

Masalah yang timbul adalah sambungan internet saya selalu sahaja terputus selepas beberapa minit disambung. Sudah banyak kali saya menyambungkan kembali tapi selang beberapa minit, kejadian yang sama tetap berulang menyebabkan saya berasa sangat tension dan rasa mahu lempar laptop dan berok band ke dinding.



Selain itu, kadang-kadang signal HSDPA bertukar menjadi kepada GPRS apabila lampu modem berokband bertukar daripada biru kepada hijau. Apabila lampu modem bertukar menjadi warna hijau, kelajuan internet sangat la perlahan sehinggakan untuk loading Google sahaja mampu mencecah masa sehingga 30 saat.


Saya akui bahawa kejadian ini sangat sangat jarang berlaku dan apabila ia berlaku memang saya sangat tidak sukakannya kerana ia akan merumitkan dan menyusahkan urusan kehidupan seharian. Kalau boleh, saya ingin meminta jasa baik pihak tuan dan puan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana masalah ini betol-betol memberi tekanan kepada saya.

Jasa baik dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih :)


p/s : agak-agak depa baca ke surat blog aku ni ? :P
~ Baca Selanjutnya ~

Yeay kelas habis.

Tengok, aku study tau. Whatever lol

Eerrgghh tadi ada kuiz computer architecture tapi takde la pecah kepala sangat sebab minggu lepas ada yang dah belajar. Kiranya ada yang ingat dan tak ingat la tapi boleh la juga jawab kuiz tadi. Hari ni pensyarah sendiri pun cakap malas nak mengajar banyak sebab tu dia buat kuiz. Apa pun pensyarah computer architecture memang sempoi dan mesra pelajar sebab lelaki. Lelaki kan sempoi dan rilek je. Wa wa wa perempuan pulak camana ? Hehe sendiri jawap ye.

Dah habis sembang pasal kelas kerana dah tamat untuk hari ni. Yeah yeah kelas hari ini hanya 4 jam je dan lepas tu boleh la santai dan tdo. Tdo je tau kan ? He he biasa la tdo bagi kehidupan pelajar. Dalam kelas tdo, habis kelas pun tdo tapi aku jenis tak tdo dalam kelas sebab nak jaga hati dan hormat pensyarah. Mengantuk macam mana pun aku takkan tdo tp banyak berkhayal supaya tak mengantuk. Lol masalah sungguh.

Lepas habis kelas terus menuju ke kafe untu makan. Lapau gle dari pagi tadi lagi tak makan ni. Perut pun dah bunyi sangat ni. Siapa yang tak lunch lagi, jom lunch sama-sama.

P/s : update kali ke 3. Yeah rock

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Bahasa melayu klasik yang unik

Gambar kat atas menunjukkan gua study tau. Keh keh

Pagi tadi ada kelas bahasa melayu universiti dan kelas tadi sangat menarik. Mungkin kerana pensyarah pandai mengajar dan juga pandai menarik perhatian dalam kelas tadi. Lagipun tadi pensyarah ada sebut 2 contoh perkataan klasik bahasa melayu. Bila nampak 2 perkataan tu aku rasa sangat unik dan aneh pula. Unik kerana tidak pernah jumpa dan baca perkataan tu. Aneh kerana ayat mungkin sangat tidak masuk dengan maksud perkataan moden. Contoh yang diberikan pensyarah tadi adalah :
Tetuang udara = radio
Kereta lereng = basikal




Ha ha sangat unik dan aneh bunyi bahasa klasik ni kan ? Aku tengok perkataan ni tadi pun dapat buatkan otak aku berfikir tapi aku tak tahu sebenarnya duk fikir pasal apa. Lol. Haih lepas ni kelas lagi 2 jam computer architecture dan harap-harap tak ada kuiz sebab aku masih tak study lagi. Haha fuh fuh tak ada kuiz jap lagi. Fuh fuh.

P/s : yes dah 2 kali update. Recover trafik yang jatuh semalam.
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat pagi 26 september

Selamat pagi dan selamat pagi. Semua budak kelas sedang tuggu. Nasib baik pensyarah datang pada pagi ni. Kalau tak datang memang spoil terus mod sebab kena bangun awal dan datang awal. Semalam 1 kali je aku update. Tu semua gara-gara masalah berok band. Harap-harap la hari ni berok band tak buat hal lagi hari ni. Masak aku nak online kalau berok band buat hal. Nak kata tak bayar, tiap bulan bayar awal dan tak pernah lewat tapi servis tetap macam tu jugak. Haih sabo je la.

Pagi ni takleh sembang panjang sangat, nanti mengantuk balik bila baca post yang panjang. Kalau menarik takpe tapi aku tak pandai nak buat post menarik. Sembang merepek dan cerita pasal diri sendiri tu boleh la. Huhu. Kepada yang selalu datang blog ni, maaf sebab tak balas jejak kerana aku ada masalah internet. Awal pagi tadi aku ada cakap pasal badan nak demam tapi mujur la pagi ni rasa sangat elok dan segar.

P/s : hari ni kelas habis pukul 12 :D


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Mood Blogging dan Beruk Band

Semalam aku hanya update 1 kali je sebab masalah beruk band yang sangat beruk ini. Bila aku connect, tak sampai 5 minit dia terus disconnect. Dah banyak kali aku duk buat dan ulang benda sama tapi tetap masalah jugak. Malas nak layan bila beruk band buat hal maka blog aku ni pun tak berupdate.

Nak guna mobile blogging jadi malas nak taip kat henfon. Rasa cukup tidak syok nak taip panjang guna fone. Tidak ada kepuasan disitu. Hurm nak sembang banyak dalam post ni pun aku tak dapat sebab badan tak berapa nak sihat.

Lol setelah beberapa bulan, aku mula jogging sambil berjalan sepanjang 3.3 km tadi. Lepas habis jalan dan jog, terus rasa pening kepala masa lepak kat dalam bilik. Lepas mandi, habis 1 badan rasa sengal dan sakit. Ni la akibatnya jika dah lama tak berjalan dan bersenam. Habis 1 badan sakit dan rasa macam nak demam.

Harap-harap la tak demam oooiiii. Kalau demam mampus aku. Dah la cuaca di Perlis pada setiap hari panas dan hujan. Sangat tak stabil cuaca di Perlis sekarang ni. Kalau demam dengan cuaca tak menentu memang senyap terus la jawabnya. Nak pergi kelas susah, nak pergi makan susah, nak pergi jalan2 pun susah.. Gggrrrr

p/s : Asyik nak demam je. lemah betul badan =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 25 September 2011

Boleh tak nak kawan dengan awak

Aku dah geram yang amat sekarang ni. Dari tadi lagi modem beruk band asyik duk disconnect setiap 5 minit. Nak tulis post pun tak sempat. Blogwalking lagi la hanya tinggal mimpi. Last sekali aku ambil simkad cucuk dalam henfon untuk cuba upadate melalui mobile blogging dengan harapan boleh la juga update blog ni. Aduyai tensen woo kalau berok band tak boleh guna. Aku suka update melalui laptop. Kalau ikut henfon tak berapa puas sebab tak boleh tulis dengan laju.

Lupakan pasal berok band yang sangat berok itu. Spoil terus mood aku nak online dan tengok blog. Petang ni kita sembang pasal lelaki dan perempuan pula ye. Dah lama tak buat post yang agak berkaitan dengan lelaki dan perempuan.

" awak, boleh tak kita berkawan ? "

Berkawan. Hurm istilah kawan memang sangat terkenal lebih-lebih lagi masa awal nak berkenalan. Biasanya dan sangat kebiasaannya lelaki akan gunakan istilah berkawan apabila mereka cuba mengenali dan mendekati perempuan yang dia suka. Itu perkara biasa dilakukan oleh kaum lelaki. Takkan di awal perkenalan terus cakap nak bercinta pulak. Kang tak pasal-pasal pulak kena reject.

Kepada kaum perempuan pula, ingat la bila lelaki ada cakap nak berkawan macam dialog kat atas tadi, kemungkinan lelaki itu suka pada anda amat tinggi. Kemudian terpulang la kepada perempuan sama ada mahu diri mereka dikenali dengan lebih rapat atau tidak. Tapi kalau perempuan yang bagi ayat nak berkawan dengan lelaki, tu aku tak berapa nak jelas.

Terdapat 2 kemungkinan yang sangat rumit kerana perempuan sangat kompleks. 1 mungkin perempuan tu hanya sekadar mahu berkawan atau boleh jadi juga special friend. Yang ke 2 pula mungkin sama kes dengan yang lelaki tadi iaitu untuk kenali lelaki dengan lebih rapat kerana sukakan lelaki tersebut.

P/s : boleh tak kita kawan ? Nak jawap ape ? He he

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Aiming For Google Adsense

Aku tengok dah banyak blog bahasa melayu yang menggunakan pengiklanan Google Adsense. Hurrmm kalau mereka boleh meletakkan adsense di blog bahasa melayu, kenapa aku sendiri tidak letak dalam blog ni ? He he bermula malam ni aku akan cuba lakukan usaha untuk apply Google Adsense.

Ishh adsense pulak ? Innity masih tidak cukup lagi ke Firdaus ? Bukan tak cukup, sangat mencukupi je tapi apa salahnya mencuba semua yang ada selagi mampu. Setakat ni company pengiklanan yang reject aku adalah Ads Factor. Gggrrr kena reject sebelum minta statistik trafik. Sangat dasyat =_=

Ah lupakan semua tu. Sekarang ni plan untuk cuba dapatkan akaun Google Adsense dulu. Bila dah approve baru la aku letak iklan di blog Firdaus Life yang merepek ni. Entah di approve atau tidak tak tahu la. Apa pun kena mencuba dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh la blog aku ni meletakkan iklan Adsense.


p/s : Fuh fuh harap2 dapat la aku pakai Adsense ni... :)


~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 24 September 2011

Mad ghost atau stupid ghost ?

Lepas habis tengok wayang, jalan-jalan dalam kedai hadiah pulak. Cerita mad ghost ? Apa aku bole komen adalah cerita yang serius dan lawak. Part mula-mula tu agak serius dan seram jugak sampai potong jari sendiri. Aku memang sah la katup mata. Gila nak tengok scene kerat jari, seriau gila kot. Lepas tu part yang last part pulak ada gelak gelak sebab hantunya sangat bodoh dan fail. Tak tahu la aku nak cakap citer ni seram ke lawak sebab semua ada.

Lepas ni nak pergi makan pulak. Mall jitra pun dah nak tutup ni. Perut pun dah lapo sangat. Hurm nak makan ape pulak malam ni. Makan banyak atau makan sikit ? Kalau banyak nanti gemok. Kalau tak banyak nanti tak puas makan pulak. Ggrrr

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Alamak cerita mad ghost ? Mampos aku

Alamak gf dan kawan-kawan dia nak tengok cerita hantu tajuk mad ghost. Aduyai aku ni penakot nak mampos bab tengok cerita hantu ni. Cerita hantu tengok kat laptop pun dah terjerit-jerit sambil katup mata, ni kan pulak tengok wayang. Camana aku nak survive ni ? Nak katup mata malu kat kawan dia pulak. Nak tengok skrin, memang kentar kepala lutut aku dibuatnya.

Aduyai cerita hantuu. Takotnya aku. Tolong doakan aku selamat dan masih hidup bila cerita hantu ni habis nanti. Mana la tahu jantung aku pecah masa tengok hantu kat skrin wayang nanti. Uwaaaa hantu takotnya.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Wayang dan jalan-jalan

Hujung minggu tak tahu nak buat apa jadi aku ikut gf pergi ke jitra, kedah untuk habiskan masa kat sana. Dengar kata nak pergi tengok wayang tapi tak tahu la nak tengok cerita apa. Aku hanya ikut je sebab tak tahu nak buat apa kat rumah. At least ada luangkan masa juga pergi jalan-jalan.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Sangat Bosan Dol

Petang sabtu. Bosan ? Takde la bosan sangat cuma tak tahu nak buat apa. Kawan aku dalam rumah ramai yang tidur sepanjang hari. Bangun cuma untuk makan dan solat lepas tu sambung tidur balik. Oh syok gila cuti hujung minggu kan ? Hanya menghabiskan masa dengan berehat dan tidur je.

Nak pergi berjalan ? Hurrmm malas la. Duk dalam rumah lagi best. Kawan aku yang seorang lagi dari semalam duk layan movie. Aku nak tengok movie pun dah tak tahu nak tengok cerita apa. Stok movie memang banyak sampai wujud beberapa server sharing tapi mood untuk tengok tu tak ada.

Lepas tu petang ni pun aku rasa Penulis Senja pun sedang bosan jugak. Sebab dia asyik duk bagi aku puisi dan pantun je kat chat box facebook aku. Aduyaaiii siang hari dan petang macam ni pun kau nak berpuisi ke ? AKu langsung tak ada mood nak lawan puisi dan pantun ko tu. ha ha ha.


Tu dia puisi yang dihantar oleh Penulis Senja. Nak balas apa pun aku tak tahu sebab aku ni bukan budak sastera. Lain la kalau penulis senja ajak pergi usha awek ok jugak. :P

p/s : Nak buat apa ? Hurrmmm

~ Baca Selanjutnya ~

LOL Baru Nak Update

Sebenarnya baru bangun tidur, baru mandi, baru zohor dan baru online. Tu pasal baru nak update blog. Semalam berjaga sakan sambil online, tengok cerita Senja Kala, cerita The Bourne Ultimatum dan layan lagu. Maklum la hari ni kan cuti jadi semalam berjaga lama la sikit sampai ke subuh. keh keh

Hari ni hujung minggu kan ? Jadi mungkin tak ramai yang ada di depan laptop untuk update blog kerana masing-masing akan keluar untuk berjalan-jalan bersama kawan-kawan ataupun family. Aku pula malas nak pergi jalan-jalan kerana cuaca yang amat panas di Perlis ni.


Badan pun masih lemah, kalau main panas sikit memang sah la akan dapat demam free. Lepas tu kena la terlentang atas katil pulak. Demn !! aku tak suka demam tapi kadang-kadang sakit ni bagus juga sebab rasa dan perasaan sakit itu sangat best dan menyeronokkan.

Petang ni aku tak tahu nak sembang apa sebab tengah lapar sekarang. Nak pergi cari makanan jap sambil cucuk duit. Ptptn masih tak masuk ... Cehh suruh bayar laju je, tapi nak masukkan duit untuk aku lambat pulak. Nasib baik aku pinjam tak sampai 10 ribu. Kalau tak, menangis nak bayar balik :P

p/s : Kenapa Ptptn tak masuk lagi ? Wuuuu aku tak pernah fail belajar kot.. =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Update La Blog Anda

Kali terakhir aku nampak update di sesebuah blog tu adalah 2 minggu yang lepas. Lepas tu sampai sekarang masih nampak tiada post yang baru. Hurrmm aku menantikan update daripada kamu wahai rakan blogger. Aku suka baca dan lihat post kamu yang lepas kerana ia sangat menarik dan menghiburkan hati. Mungkin dia sibuk kot sampai tiada masa nak update =_=

Cakap pasal update blog pula malam ni ye. Bukan semua orang mampu update blog mereka pada setiap hari. Hanya yang betul-betul memberi komitmen sahaja boleh melakukan perkara ni. Tapi aku update blog lebih daripada 3 kali sehari. ha ha ha you can't beat that man :P  ... Tapi Ben Ashaari update hampir 10 kali sehari.. =_= dasyat betul bro tu.

ok kembali kepada tajuk, bukan kekerapan atau banyak kali update yang aku nak cakap. Sesetengah blogger merasakan blog mereka tiada sambutan jadi mereka fikir update atau tidak update tetap sama juga kerana mereka fikir tiada siapa yang akan baca. Sebenarnya tanggapan macam ni sangat salah dan kalau boleh elakkan daripada fikir macam ni.

Jangan kita fikir blog tiada sambutan bermaksud tiada siapa yang nak baca. Kadang-kadang orang tulis pasal berak tahi panjang pun ada orang tetap baca apatah lagi tulis sesuatu yang mengarut lagi merapu. Oleh itu update la blog anda paling kurang pun sekali sehari. Bagi la peluang kepada pengunjung atau pelawat yang ziarah blog anda untuk menghadap bacaan yang fresh. Tak kisah la merapu apa pun. At least it is original idea right ?

Aku pun tak nak sembang banyak sangat. sebenarnya memang aku menantikan update daripada beberapa blog untuk aku jadikan santapan bacaan. Namun dah 2 minggu beberapa blog itu tidak berupdate. Adooiii susahnya macam ni nak baca blog yang kita suka pun tak boleh sebab tidak berupdate.

Aku lebih suka baca blog peribadi macam aku kerana boleh tahu peribadi blogger ni macam mana. he he aku suka sangat jadi stalker. Kita masuk, kita baca dan kita ingat blog dia. kih kih blog siapakah itu ?

p/s : Update la blog anda wahai blogger =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 23 September 2011

Firdaus Life Dot Com | firdauslife.com ?

Pernah aku terfikir untuk tukar domain blog ni menjadi firdauslife.com tapi aku masih teragak-agak dan terasa sangat malas bab tukar domain ni. Sebenarnya sebab utamanya adalah aku malas nak keluarkan duit untuk blog ni. Biarkan duit masuk je tanpa mengeluarkan belanja untuk blog. Mustahil ke ? Tak mustahil pun sebenarnya :)

Ok cakap pasal domain sendiri. Aku ada baca bahawa kalau pakai domain sendiri akan lebih mesra di enjin carian dan trafik yang datang juga lebih up sikit. Betul ke ? Entah la yang tu aku tak berapa nak tahu sangat sebab aku hanya main baca je pasal info tu.


Tapi kalau aku tukar domain jadi firdauslife.com , mesti ranking nama blog ni menjunam jatuh sampai ke angka puluh ribu. Perrrghhh jenuh pulak nak panjat tangga sampai beribu-ribu tu. Kalau trafik beribu-ribu sehari tu tak hairan la nak panjat tangga tu balik. Ni nak sampai seribu sehari jumlah pelawat pun sakit. Maklum la ni kan blog peribadi aku yang banyak merepek.

Patut ke aku bertukar domain ? Hurmm nanti la aku fikirkan macam mana tapi buat masa ni pun aku rasa malas je nak tukar. Biar la orang kata lebih senang pakai domain sendiri tapi aku lebih suka cara susah sebab aku ni bengong sikit. Janji boleh blogging dengan gembira dan ranking stabil :P

p/s : firdaus life dot com siapa nak curi trafik boleh la pakai domain tu :P

~ Baca Selanjutnya ~

Tidur Sepanjang Petang

Hari ni baru 1 kali update. Pergghh ingat lepas jumaat tadi nak update beberapa kerat ayat kat blog ni. Tapi lepas jumaat tadi kawan ada nak pinjam berok band sebab dia nak update anti virus. Lepas setengah jam, aku dapat balik modem berok band tu dan malangnya masa tu mood nak update pun entah ke mana. Bila dah malas sangat aku hanya update blog Ini je.

Jadi bila blog tidak berupdate, maka aku buka kilang taik mata je la petang tadi. Tidur dan tidur sepanjang petang sampai puas dan penat badan ni. Ok bosan sembang pasal tidur dan aktiviti yang tidak berfaedah, kita tukar topik pula ye.


Petang tadi aku baru je hantar 1 address blog kat laman web Google kerana aku rasa post aku sangat susah di-index oleh enjin carian. Mungkin kerana  Memang banyak faktor yang boleh menyebabkan enjin carian index post yang kita publish antaranya, page rank, hits, ranking, meta tag, dofollow dan banyak lagi.

Tapi setelah aku publish dan ping post tersebut, masih tidak ada di enjin carian. hurrmm pelik juga kerana teknik seo yang aku gunakan sama je dengan yang aku guna bila update blog ni. Mungkin disebabkan pagerank yang terlampau rendah menyebabkan post yang di publish itu susah untuk melekat di enjin carian Google.

Apa pun ini la kelemahan yang kena aku hadapi. Lepas ni kena naikkan pagerank dulu baru la best nak main seo sikit. Kalau pagerank 0 memang susah gila nak nampak post kita pada halaman pertama enjin carian. SIlap hari bulan memang takkan jumpa langsung. Alamak mimpi ngeri tuuu.

p/s : Baru aku tahu susah nak naik ranking, pagerank, dan hits :P
~ Baca Selanjutnya ~

Dah jumaat. Esok cuti

Kawan-kawanku bersantai tunggu pensyarah.

Selamat pagi, selamat pagi dan selamat pagi. Hari ni dah masuk hari jumaat dan esok pula cuti hujung minggu. Aaahh rasa lega dapat cuti walaupun hanya 2 hari setelah penat 5 pergi dan balik kelas. Bagi yang kerja juga pada hujung minggu ni memang kesian kan ? Orang lain cuti tapi kita kena kerja. He he sedap betol aku cakap kat orang, silap hari bulan bila aku kerja nanti kena kerja juga hujung minggu baru tahu.

Pada hari ni juga kaum lelaki jangan ada yang period pula. Kerja pun kerja juga, study pun study juga tapi solat jumaat tetap wajib kepada kaum lelaki. Jadi jangan duk bagi alasan tak tentu hala untuk tidak pergi solat jumaat nanti. Tapi dengar cerita sergean keroro suka ponteng solat jumaat. Hurm mentang2 la die ni alien terus tak pergi jumaat ye. Hu hu

P/s : trafik menjunam kembali. Lantak pi la :p


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Jom Skodeng Malaysia's Next Top Female Blogger 2011


Semalam aku ada buat post mengenai Next Top Female Blogger 2011 yang dianjurkan oleh saudara Sandra Azwan. Pada hari ni keputusan part 1 yang menyenaraikan 10 top female blogger sudah pun keluar di blog Sandra Azwan. Alamak aku pulak yang terlebih excited pasal ni.

Ok ok bagi siapa yang mahu lihat senarai 10 pertama top female blogger oleh Sandra Azwan, anda boleh la klik ke Sini . Part 2 dan part 3 mungkin akan habis disenaraikan pada minggu ini juga. Aku pun rasa syok juga nak skodeng blog-blog yang disenaraikan sebagai female top blogger ni.

Mana la tahu dapat tambah kenalan lagi ke. Ataupun boleh jadikan blog mereka sebagai santapan bacaan dan juga tempat menambah ilmu pengetahuan. 10 sudah tersenarai, lagi 20 akan disenaraikan nanti. LOL kenapa aku teruja sangat dengan contest orang lain ni ? Ishhh jarang aku teruja dengan contest ni.

He he takde la teruja sangat cuma aku rasa contest yang dia anjurkan sangat menarik dan aku baru je tahu pasal contest ni semalam. Sebelum  ni asyik nampak banner dan gambar je tapi tak ambil tahu pula banner tu mengenai apa. Mujur la semalam aku baru dapat tahu. Kalau tak dapat tahu, memang agak ketinggalan la aku ni :P

p/s : Apa pun tahniah kepada Belog MTT dan lagi 9 top female blogger yang part 1 ni

~ Baca Selanjutnya ~

Safee Sali Serasi Bersama Cardiff City

Biar pun baharu seminggu bersama Cardiff City, Mohd. Safee Sali kini serasi bersama cardiff city dengan gaya permainan bola sepak England yang terkenal dengan corak serangan pantas. Penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu telah menjaringkan lebih lima gol sepanjang sesi latihan bersama Cardiff City.

Malah, penyerang prolifik negara itu antara penyerang kegemaran bagi pengurus Cardiff, Malky Mackay yang dilihat semakin stabil bersama Bluebirds apabila mempamerkan semangat dan disiplin yang tinggi.

Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, Safee kini beraksi dengan lebih tenang dan sentiasa memperbaiki mutu permainannya sepanjang sesi latihan bersama kelab dari England itu.

“Gaya permainan yang ada pada Safee antara faktor jelas mengapa pengurus Cardiff selesa menjadikannya pilihan utama sepanjang sesi latihan.
“Dia (Safee) yang kini beraksi dengan lebih tenang dan konsisten, pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang sesi latihan demi memikat pengurus (Mackay).

“Nyata, pihak pengurus Cardiff berpuas hati dengan prestasi Safee bersama pasukan yang dikenali Bluebirds yang dilihat semakin positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurutnya, nasib Safee yang hanya mempunyai baki seminggu lagi untuk menjalani latihan di England bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.

“Sama ada keputusan itu akan diumumkan sebelum Safee pulang ke Malaysia pada 28 September ini atau selepas beraksi bersama Pelita Jaya, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.
“Sekiranya Cardiff berminat untuk mendapatkan khidmat Safee, mereka akan berunding dengan Pelita Jaya bagi melengkapkan perpindahan sensasi ini,” katanya.

Jelas Zakaria, meskipun Safee gagal di England, ia tidak bermakna perjuangan bekas pemain Selangor itu berakhir malah dengan pengalaman berharga ini, mutu permainan Safee pasti menyumbangkan sesuatu kepada negara kelak.

“Berjaya atau tidak, Safee telah pun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Cardiff. Apa pun, saya berharap semua masyarakat di Malaysia mendoakan kejayaan Safee untuk bergelar pemain pertama negara beraksi di pentas Eropah.

Sumber <<<

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 22 September 2011

Huiyooo Freemason Tu | Whatever LOL

konsert Search yang dikatakan mempunyai agenda Freemason.

Kadang-kadang aku terfikir sama ada benar atau tidak bahawa Freemason ini wujud ? Dulu heboh dalam mastika dan media prima mengenai kewujudan Freemason yang dikatakan ingin menguasai dunia secara senyap dan menyuntik unsur dan elemen mereka ke dalam hiburan, senibina, pembelajaran dll  ( Whatever LOL ). Tapi boleh jadi juga bahawa semua tu adalah bullshit dan sengaja direka untuk menakutkan umat manusia yang lain. 
Ehh Firdaus, dah banyak bukti yang ditemui sekarang tau.

Bukti ? bertulis, bergambar dan sejarah ? Semua tu boleh dicipta dengan sempurna sepertimana wujudnya sebuah cerita yang mana plot dan aksinya dicipta serta direka dengan cukup sempurna oleh pakar-pakar yang ingin menakutkan umat manusia yang lain tanpa ada sebarang cacat cela.

Tapi takkan la begitu banyak sekali bukti yang dijumpai ?

Seperti yang aku cakap tadi, bukti boleh dicipta dengan sempurna dan boleh dibuat dengan begitu banyak. Semuanya demi membuatkan manusia percaya akan wujudnya agenda dan aktivis ini maka tidak mustahil untuk mereka sengaja mengadakan atau mencipta bukti-bukti yang kononnya sangat benar dan tepat.

Tapi aku bukan nak sembang pasal benar atau tidak agenda dan pertubuhan Freemason ni. Cuba kita lihat dengan teliti, apabila isu Freemason ini keluar di kaca tv dan menjadi bualan orang ramai, hanya manusia yang bodoh dan dungu sahaja akan berasa takut dan gentar dengan semua ini. Even aku yang bodoh ni pun turut percaya akan semua agenda mengarut ini.

Cuba teka siapa yang paling tenang dengan isu ini ?

Jawapannya adalah para Ulama. Isshh kenapa pula mereka boleh tenang sedangkan ada pihak dan musuh islam cuba menguasai dunia dan menjatuhkan agama-agama yang wujud dalam dunia ini ? Para Ulama ni semua tidak takut ke ? 

Jika ditanya kepada para ulama mengapa mereka boleh bertenang dengan isu ini, hanya ada 1 jawapan sahaja yang akan terpacul dan membuatkan kita semua akan diam dan berfikir dengan teliti menggunakan otak yang waras. Jawapan para ulama pendek sahaja :


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku."
(HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)--- Sumber
 
~ Baca Selanjutnya ~

Cepatnya Malam Muncul

Baru je rasa pagi tadi aku pergi ke kelas dan menghadapi situasi pembelajaran. Lepas beberapa jam masuk dan keluar kelas, maka habis la aktiviti pembelajaran untuk hari ini. Balik rumah makan-makan sedikit dan kemudian masuk ke kamar untuk beradu. Di mana aku menjadi nakhoda yang mengemudi bahtera melayarai lautan yang penuh bergelora. Segala ombak dan halangan aku tempuhi dengan jiwa yang penuh kental. Fuuuhhh Ayat !!!

Lepas tu bila terjaga je sudah masuk lewat petang. Selesai solat asar, aku pun buka laptop seketika untuk melihat statistik blog dan pelawat untuk hari ni. Alhamdulillah walaupun tidak la sekencang seperti blog lain tapi bagi aku sudah cukup baik bagi mengekalkan prestasi.


Selesai skodeng dan mengintai apa yang patut, maka aku terus pandang ke luar ke luar pintu. Waahhh terkejut aku apabila mendapati langit dan keadaan diluar sudah menjadi gelap. Sangat cepat pula aku rasa hari ini berlalu. Adakah kerana aku terlalu leka melakukan sesuatu sampai tidak terasa cepatnya masa berlalu ?

Masa yang berlalu juga bermaksud umur ku juga semakin berlalu tua. Semakin hari semakin MUDA... ehh salah.. semakin hari semakin tua tapi jiwa aku pula rasa semakin muda. Aku tahu ianya sangat tidak benar dan bunyinya agak perasan kerana aku sedang mengarut di dalam post yang penuh kebosanan ini.

Titik !!!

~ Baca Selanjutnya ~

Jom tido berduet

Kawan aku nak masuk dalam blog juga. Hehe

Kita bukan blog yang bermain dengan teknik seo, bukan juga blog artis atau orang fofular, dan kalau tidak update dengan kerap, memang merudum la jumlah pelawat. Tapi berapa kerap kali yang perlu update blog dalam sehari ? Semuanya bergantung kepada pemilik blog samada nak upadate 1 kali sehari atau 10 kali sehari. Kalau rasa mampu update banyak, apa salahnya. Lagi pun aku rasa tak rugi kalau update banyak kali kerana ia akan bawa pelawat dan juga memperbaiki penulisan. Aku ? Huum hanya mampu update 4 hingga 6 kali je sehari. Kalau lebih dah tak larat aku nak menaip ditambah dengan sibuk kelas lagi.

Hari ni nak update pagi tadi pun susah kerana jadual agak pack. Petang ni dah lenggang sikit jadi boleh la update dengan riang. Nak kata riang sangat pun tak juga kerana tengah penat ni. Adoiyai petang ni pun tak tahu lagi macam mana. Rasa nak tidur dan rehat je lepas habis kelas jap lagi. Katil pun nampak lembut dan menggoda. Haish nak tdo ke taknak jap lagi ni. Penin.

P/s : sejam je lagi nak habis kelas. Aarghh.. Zzz

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Bulan Madu di D’ FARO, D’ Lagos dan D’ Amour , Melaka

D’ FARO, D’ Lagos dan D’ Amour kukuh mengekalkan tradisi budaya tanah yang pernah ditakluk armada perang Portugis.

Terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, sebanyak 193 penginapan mewah yang didirikan di atas tanah seluas 520 hektar di situ sesuai benar menjadi pilihan pasangan yang enak dibuai cinta. Apatah lagi kesemua pilihan memiliki katalog berbeza sama ada dari segi dekorasi dalaman mahupun luaran.

Namun begitu, pengunjung berkeluarga yang inginkan keselesaan termasuk kolam renang peribadi, mereka boleh memilih rangkaian vila D’ Amour yang mempunyai tiga buah bilik. Jika mahukan lebih ruang untuk melakukan aktiviti, vila D’ Faro dan D’ Lagos tentulah lebih sesuai.


Berbalik kepada vila bulan madu yang hanya terhad buat enam pasangan pada satu-satu masa, keistimewaannya memang di luar jangkaan.

Melangkah masuk ke ruang garaj kereta, aura Bali sudah menerpa ke sisi. Mana tidaknya, dekorasi sepanjang laluan ke pintu masuk ke vila itu dihiasi pergola kayu berukir yang mencerminkan elemen tanah Jawa itu, ditambah pula dengan sebuah wakaf kecil di hujung kolam renang di tengah laman.

Biarpun kecil, kiri dan kanan wakaf itu terhias cantik dengan pasu berlampu separas pinggang.
Menjengah ke dalam vila, cermin bulat panjang sedepa yang di kelilingnya dihiasi motif flora hitam merah menjadi titik fokal ruang tamu manakala di bawahnya tersedia sofa santai untuk dua orang.


Bertentangan dengan ruang itu pula disediakan satu set sofa bersama meja kopi dan sebuah televisyen skrin leper lengkap dengan siaran pakej penuh Astro.

Istimewanya bila memandang ke sudut kanan vila, sebuah kamar buat raja sehari beradu menggamit mesra.

Katil kayu berlangsir sutera putih lembut dengan hiasan cermin besar di belakangnya sekadar membuatkan jiwa semakin bergelojak untuk merasa nikmat katil bersaiz King yang empuk itu.

Baca Selanjutnya <<<

~ Baca Selanjutnya ~

Meraba dalam kegelapan

Gambar tiada kena mengena dengan post.

Tengah malam ni terpaksa pula aku update blog melalui telefon kerana rumah kolej kediaman aku sedang black out. Rasa sangat fail bila hanya beberapa rumah saja yang black out sedangkan kedai makan disebelah rumah aku ni elok saja tiada lampu yang padam. Haih kalau malam ni tade elektrik, memang tak tidur la jawabnya akibat banyak nyamuk dan panas.

Apa pun yang berlaku kena la aku bawak bersabar. Harap2 elektrik cepat pulih dalam masa yang terdekat ni. Lupakan pasal black out ni kerana aku asyik kena gigit dengan nyamuk je sekarang. Wahai nyamuk pergi la kat orang lain jugak. Kesian kat aku tau. Syuh syuh.

Eh eh tibe2 dah ada kembali elektrik. Yaahuuu boleh la tidur dengan aman malam ni tanpa gangguan nyamuk dan panas. Laptop jap lagi la buka. Malas nak online guna laptop. Guna fon juga best dan boleh dibawa kemana saja. Tapi yang tak bestnya adalah skrin fon sangat kecik dan tak puas guna kalau online. Setakat nak update blog tu boleh la. Nak blogwalking guna fon memang jenuh la jawabnya.

P/s : habis spoil mod blogging gara-gara black out tadi.


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 21 September 2011

Make Over Blog Tapi Tak Pandai

Huurrmm aku dah mula rasa bosan tengok rupa blog yang tak berubah ini. Dah simple dan style bagi aku cuma rasa bosan sebab asyik warna dan rupa macam ni je. Jadi aku pun apa lagi terus godek-godek template dan ubah mana yang patut. Mungkin aku patut tukar tema warna blog ni menjadi lebih garang. Hasilnya seperti dalam gambar di bawah :


Macam mana ? Merah menyala oh jantungku, degup pantas berlalu. Ada orang kata kalau rupa merah ni nampak semakin garang... Ada yang kata merah ni tak sesuai dengan blog aku ni. Ada yang tak suka. hurrmm macam mana ni ? Nak tukar kepada merah atau kekalkan yang sedia seperti sekarang ni ?

Last sekali hanya tukar header je tapi header yang aku baru tukar ni pun nampak sangat poyo je. Adusss bila datang bab make over blog memang aku bengong sikit sebab susah nak kena dengan taste. Kena buat betul-betul dan pastikan semuanya elok baru la puas hati. Kalau tak puas hati, kena make over balik.

p/s : Merah ok tak ?

~ Baca Selanjutnya ~

Next Top Female Blogger 2011 ?


Sebenarnya dah lama aku nampak gambar diatas di beberapa buah blog dan aku tertanya-tanya apa benda tu sebenarnya. Nak klik rasa malas jadi aku buat tidak peduli je pada gambar tu. Hari ni apabila membaca post di blog Namee Roslan baru aku tahu bahawa ada contest untuk Malaysia's Next Top Female Blogger yang dianjurkan oleh Sandra Azwan.

Setelah godek dan baca post di blog Sandra Azwan, aku rasa sangat menarik pula contest yang dibuat tu. Hurrmm pencarian next top female blogger tu. Bunyi agak WOW !! Bagaimana top female blogger ini dipilih aku tak berapa tahu. Mungkin ada undian yang perlu dijalankan ataupun kena impress Sandra Azwan dengan jawapan yang agak kencang.


Apa pun dengar cerita List 30 Female Top Blogger itu akan keluar pada minggu ini dan aku pun tiba-tiba je excited untuk tahu siapakah 30 blogger perempuan yang top dipilih. Ehhhh lupa nak ucap tahniah juga kepada Namee Roslan kerana telah pun terpilih dalam list 30. Feewwwiiittt female top blogger tu.

Dup Dap Dup Dap siapakah lagi 28 yang akan masuk dalam senarai female top blogger ? Huhh dengan aku sendiri pun turut teruja nak tahu. Jadi sama-sama la kita nantikan pada minggu ini. 

p/s : Kenapa aku sibuk ambil tahu pasal ni ? :P
~ Baca Selanjutnya ~

Menarik Mengenai Interface Facebook Yang Baru

Selesai sahaja kelas pukul 2 tadi aku terus cari laptop untuk online dan seperti biasa laman web utama yang akan aku lawati adalah Facebook. Setelah memasukkan emel dan juga kata laluan, aku berasa sangat hairan melihat interface facebook yang nampak ada kelainan berbanding yang sebelum ni. Kemudian aku ambil masa sedikit untuk explore sesuatu yang baru.

Selesai explore, aku rasakan interface facebook yang baru ini lagi best dan style berbanding yang lama. Banyak juga yang menarik walaupun pada hakikatnya jika dilihat secara kasar tiada perubahan yang mendadak berlaku. Jadi di bawah ini ada beberapa perkara atau sistem yang aku rasa sangat menarik dengan perubahan baru pada Facebook.

1. Jimatkan Ruang dan Simple


Dari dulu lagi Facebook memang terkenal dengan sesuatu yang simple tapi dengan perubahan yang baru dilakukan ini, apa yang menarik adalah facebook telah menjimatkan lagi ruang di bahagian Home Wall. Maksudnya jika status box itu tidak digunakan, maka ia akan di-hide oleh sistem secara default dan ini memberikan sedikit ruang yang agak luas untuk paparan news feed daripada kawan-kawan yang lain. Jika mahu update status, hanya tekan sahaja " Update Status " di bahagian atas itu kemudian Status Box akan muncul di bawah. :)

2. Top Position Navigation Bar


Jika sebelum ini bahagian navigation bar yang warna biru itu tidak berada pada kedudukan tepat dan ia sangat menyusahkan apabila kita skroll sampai ke bawah dan mahu ke profile atau Home, kita terpaksa skroll ke atas kembali untuk mencari navigation bar tersebut.

Dengan perubahan baru ini, navigation bar diubah berada pada kedudukan yang tetap ( fixed ) dan apabila mahu ke profile / Home ia sangat mudah tanpa perlu skroll ke atas kembali kerana ia sentiasa berada pada top position. Ada yang tak suka top position navigation bar ini tapi aku suka je :P

3. Real Time Update


Jika sebelum ini Google berkerjasama dengan twitter dalam menyediakan servis Google Real Time, kali ni Facebook juga dengan memasukkan sistem Real Time Update di bahagian sidebar iaitu di atas friend chat. Apa yang menarik pasal Real Time Update ini adalah kita akan sentiasa atau lebih kerap mendapatkan info terkini mengenai aktiviti kawan-kawan kita di Facebook. Cool kan ?

Menarik kan ? Ada yang kata tidak menarik dan rasa sangat pelik. Kadang kala apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Lagipun aku rasa perubahan baru yang dilakukan Facebook lagi mantap berbanding dengan Google Plus kerana Facebook sedaya upaya cuba melawan Google Plus.



~ Baca Selanjutnya ~