Ahad, 31 Julai 2011

Buffered Earning.. Tips Nak Dapat

BUFFERED EARNINGS.. Kalau tanya blogger, memang mereka teringin sangat nak dapatkan kempen Buffered Earning ( BE ) daripada Nuffnang kerana bayaran sangat lumayan. Sewaktu aku bercinta dengan Nuffnang dulu pun memang teringin sangat nak dapat BE. Macam-macam tips aku guna tapi last sekali memang satu BE pun tak dapat.

Dulu pernah aku pernah tanya kat seseorang macam mana nak dapatkan BE ? Jadi dia pun ada berkongsi beberapa tips dan hampir semua tips yang aku cuba buat akan berkongsi dalam entri ni.

1. Maintain trafik 200 unique visitor sehari.

- 3 bulan trafik aku maintain 300 - 500 pelawat sehari tapi tetap tak dapat Buffered Earnings juga. Mana silap aku tak tahu. hurrmm

2. Selalu Guna Innit Nuffnang

- Yang ni aku tak pernah buat kerana tak pandai nak ber-innit kat laman web Nuffnang tu. Tapi dengan cara selalu Innit, itu menunjukkan kita sangat aktif dengan Nuffnang dan peluang nak dapat BE tu tinggi.

3. Hantar Ticket

- Jangan pula hantar tiket tengok wayang. Kang Nuffnang sepak korang. Hantar tiket yang dimaksudkan adalah macam menghantar permohonan untuk dapat Buffered Earning. Nak tahu macam mana hantar ticket ? boleh rujuk kat entri SINI .

4. Aktif Dengan Nuffnang

- Yang ni juga aku tak pernah buat. Kalau Nuffnang ada buat event apa-apa ke, korang join la. Yang ni pun membuatkan peluang nak dapatkan BE lagi tinggi.


Haa tu je la tips yang aku nak share. Selama aku guna Nuffnang, hanya tips nombor 1 dan nombor 3 je aku buat. Sebab tu aku tak dapat kempen Buffered Earning. Tapi korang boleh cuba semua tips. Itu pun kalau korang sangat rajin dan memang nak kejar Buffered Earning .

Aku tak larat dah nak kejar BE yang tak pasti tu. Lagipun sekarang dah pakai Innity dan agak lumayan bayarannya. ke ke ke.. Selamat ber-Nuffnang :D

p/s : Ni entri Auto Publish
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Ada IC Blogger. Korang Ada ?

Blog dah macam kehidupan nyata pula. Siap kena ada ic lagi. Ish ic tu kan melambangkan identiti kita. Jadi tak salah rasanya kalau nak ada ic dalam dunia blog ni. Aku dah ada ic sebagai blogger. ha ha ha poyo tak ? Ada ic blogger pun nak kecoh. Nak tengok, sila la tengok kat bawah ni ye

hak hak hak ic wooo

Korang tak nak buat ic blogger ke ? Alaa buat la. Percuma je. Takde bayar pun kat pembuat ic blogger ni. Siapa yang teringin nak ada ic blogger, sila ke link :

http://musicbrilliant.blogspot.com/

p/s : Gambar ic aku nampak pelik. ha ha terima kasih mar @ musicbrilliant.. Aku dah letak kat bawah sekali blog ni.. :)

~ Baca Selanjutnya ~

Nama Blog Penting


Kalau cakap pasal nama memang penting. Mana ada tak penting bab nama ni. Tak kisah la nama kucing ke, nama kambing ke, nama orang ke, atau nama blog. Kenapa penting sangat ? sebab ia akan memudahkan pencarian blog anda pada index Google.

Kalau nama blog anda dalam bahasa inggeris, maka susah sikit nak ada di page pertama dalam enjin carian kerana nama tersebut terpaksa bersaing dengan website dan juga blog daripada luar negara. Silap hari bulan page 5 dalam enjin carian Google pun takkan jumpa lagi nama blog anda.

Dulu aku guna nama Freaky Life kat blog ni. Lepas beberapa bulan, aku cuba la cari di enjin carian tapi agak hampa apabila tersenarai pada page yang ke 3. hu hu siapa la yang tengok pada page 3 kan ? Memang takde la jawabnya. hampehh !!

Lepas tu aku cuba cek Firdaus Life di enjin carian. Sememangnya tidak ada lagi yang menggunakan keyword atau nama blog Firdaus Life. Terus aku tukar nama blog daripada Freaky Life kepada Firdaus Life . Tak sampai seminggu, aku cuba cari di enjin carian dan ternyata berada pada list yang pertama pada halaman pertama.

Jadi ini menunjukkan bahawa nama blog atau website juga memainkan peranan yang penting supaya memudahkan orang mencari blog anda di enjin carian. Kalau aku masih guna Freaky Life, entah macam mana la nak cari blog aku kat Google. haihh =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Wajah Baru Lagi

Semalaman aku tak tidur duk ubah semula template blog aku. Tukar template lain kerana yang lama tu ada sama dengan blogger lain. Rasa tak best pula kalau pakai template sama. Kena ada feel yang berbeza sikit baru best.

Jadi apa kelebihan template baru ni ? Hurrm aku jenis yang pentingkan kelajuan loading blog dan semestinya template baru ni dah aku ubah supaya ringan dan laju loading. Mana yang tak best dan tak guna pakai, terus buang.. Buat semak je. hu hu

Saiz template ni juga tak besar berbanding yang dulu selepas diedit bermacam-macam sampai tak tidur semalam. Anda semua rasa macam mana ? ok tak template baru aku ni ? Ke nampak sangat hodoh ?

Aisehmen kalau nampak hodoh pun berterus terang la ye. Saja nak tahu pandangan anda semua pasal template baru ni. Nanti bagi komen sikit ye pasal kelajuan loading blog dan juga design template yang baru ni. Ok ke tak ok.
~ Baca Selanjutnya ~

Esok Menjunam Jatuh

Apa yang menjunam jatuh ? pasaran saham ke ? Hari ni dah masuk hari ahad. Siang nanti pasti ramai yang keluar berjalan-jalan bersama family dan kawan-kawan. Ada yang pergi shoping dan ada yang sekadar mahu ambil angin di sekitar taman atau di bandar.

Nampak gaya aku pun kena pergi jalan2 juga pada esok hari. Tapi tak tahu nak pergi jalan ke mana. Nak ke bandar memang sah sangat sibuk siang nanti. Dengan trafik jem lagi lepas tu suasana orang yang ramai boleh buat kepala jadi pusing wooo.

Nak pergi taman tapi takde kawan. Takkan nak pergi sorang diri pula. Tak syok la duk kat taman sorang2 sambil tengok orang lain duk lepak secara berkumpulan dan ramai-ramai. Silap hari bulan aku pergi mandi pantai juga esok.

Siang nanti tak ramai ngadap blog jadi boleh la duk santai jap. Takde la penin sangat nak fikir idea untuk update dan takde la sibuk sangat nak jalan2 ke blog orang lain kerana ramai tak update.

p/s : Nak buat ape ye esok.. hurmm =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 30 Julai 2011

What The Ef !!!

Ada tengok cerita suara takdir kat tv 3 ? Perghh !! plot cerita tu tak leh blah dan amat saiko. Rasa takot pula nak berumah tangga. Meh aku cerita sikit plot yang berjaya saiko aku tadi.

1. Pasangan ni dah kawin 8 tahun

2. Suatu hari si isteri terjumpa dengan bekas tunang

3. Si isteri pun syok semula dengan bekas tunang

4. Kecurangan berlaku.

Arrgghh tensennya. Walaupun hanya dalam cerita tapi benda macam ni memang berlaku dalam dunia nyata. Sebab tu wujudnya kes dimana suami bunuh isteri dan teman lelaki. Ataupun isteri simbah muka suami dan kekasih dengan asid. Haa siapa suruh curang sangat. kan dah kena bunuh dan simbah asid tu.

Tapi dalam cerita ni menunjukkan bahawa lelaki terlalu cemburu. Haiihh kes cemburu pun susah gak. Cemburu kat pasangan yang bercinta. Tengok orang bercinta sikit, mula la nak sibuk bercinta jugak. tapi yang tak leh blah tu nak rampas pasangan orang. Demn !!

Alamak aku dah lari topik akibat terlalu emo. Ok mahu layan Mission Impossible kat tv2 lagi best. Action best woo Mission Impossible tuu.. Layan ~~~
~ Baca Selanjutnya ~

SEGMEN 3 JAM JE

Nak join klik header atas ni... pukul 11 tutup tau.. cepat !!!




Ok segmen sudah join, kali ni nak show off jumlah follower pulak. he he cantik betol nombor follower di bawah :

1234 jumlah follower sekarang. Akan datang jadi 5678 pula. Wuahahaha memang mimpi la follower aku nak jadi 5678 dalam masa yang singkat. Baik tidur je dan dapat mimpi. Mana la tahu dalam mimpi dapat follower sampai 20 ribu ke.. haa sekali lagi aku mengarut.

p/s : Thank you my follower :)
~ Baca Selanjutnya ~

Apa Tu Rss Graffiti ?

Apa tu Rss Graffiti ? Ni adalah aplikasi yang membolehkan entri terbaru daripada blog anda di publish pada wall facebook secara Automatik. Haa dengan adanya aplikasi ni, tak payah dah nak copy link location lepas tu publish kat wall. Semuanya automatik lepas setting di Rss Graffiti .

Siapa yang fan page juga boleh link terus. Lepas update blog, automatik akan di publish pada fan page anda. Mudah dan cepat !! Aku pun baru je link ke fan page Firdaus Life . Siapa yang jadi admin dalam group blogger pun boleh buat auto publish ke group tersebut

Siapa yang nak cuba, boleh la ke :


1. Like page tu

2. Go to App

3. Allow supaya Rss Graffiti access profile Fb dan juga Fan page anda

4. Klik nama / fan page anda di sebelah kiri

5. Klik pada Add Feed

6. Masukkan feed url blog anda kemudian isi mana yang patut.

7. save dan siap :)
~ Baca Selanjutnya ~

Tiada Read More

Hasil daripada jawapan dalam entri Nak Tanya Sikit , ramai yang tidak berapa suka dengan butang Read More. Jadi aku takkan letakkan Read More dalam blog Firdaus Life ni. Keselesaan pembaca lebih diutamakan.

Oh ya lupa nak ucap terima kasih kerana bagi pandangan dan pendapat kat bahagian komen. Hari ni adalah hujung minggu jadi tak ramai yang ngadap blog. Bila tak ramai yang ngadap blog maka trafik pun jatuh merudum yang amat.

Biasanya hujung minggu ramai yang keluar berjalan-jalan ambil angin bersama kawan2 dan juga family. Aku tiada kawan sangat kat rumah ni jadi tak dapat la nak lepak dan habiskan masa bersama. Dengan family je la boleh habiskan masa tapi tak dapat la nak enjoy sangat.

Ok la mahu makan petang dulu. Malam nanti baru update blog yang kosong ni. Makan petang ? hurmm macam pelik je. Biasanya orang minum air je petang macam ni takpun makan kuih.

p/s : Adehh lapooo =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Kena Hentam !!!

He he sebenarnya bukan hentam pun. Sekadar nasihat daripada seseorang kepada aku. Memang benar aku selalu publish entri blog di wall fb. Tapi itu di wall fb aku sendiri. Takde aku nak publish di wall kawan-kawan.

Oleh kerana dia friend dengan aku, mungkin dia nampak banyak sangat post pasal blog Firdaus Life ni dekat Home Wall dia. Tapi memang aku mengaku kerana aku banyak sangat publish entri blog di wall fb aku sendiri. Tapi itu di wall aku. Bukan aku pergi ke wall kawan-kawan dan post pasal blog.

Aku tak buat kerja gila macam tu. Apa yang aku buat sekadar promosi. Yer memang blog yang bagus datang daripada entri yang bagus. Tapi apa guna entri yang bagus jika tiada promosi. Last sekali tiada siapa tahu kewujudan blog kita.

Dia nasihat suruh aku main SEO. Apa yang menarik pasal SEO ? Trafik memang kencang gila. Hits boleh cecah ribuan sehari dengan SEO. Tapi bukan trafik kencang yang dicari dalam dunia blog ni. Yang penting kemesraan dan kawan yang lain. Kau kongsi cerita kau, aku kongsi cerita aku. Benda ni lagi indah daripada SEO.

Apa pun terima kasih di atas nasihat abang. Ini kali pertama ada orang tegur pasal promosi blog di wall saya.

p/s : Salah ke post blog di wall fb sendiri ? huurrmm
~ Baca Selanjutnya ~

Nak Tanya Sikit

Entri ni hanya untuk minta pendapat daripada pembaca blog Firdaus Life ni. Aku cadang nak letak butang Read More kat blog ni supaya kat main page boleh aku letak sampai 4 atau 5 post.

Kalau takde Read More, nak tayang 3 post pun dah panjang berjela sampai ke bawah. Tapi kekurangan read more ni adalah pengunjung kena klik pada read more untuk baca keseluruhan post tersebut.

p/s : Sesuai tak kalau aku letak read more. pendapat anda amat dihargai :)
~ Baca Selanjutnya ~

Kenapa Kau Buat Blog ?


Orang buat blog memang ramai. Bila ditanya kenapa buat blog, banyak sebab menarik yang kita terima. Ada yang kata nak cari kawan, ada yang saja suka-suka, ada yang kejar duit, nak kejar ranking, dan ada juga yang tak tahu sebab yang betol kenapa dia buat blog ( aiyaakkk !! ) .

Kadang-kadang tu juga sebab kita berblog boleh berubah dari semasa ke semasa. Contohnya hari ni aku blog sebab nak habiskan masa. Esok aku blog sebab nak tambah income. Lusa pula aku blog kerana ada isu hangat sedang berlaku sekarang. Haa nampak tak ? sebab itu boleh berubah dari semasa ke semasa.

Memang bagus kita selalu berubah sebab, tapi perkara macam ni juga boleh menyebabkan seseorang putus asa dalam blog. Mereka akan putus asa kerana tiada pendirian yang tetap dan tiada hala tuju dalam blog. Sekejap itu dan sekejap ini. Lepas tu terus tutup blog. Sebab ape tutup ? sebab kecewa :P

Jadi blog pun macam kehidupan sebenar juga. Kena ada target dan hala tuju yang betol. Haa bila dah ada hala tuju dan target, baru la boleh ber-blog secara bermati-matian untuk mencapai target yang ditetapkan tu. Yang paling penting jangan sesekali putus asa. :)

p/s : Sebab aku berblog untuk cari kawan, kejar ranking, kejar income :P
~ Baca Selanjutnya ~

Maafkan Aku Penulis Senja

Aku tahu kau berharap sangat dan kau pernah beritahu yang aku perlu masuk dalam senarai walau macam mana sekalipun. Aku pun teringin menyertai kau tapi apakan daya rezeki untuk aku masih tidak ada. Walaupun sudah hampir tapi aku tetap rasa ia masih jauh untuk aku capainya.

Aku tahu kau banyak beri motivasi dan bantu aku push limit blog Firdaus Life ni. Aku hanya nak ucap minta maaf kerana tidak dapat realisasikan sepertimana yang kau harap. Aku minta maaf banyak2 Penulis Senja.

Aisehmen !!! aku jiwang sangat. Ni Penulis Senja punya pasal la sampai aku pun bagi ayat nak jadi puisi. Nasib baik la aku tak pandai berpuisi, kalau tak memang dah lama aku fight dengan Penulis Senja.

Aku minta maaf penulis senja

Aku gagal masuk dalam top 500 dalam Malaysia seperti yang kau nak.

Aku gagal . Aku tak dapat tunaikan hasrat kau.

Maafkan aku penulis senja

p/s : Mahu bersedih jap sambil fikir idea untuk entri seterusnya. Aarrggghhhh !!!!

~ Baca Selanjutnya ~

Mari Update Blog


Waktu paling sibuk bagi blogger untuk update dan ping entri adalah pada pukul 11.30 malam hingga 12.30 tengah malam. Masa tu penuh je dengan pelbagai jenis entri dan kat dashboard memang tak terkejar nak blogwalking kerana banyak sangat yang update.

Dulu masa aku bengong dalam dunia blog, aku hairan juga kenapa masa tersebut sangat ramai update blog. Bila tanya kawan-kawan, rupanya masa tu juga nak ambil peluang atas dasar iklan Nuffnang senang timbul.

Dulu punya la susah iklan Nuffnang nak timbul. Kalau siang hari nampak iklan Nuffnang tu memang bertuah la blog tersebut. Tapi biasanya susah nak nampak. Sekarang ni je iklan Nuffnang tak pernah putus dan kalau takde iklan, keluar Milk a deal tu.

Alamak aku tak mahu cakap pasal Nuffnang, aku dah lama ceraikan Nuffnang tu. Huhh sebulan tidak bergerak pun income. Dulu aku pun cuba update pada lewat malam. Tapi rasa tak puas hati kerana hanya update 1 entri sehari. Sekarang ambik kau, 8 entri dalam sehari. Tu pun masih tak puas hati. hu hu.

p/s : Banyak pula perkataan " dulu " digunakan dalam entri ni .
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 29 Julai 2011

Lawak Atau Seram ?

Masa duk tukar channel astro tadi, tiba-tiba ada bunyi suara perempuan mengilai. Alamak pontianak mana duk mengilai malam-malam ni. Rupa-rupanya expose mistik. Alaa rancangan yang ada orang kena rasuk dengan jin dan makhluk halus tu la.

Memandangkan ada perempuan duk mengilai, aku pun cuba la tengok jap. Tengok punya tengok, last sekali aku dan mak turut mengilai macam pontianak dalam expose mistik tu. Lawak pula tengok kena rasuk. hu hu hu

Tapi yang sangat hairannya, yang selalu kena rasuk dengan makhluk halus tu kaum Melayu. Kaum aku !! yang beragama islam. Kenapa la makhluk halus tak rasuk orang cina ke, orang india ke. Kenapa ye ? Kenapa mesti serang melayu, kenapa ?

Adakah spekulasi sengaja diadakan ? Yang tu terpulang pada pandangan dan pendapat masing-masing dan aku tak mahu bincang kat dalam blog ni. Nanti jadi panas pulak dan silap hari bulan aku kena cop. Aku tak mahu bikin kecoh. ngeeeeee

p/s : Lepas habis mengilai bersama emak aku, tukar kembali tengok tahajud cinta :P
~ Baca Selanjutnya ~

Dialog Merepek 5

Sedang aku seronok online sambil menggunakan pelayar web firefox, tiba-tiba Sergeant Keroro datang kat aku :

Keroro : Bro, buka jap Chrome kat laptop ko tu boleh ?

Aku : Chrome ? Sejak bila laptop aku ada chrome ?

Keroro : Ada la. cepat la buka. penting ni.

Aku : Kan aku dah cakap takde chrome. ni laptop cikai je la

Keroro : Tu ape benda ? bukan ke tu Google chrome ?

Aku : Laa ko suruh buka Google Chrome ke ? aku ingat buka chrome metal ( Besi Chrome ).

Keroro : Tau la bijak kimia. *%$%^&* sengal betol

Aku : heeeeeeeee :P

p/s : Jom dinner.. lapar ni =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Aisehmen Peliknya !!!

Pandangan aku sebagai lelaki mungkin berbeza dengan anda semua..

Seramnya....serius pelik




Comelnyaaa............


p/s : Sama tak dengan apa aku rasa ? la la la la


~ Baca Selanjutnya ~

Mengorat Melalui Chating


Ini memang teknik old school tapi sangat berkesan dan masih ramai yang cuba cara ni. Yer la kalau lelaki ngorat perempuan secara depan-depan memang sah la tidak akan dilayan. Silap hari bulan di-cop lelaki itu sangat gatal dan miang. Pada hal perempuan tak tahu yang lelaki tertarik dengan mereka.

Ok cakap pasal mengorat melalui chatting, yang paling sesuai adalah melalui Facebook. Kalau dulu chating mana ada nampak muka melalui MIRC tu. Bila dah terlekat sikit baru la boleh minta gambar. Itu pun kalau terlekat, kalau tak terlekat memang sia-sia la jawabnya. ha ha ha cari pasangan lain pula.

Bila dah dapat gambar, berbagai perasaan muncul. Ada yang semakin jatuh hati dan ada yang menjauhkan diri kerana tidak kena pada taste. Tapi sekarang ni dah senang. Facebook punya pasal, kalau gambar cun dan hensem, mula la tegur hai dan helo dan salam.

Nasihat kepada perempuan, kalau ada lelaki tegur dan nak chat tu, layan la. Tak baik tau jual mahal sangat. Kesian kat lelaki . Tapi jangan juga jual murah sangat. Kalau lelaki tu dah mula mengarut, sila remove dan block terus lelaki tersebut. Jangan bagi peluang kedua kepada mereka.

p/s : Alaa kadang-kadang perempuan pun mahu di-ngorat oleh lelaki juga kan ? ce ce ce tak ngaku :P
~ Baca Selanjutnya ~

Gila Dah Datang

Ni auto publish entri :

Hari ni setiap 1 jam setengah aku pasti nak post entri terbaru. Kalau tak post rasa macam tak boleh duduk diam pula. Tapi kalau mari mood malas, memang 5 jam baru datang 1 idea. Kalau 24 jam langsung takde idea ?

Haaa yang tu aku tak boleh. Sebelum jadi macam tu, aku ambil henfon dan keluar daripada rumah untuk berjalan-jalan. Orang lain jalan-jalan lihat pemandangan. Tapi aku jalan-jalan sambil fikir dan cari idea.

Cara ni lagi berkesan kerana Otak banyak digunakan untuk aktivit berjalan, pandangan dan juga fikiran. Atau dengan lebih tepatnya adalah otak kita lebih pantas berfikir sewaktu kita melakukan sesuatu berbanding hanya berpeluk tubuh ketika berfikir.

Takde idea juga ? takpe, telefon berkamera kan ada. Snap la apa yang menarik. Mana tahu masa duk jalan tadi nampak ada kucing sedang mengawan ke, atau pun kambing kena langgar dengan kereta ke. Haa bola snap dan lepas tu update dalam blog. Ok tak pendapat aku ni ?

p/s : Lepas ni entri ape pula ye.. humm =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Entri Berunsur Lucah !!!

Geram betol tengok nyamuk dalam gambar kat atas ni. Rasa nak libas semua kasi mati ataupun sembur dengan ridsect. Ok cakap pasal nyamuk, aku ada pengalaman yang agak saiko dan tak boleh dilupakan.

Ceritanya masa zaman aku bersunat / berkhatan. Lepas bersunat, aku tidur rumah atok 1 malam bersama keluarga. Rumah atok tu tepi hutan jadi memang banyak la nyamuk hutan yang besar gedabak tu.

Malam tu aku tidur dekat dengan kipas supaya nyamuk tak berani gigit. Masa tengah syok tidur, tiba-tiba aku terjaga kerana bunyi nyamuk yang bising duk terbang kat telinga. Bila aku tengok kipas, dah dimatikan. Laarrhh !! mampus aku malam ni.

Bila nyamuk duk menyanyi bising kat telinga, aku pun duk main libasas dengan tangan nak halau nyamuk. Gila banyak nyamuk sampai rasa kat tangan masa libas tu. Nak bangun buka kipas, tak larat campur malas. Maklum la kain pelikat duk tergantung kat atas sempena baru bersunat.

Sedang aku syok duk melibas nyamuk2 durjana tu, dengan tiba-tiba ZAAPPP !!! rasa sakit yang amat menyerang di bahagian Tuttt . Ni bukan sakit berkhatan, tapi ini sakit nyamuk gigit tempat Tutt aku. Terus tangan aku laju duk libas dalam kain pulak.. Aduuhh sakit dan gatal kena gigit nyamuk.

Nak garu ? Gila !! luka jahitan tak sampai 1 hari lagi. Kang tak pasal aku sunat 2 kali. Haiihh nyamuk, dah la love bite ko gatal dan menyakitkan. Merana Tutt aku malam tu tau. Tiada maaf bagimu nyamukkk.

p/s : Lepas tu aku panggil mak dan suruh buka kipas. Fuhh legaa.. tapi Tutt masih gatal... iskk kurang ajar punya nyamuk.
~ Baca Selanjutnya ~

Senyap Terus Dah ??

Ha ah rasanya dah 2 hari jadi senyap. Langsung takde apa-apa lepas ramai hentam dalam blog dan facebook. Biasanya setiap hari sampai 5 atau 7 notification pasal benda alah tu tapi sekarang dah 2 hari takde nampak.

Rasa sangat aman dan tenang pula takde terima notification benda alah tu. Oh ya lupa nak beritahu bahawa benda alah tu adalah Event Mengarut di Facebook. Kalau ada event mengarut sampai 5 - 7 kali di Fb rasa sangat tensen dan boleh jadi geram tau.

Bila buka event tersebut, rupa-rupanya pasal suruh follow blog, ataupun like fan page ( Fan page aku kat kanan tuuu ----> ), ataupun suruh like gambar kononnya masuk content Gambar paling Hodoh di Dunia dan bila tengok gambar yang disuruh like... aiyaa mau pengsan !!!

Alamakk nak masuk Ramadhan dah ni tapi aku masih duk mengata orang. Adess tak baik betol. Minta maaf ye kalau ada siapa yang terasa tapi cara yang dibuat itu memang tidak betol. Tu salah guna aplikasi namanya.

Tapi syukur la dah 2 hari aku tak nampak event mengarut tu. Mungkin ada yang dah sedar tak elok buat macam tu dan mungkin ada yang terasa dengan hentaman yang diberikan tapi hanya tu je cara nak stop daripada salah guna aplikasi. Kalau guna cara baik, esok dan lusa buat balik.
~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Pagi 29 Julai 2011


Selamat pagi. Lupa pula hari ni adalah hari Jumaat. Patot la mak dan ayah aku tak sibuk pada waktu pagi. Biasanya pagi hari lagi dah sibuk untuk pergi kerja. Pantai timur memang tak kerja hari Jumaat. Oh bestnyaaa :D

Sebab dah biasa cuti hari Jumaat di pantai timur, aku jadi tak suka dengan kawasan pantai barat yang bekerja hari Jumaat. Yer la hari Jumaat nak bekerja lagi lepas tu pergi solat jumaat. Balik solat Jumaat ada yang kena sambung kerja dan ada yang kena masuk kelas. Ishh tak suka.. ha ha ha

Selama aku duk di pantai timur, lepas jumaat tu rilek je boleh tidur dengan aman atau bersantai dengan kawan2. Bila masuk matrik melaka, aku jadi culture shock kerana hari jumaat ada kelas dan lepas solat jumaat ada kelas lagi. What The ...... Aku tak dapat tidur dan bersantai lepas jumaat !!.. Tensen betol dengan Matrik.

Bila masuk UniMAP, Perlis pun mengamalkan hari bekerja pada hari jumaat. Tapi yang ni ok la kerana lepas jumaat biasanya aku takde kelas. Awal sem lagi aku dah cek dan tak nak ambil subjek yang ada kelas lepas solat jumaat. Malas woo nak pergi kelas lepas jumaat. kena santai dan tidur jugak. ha ha :D

p/s : Nanti kerja nak minta area pantai timur la. boleh cuti hari jumaat. ha ha ha
~ Baca Selanjutnya ~

Menyanyi Bersama Perut

Aku tengah lapar

Perut aku sedang menyanyikan lagu irama yang merdu

Meminta agar disuapkan nasi yang lazat.

Errgghh gambar nasi lemak itu betol2 menggoda nafsu makan.

p/s : Gambar daripada Google :P

~ Baca Selanjutnya ~

Bukan Masalah Template


Masalah feed yang dihadapi oleh blog aku jika mahu masukkan ke dalam bloglist menggunakan link http://aku-freaky-falcon.blogspot.com/ bukan berpunca daripada template. Mungkin disebabkan masalah link feed itu sendiri.

So kalau ada siapa nak masukkan aku dalam bloglist, dia kena add melalui Blog I'm Following. Bagi yang dah lama masukkan dalam bloglist tu memang takde masalah. Haiihh tiba2 je ada masalah macam ni tapi mujur la tak parah sangat.

Lepas tukar template banyak kali pun tetap tak bole. Memang sah masalah kat sistem feed itu sendiri dan bukan berpunca daripada template blog. Aku ingatkan ada ter-delete mana-mana bahagian masa ejas blog hari tu.

p/s : harap2 la cepat baik masalah ni.. Ggrrr =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Under Maintainance

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 28 Julai 2011

Masalah Feed Blog

Alamak tadi Kizmyself ada cakap tak dapat masukkan link blog aku dalam bloglist. Kali ni tia pula cakap feed aku ada masalah. Adoii masalah apakah ini ? tak pernah lagi jadi macam ni sepanjang aku main blog.

Adakah kerana template ni ? Kalau betol masalah template, maknanya aku kena pakai template yang baru la. Buat masa ni kepada KIZMYSELF, boleh masukkan blog aku ke dalam bloglist melalui BLOG I'm FOLLOWING .

p/s : Tak tidur pulak la aku malam ni ejas template.. haihh :D
~ Baca Selanjutnya ~

Gggrrrr !!!


Sakit hati tengok perlawanan bola, jadi aku terus tak pandang tv dan hanya tumpu kat blog je. Pasang headfone kat telinga baru rasa aman dan tenang sikit. Dan tadi kat Facebook dan Twitter dah banyak status yang agak menyeronokkan untuk dibaca.

Apa pun tahniah pada pasukan yang menang. Nampaknya Malaysia memang takde rezeki kali ni. Mungkin skuad bola sepak Malaysia masih tidak kuat seperti yang kita jangka. Walau apa pun permainan tadi sangat seronok untuk ditonton. Ada sorak, ada sedih, ada marah dan banyak perasaan bercampur baur.

Tapi dalam keseronokan tengok perlawanan, ada juga yang duk suluh pihak lawan dengan pancaran laser. Haaiihh tak tahu la nak kata apa. Buat malu je suluh pihak lawan dengan pancaran Laser hijau kat penjaga gol pihak lawan.

p/s : Huuwwaaaaa sedihnyaaaaaa :(
~ Baca Selanjutnya ~

Go !! Go !! Malaysia

Status fb, twitter, blog dan pelbagai social network yang lain dipenuhi dengan kata-kata yang penuh semangat kepada pasukan bola sepak Malaysia. Aku pun turut excited bila baca ucapan yang bersemangat tu. Rasa nak pergi main bola pula walaupun aku tak pandai nak main.

Poster dah ganas ni. Semoga permainan pada malam ni juga ganas dan mampu membaham pihak lawan seterusnya membawa Skuad Bola Sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

p/s : Gud luck skuad Malaysia.. kena menang jugak tau :D
~ Baca Selanjutnya ~

Promote Group Blog

Entri petang tiada apa yang menarik sangat. Sekadar mahu promote group blogger yang ada di facebook. Tapi aku hanya promote 2 group je kerana group lain dah nampak meriah dengan pelbagai jenis ping entri.


Santai Blogger
http://www.facebook.com/groups/225109364185116


p/s : Jom join 2 group blogger ni.. :D

~ Baca Selanjutnya ~

Tak Pandai Buat Tutorial

Ingat nak buat tutorial pasang Meta Tag kat template blog tapi langsung tak menjadi. HTML sangat berterabur dan ada kod yang nampak dan ada juga yang tak nampak. Last sekali aku jadi pening dan serabut terus delete entri tu.

Memang jelas aku sangat lembab kalau masuk bab buat tutorial ni. Yer memang aku mengaku sangat lembab. Sekarang aku dah sangat penin akibat fikir melampau. Nampaknya aku kena rehat jap..kena tenangkan fikiran.

Moralnya, lain kali aku tak boleh buat tutorial. Bukan kedekut ilmu tapi memang tak pandai nak hendel dengan step dan kod-kod yang perlu. Aduss kepala makin pening. Mahu asar jap. Lepas tu boleh rehat minda dengan tengok tv..

p/s : Tutorial punya pasal habis satu kepala aku pening. :D
~ Baca Selanjutnya ~

Alamak Makanan !!!

Dah pukul 2 rupanya tapi aku masih tak makan lagi. Jadi aku pun pergi kedai nak beli nasi. Lapar ni dari pagi tadi lagi tak makan. Sampai di kedai, aku order Nasi Lemak Ayam buat yang harga RM 3. Maksudnya nasi lebih la.

Tiba-tiba masa duk menunggu nasi dibungkus, aku nampak sesuatu :

Gambar Google.

Gulpp !! kuih muih !! banyaknya !! humm nafsu mula menggoda aku. Nak beli kuih atau tak ? Nasi Lemak Ayam tu mesti dah banyak. Tapi kuih pun nampak sedap. Alamak macam mana ni ? Fikir banyak kali sama ada nak beli kuih atau tidak.

Fikir punya fikir, aku tewas pada nafsu. Aku ambil kuih sikit dan masukkan dalam plastik bersama nasi bungkus. Dalam perjalanan pulang aku hanya gembira kerana beli kuih. ha ha ha.

p/s : Jom lunch :D

~ Baca Selanjutnya ~

Seo Template Untuk Blogger

Gila kencang ada SEO template. Serius memang dah ada lama pun cuma kita je tak tahu. Aku pun baru je tahu benda ni masa make over blog hari tu. Cari punya cari, Zaapp !! keluar pasal SEO template untuk blogger. Apa lagi, benda dah ada depan mata terus aku sambar template tersebut.

Buka template tu, aku try la teliti coding template tu. Sumpah aku langsung tak faham. Tapi hanya ada 1 je aku faham iaitu Meta Tag. Aku faham kerana dalam coding tu ada tulis meta content. Terus aku Google cari apa itu meta content. Bila baca punya baca, aku tak faham juga. ha ha ha

Takpe kalau tak faham, buat2 faham ye. Lepas tu aku pun ambil la bahagian coding yang penting dalam SEO template tu dan masukkan dalam template aku yang baru ni supaya mesra SEO sikit. Menjadi atau tidak aku pun tak tahu tapi apa salahnya mencuba kan ? Lepas dah usaha, tawakkal la.

Ok pada siapa yang nak cuba SEO template ni, boleh lawat ke laman web di bawah ye :

http://free-7.blogspot.com/

SEO template ni tak cun macam template biasa tapi dia ada kelebihan dan membantu enjin carian untuk indeks entri dan blog kita. Walaupun template tak cantik, tapi tu semua boleh ubah. Siapa pandai coding memang best la mengubah suai nanti. Aku bengong sikit bab coding ni.

Oh ya aku pakai SEO template di blog nombor 2 kat SINI . Blog sana ada beratus backlink jadi sangat sesuai untuk di indeks oleh jejaka Google. Jadi siapa nak cuba tu boleh la cuba. Harap2 la berkesan template tersebut.


~ Baca Selanjutnya ~

Surat Untuk Mangga Ads

Ini merupakan SURAT UNTUK MANGGA ADS.Berhubung perkara diatas, saya sebagai salah seorang pengguna Mangga Ads ingin menyatakan kekesalan yang amat kerana pihak tuan tidak update income yang sepatutnya saya terima. Masuk ni sudah 10 hari saya menggunakan perkhidmatan servis iklan daripada Mangga ads ini.

Kalau diikutkan pada impression yang tertera seperti dalam gambar diatas, saya mungkin sudah dapat sebanyak Rm 3 jika menggunakan Advertlets. Tapi kali ni saya menggunakan Mangga Ads atas dasar ingin test drive servis perkhidmatan pihak anda.

Nampaknya hasil daripada test drive ini agak mengecewakan sedikit. Tapi tak apa, saya akan terus bersabar sehingga hari ke 14 = 2 minggu. Jika tiada perubahan juga, maka saya akan remove iklan syarikat anda daripada blog nombor 2 saya.

p/s : Test drive ini betol-betol menguji kesabaran saya . wuahahaha hahaha
~ Baca Selanjutnya ~

Tidur Bersama Katak

Semalam aku ada post di Fb :

Belum sempat aku halau, katak tu dah menyorok kat belakang almari. Ggrr dan semalam aku tidur atas lantai kat ruang tv. Masa tengah tidur, tiba-tiba aku terjaga daripada tidur kerana rasa tak sedap di kaki. Rasa yang aku maksudkan tu adalah rasa lembik dan berair.

Setahu aku lantai rumah aku keras. Mana ada lembut. Aku bangun dan tengok kat kaki. Laarrhh !! ada katak rupanya duk kat kaki. Terus aku melompat bangun daripada tidur. Aku cepat-cepat basuh kaki kat bilik air. Rasa tak best pula kaki bersentuhan dengan katak.

Sudah basuh kaki, aku ambil penyodok dan penyapu. Aku masukkan katak tu dalam penyodok dan terus buang kat luar rumah. Haiih nasib baik kau kecik je katak, kalau besar dah trauma aku. Lepas tu aku tak dapat tidur. Ter-saiko dengan katak tadi.

p/s : Demn you katak.. ha ha ha
~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Pagi 28 Julai 2011

Selamat pagiii.. Eh dah pagi ke ? Cepat betol masa berlalu. Hari ni dah hari Khamis, esok jumaat, lusa Sabtu. Waa dah sangat hampir nak masuk bulan Ramadhan ni. Dalam kita tidak sabar menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ni, kita perlu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini.

Ada yang tak sempat berjumpa dengan Ramadhan kali ni kerana mereka telah dijemput oleh Maha Pencipta. Tapi kita yang masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan perlu manfaatkan dengan sebaik-baiknya peluang ini. Bukan selalu peluang ni datang.

Hanya sebulan sahaja dalam setahun dapat kita berjumpa bulan Ramadhan ni. Kemudian bila habis sahaja Ramadhan, perlu la kita berdoa supaya pada masa akan datang kita juga diberi peluang sekali lagi untuk bertemu Ramadhan.

Rasanya tu je kot aku nak cakap dalam entri pagi ni. Untuk entri seterusnya aku nak kongsi peristiwa yang berlaku semasa aku tidur semalam. he he agak saiko bagi siapa yang takut dengan katak. ngeeee..

p/s : zzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz
~ Baca Selanjutnya ~

Musim Make Over Blog

Ha ha nampaknya sekarang musim make over blog. Tadi aku dah jumpa 2 orang dalam The Best Blog aku tu yang mana blog mereka sedang under construction. Yang sorang ni memang dah nampak macam rupa blog dia akan datang.

Manakala yang sorang lagi masih tak nampak macam mana rupa blog dia akan datang. Apa pun kepada 2 blogger ni selamat make over blog ye. Dah nampak nak cantik dah tu. he he kasi gempak sikit tau. baru power. Nak lawat mereka ? sila klik di bawah ye :

- Gerbang Maya Melankolia Segar

- Kizmyself

Make over memang sangat menyeronokkan tapi jangan sampai tak buat entri pula kerana duk asyik make over. Aku biasanya make over bila waktu malam sampai la esok pagi. Selagi tak puas hati, selagi tu aku takkan tidur. Tensen woo kalau template tak kena dengan citarasa. ha ha gila cerewet.

p/s : Selamat Malam :D
~ Baca Selanjutnya ~

Comelnye Anda Semua

Ha ha ha sangat comel. Memang comel. Terlampau comel. Rasa macam nak cubit-cubit je sebab comel sangat. Rasa nak gigit manja je sebab comel yang amat. Arrgghh kenapa anda sangat comel ni ? ishh geram tau tengok comel sangat. Alamak emosi aku terlampau terserlah nampaknya.

Tadi aku blogwalking ke satu blog dan jumpa sesuatu yang sangat menarik dan comel. Terbeliak biji mata aku tengok kecomelan yang ada pada blog tersebut. Nak tengok apa yang comel tu ? jom tengok bawah :

Kenapa kau comelll

Korang tengok ape tuuu

Come to papa bebeh :D

Nak tengok yang lebih menarik ? apa kata lawat kat :

http://hanheebum.blogspot.com/

p/s : Comel kan ? ha ha ha

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 27 Julai 2011

Black Berry Playbook Pictures

Serius nampak sangat cool dengan black berry playbook. Tapi adakah black berry playbook mampu memberi saingan kepada Apple ipad 2 dan juga Samsung Galaxy Tab ? Yang tu aku pun tak tahu tapi memang nampak sangat cool :D











p/s : haaiii sungguh gersang apabila melihat black berry playbook ni.
~ Baca Selanjutnya ~

Jom Main Game Flash

Dulu masa sekolah menengah, pantang je pulang daripada sekolah pasti main game. Tapi aku hanya gila flash game je kerana aku tak pandai main game yang power dan hebat. Bagi aku game flash dan game bodoh macam ni lagi best main.

Oh ya nak tahu mana aku main game tu ? jom skodeng kat bawah :

Ni la tempat aku main game flash. Best gila game kat sini dan banyak koleksi. Ada racing, ada lifestyle, ada perang, ada sukan dan macam-macam ada. Eh lupa nak cakap ni adalah laman web Mini Clip . Loading untuk main game tak berat pun.

Kalau ada siapa nak cuba main game, boleh la ke laman web tersebut :

~ Baca Selanjutnya ~

Alhamdulillah Dah Approve

Penantian aku selama 5 hari akhirnya terbalas juga. Aku menanti sampai jenuh dan takde mood untuk update blog. Pada petang ni apabila aku tengok emel, ada 1 yang masuk ke inbox. Dengan cepat aku buka emel tu dan terus baca seperti di bawah :


Lepas baca, mood aku untuk blogging kembali mencanak. Yehh yehh. Oh ya Mangga ads ni sangat karut berbanding Nuffnang. Dah seminggu lebih tidak update income dan tak nampak 1 sen pun peningkatan.. zzzzzzzzz

p/s : la la la mood happy :D .. eh cerita kawin masal di channel 104 :D
~ Baca Selanjutnya ~

Cantiknya Template

Template memang banyak dan belambak kat internet. Search je kat Google dan taip " blogger template " . Zaapp !! belambak pilihan yang boleh merabunkan mata. Banyak tu memang banyak tapi nak cari yang sesuai dengan taste tu agak susah la.

Ada yang suka dengan pelbagai hiasan yang comel lote, ada suka simple yang amat, ada yang suka kegelapan, kecerahan dan macam-macam lagi. Aku pula suka dengan template yang macam gaya wordpress. Nampak simple dan matang.

Aku buat entri ni sebenarnya nak share mengenai laman web yang aku selalu lawat dan skodeng. Laman web ni banyak juga menyenaraikan template yang kena dengan taste aku. Kalau nak pergi tengok, tekan la link kat bawah :

- http://chicablogger.com/

- http://btemplates.com/

p/s : Banyaknya template cantik.. aku dah rabun mata ni =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Entri Paling Menyampah

Jom sama-sama baca entri paling menyampah pernah dihasilkan kat bawah :


Tajuk : Best ke Jadi Femes ?

Best ke jadi femes ni ? aku pun tak tahu best atau tidak jadi blogger femes ni kerana aku tidak femes . Biasanya blogger femes ni sangat dikenali ramai. Entri pun pasti dapat komen sampai puluh2 atau pun ratus.

Jadi femes ni best kerana ramai yang kenal. Pergi mana-mana je pasti ada yang pandang dan ada yang tegur. Lagipun blogger femes ni banyak income kerana trafik yang masuk ke blog sangat ramai.

Tapi walaupun aku tak femes, aku dah gembira dengan keadaan sekarang ni. Aku sempat balas semua komen di blog aku. Income aku pun ok la juga walaupun takde la gempak sangat macam orang lain punya.


Bila aku baca tajuk Best ke jadi Femes ? tu pun aku dah jadi menyampah gila. Bila baca aku jadi penin, baca lagi aku jadi mual, baca sampai akhir terus aku cari baldi. Memang la kau tak cakap pun nak jadi femes kan ? tapi entri dan ayat kau tu nampak macam tengah terdesak je nak jadi femes.

Atau dengan lebih jelas, entri dan ayat kau nampak sangat macam tengah syok jadi femes. Kalau setakat follower 1000 , 2000 , 3000 ni tak payah la buat entri pasal Best ke jadi femes. Kalau trafik setakat 400 - 500 UV sehari macam aku ni tak payah la buat entri Best ke jadi Femes.

Tunggu la sampai trafik beribu sehari baru la buat entri tajuk itu ya. Tak pun tunggu sehingga ada orang betol2 puji kau sangat femes dalam dunia blog baru la kau buat entri bertajuk Best ke jadi femes .

p/s : Agak2 blogger mana yang punya follower bawah 3000 yang selalu buat entri Best ke Jadi Femes ? la la la la la :D
~ Baca Selanjutnya ~

Terima Kasih UniMAP

Kali ni aku nak buat entri ucap terima kasih kepada UniMAP, Perlis. Macam tak percaya je aku buat entri pasal mengucap terima kasih kepada pihak universiti dan lebih tepat lagi ucapan terima kasih ini dituju kepada pihak pengurusan kolej kediaman.

Aku mengucapkan terima kasih kepada pengurusan kolej kediaman UniMAP kerana telah menukar tikar getah daripada warna biru kepada warna pink bagi Kolej Kediaman Kg Wai. LOL tukar tikar getah pun aku ucap terima kasih ?

Eh mesti la ucap terima kasih kerana tidak mengeluarkan belanja pelajar. Lagipun pihak UniMAP memang menyediakan kolej kediaman kepada Semua Pelajar dari awal sehingga la pelajar tersebut tamat belajar. Best kan ? Tak payah serabut cari rumah sewa lepas tu sewa rumah mahal terlampau. ha ha ha untung jadi pelajar UniMAP

Proses pertukaran.. lantai Bogel

Proses pertukaran dimulakan

p/s : Gambar diambil di : http://kazri.blogspot.com/
~ Baca Selanjutnya ~

Mesej Owner Malaysiaglobal Kepada Rilekscrew

Hacker Rilekscrew ada menggodam laman web www.malaysiaglobal.com baru-baru ini dan nampaknya pemilik laman web malaysiaglobal telah memberi mesej yang agak kelakar. Aku rasa kelakar kerana loghat dalam mesej tersebut adalah dalam loghat Kelantan. Jom baca kat bawah ni :


Kepada pemilik malaysiaglobal, anda sepatutnya tahu bahawa Rilekscrew bukan saja-saja menceroboh atas dasar politik. Sebenarnya mereka ingin menyampaikan mesej bahawa lawan web anda mempunyai sekuriti yang " low ".

Rilekscrew lebih berminat dengan sekuriti dan oleh itu dinasihatkan kepada pemilik malaysiaglobal supaya memperbaiki sekuriti laman web mereka. :)

p/s : Harap2 Rilekscrew faham mesej yang disampaikan owner malaysiaglobal dalam loghat Kelantan yang terlampau pekat tu. ha ha ha
~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Pagi 27 Julai 2011

Selamat pagi blogger semua. Dalam 2 atau 3 hari ni aku tak berapa ada mood untuk tengok blog tapi dalam masa yang sama aku tak boleh duk diam kalau blog tidak diupdate. Memang mood takde nak tengok blog tapi tetap rasa tak aman kalau tak update. Adehh parah betol macam ni.

Aku sebenarnya masih menunggu dan tetap menunggu. Apa yang aku tunggu tu ? Nanti kalau dapat aku buat la entri atau beritahu kat blog ni. Kalau kena reject pun aku beritahu juga. hurmm masih menunggu jawapan..



Lupakan seketika pasal menunggu tu. Apa yang boleh dibuat sekarang hanya la berdoa supaya dapat apa yang dikehendaki tu. Hari ni nampaknya aku ada mood untuk update entri dan juga jalan2 ke blog orang lain. Harap2 mood ni berterusan dan tidak ada penamatnya.

Eh bole ke gitu ? tiada penamatnya ? ngeee kalau boleh macam tu memang best tapi hakikatnya tak boleh. Kita manusia banyak kelemahan kat sana sini. Lagipun setiap permulaan itu ada penamatnya terutama sekali bagi kita sebagai manusia.

Sebelum berhujah dengan lebih jauh, baik aku berhenti dulu. Mahu sarapan. Perut dah sangat lapar ni.. Jom la sarapan :D
~ Baca Selanjutnya ~