Pasar Malam Setia Alam

11:39 PTG

Pasar Malam Setia Alam merupakan salah satu tarikan di Setia Alam, Shah Alam dan ia diadakan pada setiap hari Sabtu. Biasanya saya tidak pergi sangat ke pasar malam kerana saya memang tidak suka suasana pasar malam tapi malam ni pergi juga sebab isteri yang ajak. Lagipun sudah lama saya tak pergi, jadi lepas maghrib terus ringankan kaki pergi sana.

Lepas 10 minit memandu akhirnya sampai kat sana dan tengok tak ramai orang. Seronok juga tak ramai orang sebab tak perlu berhimpit sangat semasa berjalan. Mungkin sebab belum gaji lagi jadi sebab tu tak ramai pergi ke pasar malam.

  Tengok !! tak ramai pun. 




Lepas habis pusing satu pasar, saya dan isteri hanya beli kuey teow goreng, keropok lekor, dan juga teh ais madu. Daripada 2 makanan dan 1 minuman yang dibeli, hanya teh ais madu yang kurang sedap sebab tak cukup berlemak dan tak cukup kaw. Sementara kuey teow goreng dan keropok lekor sangat sedap makan bersama kat rumah.

Harapnya minggu depan tak perlu lagi ke sana sebab minggu depan ada yang akan dapat gaji. Mesti ramai orang kalau musim gaji dan saya sangat tak suka bersesak di tempat macam tu.

Jika anda rasa kandungan blog ini membantu dan memberi informasi, anda boleh memberikan sedikit sumbangan kepada blog saya. Maklumat lanjut boleh klik di sini >> Derma.<<


You Might Also Like

2 ulasan