Buang Post Lama Untuk Tingkatkan Trafik Blog

9:53 PTG

Beberapa hari lepas saya telah Buang Post Lama Untuk Tingkatkan Trafik Blog. Pada tahun 2011, kalau tak silap saya itulah waktu paling rancak rakyat Malaysia bermain blog. Masa tu banyak blog baru muncul, ada bermacam segmen untuk tambah follower, ada giveaway yang banyak blogger dapat faedah, ada perjumpaan, dan ada macam-macam lagi.

Saya merupakan salah seorang yang agak rancak berblog pada ketika itu. Pada tahun 2011 saja saya telah menghasilkan lebih 1000 post dalam masa setahun. Banyak kan ? Hebat kan ?

... Yer memang banyak.

... Hebat ? ... Langsung tak hebat bila dilihat pada masa sekarang.

Kalau dulu memang saya rasa hebat ( Syok sendiri je lebih ) sebab dalam sehari boleh tulis lebih dari 3 blog post. Bukan senang nak tulis 3 post dalam sehari. Ada orang 1 post sehari pun belum tentu dapat tulis kat blog mereka.

Salah satu sebab utama saya dapat tulis 3 post sehari adalah kerana saya anggap blog ni sebagai satu diari. Bila ada aktiviti menarik pagi ni terus saya tulis dalam blog, petang ada benda yang berlaku saya tulis lagi, malam pun sama tulis lagi.

Sedar tak sedar cukup setahun, dah lebih seribu post dihasilkan.

Kemudian tahun berganti tahun dan sekarang sudah masuk tahun 2017. Tahun 2017 ni saya banyak membaca terutama sekali blog bahasa inggeris yang berkaitan keusahawanan, memulakan bisnes, laman web dan blog, pengurusan kewangan, pemasaran internet, dan banyak lagi yang saya baca sebab saya nak belajar banyak benda.

Dalam banyak-banyak pembacaan saya, saya lebih banyak fokuskan kepada laman web dan blog. Topik ini sentiasa menarik minat saya untuk membaca. Tak pasti kenapa tapi kalau saya jumpa topik ini saya akan teruskan membaca sampai habis atau khatam sebuah blog tersebut.

Salah satu tajuk yang menarik perhatian saya adalah mengenai " Deleting Bad Blog Post Content Can Increase Traffic "

Lepas tu saya teringat yang blog saya sangat banyak post yang tak berkualiti dan tak seronok dibaca. Malah bila saya baca balik post yang saya tulis sepanjang tahun 2011 pun saya rasa malu dan tak tahu kenapa saya tulis macam tu dalam blog. Hahahaha

Okay saya pun berhasrat untuk padam kebanyakan post pada tahun tu. Tapi saya bukannya padam kesemua post, yang mana memberi sedikit kenangan saya simpan walaupun agak membosankan untuk dibaca.

Kembali ke beberapa hari lepas, saya telah memadam lebih kurang 800 post daripada blog ini. Semua yang dipadam adalah yang saya rasa langsung tidak menarik untuk dibaca.

Salah satu isu apabila kita padam post daripada blog adalah kita akan dapat notifikasi error 404 daripada google search console kerana post tersebut tidak dijumpai sebabnya kita dah padam post itu.



Error 404 ini akan mempengaruhi SEO di blog anda. Jadi untuk membaiki masalah ini, adalah dengan direct kan link post yang telah dipadam itu ke post yang hampir relevan dengan post yang dipadam.

Jika langsung tiada post yang hampir relevan, direct kan saja ke homepage blog anda.

Akhir sekali saya harap ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan trafik blog.

You Might Also Like

0 ulasan