Bayar Bil Unifi Melalui CIMB Clicks dan Maybank2u

4:36 PTG

Bayar Bil Unifi Melalui CIMB Clicks dan Maybank2u. Semalam saya sudah terima emel daripada pihak TM berserta bil dalam bentuk pdf pada bulan Mei ini. Bulan lepas iaitu bulan April merupakan kali pertama saya bayar bil unifi secara online.

Bayar secara online lebih mudah dan cepat berbanding bayar dekat kaunter. Lagipun ianya boleh dilakukan semasa kita berada di pejabat ataupun di rumah.

Kali ni saya mahu berkongsi dengan anda semua mengenai cara bayar menggunakan CIMB clicks dan juga maybank2u. Prosesnya sangat mudah dan tidak rumit. Hanya ikuti langkah yang saya kongsikan di bawah dan anda akan siap membayar bil dalam masa kurang dari 10 minit.

Sebelum mulakan bayaran, kita tengok dulu contoh bil saya diatas. Info penting yang perlu dilihat dalam bil ini adalah bahagian Jom Pay itu yang mana ada tulis Biller Code dan juga Ref-1. Info ini akan kita gunakan untuk membuat pembayaran.

Bagi pengguna cimb clicks, boleh ikut langkah-langkah di bawah :

1. Pergi ke laman web cimb clicks di http://www.cimbclicks.com.my/

2.  Masukkan username dan password anda.

3. Selepas itu di bahagian kiri ada tulis Pay and Transfer. Klik pada menu itu.

4. Pilih JomPAY :


5. Masukkan Biller Code (8888) yang ada ditulis pada bil unifi anda. Selepas itu masukkan Ref 1 dan Ref 2. Ref pun kena tengok pada bil unifi.


6. Jangan lupa masukkan jumlah amaun yang perlu dibayar.

7. Lepas masukkan nombor TAC dan status successfull, tahniah anda telah berjaya bayar bil unifi.


Kalau nak mudah pada masa depan, terus add sebagai favourite biller code unifi supaya bulan depan tak perlu bersusah-payah nak taip no akaun dan hanya perlu pilih menu seperti di bawah sahaja.

Kesemua bil online yang saya bayar melalui JomPay telah saya tambah sebagai favourite supaya senang nak bayar setiap bulan.




Bagi pengguna Maybank2u, anda boleh ikuti langkah di bawah :

1. Login ke maybank2u di http://www.maybank2u.com.my/

2.  Selepas login, klik pada quick link bill payment seperti dalam gambar di bawah :



3. Kemudian klik pada JomPay


4. Pilih One Off payment.


5. Kemudian masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar diikuti biller code dan Ref-1 seperti di dalam bil.


Setelah selesai tekan continue dan tahniah anda telah pun selesai bayar bil unifi.


You Might Also Like

16 ulasan

  1. kalau bayar guna cimb clicks, ref-2 tu abaikan ke nak isi apa eh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ref-2 tu abaikan je. ref-1 tu penting sebab no akaun unifi kita.

      Padam
  2. Salam bro. Sy nak tanya la. Biller code tu kita masuk 8888 dan ref 1 no acc unifi kita ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. yer ref 1 tu no acc. boleh tengok contoh gambar di atas.

      Padam
  3. THANKS BRO. REALLY HELP. WEBSITE UNIFI HAMPEH. TAK TAU NAK BAYAR MCMANE. KALAU ADA GUIDELINE BOLEH SHARE KT SINI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome. Buat masa ni pemayaran melalui jompay paling mudah.

      Padam
    2. apa code jompay ya? apps dia takleh guna ni

      Padam
  4. kenapa dia kata invalid ehh .. stressnya lahai susah betul nak bayar

    BalasPadam
  5. Ref-1:letak 1 ka dpn no akaun cth 1207714234
    No akaun sahaja tk keluar biller code name tu
    Mintak pencerahan bro

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, utk CIMB online bankin kat ref 1, ref 2 tu nk taip apa, tac kat mana nk dpt, biller code 8888 ke bkn 3608

    BalasPadam
    Balasan
    1. ref 1 tu adalah no akaun unifi. kena tengok di bil unifi yg dihantar melalui emel setiap bulan. biller code memang 8888 untuk unifi kalau bayar ikut jompay. ref 2 letak no telefon atau x letak apa2 pun tak pe.

      Padam
  7. bolehkah kita guna nombo telefon sebagai ganti untuk no akaun unifi?

    BalasPadam
  8. Tq sgt membantu

    BalasPadam