Model Perempuan Seksi

8:23 PTG

Kenapa Model Perempuan Seksi ? dan bukan pula menggunakan model lelaki ataupun lebih bagus tak perlu guna model lansung ? Tu yang buat aku tertanya-tanya apabila melihat iklan sama ada ketika hendak membeli barangan dan juga iklan yang dipaparkan di tv. Yang paling tak boleh diterima apabila barangan yang dijual lansung takde kena mengena dengan perempuan. Saja nak letak model seksi kat situ untuk tarik perhatian ( kononnya la ).

model perempuan seksi

Model gempak. Bila main game watak kebanyakannya adalah lelaki.

Orang kata model perempuan lebih pandai bercakap dan menarik perhatian pembeli. And then aku jadi... eh ye ke ? aku rasa statement tu tak berapa nak tepat berdasarkan pengalaman aku sendiri. Maksud aku dalam sesetengah bidang seperti alatan kecantikan dan kosmetik, yer memang model perempuan lebih pandai bercakap berbanding model lelaki yang kelihatan agak lembut auw-auw.

Buktinya, Aku selalu pergi ke pc fair dan kat situ biasanya akan ada model yang memperagakan dan menunjukkan produk yang dijual. Tapi objektif utama aku pergi sana adalah untuk membeli barang komputer dan bukannya untuk usha model-model yang hot. Dan kat situ jugak ade model lelaki yang turut sama memperagakan produk.


Aku pernah tanya soalan kepada model perempuan dan lelaki mengenai produk komputer yang dijual dan hasilnya model lelaki yang kacak dan tampan itu mampu menerangkan dengan lebih baik berbanding model perempuan seksi yang ada di situ.

Apa pun ini hanya la berdasarkan pengalaman aku. Mungkin ada diantara korang yang lain pula pengalamannya. No offense, aku takde masalah apa dengan mana-mana model perempuan seksi cuma agak curious kenapa hampir semua pengiklanan nak guna mereka. 

p/s : model tudung x seksi tapi cun gile. miahaha

You Might Also Like

2 ulasan