Khamis, 30 Jun 2011

Tu Dio Habaq Hang !!!

Lalalala aku tengah sedap blogwalking ke blog yang ada. Lepas habis jalan-jalan, aku buka fb dan nampak Gary komen kata blog aku kena remove. Biar Betik blog aku kena remove. Bila masukkan address dan tunggu sekejap. Nah ini dia yang terkeluar. Memang terbaik la :D

Perghh dah cuak gila Kambeng aku dibuatnya tapi masih berlagak tenang. Dengan tenang aku post kat Group Sahabat Blogger di Fb dan tanya masalah ni. Bincang punya bincang takde juga penyelesaian dan mujur la Kei Seichi suruh rilek sekejap memandangkan blogspot sedang upgrade.

Emm tunggu punya tunggu aku cuba cek balik dan Alhamdulillah semua dah elok macam biasa. Fuuu lega bila dapat tengok balik blog aku yang cikai dan merepek ni. Fuuuu Fuuu Fuuuu =_=

p/s : Eh air-cond rumah keroro masih tak tambah ais lagi. ngeeeeeeeee
~ Baca Selanjutnya ~

Dialog Merepek

Banyak juga blog yang buat reka dialog hari ni. Jadi aku pun gatal tangan juga nak buat dialog rekaan yang merepek. He he saja suka-suka nak buat benda ni :D

Keroro
: Eh firdaus, ko pandai baiki peralatan elektrik tak ?

Aku : Pandai je. Elektrik bukan susah pun nak baiki.

Keroro : Aku nak minta tolong sikit ni.

Aku : Tolong ape ? cakap la. kalau bole bantu, aku akan bantu.

Keroro : Air-cond rumah aku rosak. Boleh ko tolong baiki ?

Aku : air-cond ? ? ? ape tu air-cond ?

Keroro : *Sigh .. Air-cond tu pendingin udara la. Takkan tak pernah dengar.

Aku : ooo pendingin udara.. pernah la dengar.. Emm nak aku bawak ais ke ? mana la tahu kurang ais dalam tu ke.

Keroro : (*&^%#$%^&*

p/s : Sekadar Gurauan :)
~ Baca Selanjutnya ~

Kek Coklat Moist

Waktu petang aku sangat lapar. Biasanya memang akan makan snek ringan je dan kalau ada biskut pun aku bedal juga. Tapi petang ni rasa nak makan sesuatu yang best sikit. sesuatu yang elegan, yang cantik, yang comel, yang sedap, yang berkrim dan juga yang gebu.

Jadi tanpa fikir panjang lagi, aku ambil kunci kereta dan drive ke kedai kek yang berhampiran. Dah sampai, aku skodeng kat bahagian kek. Emm ada kek warna warni dan juga pelbagai corak. Tapi semua tu tidak dapat menggoda nafsuku. Tiba-tiba apa yang dicari telah ku jumpa. Yang berjaya menggoyangkan keimananku sebagai seorang lelaki.. Taraaaa !!

Oh Em Gi !!! Kek Coklat Moist.. Perghhh

Takde birthday sesiapa pun, saja aku nak beli untuk makan. Harga dia RM 17. Mahal ? tidak la mahal kerana rasa sangat pekat dengan coklat.. sedapnyeeee.

p/s : Terima kasih Bakery Alor Lintang, Besut, Terengganu :D


~ Baca Selanjutnya ~

Buka Minda Tu

Aku tertarik dengan 1 ayat daripada seorang blogger ni

" Kau terdiri daripada doktor, jurutera dan golongan elit.
Tapi kau menyumbangkan idea melalui perhimpunan jalanan.
Di mana ilmu kau yang tinggi itu ? "

Tak payah serabut fikir
ambil contoh Rusuhan di Mesir
Seluruh rakyat buat demonstrasi

jurutera, doktor, pakar
semua menyertai demonstrasi
tapi adakah itu bermaksud
mereka ini tidak tinggi ilmu ?

Yer kau akan kata tidak berilmu
tapi 1 dunia kata mereka bijak
1 dunia setuju dan sokong
apa yang rakyat mesir buat

Sebab apa 1 dunia sokong ?
kerana hanya itu saja cara terakhir.
Setelah semua benda sia-sia
jadi jalanan sahaja yang efektif

Sebenarnya ilmu kau tak tinggi
Hanya tafsir luaran saja
Bila luar nampak tak elok
terus kata ilmu tak tinggi

Negara yang hebat
Jepun, australia, amerika, Jerman
semua pernah beri idea di jalanan
semua pernah buat demonstrasi
sebab ape ?
sebab rakyat mereka bijak
mereka boleh berfikir

P/s : Kita bijak tak ? Sendiri la jawab.. :)

~ Baca Selanjutnya ~

Blogspot Upgrade ?

1. Idea dah ada untuk tulis entri baru

2. Dengan tekun dan gigih menulis entri baru

3. Bila tekan Publish, yang keluar " Bad Request 400 "

4. Errgghhh masalah apakah pula ini ?

Aku pun try Google dan cek ape yang masalah sangat. Rupa-rupanya Blogspot sedang di upgrade. Dengar kata Dashboard akan bertukar jadi interface baru. Ermm lantak la baru atau lama janji aku boleh publish entri apabila tengah sangap nak blogging ni.

Tadi pengguna Firefox je yang ada masalah nak masuk ke Dashboard, bila guna Chrome elok je. Aku pun update la Google Chrome kerana dah lama sangat tak pakai yang ni. Lepas je update aku cuba masuk balik ke Dashboard guna Firefox dan elok kembali. gggrrr

p/s : Nasib baik sekejap je masalah ni diatasi.. Tahniah Blogspot.
~ Baca Selanjutnya ~

Sila Buang Chatbox !!

Chatbox atau Shoutmix semua blogger pasti tahu ape benda tu kan ? Jadi tak perlu aku nak hurai panjang pasal maksud Chatbox dan juga Shoutmix tu. Kalau tak tahu juga boleh tanya kepada Saudara Google kerana dia banyak juga tahu hal-hal macam ni.

Alhamdulillah sekarang hampir 98% blog yang aku lawat ada letakkan Chatbox / Shoutmix di blog mereka dan ini memudahkan proses balas jejak dilaksanakan. Tapi ada juga beberapa blog yang tak letak sebarang Chatbox / Shoutmix di blog mereka dengan berbagai alasan yang remeh temeh.

http://www.laymark.com/i/o/44.gif

Antaranya tak sempat nak balas semua kunjungan, ada orang serang ikut Chatbox, mereka balas jejak tak ikhlas dan banyak lagi alasan. Alasan yang paling femes mesti la tak sempat nak balas kunjungan kerana banyak sangat yang datang. Yer memang betol 100% dan tiada yang salah disitu.

Walaupun kita tak sempat nak balas jejak semua, jangan la kita ambil langkah mudah dengan buang aplikasi Chatbox / Shoutmix tu. Cara kita tu dah boleh menyebabkan pengunjung lari daripada lawat blog kita pada masa hadapan. Tak kisah la kalau tak sempat balas jejak tapi kasi la peluang orang lain blogwalking menggunakan Chatbox / Shoutmix yang ada di blog kita.
~ Baca Selanjutnya ~

Sila Buang Chatbox !!

Chatbox atau Shoutmix semua blogger pasti tahu ape benda tu kan ? Jadi tak perlu aku nak hurai panjang pasal maksud Chatbox dan juga Shoutmix tu. Kalau tak tahu juga boleh tanya kepada Saudara Google kerana dia banyak juga tahu hal-hal macam ni.

Alhamdulillah sekarang hampir 98% blog yang aku lawat ada letakkan Chatbox / Shoutmix di blog mereka dan ini memudahkan proses balas jejak dilaksanakan. Tapi ada juga beberapa blog yang tak letak sebarang Chatbox / Shoutmix di blog mereka dengan berbagai alasan yang remeh temeh.

http://www.laymark.com/i/o/44.gif

Antaranya tak sempat nak balas semua kunjungan, ada orang serang ikut Chatbox, mereka balas jejak tak ikhlas dan banyak lagi alasan. Alasan yang paling femes mesti la tak sempat nak balas kunjungan kerana banyak sangat yang datang. Yer memang betol 100% dan tiada yang salah disitu.

Walaupun kita tak sempat nak balas jejak semua, jangan la kita ambil langkah mudah dengan buang aplikasi Chatbox / Shoutmix tu. Cara kita tu dah boleh menyebabkan pengunjung lari daripada lawat blog kita pada masa hadapan. Tak kisah la kalau tak sempat balas jejak tapi kasi la peluang orang lain blogwalking menggunakan Chatbox / Shoutmix yang ada di blog kita.
~ Baca Selanjutnya ~

Berperang Dengan Semut Api

Lepas mengadap blog, aku akan tidur atas lantai berlapikkan tikar je dan kadang-kadang takde lapik apa pun. Mak aku kata aku ni sangat Flexible kerana boleh tidur di mana-mana je tanpa rasa sakit badan lepas bangun daripada tidur. Ok dah jauh sangat aku merepek daripada tajuk asal ni.

Sekarang ni aku baru je terjaga daripada tidur gara-gara semut api yang menyerang tangan. Tadi masa tengah tidur, tiba-tiba tangan rasa sangat gatal dan apabila terjaga nampak tangan dah naik gelembung gatal. Hairan juga kenapa tangan boleh naik gelembung gatal pada hal takde nyamuk pun.

http://www.laymark.com/i/o/114.gif

Bila tengok kat sekeliling, rupanya ada semut api duk buat lawatan malam kat sebelah kiri aku. Mungkin masa tidur tadi tangan ada sekat lalulan mereka jadi semut api tu pun gigit la tangan kiri aku.. gggrrrr rasa sangat gatal. =_=

Aku geram, aku bengang, aku tensen, aku mengantuk, jadi aku ambil ridsect dan sembur pada sekumpulan semut api yang buat lawatan tengah malam ni. Aku spray memang banyak supaya semua mati dan akibatnya sekarang aku tak dapat nak tidur lagi kerana bahagian rumah ni dah bau ridsect kuat sangat.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 29 Jun 2011

Aku Mudah Kesian

Ehh anda semua tak lawat lagi ke senarai link blog yang menyertai segmen " Blog Kesayanganku " ? Kalau tak lawat lagi, apa kata anda semua terjah mereka dengan klik kat SINI .

Setiap kali aku blogwalking dan baca blog yang aku tak follow lagi, aku pasti akan skodeng follower mereka. Waahh kalau ramai aku gembira dan follow sekali. Kalau follower bawah 100, aku tak fikir panjang dan terus tekan butang follow tu. Lantak la orang nak kata aku ikhlas atau tidak tapi aku cuba bantu mereka juga.

Bagi aku zaman mula-mula buat blog tu paling mencabar sekali. Masa tu follower pun 10 orang je dan trafik pada tiap hari paling tinggi pun 15. ha ha memang rendah dan sangat mencabar. Tapi sangat bagus kerana memerah otak kita supaya untuk fikir strategi yang sesuai untuk diguna pakai dalam blog.

Sebab tu kalau aku jumpa blog baru, aku cuba follow jugak. Tak kisah dah entri best atau tak best kerana mereka masih baru lagi. Ce ce ce aku pun sebenarnya baru jugak tapi saja nak buat luahan hati dalam entri ni.. isk isk teringat pulak kesusahan yang aku alami sewaktu mula-mula buat blog dulu =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Senarai Blog Kesayanganku

Segmen Blog Kesayanganku sudah ditutup dan senarai sudah siap dibuat. Sebanyak 36 blog disenaraikan dan terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kerana sudi join segmen yang simple ni. Sebenarnya aku nak promote header blog yang menyertai tapi ada masalah tak dapat upload header.

Geram, tensen dan serabut akibat tak dapat promote header blog anda semua. Jadi aku nak minta maaf banyak-banyak kerana hanya dapat menyenaraikan link blog je tanpa header anda semua. Jom lawat link di bawah untuk lihat senarai Blog.

http://aku-freaky-falcon-2.blogspot.com/

p/s : Geramnyaaa aku dengan blogspot sebab tak dapat upload header... =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Sticky Post : Senarai Link Blog

Haa sticky post ni akan ada disini sampai petang esok. Jom Jalan2 :D

1.http://merahduniamira.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
2. http://adrianaizat.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
3. http://anismelon.blogspot.com/2011/06/segmenblog-kesayanganku.html
4. http://cerytara.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
5. http://malaysiascore.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

6. http://myraskoote91.blogspot.com/2011/06/segmen-blog-kesayanganku.html
7. http://kisahkauakudankancil.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
8. http://mien91.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
9. http://winkletwin.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
10. http://lipslikesugar87.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

11. http://norhafeezah.blogspot.com/2011/06/segmen-blog-kesayangku.html
12. http://i-irdelia-memylife.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
13. http://abuhanif186.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
14. http://syuxermelankolia.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
15. http://sitiaishahceritera.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

16. http://www.trioseposen.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
17. http://inikisahtia.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
18. http://tentangboolan.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
19. http://watieawang.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
20. http://nazihanali.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

21. http://pening-pala.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
22. http://kei-seichi.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
23. http://nadiaohnadia.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
24. http://elihjapahar.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
25. http://www.dianarashid.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

26. http://nurfuzie.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
27. http://cikten10.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
28. http://arfahajleaya.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
29. http://kaoruluv16.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
30. http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

31. http://loveroses.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
32. http://farahpunyestorymory.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
33. http://aremieroul.blogspot.com/2011/06/blog-kesayangan-ku.html
34. http://puterieima.blogspot.com/2011/06/bl0g-keyngnku.html
35. http://freedomismine-kimiez.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html

36. http://pinkylady687.blogspot.com/2011/06/blog-kesayanganku.html
37. http://ciksufarida.blogspot.com/2011/06/segmen-blog-kesayangan-ku.html
~ Baca Selanjutnya ~

Tak Boleh Upload Gambar

Aku nak buat entri Wordless Wednesday tapi bila nak upload gambar, ada internal error dan tak boleh upload. Gggrrr tiba-tiba je dapat error. Ni mesti tak nak kasi aku buat wordless wednesday. Jeles la tu aku nak buat entri.

Petang ni banyak kerja la pula dan tak dapat nak blogwalking sangat. Jap lagi nak pergi buang sampah, lepas tu cuci tangan, lepas tu makan nasi, minum teh ais dan kemudian mandi manda, maghrib, mengadap blog. :D

Siapa yang nak join segmen " Blog Kesayanganku " boleh klik SINI . Tutup pukul 9.30 malam ni. cepatt cepatt !!

p/s : Harap2 malam nanti dah boleh upload gambar.. boleh upload header yang join segmen sekali
~ Baca Selanjutnya ~

Mari Berfantasi

Aku ada buat segmen " Blog Kesayanganku ". Siapa yang nak join boleh la klik kat Sini

Kekasih aku, Ernie Musliana ada buat entri Mari Berimaginasi dan dia ada cerita mengenai buku-buku atau novel yang dia ada. Aku pun ada juga membeli novel fantasi yang best kerana jalan cerita sangat best dan membuka idea untuk mencantikkan ayat dalam penulisan :P

Ni la koleksi novel dan buku cerita yang aku ada setakat ni. Baru-baru ni ada beli buku The Demon King yang kat sebelah kiri sekali tu. Lepas ni jangan cop aku sebagai ulat buku pula. Buku cerita boleh la aku baca tapi buku belajar memang susah gila nak baca.

p/s : Majoriti novel Harry Potter.. bestt !!
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Buat Segmen

Memandangkan sekarang tak ramai buat segmen. Jadi apa kata aku buat segmen yang simple dan mudah sekarang sekadar nak promote blog dan tukar link.

1. Buat entri bertajuk " Blog Kesayanganku "

2. Letak header anda.. iyer header blog anda .. Kalau takde print screen.

3. Tulis Aku Sayang Blog Ini .. kemudian Link ke entri ni.

4. Dah siap tinggalkan link bahagian komen.. Hanya link tau, jangan sembang :D

Notis
=====

Aku akan promote blog yang join kat SINI .

Tutup 9.30 Malam ni... sekejap je sekadar nak simple :D
~ Baca Selanjutnya ~

Nyaris Tumbuk Emak Aku

Pukul 11.30 pagi aku baru bangun tidur dan lepas bangun terus pergi ke bilik mandi. Bila badan dan muka kena air rasa sangat lega dan sangat sejuk. Rumah aku tak ada orang kerana mak dan ayah pergi kerja. Jadi biasanya memang aku duk seorang diri sampai la pukul 3 petang.

Lepas siap mandi dan badan dah rasa segar, aku pun buka pintu bilik air. Bila aku sudah selangkah keluar daripada bilik air, tiba-tiba ada suara panggil " Firdaus !! " di sebelah kanan yang buatkan aku terkejut.

Bila aku terkejut, tangan pun cepat la berdiri sambil menggenggam buku lima dan menuju laju ke arah kanan. Zupp !! nasib baik tak kena. Rupa-rupanya emak aku yang panggil tadi dan dia dah sangat hampir kena tumbuk dengan aku. Hu hu kalau emak kena tumbuk, memang sah malam ni aku kena halau rumah. ha ha ha

Aku terkejut kerana sebelum ni emak tak pernah pulang ke rumah pukul 12 tengah hari. Bila tanya kenapa pulang awal, dia kata pulang sekejap je dan belikan makanan untuk aku. Lepas tu dia kembali pergi ke sekolah untuk sambung kerja.

p/s : Fuuu mak ni bikin aku terkejut je.. nasib baik tumbukan tadi tak kena mak =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Laptop Asus-Automobili Lamborghini VX7

Pergh pernah imagine tak kalau kereta Lamborghini tu dijadikan Laptop ? Tak pernah ? Ok jom tengok beberapa keping gambar Laptop asus yang direka menggunakan reka bentuk kereta sport Lamborghini. Sangat Cool !!!

For more picture, click : HERE

p/s : Serius cool... gggrrrr
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 28 Jun 2011

UniMAP Blogger

Universiti lain semua ada geng dan siap ada badge lagi untuk blogger mereka. Tapi Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) takde badge dan takde geng. Atau aku je yang tak tahu apa-apa mengenai blogger universiti aku ? Ahh lantak la kali ni aku nak promote badge blogger UniMAP yang aku jumpa kat Google tadi.

Siapa yang buat badge ni pun aku tak tahu tapi ok juga badge yang dia buat ni. Kalau ada perkataan Blogger lagi hensem sikit tapi rasanya yang ni pun dah ok. Ehem semangat Universiti pun sangat penting apabila berblog supaya ramai kenalan seangkatan :)

Setakat ni yang nampak banyak badge adalah uitm, utm , upm. Yang lain-lain aku tak tahu sangat kerana jarang jumpa. Penting ke benda ni ? takde la penting sangat tapi sekadar nak kenal kawan-kawan blogger yang satu universiti dengan kita.

p/s : Ahaks da letak badge ni kat sidebar blog :D
~ Baca Selanjutnya ~

Comel Gila Doodle

Kalau waktu malam aku suka sangat blogwalking kerana ramai yang buat entri fresh. Tak kisah la entri best atau tidak kerana aku suka masuk blog orang dan skodeng mana yang patut. Kalau jumpa yang menarik, aku cuba kongsi di blog aku dan malam ni aku jumpa sesuatu yang comel dipanggil Doodle. Jom tengok kat bawah :
Aku suka yang nombor 2.. tapi kenapa mata dia macam menangis je ?

Doodle ni aku curi kat sebuah blog kerana aku tengok sangat comel. Jadi kalau ada sesiapa yang nak minta tolong untuk buatkan Doodle, boleh la lawat ke blog di bawah ni ye :
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Down Gila =_=

Bila baca je ape yang ditulis oleh blogger Republic Aku tu, aku terus jadi down yang teramat sangat. Tak sangka dia pun sedar yang aku semakin gemuk dan semakin berat. Ini la akibatnya apabila hanya tahu makan dan tidak bersenam. Buat masa sekarang aku sedang down sangat sangat. =_=

Bila aku down, aku akan makan untuk hilangkan down. Lepas makan aku jadi gemuk lagi kemudian aku down balik. He he kalau macam ni memang sampai bila-bila pun takkan kurus. Adehh terima kasih Republic Aku kerana suruh berjogging dan rajin bersenam :)

Tak cukup down lagi, lepas isyak tadi mak aku datang kat sebelah tengok blog aku. Kemudian dia cakap lagi " Duk main benda tak berfaedah je kerjanya " . He he kalau anda di tempat aku, mesti rasa down gila kan ? Sabar je la Firdaus :)
~ Baca Selanjutnya ~

kotak bulat promote blog

Saya mahu dipromote kerana mahu menyokong usaha kotak bulat buat segmen ni dan juga mahu tambah kenalan lagi.. auuwww.. Nak join sila klik di bawah :

~ Baca Selanjutnya ~

Kah Kah Dia Ada Blog

Pernah tak anda ditertawakan oleh orang kerana memiliki sebuah blog ? Kalau tak pernah mujur la tapi aku pernah digelakkan kerana ada blog Firdaus Life. Yang gelak kat aku tu terdiri daripada emak, adik perempuan, dan kawan-kawan. he he bayangkan la emak dan adik perempuan memandang rendah kat aku.

Kalau setakat kawan-kawan tu aku tak kisah pun kalau mereka nak gelak, nak maki pun aku tak kisah juga. Tapi kalau ahli keluarga sendiri yang gelak, haihh sabar je la. Mereka gelak kerana aku tulis sesuatu yang peribadi dan mak aku pernah tanya " ada orang baca ke blog firdaus tu ? "

http://www.laymark.com/i/o/81.gif

He he aku hanya senyum je dengan soalan mak aku tu. Aku tak jawab pertanyaan emak kerana masanya masih tak sesuai. Suatu hari nanti aku akan jawab yang memang ada orang baca blog Firdaus Life ni. Suatu hari, merupakan target dan perancangan masa depan blog aku yang ditertawakan oleh emak dan adik aku ni.

p/s : Kah Kah dia ada blog :)
~ Baca Selanjutnya ~

PageRank Blog Aku

Beberapa hari ni banyak blog duk buat pasal pagerank. Ape benda pagerank tu pun aku tak tahu dan bila baca beberapa entri pasal pagerank, aku pun teringin juga nak tahu pagerank blog aku yang merepek dan kosong ni. Setelah godek-godek dan skodeng, maka ni la hasil pagerank aku :

Haaa keputusan dia adalah 4 daripada 10. Ermm ape maksud nombor 4 tu ? Pagerank ni dinilai macam mana pun aku tak tahu. Tengok orang buat, jadi aku pun buat la juga. Tapi nombor 4 tu macam tinggi jugak kan ? kih kih :P Sape nak cek pagerank mereka, boleh la klik link di bawah ni.

~ Baca Selanjutnya ~

Lelaki Cepat Berubah

Idea asal entri ni diambil daripada blog Azrin Rahim dan berdasarkan entri dia mengenai lelaki cepat berubah, aku sangat setuju dengan pendapat yang diberikan. Memang betol lelaki begitu cepat berubah sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.

Sebagai contoh dalam perhubungan. Sewaktu mula2 berkenalan dan awal percintaan, lelaki sanggup menemani kekasihnya setiap masa. Sanggup makan malam bersama setiap hari, sanggup jalan2 bersama pasangan, sanggup tunggu lama pasangan bersiap / make up dan macam-macam sanggup lagi.

http://www.laymark.com/i/o/16.gif

Kemudian selepas kahwin, mereka terus berubah. Mereka jadi malas nak menemani isteri mereka, mereka pantang tunggu dengan lama isteri bersiap, mereka malas nak makan malam bersama. Boleh kata hampir semua sudah berubah dan tak macam dulu lagi.

Setelah beberapa ketika menempuh alam perkahwinan dan dapat anak, lelaki akan berubah lagi tapi kali ni berubah seperti alam percintaan kembali. Semuanya kembali indah dan saat luangkan masa bersama si anak dan isteri merupakan detik yang bahagia bagi seorang lelaki.

p/s : Betol ke ape aku tulis ni ?
~ Baca Selanjutnya ~

Yeaahh Banner Baru

Yahuuu yahuuu banner blog aku dah ditukar. Try la tengok kat atas tu. Ada nampak gambar aku yang poyo dalam banner tu kan ? Ahaks biar la gambar tu poyo ke, bajet ke, janji aku gembira dengan banner yang baru ni :D

Ehem takkan nak gembira je. Mesti la nak beritahu juga siapa yang sudi buat banner untuk aku ni. Ehem Ehem Sebenarnya banner ni aku buat sendiri. Eh salah !! sebenarnya banner ni dibuat oleh seorang kawan blogger yang sangat baik hatinya. Nak tahu siapa ? Jom la lawat blog dia di bawah ni :

http://platunkhaz.blogspot.com/

Haaa tu dia pembuat banner blog aku. Ya Allah rasa sangat terharu apabila ada yang sudi buatkan. Iskk iskk aku menitis air mata sikit kerana terharu. Korang jangan la gelak. Aku tengah sedih ni tau.

p/s : Terima Kasih banyak-banyak Sergeant Keroro. Tak terbalas jasa baikmu terhadap aku ni.




~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 27 Jun 2011

Adik Kena Saiko

Adik aku tengah sibuk berkemas kerana dia akan mengikuti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tapak perkhemahan hanya di kawasan padang sekolah je dan dia kelihatan begitu excited dan muka berseri-seri siap packing.

Aku : Semangat packing nampak, khemah esok ke ?

Adik : Khemah lusa laaaa

Aku : Ehh ?? ni dah siap packing.. Gila semangat packing hari ni sampai siap dah.

Adik : Biar la. Esok tak payah sibuk cari pakaian lagi.

Aku : Haa ye la. Nanti masa khemah, ada hantu goyang khemah bila tidur.

Adik : Khemah ramai-ramai, hantu tak berani datang

Aku : Nanti tengok la macam mana bila khemah kena goyang dengan hantu.

Ha ha aku saiko khemah kena goyang dengan hantu. Mak saiko hujan dengan lebat lepas tu padang jadi basah dan tak dapat tidur dalam khemah. Adoi kesian adik aku kena saiko dengan abang dan emak yang nakal.
~ Baca Selanjutnya ~

Kenapa Macam Ni

Apsal jadi macam ni ? Dah hilang prestasi ke ? Dah seminggu asyik buat hal je. Aku tengah marah kat Streamyx ni kerana dalam seminggu ni sangat meragam dan buat hal. Dia buat hal dengan loading website, kadang-kadang nak loading Google yang paling ringan tu ambil masa 30 saat.

Bila aku blogwalking pakai streamyx pula, banyak blog tak loading dan kalau loading pun, shoumix, chatbox tidak dipaparkan. Aku ingat masalah kat server shoutmix dan chatbox tapi bila pakai Celcom Broadband, laju dan takde masalah pulak loading website dan blog.

Cek punya cek dan helo punya helo, kawan-kawan 1 daerah pun kata streamyx mereka slow. Aku punya slow dah seminggu jadi macam ni dan asyik terkandas je nak update blog, update Ubuntu, update Anti Virus, dan banyak lagi. Cepat la elok wahai Streamyx Sayang. Aku sayang kau. Cepat la elok Streamyx Sayang.

Ape tengok-tengok. Sheramyeee.. =_=


~ Baca Selanjutnya ~

Aku Telah Kecundang

Aku kencundang, aku kalah, aku jatuh tangga, kedudukan aku telah dirampas, aku tak percaya semua ni, aku dah gila. ha ha takde ape pun la. Setelah beberapa hari aku kurang blogwalking akibat holiday trip dan juga kenduri, aku rupanya telah jatuh ke nombor 2 sebagai Pengomen Terdasyat ni blog Azrin Rahim .

Tengok !! aku dah jatuh nombor 2 dengan jumlah komen sebanyak 63 berbanding Rozuan Ismail yang sekarang ni sedang memegang takhta di Blog Azrin Rahim.
Walaupun aku telah kalah di blog beliau, aku akan bangkit kembali merampas takhta yang pernah aku pegang suatu ketika dahulu.

p/s : Apa aku merepek pada waktu petang macam ni ?
~ Baca Selanjutnya ~

Header Perasan

Header siapa pulak yang perasan ni ? Perghh memang tak malu betol buat header macam ni pastu letak kat blog. Ha ha sebenarnya takde siapa pun yang aku maksudkan. Aku cadang nak minta pertolongan untuk buat header yang baru yang ada gambar aku kat header tu. Ehem nak syok sendiri sekali sekala. :)

Kalau ikutkan idea, mahu letak gambar ni kat sebelah kanan dan sebelah kiri ada tulis Firdaus Life.. " Firdaus " kat atas dan " Life " kat bawah macam dalam header sekarang ni. Aaaa lepas tu nak kasi transparent kat background header tu supaya ngam dengan kaler purple blog ni..

Agak2 ada tak yang sudi buat header untuk aku ?

p/s : Alaaaa kasi la can untuk aku nak syok sendiri =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Jom Jadi Baik

Masa tengah isi minyak sebelum nak pergi makan semalam, aku hanya duk dalam kereta sambil perhatikan meter minyak tu. Lepas tu aku nampak ayah sedang duk cakap dengan seorang lelaki iaitu abang kepada kawan aku. Abang kawan aku tu sangat baik dan sangat ramah apabila bertegur.

Sudah isi minyak, ayah aku pun masuk dalam kereta dan aku terus tanya kat ayah :

Aku : Ayah cakap apa dengan dia tu tadi ?

Ayah : Takde ape. Saja tegur dia sebab dia tu baik dan suka tegur orang.

Aku : Oooo ayah kenal dia ke ?

Ayah : Takde la kenal sangat tapi dia tu memang selalu juga tegur ayah. Dia tu peramah.

Wooowww walaupun tak kenal sangat dengan orang tu, ayah tetap tegur dan sembang dengan dia. Biasanya ayah aku ni susah juga nak mulakan perbualan terutama sekali dengan orang yang tidak rapat dengan dia tapi semalam siap boleh gelak lagi apabila sembang dengan Abang kepada kawan aku tu.

p/s : Bila kita jadi baik dan ramah, orang pasti akan suka dengan kita. :)
~ Baca Selanjutnya ~

Ingat Lagi Tak ?

Ehem zaman sekolah dulu ni la komik fevret sampai sekarang. Lawak Kampus yang sentiasa buatkan aku gelak macam orang gila bila baca. Kalau ada yang tak pernah baca, bole la pergi ke halaman Fb dengan klik link kat bawah. Kat sana ada banyak lagi komik yang best dan kelakar untuk dibaca.

~ Baca Selanjutnya ~

Entri Kosong Je

Amboi kalau buat entri pasal kahwin dan perancangan selepas kahwin, memang ramai yang bagi komen dan terus dapat sambutan. Heee tapi tak boleh la selalu duk sembang pasal kahwin je. Nanti tak seronok pula kerana perkahwinan hanya sembang melalui blog je. Sepatutnya kena ada pengalaman sendiri berkahwin. :P

Esok mak dan ayah aku kena pergi kerja kerana pada hari ni mereka dah ambil cuti. Pantai timur kan sepatutnya bekerja pada hari ahad jadi mereka ambil cuti pada hari ni kerana menghadiri kenduri kahwin sepupu sejak hari jumaat hari tu. Cakap pasal kerja, aku sendiri masih tidak bekerja dalam musim cuti ni.

http://www.laymark.com/i/o/23.gif

Kalau kerja rumah tu ada la buat juga pada tiap hari macam menyapu rumah, vaccuum karpet, mop lantai dan kemas segala isi rumah yang ada. Buat masa ni aku sangat malas nak kerja dan sangat malas nak keluar rumah sehingga kekasih aku menganggap aku mengalahkan anak dara.

Heii !! suka hati la kalau tak nak keluar rumah pun. Kalau keluar rumah, nanti kulit jadi hangus kerana cuaca sangat panas kebelakangan ni. Aduss nampak sangat aku ni lelaki yang mengada kerana tidak boleh kena cuaca yang panas. Ok lupakan semua tu, saja aku nak mengarut sikit dalam entri ni.

p/s : Mahu jalan2 dan lawat blog yang selalu berkunjung ke blog aku :)
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 26 Jun 2011

Buat Apa Lepas Kahwin ?

Alhamdulillah aku dan family selamat sampai di Besut pada pukul 7.30 petang tadi dan barang2 dalam kereta dah punggah bawak masuk ke dalam rumah. Memandangkan kami semua tengah lapar, jap lagi ayah ajak pergi dinner.. Ehem

Majlis kenduri kahwin dah tamat dan pengantin hidup bahagia di atas pelamin pada petang tadi. Biasanya lepas kahwin mereka akan buat apa ye ? Adakah si isteri akan ikut suami dan meninggalkan pekerjaan yang lama ?

http://www.laymark.com/i/o/46.gif

Atau masing-masing masih dengan kerja sendiri dan apabila ada masa yang terluang di hujung minggu, baru la mereka akan meluangkan masa bersama sebagai suami isteri. Humm aku ni kan masih bujang jadi segala persoalan merepek sentiasa timbul dalam akal fikiran yang mentah ni :P

p/s : Lepas kahwin adakah mereka akan bahagia ? atau kurang bahagia ? Eh sibuk je aku fikir yang bukan-bukan
~ Baca Selanjutnya ~

Hensem kali ke 2

Hari tu masa nak datang Kuantan, aku dah rasa hensem berada atas kereta. Petang ni untuk kali ke 2 aku rasa hensem lagi kerana berada dalam kereta menuju pulang ke Besut, Terengganu.

Kenapa aku rasa hensem ? Sebab bengang kena tempuhi perjalanan selama 5 jam untuk sampai ke rumah. 5 jam duduk dalam kereta rasa kejang bontot dan makin lebar bontot yang bulat ni.

Ok la aku takleh menaip sangat dalam kereta, kang tak pasal-pasal jadi pening lepas tu muntah. Bila aku muntah, aku rasa sangat loya. Bila aku loya, aku muntah lagi. Lepas muntah, aku jadi loya balik dan pastu aku muntah lagi.. Entah berapa kali nak muntah pun tak tahu.

p/s : Terasa hensem berada dalam kereta untuk jangka masa 5 jam + kejang bontot :D
~ Baca Selanjutnya ~

Rindunya Pada si dia

Feeewwwiiittt pandang ape tuu :D

Ehem comelnyeee kekasihku :D

Oh Ernie Musliana
Tika malam ku selalu mimpikanmu
hadir dalam kegelapan malam
menerangi segala pelusuk hatiku

Ku cuba menyentuhmu
Namun bayanganmu hilang tiba-tiba
Ku cari di serata alam
Tetap jua gagal ku cari.

p/s : LOL ape kes aku jiwang ni ? muahahaha muntahh !! muntah !!




~ Baca Selanjutnya ~

Manusia Nama Kambing

Najmi ni adalah anak kepada sepupu aku yang masih kecil. Jom baca perbualan di bawah.

Najmi : Abang ! Abang ! Abang buat ape tu ?

Aku : Tengah main laptop ni.

Najmi : oooooo Abang nama ape ?

Aku : Haaa cuba najmi teka apa nama abang.

Najmi : Abang nama ape ? Cakap laaa

Aku : Tak boleh, najmi kena teka dulu

Najmi : cakap la ape nama abang ?

Aku : Nama abang adalah kambing.

Najmi : Nama abang kambing ye ?

Aku : haa pandai pun Najmi

Najmi : Abang kambing tulis ape tu ? Najmi nak tengok jugak.

Aku : Takde ape pun Najmi. saja je tulis ni. Jom pergi kat abah cepat.

p/s : Rupanya budak bandar tak kenal ape tu KAMBING.. ha ha ha ha
~ Baca Selanjutnya ~

Lelaki Atau Perempuan 2

Semalam ada nampak seorang blogger perempuan ping entri kat group blog di FB. Tajuk entri dia sangat menarik dan terus bagi idea untuk aku tulis entri. Tajuknya " Antara blog lelaki dan blog perempuan, mana yang lebih mudah dapat follower " . Ha ha menarik betol tajuk entri dia.

Jadi lepas baca tajuk entri tu, aku terus fikir dan fikir. Tapi bila makin fikir aku jadi pening kerana tak dapat jawapan. Bila aku pening aku rehatkan minda. Masa aku rehatkan minda, otak aku akan fikir semula pasal hal tadi. Bila aku fikir balik, aku terus jadi pening kembali. Bila pening kena rehat balik.. Hu hu hu

Pada pendapat aku, rasanya blog perempuan lebih cepat dan mudah untuk dapat follower. Kenapa aku cakap macam tu ? Entah la, cuba tengok dunia blog sekarang. Blog perempuan ramai je dapat follower beriban berbanding blog lelaki. Lagipun yang mendominasi dunia blog ramai terdiri daripada perempuan berbanding lelaki.

Blog lelaki pun ada juga yang follower beriban tapi tidak la sebanyak blog perempuan. Sebenarnya tak kisah pun sama ada blog lelaki atau blog perempuan yang lebih ramai follower,tu semua penting. Asalkan blog itu menarik dan entrinya best.

p/s : Macam mana nak buat entri menarik ?? =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Tak Suka Perempuan

Perghh tajuk bikin gempak je tapi takde la gempak mana pun. Semalam lepas majlis bersanding, semua saudara mara yang terdiri daripada pakcik dan makcik datang berkumpul di Homestay untuk bahagi hadiah yang diperoleh semasa kenduri.

Yang jadi masalah apabila 6 dan 7 keluarga bertemu di dalam satu rumah dan berbincang mengenai pembahagian hadiah. Pada awalnya biasa dan tenang je tapi lepas 5 minit, suasana dalam rumah ni dah mengalahkan pasar. Ya Allah, sangat bising dengan pot pet pot pet.

Yang lelaki nak tengok tv pun tak aman apabila dengar semua perempuan dalam rumah duk sembang pasal hadiah. Aku yang tengah online kat tv memang dah panas sangat. Memekak je semua perempuan tua dan muda ni. Rasa nak pergi bom je semua yang duk sembang dengan suara lantang.

Bila dah geram dan panas sangat, aku ambil kamera video dan rakam aksi mereka. Masa tengah rakam, ada beberapa orang perasan yang aku sedang ambil video mereka. Kemudian semua berpaling kat aku yang tengah rakam video tu. Aku yang tengah panas dan marah terus cakap :

" Haaahh bising la lagi. Video ni nak letak dalam internet biar semua orang tengok betapa bisingnya perempuan dalam rumah ni "

Lepas aku cakap camtu, semua terus senyap dan hanya beberapa perempuan je yang tak takut duk sembang macam biasa. Aku tutup kamera video tu baru la suasana jadi bising semula tapi mujur la dah tak bising macam tadi lagi.

Gila bising dan memekak. Aku rasa kalau ada 100 lelaki dalam rumah ni pun tak dapat nak lawan bising perempuan yang ada dalam rumah sekarang.

p/s : video tu tak upload pun kat internet. saja acah suruh diam. :D
~ Baca Selanjutnya ~

Lelaki Atau Perempuan

Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di Kuantan, Pahang. Pada waktu petang lepas habis majlis hantar menantu, baru la dapat balik kembali ke Besut, Terengganu. Haa dah tak sabar sangat ni aku nak balik ke rumah. Dah bosan dan serabut duk merantau lama sangat kat sini.

Pagi ni nak cakap pasal blog lelaki atau blog perempuan yang lebih menarik untuk dibaca. Ehem bukan nak buat perbandingan blog cantik atau stylo, ni hanya la perbandingan entri sama ada menarik atau tidak. Setakat ni, aku lebih tertarik untuk baca blog lelaki kerana kebiasaannya idea dan tulisan blogger lelaki nampak lebih matang dan kadang2 pandai menyelitkan unsur lawak.

http://www.laymark.com/i/o/46.gif

Blog perempuan pun sangat best terutama sekali bagi mereka yang suka menulis mengenai pendapat dan idea. Apabila perempuan mengulas pandangan dan idea, mereka tulis dengan sangat terperinci dan itu yang menyebabkan aku begitu tertarik untuk baca dengan lebih banyak. Sebenarnya tak kisah pun sama ada blog lelaki atau perempuan yang lebih best asalkan entri seronok untuk dibaca.

p/s : Aku tetap suka baca blog lelaki :P
~ Baca Selanjutnya ~

Jom Hentam Bomoh

Aku baru je baru balik daripada makan malam bersama pakcik saudara dan juga sepupu. Semasa makan kat kedai tadi, ada topik yang best dicakapkan oleh mereka semua dan yang paling dapat menarik perhatian aku adalah perbualan mengenai bomoh..

Pakcik : Bomoh ni mengarut. Bila kita bawak pergi pesakit, mereka akan kata ini adalah buatan orang tapi bila kita tanya buatan siapa. Bomoh tak dapat bagi jawapan mengenai siapa yang buat. Pada hal dia bomoh tapi dia tak dapat beritahu siapa buat. Nampak sangat mengarut.

Menarik juga pakcik aku cakap ni. Aku pun dapat idea dan cuba mencelah dengan menggunakan contoh dunia kepakaran aku.

http://www.laymark.com/i/o/03.gif

Aku : Tak de mengarut jugak pakcik. Walaupun bomoh tu adalah bomoh atau pakar, dia pun ada yang tak tahu juga. Contohnya kalau sebuah komputer tu diserang virus, pakar komputer akan kata bahawa komputer tersebut diserang virus. Tapi bila kita tanya kepada pakar, siapa yang hantar virus ? Sudah tentu pakar komputer pun tidak dapat tahu siapa yang menghantar virus.

Haa nampak tak persamaan situasi yang aku cuba tunjukkan. Aku cakap macam tu bukan kerana aku mempertahankan bomoh cuma aku nak tunjukkan bahawa setiap orang pasti ada benda yang tidak tahu walaupun bergelar pakar dalam suatu bidang.

p/s : Aku pernah hentam bomoh is stupid because they don't have degree semasa pembentangan bahasa inggeris zaman matrik :P ...
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 25 Jun 2011

Amboi Laju Je

Amboi kalau kita tulis benda yang tak baik, cepat je orang minta link. Kalau aku kata aku jumpa satu lagi blog yang ada tulis mengenai buka aib sendiri. Mesti ramai juga yang berebut-rebut minta link. Kalau tulis benda baik dan siap bagi link sebagai rujukan, takde pula nak klik link yang diberi tu.

Kenapa jadi macam tu ?

http://www.laymark.com/i/o/33.gif

Sebab kita sukakan keburukan. Kononnya nak tengok depan mata kita sendiri ape yang diperkatakan itu. Lepas tu bila dah tengok keburukan atau aib orang lain, bukan nak tolong nasihat atau mendoakan supaya berubah. Sebaliknya dilontarkan dengan kata2 kesat yang langsung tidak berakal.

He he aku pun kadang2 macam tu juga. Bila aku baca kat paper atau kat blog benda2 yang tak elok, aku sendiri pun mengeluarkan kata2 yang kasar. Aku ni pandai cakap je tapi tak pandai nak bagi kata2 nasihat pun. Tapi aku sentiasa cuba peringati diri sendiri..

p/s : Mahu makan di kedai mamak. Layan teh tarik dan roti canai.. nanti malam skit aku balas jejak.
~ Baca Selanjutnya ~

Betul ke Tipu ?

Petang tadi aku blogwalking dan ada jumpa 1 blog ni yang kata trafik blog dia dalam 8000 hingga 10000 sehari. Woww gila power blog dia sampai 8000 sehari. Ben Ashaari yang dikenali ramai pun hanya mampu cecah 4000 UV sehari. Takpe, aku teruskan lagi bacaan di blog dia dan godek2 mana yang best.

Sudah habis baca mana yang patut, aku sendiri terfikir. Kalau blog dia sampai 8000 ribu pengunjung sehari, maknanya dan sepatutnya ranking blog dia berada di tangga yang atas daripada Ben Ashaari tapi malangnya nama blog dia pun aku tak pernah dengar lagi sebelum ni.

http://www.laymark.com/i/o/05.gif

Aku tanya kawan2 yang tahu pasal blog, mereka sendiri pun tak pernah dengar nama blog yang aku cakapkan itu. Hairan bin ajaib kerana blog yang tinggi pengunjung tidak dikenali ramai. Persoalan yang muncul, betul ke pengunjung dia mencecah angka sebegitu ? Nama blog tu biar la rahsia ye.. hehe kang terasa pula kalau aku cakap.

p/s : Tiba-tiba je aku sibuk duk ambil tahu mengenai pengunjung blog dia. ha ha ha gila stalker aku.
~ Baca Selanjutnya ~

Transformers 3 Official Trailer



Ni video trailer yang ke 3 untuk cerita Transformer yang ke 3. Trailer je dah banyak gila saiko dengan aksi yang best dan muzik yang gempak. Cerita sebenar memang sangat cemerlang la jawabnya dan tak sabar gila aku nak tengok...

p/s : Gila gempakkk :D
~ Baca Selanjutnya ~

Firefox 5

Dah seminggu aku tak buka emel dan bila buka tadi, ada satu emel daripada pasukan Mozilla yang menyatakan bahawa Firefox 5 sudah keluar.

Nak download, klik : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/fx/

Firefox Is New! (Again!)

Give us an F-I-R-E-F-O-X! OK, you don't really have to give us all those, but as you can see, we're pretty excited about the latest version of Firefox. This is the first release as part of our accelerated schedule and it's all aimed at getting you the newest features and latest technologies faster than ever before so you've always got the best browsing experience possible. There are more than one thousand improvements in this release alone. You can download the latest Firefox for desktop and mobile right now. But before you do, here's a quick overview:

Privacy Do Not Track does just what it says: lets you tell advertisers you don't want them to track your information and we're working with them to make sure that happens. They're not all on board yet, but we've seen some real progress. We first introduced the feature in Firefox 4 and now you'll find it in the Privacy tab of the Preferences menu. Join the millions of users already using this new privacy feature.

Mobile — With this release, we brought Do No Track to mobile making Firefox the first mobile browser that lets you tell sites you don't want to be tracked. We've also improved page load times and overall panning for a faster, smoother mobile experience. Plus, we're seeing more and more restartless add-ons, which is extra handy on mobile.

Developer Extras — This isn't for everyone, but if you're the kind of person who likes to get under the hood and tinker with the Web, we've added CSS animation support so you can show off even more with graphics and video. Plus, with our Add-on Builder (Beta) and the Add-on SDK, it's easier than ever to build great restartless add-ons for Firefox. Let's see what you got.

Not sure if you're on the latest version? Go to About Firefox to find out (you should be able to find it under the Firefox menu by selecting 'About Firefox').

Firefox logo
p/s : Pada hal keluar pada 21 June tapi baru hari ni tahu :P .. takde ape yang berubah pun dari segi interface. hanya sistem je di-upgrade
~ Baca Selanjutnya ~

Bang , jom g jalan jalan


Untuk info sila klik : http://www.benashaari.com/
~ Baca Selanjutnya ~

Nah Ambik Kau

Semalam masa on the way ke Kuantan, ada singgah di Bandar Muktafi Billah untuk menunaikan solat jumaat. Lepas solat jumaat, ada 1 kumpulan ekspedisi Boat on The Road yang sedang masuk ke perhentian R&R di Muktafi Billah tu. Ekspedisi tu memang ramai la dan banyak sangat 4wd yang sedang masuk kat R&R.

Aku dan ayah yang baru habis solat jumaat ingin masuk ke kawasan R&R tu tapi dipenuhi dengan kenderaan 4wd ekspedisi tu. Ok aku dan ayah tunggu sekejap memandangkan ada polis yang mengawal jalan masuk ke R&R tu. Jap lagi mungkin kami boleh masuk dalam R&R tu.

Tungu punya tunggu, polis yang jaga tu pun blah dan menyebabkan aku dan ayah tersangkut tak dapat masuk ke dalam R&R tu. Aku yang tengah panas terus buka tingkap dan cakap kat polis tu : " Bang, jaga la jalan. Camana kami nak masuk dalam ni "

Polis tu pun terpinga-pinga terus pergi kat jalan tu semula dan menghentikan pergerakan ekspedisi tu seketika supaya kenderaan ayah aku boleh masuk dalam R&R. Nasib baik boleh masuk dan parking dalam kawasan tu. hu hu hu

Bole juga CRV hitam ayah aku masuk parking.. :D

p/s : Ayah aku dah takot masa aku buka tingkap dan sound polis tu. :D
~ Baca Selanjutnya ~

Gggrrrrr

Bangun pagi tadi dah bunyi bising budak2 nakal duk gelak dalam rumah. Tak cukup gelak lagi, mereka masuk dalam bilik aku tidur siap main gelak ketawa lagi. Aku yang tengah tidur memang panas la dengar budak2 duk gelak dalam bilik. Terus aku sergah sampai bergegar satu rumah. Budak2 nakal tu pun terus lari beribut lepas kena sergah... gggrrrr

http://www.laymark.com/i/o/09.gif

Petang ni ada majlis bersanding tapi aku langsung tak minat nak tengok orang sanding. Haih tak tahu la apa kena dengan otak aku. Semakin dewasa, semakin malas nak hadiri kenduri kahwin. Mungkin dah bosan sangat dengan semua tu ditambah dengan sifat kekok aku dalam pergaulan.

Kebelakangan ni pun aku takde idea sangat nak tulis dalam blog. Nak kata rehat tak cukup, rasanya aku tak penat pun. Mungkin suasana yang tidak seronok untuk bagi aku idea update blog. Mahu perah otak dulu untuk korek idea :D
~ Baca Selanjutnya ~

Kanak-Kanak Sekarang

Sekarang ni bunyi berperang dan mengebom dalam rumah dah berkurang berbanding waktu maghrib tadi kerana budak2 nakal sudah kepenatan dan ada yang dah masuk tidur. Aku juga dapat merasa ketenangan bila budak2 nakal dah penat dan tidur. Huhh !! aku dulu takde nakal macam mereka. Mak aku kata aku sangat baik dan nerd je masa kecil.
http://www.laymark.com/i/o/06.gif

Haa aku dah start cerita zaman kanak2 daaa. ehem zaman kanak2 aku takde la menarik sangat kerana aku jenis yang tak suka bergaul dengan kanak2 lain dan aku sangat nerd tahap penakut nak mampus. Bila jumpa dengan orang yang tak dikenali je terus menyorok belakang mak dan tak mahu pandang muka orang tak dikenali tu.

Tapi itu masa zaman aku kanak2. Sekarang ni aku tengok kanak2 sangat aktif dan mudah bergaul dengan semua orang. Orang suruh datang sini, dia datang sini. Suruh makan, dia makan. suruh tidur, dia pergi bermain lepas tu mula la kena marah dengan mak dan ayah.

p/s : Rupanya aku sangat pelik masa kanak2 kerana seorang pendiam dan nerd terlampau =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 24 Jun 2011

Nak Mata Rabun

Selamat malam. Aku dah selamat sampai di Kuantan dan petang tadi sepupu dah selamat di ijabkabul. Malam ni patut kena pergi rumah pakcik untuk jamuan makan tapi aku dah sangat penat jadi malas nak ikot. Stay dalam bilik sambil tengok tv lagi best dan boleh aku layan blog.

Bila ramai ahli keluarga berkumpul, maka budak2 kecil yang nakal pun ramai juga berkumpul. Tapi bila mereka berkumpul, rumah macam medan perang dengan riuh rendah suara mereka. Yang gambar kat bawah pula duk syok layan tv sampai tengok tv pada jarak macam tu.
LOL gila dekat tengok tv. Ha ha ha

p/s : Tiba-tiba aku rasa nak lantun semua budak2 kecil dalam rumah ni masuk dalam longkang


~ Baca Selanjutnya ~

Aku Rasa Hensem

Buat masa ni aku rasa sangat hensem kerana berada dalam kereta menuju ke Kuantan pada hal pagi tadi aku baru balik daripada Raub,Pahang. Haih nampaknya cuti aku banyak habiskan masa di Pahang. Kali ni ke rumah sepupu aku pula kerana esok dia akan berkahwin.

Sepupu dah kahwin tapi aku punya giliran tak tahu lagi. Ehemm masih awal lagi untuk aku fikir semua tu. Yang penting ada banyak benda yang aku kena kejar sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan.

http://www.laymark.com/i/o/01.gif

Kenapa aku sembang pasal kahwin, aku sendiri pun tak tahu kerana aku suka tulis ber-otakkan jari dan bukan menggunakan akal. Eh salah, aku suka tulis secara terbabas, tak ikut sangat skop mengenai ape yang nak ditulis. Ok la aku tak boleh lama sangat menulis dalam kereta kerana cepat mabuk.. tata :D

p/s : Terasa sangat hensem kerana berada dalam kereta menuju ke Kuantan =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Kuantan Pulak

Alhamdulillah aku selamat sampai di Besut pukul 5 pagi tadi. Pada pukul 7.30 pagi tadi, aku ada dengar sesuatu yang mengejutkan daripada emak.

Emak : Pagi ni kita akan pergi ke Kuantan. Esok sepupu firdaus kahwin...

Aku : haaaaaaaa !!!!!!!!! =_=

Arrgghhh aku tak tidur lagi sejak sampai rumah tadi. Pagi ni dah kena pergi kuantan pulak. Ingatkan hari ni aku nak blogwalking sampai penin tapi masih ada urusan lagi.
Tapi Kuantan macam best je kan. Boleh aku jalan2 lagi. Muahaha

p/s : Maaf tak dapat balas jejak buat masa sekarang
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 23 Jun 2011

Buat Malu Je

Ni Entri Auto Publish

Tadi aku ada tengok perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia melawan pasukan Lubnan. Pasukan Malaysia memang mantap beraksi menentang lawan dan serangan sentiasa padu untuk menumbangkan pihak lawan.

Tapi masa tengah syok menonton perlawanan kat tv tadi, tiba2 ada nampak pancaran laser mengenai muka pemain dan penjaga gol pihak lawan. Aku tengok je terus naik marah. Buat malu je sesetengah penyokong Malaysia yang halakan pancaran laser ke arah pihak lawan.

http://www.laymark.com/i/o/91.gif

Nak kata bangang, nanti kata aku kasar sangat pulak. Tapi perkataan tu memang sangat sesuai bagi orang yang main pancar laser kat pihak lawan. Buat malu nama negara je. Orang beli tiket nak pergi tengok perlawanan. Tapi dia beli tiket untuk pacar laser masa perlawanan.
~ Baca Selanjutnya ~

Buat Biasa Sudah

1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia

Aku : Lorrr semua nak Satu. Gara-gara nak satu, habis rosak nama program

Kawan : Ha ha ha Tah ape-ape je. Buat biasa sudah la. Hari Sukan Pelajar Malaysia ke sedap la jugak bunyi.

Aku : Haaa hari sukan pelajar Malaysia baru ok sikit.. Baru kemas sikit dengar.

Kawan : =_=

p/s : Cuba sebut slogan di atas secara berulang banyak kali.. Macam pelik je
~ Baca Selanjutnya ~

Holiday Trip End

Tengah hari tadi aku pergi mandi air terjun kat raub ni. Kawasan tu dekat je dengan rumah mona fendi dan kawan aku duk saiko ada mona fendi kat kawasan air terjun. Bila sebut pasal Mona Fendi, agak seram juga kawasan tu. Rumah mona fendi pun tak nampak sangat sebab dah dilindungi oleh semak samun.

http://www.laymark.com/i/o/118.gif

Malam ni pula aku dah kena bertolak balik ke Besut. Naik kat stesen bas lama raub pada pukul 11 malam dan insyaAllah akan sampai di Besut pada jam 5 atau 6 pagi. Holiday Trip dah habis buat masa ni. Masa untuk rehat pula di rumah :D

p/s : Ya Allah, semoga Muhammad Firdaus b Abu Bakar selamat dalam perjalanan pulang ke Besut.
~ Baca Selanjutnya ~

Jangan Lemah Sangat

Kalau ada orang kata kita bodoh, bangang, tak cantik dan berbagai maki hamun lagi. Kita masih boleh bersabar dan kuatkan hati serta tabah menghadapi segala dugaan semua tu.

Kalau ada orang puji kita dengan ayat Pandainya , Gila Genius, Cantik , Kacak, Hensem dan semua jenis pujian lagi. Kita terus jadi cair dan tersipu malu. Dalam hati terus tak kuat dan bangga menerima pujian.

http://www.laymark.com/i/o/20.gif

p/s : Ape yang aku nak cakap sebenarnya pun aku tak tahu =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Mamat Poyo

Kawan : Ko pernah tengok tak mamat poyo dalam monorail.

Aku : Tak pernah lagi.. camana tu ?

Kawan : Jap lagi ko tengok la. nanti aku tunjuk.

Dalam Monorail, kawan aku sembang lagi

Kawan : Alaaa hari ni takde mamat poyo pula dalam monorail ni

Aku : Ape yang poyonya ?

Kawan : Biasanya dalam monorail ada la beberapa orang duk main psp dengan bunyi cam tah pape. Aku tengok menyampah je.

Aku : hahaha tu ke poyo ? Aku tak pernah tengok lagi tapi kalau ada sekarang ni, aku rasa memang poyo jugak kot main psp dalam monorail.

p/s : Aku cuba imagine main psp dalam monorail ... emm memang poyo :P
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 22 Jun 2011

Holiday Trip Hari Ni

Hari ni aku pergi jalan2 ke KL bersama seorang kawan. Takde pergi banyak tempat pun, duk main dalam times square dan juga lawat syurga dunia teknologi iaitu Low Yat Plaza. Malas nak cerita ikot tulisan ni, layan gambar je la ye.. jommm :D

Dah sampai KL.. tengah tunggu monorail kat titiwangsa

Makan time.. asyik aku je kena snap..

Ermm bestnye layan lagu kat headfone sony ni :D

Ehh aku dengar lagu pun ada orang nak ambil gambar

Haaaiii ambil la gambar saya senyum ni. LOL

Posing sikit kat camera smile capture..

p/s : Sakit badan dan sakit kaki jalan2 hari ni


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 21 Jun 2011

Ape Lah Makcik Ni

Aku selamat sampai kat Raub pukul 4.30 petang tapi bukan tu aku nak cerita. Aku nak cerita pasal seorang makcik masa dalam bas tadi. Pagi tadi masa aku bagi tiket, ada seorang makcik dah naik kat tingkat atas dalam bas. Aku pun masuk la dalam bas tapi aku hanya duduk kat seat bawah je dan sebelah aku takde orang.

Kemudian bas pun memulakan perjalanan menuju ke Pahang. Setelah 30 minit, bas ada berhenti kat satu perhentian untuk mengambil penumpang lain. Masa bas tu berhenti, makcik yang berada di tingkat atas turun kat driver dan beritahu bahawa dia tak boleh duk di tingkat atas kerana gayat. Driver tu pun suruh makcik duk kat seat bawah kerana masih banyak kosong.

Lepas ambil penumpang, bas tu pun sambung kembali perjalanan menuju ke Pahang. Aku yang tengah ditiup air-cond yang sejuk terus terlena. Setelah beberapa ketika aku sedar daripada tidur dan masa tu aku perasan bahawa makcik yang gayat duk kat tingkat atas tadi sudah ada di sebelah aku. Tadi seat sebelah aku kosong, sekarang dah ada makcik tu pula.

Haaa bila makcik tu ada sebelah aku, dia pon cakap kat aku :

" Dik, boleh tukar tempat duduk dengan kakak kat belakang tu tak ? "

Aku yang tengah mamai ikot je la cakap makcik tu dan tuka seat dengan kakak kat belakang. Haihh plot sangat menarik masa dalam bas :

1. Makcik gayat duk atas dan kemudian duduk kat bawah
2. Makcik tiba2 ada di sebelah seat aku'
3. Makcik tiba2 suruh aku tuka seat dengan kakak kat belakang...

p/s : Apakah =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Blog Aku Ada Reader Setia Tak ?

Bagaimana nak tahu kalau blog kita tu ada reader setia? Kalau kita tak blogwalking dan tak singgah blog mereka, mereka tetap datang ke blog kita. Mereka tak kisah kalau kita tak balas kunjungan pun kerana apa yang mereka nak hanya la membaca apa yang kita tulis. Haa memandangkan aku sekarang berada dalam bas dan tak dapat nak balas kunjungan, jadi kat sini boleh nampak siapa yang sudi datang baca blog aku walaupun aku tak jalan2.

http://www.laymark.com/i/o/03.gif

Tuuu kat atas dah ada jumlah trafik pada hari ni yang menunjukkan jumlah pengunjung walaupun aku tak jalan2 ke blog orang. Alhamdulillah, walaupun takde ramai sangat berbanding blog-blog lain tapi angka tu yang membuatkan aku semakin bersemangat untuk tulis entri kat blog. Apa yang aku mampu lakukan hanya la ucap terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca blog aku ni.

Alamak aku dah syok sendiri tak tentu pasal dah. Tak lama lagi pasti ramai yang dah tak minat nak lawat blog aku lagi... =_= iskk sedihnyaa. Aku tak tahu kenapa bila berada dalam bas, banyak pula idea untuk menulis. Mungkin kerana bosan sangat duk dalam bas tak buat apa-apa jadi sebab tu idea datang. Ok la mahu rehat dan tidur kejap. Tiba-tiba je rasa sejok, kalau tidur best ni.

p/s : Terima kasih semua :)
~ Baca Selanjutnya ~

Blog Tak Best

Dalam bas takde la sejuk sangat kerana aku travel pada siang hari. Kalau travel malam, memang sweater pun tak dapat panaskan badan, kena ada api kat badan baru boleh lawan sejuk air-cond bas ekspres ni. Eh Eh mamat tu buka laptop atas bas la. Gile poyo mamat tu. Eh laptop aku, suka hati aku la. ha ha walaupun travel, blog tetap tak boleh tinggal. Memang aku dah ketagih tahap kritikal kat blog ni.. gggrrr

Ape bestnya buat blog ? Buang masa je sembang benda kosong yang tidak berfaedah. Dah la buat entri tidak berilmu lepas tu syok sendiri bajet entri best. Kalau sembang dengan orang tak minat sesuatu perkara tu, memang jawapan dia selalu membantah la jawabnya. Jadi tak payah pedulikan sangat dengan orang macam tu dan buat je kerja yang kita suka.

http://www.laymark.com/i/o/11.gif

Orang kata entri tak best ? biasa la tu. Jangan duk ikut orang sangat. Tu kan blog kita jadi tulis la ape yang kita rasa nak tulis. Tapi kalau ada terima kritikan yang membina, apa salahnya tambah garam dan gula sikit dalam entri supaya jadi best. Kalau tak best lagi, tambah la ajinomoto sikit. Tambah sikit je, jangan banyak sangat nanti orang muntah pula nak baca. :D

Kalau kecewa juga dengan blog kita yang takde pengunjung, cuba tanya kawan-kawan ape yang kurang kat blog kita ni. Entri panjang sangat ke, Blog berat sangat ke, atau memang semua tak elok. Bila tanya kawan-kawan, baru la dapat tahu mana kelemahan yang ada pada blog kita. Jangan takut atau malu kalau dapat kritikan. Kritikan tu untuk bantu blog kita sebenarnya, jadi kalau sesuai, ikot la nasihat yang memberi kritikan tu :)

p/s : Duk dalam bas banyak pulak idea.. =_=
~ Baca Selanjutnya ~

Faedah Join Segmen Bloglist

Ramai blogger ingat apabila kita join suatu segmen mengenai bloglist, ia merupakan usaha yang sia-sia kerana akhir sekali penganjur tidak datang ke blog kita walaupun sudah dimasukkan ke dalam bloglist. Sebenarnya kita yang join segmen bloglist tak rugi apa-apa pun. Kalau penganjur segmen tak nak datang ke blog kita, tak pe la. Itu tak penting sangat pun. Lantak ko la kalau tak nak datang pun. ha ha ha :D

Yang paling penting nama dan link blog kita ada di dalam blog penganjur. Habis tu kalau setakat ada nama dan link blog je buat ape ? takde mendatangkan faedah apa-apa pun. Ok ambil contoh macam ni, katakan setakat ni kita dah join sebanyak 20 segmen bloglist. Tak kisah la bloglist minah ke, ali ke, abu ke, dolah ke, yang penting kita join banyak segmen bloglist.

http://www.laymark.com/i/o/33.gif

Apabila dah join 20 segmen, maka nama dan link blog kita ada pada 20 blog penganjur tadi. Wow nampak tak ? dah 20 blog penganjur menyimpan nama dan link blog kita apabila join segmen. Kemudian kita pun buat entri dan publish. Entri yang kita publish tadi tu akan ditayangkan di 20 blog penganjur tadi. Woww maknanya 20 blog sedang memaparkan entri kita yang terkini pada bloglist mereka.

Kalau la 20 blog penganjur tu trafik mereka beratus atau beribu, pengunjung juga pasti akan lihat pada bloglist penganjur. Kalau tajuk entri kita menarik, maka pengunjung akan datang ke blog kita melalui 20 blog penganjur tadi. Sekarang nampak dengan jelas kan faedahnya ? Kita seolah-olah cuba mencuri pengunjung daripada blog penganjur. Cuma tajuk entri tu kena la power sikit baru la berjaya curi hati pengunjung.

p/s : Kalau join 100 segmen ? maka ada 100 blog yang akan memaparkan entri kita paling latest
~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Pagi

Sekarang dah pukul 9 pagi dan aku sudah ada diatas bas. Tak lama lagi bas akan jalan menuju ke destinasi yang aku nak tuju iaitu di Raub, Pahang. Sekarang ni dalam bas tak ramai langsung kerana sekarang ni bukan musim cuti atau musim balik kampung. Jadi bas agak kosong dan tingkat atas tak tahu la ada berapa ramai penumpang. Entah-entah takde orang langsung. Haa lagi saiko.

Kalau bas dua tingkat, aku tak berapa suka duk atas. Bukan kerana gayat tapi pemandangan yang sangat luas. Kalau waktu malam duduk kat bahagian atas, silap hari bulan boleh nampak macam2. Huwaa gile seram. Kalau duk bawah pula rasa ok sikit kerana nampak driver sedang pandu. Mana la tahu tiba-tiba driver tertidur ke, boleh kita tolong sound sebab kita nampak. Kalau duk atas, driver pengsan pon kita tak tahu :D

http://www.laymark.com/i/o/16.gif

Adess banyak sangat perkataan " kalau " dalam entri ni. Ok la doakan aku selamat sampai ke destinasi yang nak dituju ye. Maaf tak dapat blogwalking kerana dalam bas mana bole buka laptop, kang orang kata nak menunjuk pulak. Eh laptop saya, suka hati saya la. Sibuk je, awak ada laptop ke ? Takde kan ? weeeekkkk

p/s : Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan Muhammad Firdaus b Abu Bakar pada hari ini dan semoga dia selamat sampai ke tempat yang dituju.. Aminn
~ Baca Selanjutnya ~