Membeli Pensel Picit Berwarna Biru

9:20 PG

Jujurnya saya sendiri dah tak ingat bila kali terakhir saya gunakan pensel picit atau juga dikenali sebagai pensel mekanikal. Mungkin zaman Universiti 7 tahun lepas ? Mungkin juga zaman matrikulasi 11 tahun lepas ? mungkin juga zaman sekolah 13 tahun lepas ? Saya tak ingat.

Ahad yang lepas bawa isteri dan anak pergi jalan-jalan. Walaupun masih lagi dalam suasana pkp pemulihan, banyak langkah keselamatan diambil oleh isteri dan juga saya untuk memastikan kami sekeluarga terutama sekali anak kami, Elena Maisara daripada terkena sebarang jangkitan.

Antara langkah yang kami ambil adalah dengan memakai penutup muka, membawa hand sanitizer, dan menjaga jarak pergerakan dengan orang ramai.

Setia City Mall sangat ramai dikunjungi hari Ahad yang lepas. Selepas makan tengah hari, kami pergi ke kedai buku MPH di dalam mall untuk melihat buku-buku terbaru yang ada di pasaran.

Tempat kegemaran aku di dalam kedai buku adalah di bahagian alat tulis dan pen. Sejak mula berkerja pada Disember 2013, saya mula suka membeli pen dan juga sentiasa pastikan ada pen di mana saja saya pergi.

Semasa tengok di bahagian pen, saya ada ternampak ada pensel picit yang berwarna biru dan merah. Saya ingatkan tu hanya pensel picit biasa saja yang batang pensel berwarna hitam.


Tetapi selepas cuba, saya dapati batang pensel itu mengeluarkan warna biru seolah-olah nampak seperti menulis menggunakan pen biru.

Dengan rasa kagum dan terkejut sebab pertama kali nampak pensel picit boleh tulis warna biru, jadi saya buat keputusan untuk beli sebatang pensel picit ni dan juga turut beli stok lead berwarna biru.

Rasa gembira sangat dengan belian kali ini sebab dah lama tak gunakan pensel picit dan tak sabar nak gantikan penggunaan pen biru dengan pensel ni.

Kalau korang berminat juga nak beli pensel picit warna biru ni, boleh berkunjung ke kedai buku MPH. Harganya tak sampai RM 5 pun untuk sebatang pensel, tidak terlalu mahal kerana dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.

Sekian saja untuk kali ini. Nanti saya update kalau ada membeli sesuatu lagi pada masa akan datang.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Ada pensil picit jenis baru ya.
    Hati Freaky lama tak menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x tahu la ni jenis baru ke lama sbb dah lama x beli pensel. dah lama x tengok blog ni.

      Padam