Relationship Makin Tawar

6:10 PG

Tu la yang aku sedang rasa sekarang. Sama ada dia masih lagi gembira, excited atau biasa-biasa je aku tak tahu yang tu tapi perasaan aku agak tawar. Sebenarnya salah aku jugak sebab setiap kali keluar jumpa dia aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin aku lebih suka buat kerja sorang diri menyebabkan aku selalu takde modal / idea untuk cakap banyak malah kalau lepak dengan kawan-kawan pun aku bukan banyak cakap. Dengar, diam, pastu kalau rasa boleh menyampuk  baru aku sembang.

Tapi setakat isu takde idea nak sembang bukan penyebab utama kenapa aku rasa makin tawar. Sebenarnya aku rasa sangat cemburu. Ha ah aku tahu cemburu tu bahaya tapi nak buat macam mana sebab aku masih lagi manusia yang ada perasaan dan cemburu tu sangat susah nak atasi. Aku cemburu bila tengok dia banyak dan sering duk tweet-tweet dengan jantan lain. Ops sory *lelaki lain. Itu baru tweet, bbm atau sms aku tak berani nak kata sebab aku tak nampak depan mata dan aku taknak pandai-pandai buat andaian benda yang aku tak nampak dan tak tahu. So nak mudah aku anggap je dia tak bbm atau sms dengan jantan lain. Ops sory lelaki lain.

Aku pernah tegur dan beritahu dia banyak kali yang aku tak suka macam tu tapi si dia beri alasan mereka tu hanya sebagai kawan. Aku pun bila dah dia cakap macam tu terpaksa la ok je tapi dalam hati tetap tak ok pun. Siapa la aku nak halang dia dari contact lelaki lain kan ? Aku pun masih sedar diri yang aku belum lagi bergelar suami dia yang sah sampai nak halang dia daripada berkawan dengan mana-mana lelaki. So daripada aku menjadi teman yang memaksa seperti sesetengah lelaki lain yang sekeras-kerasnya memaksa teman wanita mereka, aku biarkan je hal ni dan cemburu tu aku simpan dalam-dalam.

Dalam cemburu aku ada rasa takut. Baru-baru ni kawan aku yang dah 3 tahun in relationship putus. Putus sebab awek dia blah pergi kejar jantan lain. Biasa dok dengar kes lelaki blah cari awek lain tapi faktanya awek dia pergi kat lelaki lain. Kesian gila kat kawan aku tu. Padahal aku selalu nampak diorang luang masa bersama pada waktu petang. Dan yer aku memang takut perkara yang sama jadi kat aku.

Si Dia selalu cakap dan yakinkan aku bahawa dia takkan pergi kat lelaki tapi sejauh mana aku boleh percaya kalau si dia sering dan kerap duk layan lelaki lain walaupun sebagai kawan. Setiap bulan ade je lelaki baru yang dilayan pada timeline. Bila aku tanya jawapan dia adalah kawan matrik, kawan sekolah, kawan fakulti lain, junior, senior, kawan kepada kawan dan macam-macam kawan lagi. Dah tu agak-agak boleh ke aku bagi kepercayaan penuh pada ape yang di beritahu aku lepas tengok si dia rajin je duk berhubung dengan kawan-kawan lelaki lain ?

Aku pun ada kawan-kawan sekelas perempuan yang in relationship, bertunang dan yang dah kahwin pun ada. Tapi yang dah kahwin tu aku tak kira la sebab diorang dah berada pada tahap lain. Kawan-kawan perempuan sekelas yang dalam relationship dan bertunang aku tengok takde pun yang yang jenis melayan kawan-kawan lelaki lain kat timeline. Kalau ade pun hanya kawan dan geng-geng sekelas je yang aku nampak. 

Aku pernah cerita hal ni kat adik aku. Adik aku perempuan dan dia memang sporting bab macam ni sebab tu aku suka cerita kat dia. Adik aku kata dia pun ade jugak berhubung dengan lelaki lain macam kawan sekolah, kawan fakulti lain tapi takde la kerap dan selalu. Dalam seminggu sekali tu ade la jugak dan kadang-kadang lansung takde. Bila aku dengar adik aku cakap macam tu, seminggu sekali ok la kan ? Takde la nak contact sampai setiap hari.

Jadi motif aku tulis ni adalah disebabkan aku dah tak mampu lagi nak simpan. Beritahu kat si dia sudah aku beritahu sejak dulu lagi. Tapi ia masih berterusan dan makin kerap aku tengok. Mungkin juga salah aku sebab cemburu buta tak tentu pasal akan hal seperti ini. Tapi soal hati dan perasaan aku cuba sedaya upaya untuk elak si dia dari jatuh ke tangan lelaki lain. Sebab aku penat nak mulakan relationship baru dengan orang lain. Aku penat...

You Might Also Like

9 ulasan

  1. sabar ye . mungkin si dia ada masalah kepe . bawak bincang elok-2 , jgn buat keputusan terburu-buru :))

    BalasPadam
  2. ada 2 situasi dekat sini...
    samada firdaus yg terlalu cemburu dan terlalu memikir sbb firdaus secara azalinya bukan jenis yg suka melayan, so firdaus tidak suka org lain pun bersikap begitu...

    situasi kedua, mungkin teman firdaus seorang yg suka melayan walaupun sekadar kawan biasa...

    tp disebabkan firdaus tidak suka, firdaus mula fikir dan cemburu itu timbul...

    betul, firdaus bukan suami dia yg sah untuk mengongkong tp normal bg seorang manusia berperasaan cemburu melihat org yg disayang seperti melayan org lain lebih dr sepatutnya....

    firdaus manusia normal! :)
    bwk berbincang elok2..dan si dia jugak ptut faham dan menghormati apa yg firdaus suka dan tidak suka

    BalasPadam
  3. jeles juga org laki nie ye... allhamdulillah... itu maksudnya sayang la tu... hehe... insyaAllah takkan lari gunung dikejar jika jodoh tersurat... :-)

    BalasPadam
  4. mungkin die rase sunyi kowt sebab kamoo x selalu msg die ke?perempuan nie susah sket

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang , ia sebagai petunjuk supaya kita sedar kita bagaimana dan cuba berubah ke arah yang baik .

    Dan pada masa yang sama , kita kenal orangnya bagaimana ?

    Pandai2lah tackle supaya dia sedar ...

    okay ..taktahu naktaip apa,..sorry..kalau salah ...erm
    apapun , fighting!

    BalasPadam
  6. bersangka baik selagi mana kita boleh bersangka baik.. yg pasti, kepercayaan dalam perhubungan itu pnting.. semoga dipermudahkan kalau itu adalah jodoh daus.. :) be strong, yg pasti mintk tolong dari Allah..

    BalasPadam
  7. salam sorang sahabat...

    lama sungguh tidak melihat coretan panjang dr sahabat... pjg lebar sggh coretan kali ini.. smpai malas nk mmbacanya..haha. mgkin aku bukan jnis suka mmbca.. tp kli ni aku gagahkn jua utk mmbca shingga ke noktah yg terakhir.. apa dpt aku simpulkan, Itu semua dugaan dariNya..aku harap sahabat tabah utk mharunginya.. harap ukhuwah yg terjalin antara sahabat dgn sidia dapat di pertahankan...

    BalasPadam
  8. cemburu tanda sayang..tapi akak setuju dengan kamu..sepatutnya lah kalau nak berhubung,sms ke,bbm ke,kat facebook ke twitter ke jangan la kerap2 sangt..bagi yang berlainan jantina la..

    tak elok tu..kita kan pompuan..nak berkawan boleh je..takut jugak akak nak komen ni...kang dia pi blog akak dia marah tak best lak rasa.

    tapi satu yang kakak tau bila kita kerap2 sangt bersms ke,tweet2 ke apa2 je la..si lelaki yang kita kerap hubungi tu kurang hormat pada kita..

    akak tau kamu cemburu pun sebab nak lidungi dia kan??

    BalasPadam
  9. sabella : thanx. mampu bersabar je :)

    fara ada : terima kasih sbb memahami. Yer ni semua hanya cemburu buta je

    Pn. Sheila@CC : hehe mesti la jeles. sayang punya pasal

    anak denesor : mesej dia 24 jam. setiap hari x pernah berenti

    cucu umie : amin.. terima kasih atas nasihat ni

    am : mantap sungguh nasihat ni. Tapi macam x caye sanggup baca post panjang. hehe

    diana : yerp cemburu kak. huhu nasib baik kak faham. thanx kak

    BalasPadam