Selasa, 31 Mei 2011

Sifat Seorang Lelaki

SIFAT SEORANG LELAKI

Ha Ha Ha sejak aku buat banyak entri pasal wanita / perempuan, ada beberapa orang yang tanya kenapa asyik buat wanita je. Lelaki punya mana ? Ok kali ni entri pasal lelaki pula.. Nampak tajuk kat atas tu kan ? Jom baca sifat seorang lelaki :


http://www.laymark.com/i/o/09.gif


1. Perlu perhatian / jagaan sewaktu sakit
Tanpa kita sedari seorg lelaki sebenarnya sangat senang dan gembira jika dilayan atau dimanja sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ini sangat jelas menunjukkan ketika sakit, lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya.Tetapi awas!! Jangan sekali2 mempraktikkannya ketika mereka sihat. Nanti lelaki akan fikir kenapa mereka diperlakukan macam seorang baby.

2.
Tidak suka bergosip / mengumpat
Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi seorang lelaki, bergosip adalah sesuatu yg tidak berfaedah dan membuang masa serta dianggap seperti sibuk menjaga tepi kain orang.Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu info yang tidak berfaedah

3. Suka / Bangga jika ada yang menggoda mereka
Lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham mereka tinggi walaupun sudah ada kekasih di sebelah, tetapi masih ada yang cuba berminat memerhatikan mereka .Bila berhadapan dgn situasi ini,untuk “cover line” dgn wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!” .. Biasanya ayat ni tak serupa bikin pun. Jadi kepada perempuan, sila jaga elok2 kekasih anda ye.

4. Tidak berapa suka shopping
Lelaki pula memang agak malas jika diminta untuk menemani pasangannya keluar bershopping. Antara alasan yg sering diberikan adalah buang masa dan buat penat .Lelaki juga kurang senang kalau masa untuk shoping itu sangat lama sehingga berjam2 lamanya.Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan.

5. Susah memberi jawapan
kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja kepada pasangannya. Jadi sekiranya berhadapan dgn situasi yang memerlukan jawapan atau pendapat, lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan perempuan jadi gila degan perangai acuh tak acuh itu.
~ Baca Selanjutnya ~

Maksud Tersirat Ayat Perempuan

Aaahhh rasa tension betol bila tengok banyak blog template yang cantik dan simple tapi aku tak pandai nak main coding untuk ubah sikit mana yang patut. Daripada duk penin usha blog template, baik buat entri lagi best.

http://www.laymark.com/i/o/46.gif

1. Perempuan : Awak pernah teringatkan kekasih awak yang dulu tak ?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, kalau nak cari pasal try sebut la nama dia depan aku.

2. Perempuan : Kita ni hanya sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Saya tak nak kat Awak laaa. Tak paham ke?

3.
Perempuan : Lawa dan cantik sangat ke budak tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa sebenarnya haa? Saya ke, atau budak perempuan tu?

4. Perempuan : Lawa-lawa dan santek semua baju kat sini.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk saya. Pleaseee

5. Perempuan : Saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak. Asalkan awak bahagia bersama si dia.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku pulak ye kena berkorban. Habis tu, korang berdua gak la yang seronok.

6. Perempuan : Saya suka berkawan dengan awak. Awak baik, memahami diri saya dan bla bla bla...
Makna tersembunyi: Sebenarnya..... Saya rasa macam minat sangat kat awak la... Rasa macam nak jadi kekasih awak je.


7. Perempuan : Penatnya hari ni. Kena masak jap lagi, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah ye ? Pastu, tolong basuh kain-baju sekali, yer.
~ Baca Selanjutnya ~

Ayat biasa Perempuan guna

http://www.laymark.com/i/o/26.gif

1.
Lima minit lagi

Perempuan cakap je 5 minit tapi sebenarnya setengah jam. Tu pun setengah jam, kalau kena sejam mesti benggang gile kan. huhu

2. Huh !! ( Yang Kuat )
Huh !! ini bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'Huh !!' bermakna perempuan merasakan lelaki adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai sesuatu yang sia-sia.

3. Huuhhh ( Yang Slow )
Ini juga bukanlah perkataan. 'huuhhh' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih baik jika lelaki duduk diam, dan jangan buat sebarang tindakan... Biarkan dia kekal puas.

4. Buat laa !!
Satu ketika di masa depan dan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

5.
Fine !!
Ayat ni ramai perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, terutama sekali bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai.. Bimbang nanti tak pasal-pasal dapat gaduh..

6. Takde ape
Ayat ni bermaksud ada "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan.
~ Baca Selanjutnya ~

Mengenai Mata Wanita

Mata pun boleh menggambarkan peribadi seorang wanita tersebut. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca kat bawah ni :

1. Mata yang seolah tersembul keluar.
Sifat bagi wanita yang mempunyai mata seperti ini adalah tabah, baik, rela, dan mudah mengikut kata. Tapi mereka juga mungkin seorang yang tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

2. Mata yang cengkung
Wanita yang mempunyai jenis mata ini seorang kurang memuaskan, materialistik, dan hidup dengan wanita ini boleh jadi sengsara. Pandai berkata manis tapi bohong, mahu hidup dengan senang, mudah berlaku curang, bila lelaki dalam kesusahan, si dia langsung tidak peduli.

3.
Mata yang sederhana saiznya
Wanita yang punya wanita macam ni seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia,mudah membuat pertimbangan, bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan serta perlukan belaian mesra suami.

4. Mata yang kecil
Untuk wanita yang mempunyai mata yang kecil,si lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya yang suka cakap lepas. Mereka mudah bersikap periang tapi bila marah lambat nak jadi sejuk. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Wanita seperti boleh mengecapi bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak material dan melayan syahwatnya dengan baik.

5. Mata yang jarang berkedip
Wanita yang punyai mata seperti ini sangat istimewa, bijaksana, setia, adil,bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

6. Mata yang selalu berkedip
Wanita yang mempunyai mata seperti merupakan seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini berada dalam kategori yang baik.

7. Mata yang lebar saiznya
Wanita seperti ini seorang yang cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, mudah menjadi marah,suka bertindak tanpa fikir panjang, tingkah lakunya kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka boleh jadi seorang kekasih yang setia. Mereka juga mempunyai nafsu syahwat tinggi.

8. Mata yang redup
Wanita seperti ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, mempunyai hati tidak tetap, banyak kenalan tapi kurang sahabat, suka mengumpat, mudah irihati, kejam, bersifat kasar, suka mencemuh dan seorang yang pemarah.

~ Baca Selanjutnya ~

Oh Love :)

Tahun lepas pada 31 Mei 2010 pada pukul 12.31 tengah malam.

" emmm emmm do you wanna be my gf ? "

She replied " My dear, I say Yes "

:)

Buruknya rambut akuuu

Malam ni dah genap setahun. Semoga hubungan kami berkekalan sehingga ke jinjang pelamin, kemudian ke anak cucu, kemudian ? infinity :)

p/s : Muhammad firdaus bin abu bakar Ernie Musliana Mustazaidi

~ Baca Selanjutnya ~

Kenali Hati Seorang Wanita

Bagi kaum lelaki, bukan semua mengenali hati dan perasaan yang ada dalam diri wanita ni. Sebab tu adanya kes penceraian dan pergaduhan pasangan. Ni nak bagi pendedahan sikit supaya lelaki lebih mengenali hati dan perasaan wanita.

http://www.laymark.com/i/o/24.gif

1. Ikhlas : Keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui. Cintanya mereka pada pasangan sangat murni.

2. Prihatin : Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam dan jika ada benda yang perlu dilakukan, mereka akan berfikir dan cuba selesaikan sesuatu tanpa terburu-buru

3.
Halus : Wanita umpama sehelai sutera yang canti,lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya mereka akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

4. Cinta : Bagi insan yang bergelar wanita, cinta yang pertama adalah yang paling dalam dan tulus

5. Ego : Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya dan digantikan dengan kasih sayang apabila bersemuka dengan insan yang dicintai
.

6. Berkorban : Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . Wanita juga begitu tabah dalam mengharungi pengorbanan.

7. Seks : Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . Nafsu wanita yang banyak tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .


8. Manja : walaupun wanita adalah seorang wanita yang pandai berdikari, namun naluri dan sifat seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita iaitu suka bermanja hanya dengan insan yang bernama lelaki, dan juga sesama kaum mereka.

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 30 Mei 2011

Penyakit bangga buat Dosa

Manusia sekarang sangat pelik dan sudah terbalik. Kalau dulu sangat malu untuk buat dosa, sekarang dengan bangga buka aib sendiri dan hebohkan yang dia ni enjoy je buat dosa. Biasanya aku ambil contoh di FB tapi kali ni aku nak cakap pasal seorang blogger yang tanpa segan silu menulis entri memberitahu bahawa dia melakukan dosa.

Maksud aku secara jelas adalah blogger ni dengan selamba beritahu yang semalam dia buat sex dengan awek dia, minggu depan akan jumpa lagi dengan awek dia untuk buat sex, pergi kelab malam dapat awek body mantap, sex in the pool sangat best dan bla bla bla...
http://www.laymark.com/i/o/35.gif

Aku yang kali pertama masuk blog dia berkata " What the hell !!! " . Apa kes duk heboh cerita aib dan dosa diri sendiri ? dah rasa pahala banyak sangat ke sampai dengan bangga tulis macam tu kat blog. Aku tak tahu apa motif dia buat entri macam tu tapi ada la dalam 4 hingga 5 entri pasal dia buat dengan awek dia. Mungkin dia nak cari trafik kot dengan buat entri panas macam tu tapi bagi aku memang gila la kalau heboh macam tu kat blog... gila betol.. Nak cari trafik boleh tapi jangan la sampai buka aib sendiri bro... kesiann

p/s : Kalau nasihat, nanti kita kene hentam dengan ayat " Eh blog aku, suka hati aku la "
~ Baca Selanjutnya ~

Bukti Lelaki itu Rumit

Betol ke lelaki ni sebenarnya sangat rumit ? Aku sebagai lelaki pun mengaku bahawa memang benar statement tu. Kalau tak percaya, try la baca bukti di bawah dan fikir sendiri sama ada benar atau tidak.

1. Jika perempuan lebih pintar daripada perempuan, lelaki akan jatuh air muka.
Jika lelaki yang lebih pintar, lelaki bilang mereka hebat.

2. Jika perempuan mungkir janji lelaki, perempuan tidak boleh dipercayai.
Jika lelaki yang ingkari janjinya, lelaki bagi alasan melakukannya kerana terpaksa.

3. Jika perempuan cerewet, lelaki anggap perempuan seperti seorang pengasuh .
Jika lelaki yang cerewet pada perempuan, itu kerana lelaki mengambil berat.

4. Jika perempuan menyakiti hati lelaki, perempuan itu sangat kejam. Jika lelaki yang menyakiti perempuan, itu kerana perempuan terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

5. Jika perempuan beritahu lelaki masalah yang dihadapi, lelaki kata perempuan menyusahkan. Jika tidak, lelaki tuduh perempuan tidak mempercayainya.

6.
Jika perempuan berpakaian cantik, lelaki fikir perempuan itu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, lelaki akan kata perempuan itu kekampungan.

7. Jika perempuan melayan lelaki dengan baik, lelaki fikir perempuan itu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, perempuan akan dianggapnya sebagai seorang yang sombong.

8. Jika perempuan berdebat dengan lelaki, lelaki akan kata perempuan ni keras kepala. Jika perempuan berdiam diri, lelaki kata perempuan tak ada IQ tinggi.

9. Jika perempuan tidak cinta padanya, lelaki akan cuba mendapatkan perempuan itu bermati-matian. Jika perempuan itu mencintainya, lelaki akan cuba untuk meninggalkan perempuan itu pula.

10. Jika perempuan mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti menafikan bahawa semua ini tidak benar.

p/s : Sekarang betol tak lelaki ini rumit ? :P
~ Baca Selanjutnya ~

Ciri-ciri wanita yang Malang

Macam mana ye ciri-ciri wanita yang malang ni ? Kepada kaum lelaki, jangan kahwini wanita yang ada ciri-ciri yang disebutkan dalam entri ni. Nanti tak pasal-pasal sengsara sepanjang berumah tangga.. huhu

1. Wanita Hananah: wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Kasihan kat suami kalau dapat isteri macam ni.

2. Wanita Ananah: Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Ape motif wanita buat-buat sakit ye ? sebab mahu dimanja ke ?

3. Wanita Mananah: Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?. Kalau dapat yang ni, habis semua benda dia ungkit.. huuu bahaya tol

4. Wanita Syadaqah: Wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.

5. Wanita Hadaqah: Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Kalau banglo yang dipandangnya, maka banglo itu la yang disuruh suaminya suruh beli.. Lingkup la kalau dapat yang ni. huhu

6. Wanita Baraqah: makna pertama, yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Depan rezeki pun nak marah.. adoii..
~ Baca Selanjutnya ~

Cara Wanita Berjalan

Sebenarnya melihat cara wanita berjalan pun sudah dapat tahu rahsia yang ada pada dirinya. Jadi lepas ni wanita perlulah berhati-hati dan menjaga cara berjalan kerana anda mungkin selalu diperhatikan untuk mengetahui peribadi anda. Jom usha cara wanita berjalan kat bawah :

1. Wanita yang berjalan sentiasa pandang / toleh ke kiri dan kanan. Wanita seperti ini pandai menyimpan rahsia walaupun ada yang menganggap mereka ini tidak jujur, suka menipu, namun ramai juga lelaki yang cuba untuk menakluki hatinya.

2. Berjalan menatap terus ke depan. Wanita seperti ni memiliki pendirian yang sangat teguh dan susah nak menggoncangkan keimanan. Jika tidak mahu mendengar leterannya yang panjang berjela, jangan sesekali melawan apa yang dikatakannya. Kebiasaannya wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang orang yang berpengalaman luas.

3. Wanita yang kalau dipandang daripada belakang, cara berjalannya seperti tidak memijak tanah ( berginjat ) . Wanita macam ni seorang yang tidak jujur dan mulutnya sangat laser serta mempunyai ego yang sangat tinggi. Yang lagi dasyat wanita ini pemboros dan suka membazirkan wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.

4. Berjalan secara menunduk. Wanita macam ni seorang yang bersifat tertutup dan mereka hanya berkawan dengan orang-orang yang rapat sahaja. Mereka juga berhati-hati memilih kawan yang boleh berkongsi rahsia. Jika ada lelaki yang menawan hati wanita seperti ini, maka lelaki itu akan menemui kebahagiaan kerana wanita ini seorang yang jujur dan setia serta tidak akan mengkhianati pasangan.

5. Berjalan dengan badan bergerak ke kiri dan kanan. Wanita yang berjalan dengan gaya yang macam ini tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku dan semua masalah dianggap kecil. Kerana sifatnya yang suka ambil jalan mudah, banyak masalah yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Wanita yang ketika melangkahkan kaki , badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita macam ni mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

7. Wanita berjalan dengan badan yang nampak menegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri dan dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Yang menarik bagi wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Wanita ini juga menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
~ Baca Selanjutnya ~

Stylo gila Wireless Keyboard

Nak keyboard macam ni boleh ? tapi macam seksa juga nak taip sebab takde bonjol yang timbul mcm keyboard biasa.
BlackBerry pun boleh guna keyboard ni ? cool

Nampak cool bila guna...

p/s : Mana nak cari keyboard macam ni ??

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 29 Mei 2011

Bercuti di Melaka

Masuk ni dah 2 hari aku tak update blog. Sebenarnya aku pergi ke Melaka bersama family untuk hantar adik pulang ke uitm Lendu,Melaka. Laptop bawak dan memang hasrat nak update blog tapi bila sampai kat bilik je terus penat dan terlena. Sekarang pun rasa penat tapi demi blog yang ku sayang ni, terus jadi semangat berkobar-kobar. Kan bagus kalau study pun boleh ada semangat berkobar macam ni..
http://www.laymark.com/i/o/10.gif

Cakap pasal cuti di Melaka, banyak juga tempat yang dikunjungi antaranya yang special adalah Banda Hilir. Petang tadi jalan-jalan melihat kapal portugis, melawat kota A'Famosa dan juga shoping sakan tapi aku tak beli apa-apa pun. Yang sibuk membeli mesti la adik dan mak. Oh ya aku pun baru je tengok cerita Pirates of the Caribean yang baru tu. Cerita dia bagi sangat best dan macam biasa telatah Jack Sparrow sentiasa melucukan dan penuh dengan aksi yang best.

Aku dengar ada orang komen cerita tu tak best. Aku tengok best je dan takde rasa kecewa sikit pun. Esok pula akan bertolak pulang ke Besut,Terengganu dan tak sabar untuk tiba di rumah.. Huuu esok kena duduk dalam kereta selama 7 hingga 8 jam dalam perjalanan pulang. Adoi sakit bontot duk lama-lama dalam kereta.

p/s : Entri ni ditaip pukul 1 Pagi... :P
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 27 Mei 2011

RM 3 Juta dalam Akaun

Aaaahhh 3 juta ? mesti best kalau dapat tengok jumlah banyak ni dalam akaun kita kan ? Shopping puas hati, duit lambat habis walaupun banyak dibelanjakan.

p/s : No photoshop used in this photo.. Credit to RileksCrew
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 26 Mei 2011

Bahasa Apa Ni ?

taty itew pegi nenok wayang gambar KARAK.awww.OMG mmg best,shaperw ta tenowwk amatt wugi.hek3.teheeee..sukesuke♥ nyam3.

sob3.sebenarnye die jelesh tat tite tue cbb bf die duduk kelantan hak3.jaoh ta muleyh dating dating acm tite.bwerkkkkkk.teheeeee :)
Lepas baca ayat kat atas, aku ambil masa beberapa minit untuk betul-betul faham apa yang cuba dikatakan. Dasat woo ayat dia, camana la boleh fikir nak buat ayat macam ni. Penin dan tak faham bila sekali harung masa baca. Aku ni jenis nerd dan skima skit, sebab tu lambat sangat nak faham ayat-ayat pelik macam ni.

Kalau ayat macam ni orang panggil apa ye ? Aku rasa ni bukan shortform sebab takde sangat shortform cumanya ejaan lain sikit dan bunyi pun lagi lain kalau sebut dengan betul. Apa-apa pun better bagi ayat skima lagi bagus daripada ayat macam ni. Ayat skima lagi mudah orang faham dan tidak memeningkan orang yang membacanya.

p/s : itew windu kat kekasih ati itew, enie musliana yang adew kat selangor shekarang. wuakakaka
~ Baca Selanjutnya ~

Comelnya Baby


Wahai anakku yang comel lagi putih
Kenapa dikau sangat comel
Ku teringin mencubit dan menarik pipi gebu itu
Ku ingin menggenggam erat tangan kecik itu

Hu hu hu ni bukan anak aku tapi anak kepada sepupu. Dia sedang baring kat sebelah aku sambil tengok tv. Bila dapat tengok tv je terus bulat mata umpama bulatnya bola. Nickname dia adalah Putih dan nama dia yang sebenar adalah Bilqis. Masih tak pandai berjalan tapi sedang berusaha dengan gigih untuk merangkak. Bila jatuh masa nak merangkak, terus menangis. hahaha

p/s : away bergolek dengan Putih sambil dia tarik telinga aku. huhu
~ Baca Selanjutnya ~

Adoiyai Cerita Indon

Lepas lunch aku pergi kat ruang untuk tengok tv, sampai je kat ruang tv dengar adik aku duk kutuk-kutuk pasal cerita yang ditayangkan kat tv tu. Aku yang hairan ni tanya la kenapa marah-marah duk tengok cerita indon ni ? Adik aku kata dia bengang tengok cerita indon sebab banyak sangat duk pusing-pusing roundabout.

http://www.laymark.com/i/o/20.gif

Kata dia lagi, cerita ni dah 3 hari pasal kapal terbang terhempas dan manga nahas terdampar di lautan. Ahli keluarga yang terpisah masih lagi tak jumpa sebab cerita ni duk pusing sangat. Ha ha ha kalau dah pusing sangat cerita ni, baik tak payah tengok, buat tambah bengang je. Tapi aku memang tak suka tengok cerita indon ni kerana aku layan cerita action hollywood je.

Cerita indon ni reaksi muka dia melampau-lampau sangat terutama sekali bila ada part yang suspen, marah dan gelak ketawa. Tu yang menyebabkan aku tak selera sangat nak tengok. Baik tengok cerita korea lagi best. Awek dah la sangat cun, hero pulak sangat kacak. huhuhu

p/s : Bila dah bengang sangat, adik aku tukar channel terus. ha ha ha
~ Baca Selanjutnya ~

Kata Hidup Berjiran

Sebelah rumah ada jiran, depan rumah ada jiran, belakang rumah pun ada jiran. Boleh kata sekitar kawasan rumah tu adalah jiran. Kalau nama saja jiran tapi tak pernah bertegur sapa pun tak seronok juga. Kadang-kadang tu nak la juga kita kenal dengan lebih rapat siapa yang duduk disebelah rumah kita tu. Baru la dapat tambah kawan dan juga boleh isi masa dengan melepak pada waktu petang.

http://www.laymark.com/i/o/16.gif

Kalau rapat dengan jiran, boleh la dia tolong tengok-tengokkan keadaan rumah kalau kita tiada di rumah. Lepas tu kita pun kena la juga tolong jiran, jangan duk buat tak tahu seolah-olah mereka ni tak wujud pun dekat kawasan perumahan kita. Suasana di sekitar rumah pun akan menjadi lebih ceria dan happening kalau kita hidup berjiran dan saling mengenali sesama jiran.

Tapi jangan la pula kita duk sibuk sangat ambil tahu hal jiran sampai menyebabkan jiran tidak berapa selesa dengan kita. Bimbang nanti diorang kata kita ni busy body la pulak dan suka ambil tahu hal orang lain. Kalau kita sering minta tolong kat jiran, apa salahnya sekali sekala kita ringankan tulang bantu jiran walaupun mereka tidak meminta pertolongan daripada kita.

p/s : Sembang pasal jiran la pulak. hak hak hak
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 25 Mei 2011

Ibu bapa Yang Pelik

Kanak-kanak sekarang makin hebat la. Kecik-kecik lagi dah pandai tiru gaya artis dan siap bole menyanyi ala-ala artis yang terkenal gitu. Yang best lagi siap pakai mekap tebal dengan gincu yang merah menyala dan bedak sebaldi kat muka. Bila pegang microfon, kanak-kanak ni sangat lincah menari dan berjoget mengikut irama muzik yang sedang dimainkan.

Bila aku tengok macam tu, terus aku cakap " Haaaiiiihhh lingkup la kanak-kanak kalau kecik-kecik lagi dah gaya mengalahkan artis " . Camana tak lingkup ? kita yang dewasa ni tengok pun sangat sakit hati. Rasa macam nak pergi naik atas pentas dan terajang semua kanak-kanak suruh balik buat kerja sekolah. Yang rasa nak terajang tu aku, kalau ikotkan kawan aku, dia nak bom terus pentas tu. Gila dasyat.

Yang paling syok sekali, IBU-BAPA kepada anak-anak yang sedang duk menyanyi macam artis kat atas pentas ni menunjukkan muka yang gembira dan bangga. Baru faham rupanya ibu-bapa sekarang suka dan bangga anak-anak kecil mereka menjadi artis. Aku ingat ibu-bapa ni suka kalau anak mereka rajin study dan rajin lakukan amal ibadah. Tapi nak buat macam mana kan ? Dah ibu bapa sendiri yang suka anak-anak kecil jadi artis. Kalau ibu bapa dah suka, apa lagi reaksi si anak kecil ini.
~ Baca Selanjutnya ~

ex GF or New GF ?

Entri ni untuk Lelaki ye... :P

Sedang hangat duk bercinta sakan dengan pasangan, tiba-tiba dapat satu sms yang begitu mengejutkan. Rupa-rupanya ex Gf korang contact balik dan minta sambung kembali hubungan korang. Korang pun dah mula penin tak tahu nak buat apa. Nak terima kembali ex GF atau nak reject ex GF dan teruskan hubungan macam biasa dengan new gf ?

Sebenarnya tak payah duk penin dan serabut kepala sangat. Yang paling mudah korang reject terus ex GF tu. 100% reject dan jangan layan terus. Teruskan hubungan dengan GF baru lagi selamat dan lagi selesa tau. Ada banyak sebab dan faedah kalau korang tak sambung kembali hubungan dengan ex GF tu.

http://www.laymark.com/i/o/26.gif

Kalau korang terima kembali ex GF dan sambung hubungan dengan dia, korang takkan dapat kelentong dia sebab dia dah tahu selok belok dan perangai korang. Pengalaman yang lepas bersama dia akan menjadikan ex GF korang akan lebih waspada dan berhati-hati dalam hubungan. Akibatnya korang kelentong pun dia takkan makan lepas tu banyak alasan yang digunakan pasti takkan berhasil.

Jadi teruskan hubungan dengan GF baru kerana mereka ni tak kenal sangat dengan korang. Kalau korang kelentong Gf baru pun mereka pasti akan termakan punya dan alasan-alasan yang basi pun boleh digunakan.

p/s : huhu aku tak suka kelentong kekasih sendiri :P
~ Baca Selanjutnya ~

Khayal Punya Pasal

Siapa yang khayal ? kenapa khayal ? adakah kerana telan apa-apa pil yang menyebabkan khayal ? sebenarnya bukan khayal, cuma mamai je yang banyak berlaku kat aku pada hari ini. Hari ni aku mamai sebanyak 3 kali yang bermula sejak pagi tadi lagi. Tak tahu la kenapa otak lembab sikit pada hari ni sampai banyak sangat mamai.

1. Pagi tadi sebelum mak pergi kerja, mak cakap yang dia dah beli nasi bungkus dan diletakkan atas meja depan tv. Aku pun sambung tidur jap dan bila bangun cari nasi bungkus atas meja, aku hanya nampak plastik yang besar je tapi tak nampak nasi bungkus. Aku fikir mungkin mak letak kat lain nasi tu. Masa kat dapur baru aku terfikir bahawa nasi mungkin ada dalam plastik tu. Bila buka plastik, memang ada nasi bungkus. adoii mamai.

2. Tengah hari aku duk sms dengan kekasihku, ernie musliana. Tibe2 sampai 1 sms bertulis " Masak nasi " . Aku ingat tu sms daripada ernie, jadi aku balas " Ok sayang, pergi la masak nasi tu dulu ". Balik rumah mak aku kata nak muntah baca sms yang aku hantar. Aku jadi pelik la dan apa yang nak muntah ? Rupa-rupanya yang antar sms " masak nasi " tu adalah mak aku. hahaha kantoi sudah dengan mak. adoii mamai.

http://www.laymark.com/i/o/13.gif

3. Lepas kantoi dengan mak pasal sms tadi, aku pergi masak nasi. Lepas cuci beras 3 kali, aku letak je periuk tu kat dalam electric cooker. Lepas 30 minit aku pergi tengok keadaan sama ada nasi dah masak ke belum. Rupanya suis tak On dan nasi tak masak dari tadi lagi. Adoii mamai...

p/s : Lepas ni tak tahu la akan mamai ape lagi.
~ Baca Selanjutnya ~

Mana silap, Mana hebat

Kadang-kadang pelik juga bila tengok situasi ni. Kat mana silapnya dan kat mana kelebihannya pun tak tahu. Setelah seminggu memerhati, hanya satu je yang aku mampu aku beri jawapan dan jawapan yang aku berikan ini mungkin betul dan mungkin juga salah. Amboi ayat formal gilaa. Sebenarnya apa yang silap dan apa yang lebih aku maksudkan ?

- Follower 1000+ , Update 2-3 kali sehari... tapi traffic 50 hingga 80 UV sehari. Follower dah ramai, update dah kerap tapi tang mana silapnya sampai tak ramai pengunjung dalam sehari ?

- Follower 80 hingga 120, Update 2-3 kali sehari... Pengunjung tiap hari mencecah 120 hingga 200. Yang ni pengunjung sehari lagi ramai daripada pengikut. Apa kelebihan yang dia ada sampai dapat tarik traffic ?

Jawapan untuk 2 situasi di atas mudah je iaitu Blogwalking. Walaupun ramai follower dan update 3 kali sehari tapi tak blogwalking memang susah juga orang nak datang ke blog kita. Berbanding dengan yang mempunyai follower yang tak ramai, jika rajin blogwalking pasti ramai yang balas kunjungan.

p/s : Pengunjung ke blog aku sendiri pun tak ramai :P
~ Baca Selanjutnya ~

Jom Sarapan Pagi

Selamat pagi !! Apa kata kita mulakan pagi ini dengan bersarapan supaya ada tenaga sikit untuk melakukan kerja hingga ke tengah hari. Tapi jangan la makan banyak sangat pula. Takut nanti jadi mengantuk dan tak larat nak lakukan kerja akibat terlalu kenyang. Bagi yang malas sarapan atau memang tak pernah sarapan, aku tak tahu la macam mana mereka survive untuk buat kerja.

Tapi memang betul ada orang yang tak suka makan pagi atau sarapan. Orang macam ni kalau mereka paksa makan juga, mereka boleh jadi loya tau atau perut meragam kerana tidak biasa makan pagi. Aku pula jenis yang wajib sarapan atau makan pagi. Kalau tak makan memang rasa macam ada yang tak kena je dengan badan dan nak buat sesuatu kerja di waktu pagi pun rasa tak best.

Waktu pagi lagi dah makan nasi bungkus lauk daging goreng... Perghh mantap !!

p/s : Anda semua makan apa pagi ni ? share la sikit


~ Baca Selanjutnya ~

Tang mana Lelaki Macho ?

Haaa try la tengok gambar kat bawah. Yang menjadi pujaan remaja perempuan sekarang ni. Katanya Macho, hensem. Tapi aku confuse sebenarnya kerana tak pasti ni lelaki atau perempuan.. sekejap tengok macam lelaki, eh sekejap tengok macam perempuan pula.. Mana satu ni ?
Ni ke macho ??? emm ??? tang mane ???

Serius ni laki or perempuan ?? penin penin...

emm ni taste aku kot. ( tu yang perempuan duk cakap )

p/s : Mak aku cakap " Lelaki apa jambu macam tu, nampak macam sangat lembik je " ..... Give me 5 mak :D
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 24 Mei 2011

Perempuan lebih kedekut ?

Sebenarnya aku tak tahu pun siapa yang lebih kedekut, lepas tu aku tanya la kat beberapa orang kawan perempuan dan juga adik perempuan aku. Respon mereka mengatakan bahawa perempuan lebih kedekut dan ada beberapa huraian yang turut diberikan oleh mereka ni.

Antara respon yang diberikan adalah perempuan kedekut dalam bab berkongsi barang peribadi macam kasut, baju dan juga perfume. Kalau pasal pemakaian macam ni, aku rasa even lelaki pun boleh jadi kedekut jugak kot. Ye la siapa yang murah hati sangat nak kongsi barang-barang peribadi macam tu kan ? Kalau aku jangan harap la nak bagi kongsi. No way man !!!

http://www.laymark.com/i/o/78.gif

Lagi satu perempuan ni kedekut bab makanan. Mereka susah nak berkongsi makanan bersama-sama. Tapi kes macam ni sangat jarang la nak jumpa. Selain tu perempuan ni kedekut sikit nak habiskan duit untuk beli makanan. Bila ditanya kenapa x beli makanan, alasan yang diberikan adalah diet dan menjaga pemakanan. Yang ni aku no komen kerana aku tak faham sangat dengan hal macam ni..

p/s : Aku jadi sangat kedekut bab meminjam kalau orang tu pinjam tapi tak reti nak pulangkan...
~ Baca Selanjutnya ~

Lelaki atau Perempuan degil ?

Tengok berita kat tv 3 banyak pula duk sembang pasal subsidi. Nampak gaya macam harga barang kemungkinan besar akan naik. Lupakan pasal subsidi kerana aku tak berapa mahir nak sembang bab macam tu. Tajuk kat atas pasal degil. Ha ah agak-agak sapa ye lagi degil ? perempuan atau lelaki yang sangat degil sebenarnya ?

Pada pendapat aku sebagai seorang lelaki yang sejati ( Sejati ke :P ), sudah tentulah yang degil itu adalah lelaki. Kalau nak hurai kenapa lelaki ni lebih degil berbanding perempuan, aku tak pandai sangat tapi berdasarkan pengalaman bersama kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua, memang betol lelaki lebih degil berbanding wanita. Lelaki ni degil kat banyak perkara dan tak spesifik macam perempuan.

http://www.laymark.com/i/o/37.gif

Tapi perempuan pun ada jugak degilnya terutama sekali dalam bab cinta ni. Perempuan ni degil sebab selalu nak bersama dengan pasangan dia. Mak dan ayah dah pesan jangan ikot lelaki tu tapi disebabkan degil sangat, dia ikot jugak. Lagi satu kes kalau lelaki kantoi curang, walaupun kawan-kawan dah nasihat supaya tinggalkan laki tu tapi tetap degil tak mahu dengar cakap kawan-kawan dan percayakan jugak lelaki tu.

p/s : lelaki lebih degil tapi huraian banyak kat perempuan. hahahaha
~ Baca Selanjutnya ~

Penjahat selalu Menang

You know the problem with Hollywood?

They make shit. Unbelievable, unremarkable shit.

The cinematography, the acting, the screenplay, all topnotch. But they didn't push the envelope.

I'm just talking about the lack of realism.

Now this is the tricky part. What if the terrorist started killing hostages right away?
No mercy, no quarter.

"Meet our demands or the hostages gets it in the head. " Booom !!, splat.

=====================================================

Dialog di atas menyedarkan aku betapa bosan cerita aksi mengenai pengganas yang selalu saja tewas di tangan pihak berkuasa. Hampir semua cerita sama ada hollywood atau cerita melayu atau mana-mana cerita yang menunjukkan penjahat ni lemah. Tak boleh ke buat cerita mengenai pengganas menang ke atau pihak berkuasa tumpas di tangan penjahat ?

Ape dia ? tak boleh ? Bad Guys never Win ?

Sebenarnya bad guys always win cuma ketidak adilan je yang berlaku. Ye la nak adil macam mana kalau pengganas hanya 10 orang je tapi yang melawan membanteras pengganas ada beratus orang atau mungkin beribu orang dalam satu operasi.. Cuba 10 pengganas lawan 10 pihak berkuasa. Haa baru la adil ni dan agak-agak sapa menang kalau lawan macam ni ?

p/s : Apa yang aku cakap hanya berdasarkan dalam Movie je. Bukan realiti :)
~ Baca Selanjutnya ~

Sekolah Rendah : Cucuk di Punggung

Kalau semalam duk cakap pasal pengalaman pergi ke klinik gigi kat sekolah rendah, kali ni nak cakap pasal pengalaman sekolah rendah lagi. Ni nak cakap pasal pengalaman di cucuk kat punggung pula oleh nurse. Pengalaman di cucuk kat punggung pun sangat lawak waktu kecil-kecil dulu tau.

Seperti biasa apabila dapat tahu bahawa ada nurse dari klinik yang datang dan akan dicucuk pada hari tu. Semua jadi kelam kabut dan takut. Dalam otak semua dah fikir cucuk tu sesuatu yang menyakitkan.. tapi memang sangat sakit pun sebenarnya.
http://www.laymark.com/i/o/72.gif

Adengan yang paling lawak adalah apabila samseng sekolah rendah sendiri pun menangis lepas kena cucuk kat punggung. Yang hairannya budak lembik dan nerd takde pulak menangis lepas kena cucuk. Mungkin yang samseng tu takot dengan jarum kot sebab tu menangis lepas kena cucuk.

Lepas kena cucuk mula la rasa kebas di punggung, dalam kelas semua duduk tak diam dan mengeluh rasa tak selesa di punggung. Ada juga yang jalan sambil duk gosok kat bahagian yang kena cucuk tadi. Adoi pengalaman dicucuk semasa zaman sekolah rendah memang best kalau ingat kembali.
~ Baca Selanjutnya ~

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Terdetik di hati untuk join segmen Abgteror ni mengenai tanah tumpah darahku. Cerita panjang pun tak guna.. Nak tahu lebih lanjut, klik link bawah :

http://abgteror.blogspot.com

1. Dimana anda dilahirkan?

ermm dilahirkan di Hospital Besut, Terengganu.

2. Dimana anda dibesarkan?

Dibesarkan juga di Kuala Besut kerana tak pernah hidup berpindah randah. Dah 21 tahun kekal di Besut ni.

3. Negeri pilihan untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror

Negeri yang aku pilih sudah tentula Terengganu Darul Iman.

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.

Terengganu ni sangat cantik dan menarik. Dipenuhi dengan pusat pelancongan yang indah seperti kawasan air terjun, pantai yang bersih, pusat rekreasi yang best, pulau-pulau yang sangat cantik dan macam2 lagi. Boleh kata sangat best berada di negeri Terengganu ni. Yang paling penting adalah Pantainya dan kalau makanannya mesti la keropok lekor. :)
~ Baca Selanjutnya ~

Jom Join Bloglist Ieyza Afieyna


Ok sekarang mengenai entri komen pulak. Pasal blog ieza memang dah cantik dengan kaler pink cuma ada widget lagu yang memberatkan loading blog. Sebenarnya memang Freaky tak suka dengan widget lagu tapi layan je la.Overall semua dah ok dan cun serta blog kelihatan ceria. :)

p/s : Salam perkenalan :)
~ Baca Selanjutnya ~

Benci Doktor Gigi

Ops sebenarnya takde benci kat doktor gigi mahupun kat siapa-siapa. Tak baik tau benci kat orang lain, nanti ramai lagi orang yang akan benci kita. Kali ni tiba-tiba teringat kenangan semasa zaman sekolah rendah iaitu kenangan memegang sekeping kad sambil menuju ke klinik gigi di sekolah. Anda semua mesti pernah kena macam ni jugak kan masa sekolah rendah dulu ?

Kita punya la excited dan seronok duk belajar dalam kelas kemudian datang seorang nurse sambil memegang kad. Lepas tu dia panggil nama-nama yang berkaitan untuk menjalani pemeriksaan gigi. Fuh bagi aku, pengalaman dipanggil untuk periksa gigi la paling tak suka, paling ngeri, paling menyampah dan berbagai jenis paling lagi yang aku tak dapat nak cakap.

http://www.laymark.com/i/o/45.gif

Masa nama dipanggil tu dah mula rasa takot gila. Nak pergi ke klinik pun dengan berat hati tapi kalau tak pergi nanti nurse cari jugak. Walaupun dalam hati sangat berdebar dan kaki menggeletar, tetap pergi jugak ke klinik tu. Last sekali tak ada cabut gigi pun, cuma periksa dan cuci mana yang patut. Tu pun jantung dah kencang macam nak meletop debarannya.

Tapi mujur la sepanjang aku berada di sekolah rendah, tak pernah kene cabut gigi kat klinik gigi di sekolah tu. Ada seorang kawan dalam kelas ni, masa nama dipanggil senyum dengan riang je untuk pergi ke klinik. Pastu bila balik ke kelas, hanya muka sedih dan linangan air mata jatuh ke pipi.. Kat mulut ada segumpal kapas nampak warna merah darah. Hahaha kesian kena cabut gigi..

p/s : Seramnyaaa doktor gigi...


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 23 Mei 2011

Nafsu di Internet

Nafsu sentiasa mengjar erti 'lazat' apabila seseorg itu mengata, fitnah, mengumpat & merendahkn org lain di belakangnya, FB mnjadikn nafsu 'berkenduri' dek krn mudah & lebih mudahnya proses keji ini tersebar. Fikir dgn iman sblm menaip, bimbng 'muflis' di akhirat..
Kata-kata diatas tadi diambil daripada Fb Zaharuddin.net dan apa yang dikatakannya itu memang benar. Sekarang ni nampak sangat Fb ni lebih banyak digunakan untuk mengumpat atau mengata seseorang itu. Lebih dasyat lagi apabila mengata orang berserta TAG orang lain pula untuk diajak sama-sama mengumpat supaya dapat dosa secara berjemaah.

Orang lain sibuk nak dapat pahala berjemaah tapi di internet lain pula yang berlaku. Tapi persoalan yang bermain di minda aku sebenarnya adalah golongan mana yang sering menjadikan Fb sebagai medium untuk mengumpat dan mengata ?
Nak kata golongan yang berumur linkungan 40 an, aku rasa apa yang mereka post di Fb hanyalah mengenai aktiviti harian macam " Nak makan apa hari ni " , " Petang ni ambil anak kat tuisyen " dan berbagai lagi ucapan yang tiada unsur umpatan atau mengata.

Yang jelas dan terang sedang berlaku di depan mata adalah golongan remaja yang menjadikan Fb sebagai tempat fitnah dan mengumpat. Tak percaya ? cuba la tengok hari ni saja sudah berapa ramai yang post status yang mengandungi unsur-unsur fitnah dan mengumpat serta mengata. Sekarang dah nampak dengan jelas kan ?

p/s : Sama-sama kita hayati peringatan ini dan ambil manfaat.
~ Baca Selanjutnya ~

Let the picture Talk 2

Fullstop !!! :)


~ Baca Selanjutnya ~

Blogger Kutuk Penulis Senja Babi

Entri yang sebelum ni ada orang komen dengan kasar mengenai penulis senja. Aku pun lawat la blog dia. Masuk je blog dia, terus je nampak 2 entri yang begitu pedas mengutuk penulis senja dan follower dia. Ni ada petikan 2 entri aku copy daripada blog dia.


Blogger Gila Puisi Nak Mampos Penulis Senja

hahahahaha sape tak kenal penulis senja blogger yang naik dengan penulisan puisi yang macam sampah , ade aku dengar deklamasi puisi dia macam nak pecah telinga aku , tu ke yang best sesangat tu

aku tengok blog kau ni penulis senja macam sampah , tak ade info yang aku nak terapkan dalam hidup , kantoi pulak tu asik layan puisi 24 jam , ko kire entry yang macam tu pembace ko suke ke penulis senja babi ?? .... aku tak suka sangat blog kau penulis senja babi entry blog hannya untuk syok pandai buat puisi hahaha macam ape je kau ni penulis senja , terer ke kau menulis aku tengok macam budak baru sekolah je penulisan puisi tu

ape lagi yang nak di syokkan penulis senja ??? deklamasi macam suare orang tak larat cakap je .. wuakakakkakaa memang la ko ni penulis senja .. sudah la penulis senja .. baik kau duduk layan tv kat rumah tu , tak usah nak syok kau buat puisi , tak ade bagos nye puisi kau penulis senja macam sampah je puisi tu


ini pulak header macam nak berak hahahaa memang blog sampah tu sampah je la bro jangan nak syok dengan blog puisi sampah ko tak layak ko buat puisi baik ko mampos je

siapa peminat penulis senja itulah orang bodoh dan bongok sebab korang nak je bace entry puisi sampah , kalau aku memang tak minat dengan penulisan dia , lebih baik adik aku menulis puisi dari dia ni , dah la puisi sampah syok pulak kasih orang lain pic puisi ceh pic puisi sampah buat ape , ko ingat ko bagus ka penulis senja ....

hahahaaa ingat kau penulis senja aku takkan masuk blog kau , haram aku nak masuk blog kau , cehhhhhhhhhhhhhhhhhhh


puisi sampah tak ade bermanfaat betul hahahaa

Bawah ni ada lagi.


Penulis Senja Babi & Geng

penulis senja bawa geng gilo . nak cari pasal dengan aku ka geng penulis senja babi . penulis senja yang korang puji dengan karya yang macam sampah tu pon korang nak bangga kan ka .. zzzzzzzttt korang pon sampah mau saje bace karya sampah penulis senja tu , aiiiiiiiii aku ade tengok die buat puisi pon macam terhege


UNDANGAN RINDU

Cuba kau dengarkan..
sesuatu dari hati..
semoga engkau tahu tujuanku..
kedatangan ku ini atas undangan rindu..
yang memaksa diriku mencarimu..
hanya dirimu yang dapat ..
membalut lukaku..
bagi diriku kau masih ku kenang..
biarpun engkau sudah pun hidup bahagia..
tapi salahkah ku..melepaskan rindu ..
menatapmu sekadar waktu..
cuba engkau dengarkan ..
sesuatu dari hati..
semoga engkau tahu tujuanku..
kedatanganku ini..
atas undangan rindu..
yang memaksa diriku mencarimu..
hanya dirimu yang dapat membalut lukaku..
bagi diriku..kau masih ku kenang..
biarpun engkau sudahpun hidup bahagia..
tapi salahkah aku ..
melepaskan rindu menatapmu..
sekadar waktu..
tak perlu kau bertanya..
tentang kepiluanku..
tentu kau lebih tau segalanya..
mengapa ku rindu..



wuahahahahaa ni karya ape ni sampah ka ... alolo penulis senja tengok la sikit dalam pemilihan kata tu jangan macam budak baru dok darjah 1

Cuba kau dengarkan..
sesuatu dari hati..

ape tu aku tak bisa dengar penulis senja babi suara hati kau wkwkwkkwkwk nanti ye aku dengar suara hati kau macam mana . tapi rasenye tak usah dengar pon lagi baik sebab suara kau kan macam anjing . deklamasi puisi macam orang tak makan jah hahahaaa

waaaaa lu bawa geng ya penulis senja babi . kau kenape diam babi kau takut ke dengan aku ke ape . atau memang kenyataan blog kau sampah hahahaa puisi tak berkualiti pon kau buat kesian lu . Baik kau buat cerita mak lu main dengan ayah lu . Lebih baik dear dari ko buat puisi sampah hahahaaa

penulis senja babi takut ka hahaha kesian lu dear

Kalau ye pun tak suka kat penulis senja, ko hentam je la dia sorang2. Jangan la pulak sabitkan dengan follower dia. Follower tu hanya follow je dan mereka tak salah apa-apa pun untuk terima kutukan ko tu. Oh ya aku takkan letakkan link blog yang kutuk penulis senja tu. Buat apa lawat blog yang suka hentam macam tu..

p/s : saja kutuk penulis senja sebab nak cari publisiti murahan la tu
~ Baca Selanjutnya ~

Entri lain, Komen lagi Lain

Merujuk kepada entri sebelum ni mengenai Perempuan Kampung dan Bandar, ramai juga yang memberi komen dan pandangan yang bernas. Terima kasih kerana sudi komen dan bagi pendapat. Ok memandangkan dah cakap pasal komen, tajuk entri diatas pun mengenai komen jugak. Pasti ramai blogger yang pernah alami perkara seperti tajuk entri diatas kan ?

Kadang-kadang pelik jugak kan kalau kita menerima komen yang langsung tak berkaitan dengan entri kita tulis. Kita cerita pasal A tapi dapat komen mengenai cerita D. Entri pasal Ayam goreng tapi dapat komen mengenai Kerbau Goreng. Alamak ada ke kerbau goreng ? huhuhu. Sebelum melalut lebih jauh, cuba fikir kenape benda macam tu terjadi ye ?


Adakah kerana yang memberi komen tu tak baca keseluruhan entri kita ? Atau mungkin dia salah faham mengenai entri kita lalu komen benda yang dia faham ? Atau yang paling mudah, baca je tajuk entri terus bagi komen ( yang ni paling best ). Alhamdulillah setakat ni blog aku takde lagi yang komen lari daripada tajuk entri. Semuanya kena dan pandangan serta komen yang diberikan bertepatan dengan entri yang ditulis.
Acara sukan tapi kenapa ada tulis tu ? tak kena langsung dengan entri :P

p/s : Aku komen blog anda semua kena dengan entri tak ?



~ Baca Selanjutnya ~

Perempuan kampung dan Bandar

Buka Fb terus dapat idea nak update entri. Persoalan yang diajukan oleh seorang perempuan ni sangat menarik. Dia tanya " Apa perbezaan antara perempuan kampung dan perempuan bandar ? ". Aiyakk ada juga ye persoalan macam ni sampai boleh bezakan perempuan bandar dan kampung. Kadang-kadang kelakar juga ye kaum perempuan kerana benda yang remeh macam ni pun dijadikan persoalan.

Tapi memang persoalan dia sangat menarik. Bagi aku sebagai kaum lelaki, kadang-kadang tu boleh beza antara perempuan bandar dan kampung berdasarkan pemakaian. Bukan perbezaan pemakaian yang seksi dimaksudkan tapi dari segi pemakaian yang Rugged, stylo dan Fesyen. Pada pandangan aku, perempuan bandar ni memang pandai sikit ( Sikit je ) bab pemakaian dan fesyen ni berbanding perempuan kampung.

Memandangkan zaman sekarang dah moden dan kampung sendiri pun dah moden, agak susah la nak bezakan perempuan kampung dan bandar. Sebenarnya buat apa sibuk nak bezakan perempuan kampung dan bandar ? Takde manfaat pun bezakan benda yang remeh macam ni. Lebih baik bezakan mana perempuan yang baik dan juga tidak baik. Mana yang baik kita berkawan, yang tidak baik ? Tak Mo Kawan.. wekkk.
Gambar tiada kaitan dengan entri di atas. :P

p/s : Penat mengemas dan sapu rumah

~ Baca Selanjutnya ~

Apa salahnya tolong



Kat rumah siapa yang rajin kemas rumah dan sapu lantai ? adakah insan yang dipanggil Emak , adik perempuan, atau isteri ? Kita pula hanya duduk goyang kaki dan angkat kaki bila ada yang mengemas rumah. Eh mesti la kena goyang kaki je, itu semua kan kerja orang perempuan mengemas dan sapu lantai.

Ish ish ish apa salahnya kalau kita meluangkan sedikit masa untuk mengemas rumah. Lagipun itu kan rumah kita sendiri dan rasanya tak salah pun kalau kita menghulur tenaga untuk lakukan aktiviti yang berfaedah. Eh mesti la berfaedah lepas mengemas, jadi ceria sikit suasana dalam rumah tu. Tapi kalau makin serabut tu tak tahu la nak cakap macam mana.

Bukan je rumah yang jadi bersih dan kemas, kita pun dapat la juga pahala kerana meringankan tulang membantu emak, adik beradik dan isteri. Jadi apa tunggu lagi ? cepat-cepat la cari penyapu dan sapu rumah tu dengan niat yang ikhlas. Kalau malas sangat, guna je Vacuum, senang je keje, janji bersih dan kemas ok ?

Gambar tiada kaitan dengan entri.. Apa yang santa Claus tunjuk tu.

p/s : jom kita kemas dan sapu rumah :)
~ Baca Selanjutnya ~

Best kena Kencing


Agak2 best tak kalau kena kencing macam dalam gambar kat atas tu ? Mesti la panas dan sakit ati je kalau kita kena kencing kan ? Gurau punye pasal sampai kencing kawan-kawan tak ingat dunia.

Nak bergurau tak apa tapi kena tengok la level gurauan kita tu. Jangan sampai orang lain sangat sakit hati dengan gurauan yang kita buat. Ada orang boleh tahan dengan gurauan dan ada juga yang tak boleh. Risau juga kalau kena kat orang yang tak boleh tahan. Silap hari bulan gurauan boleh jadi pergaduhan.

Apa-apa pun semua ada otak dan akal serta boleh fikir dengan waras. Bergurau biar berpada-pada. Jangan sampai dengan gurauan boleh menyebabkan putus kawan.

p/s : kui kui kui nak gurau apa yer dengan kucing aku ni.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 22 Mei 2011

Let the Pictures Fool You


Cepat cek kat keyboard !!!



~ Baca Selanjutnya ~

Satu habuk tak jadi



Perancangan sangat full dengan projek yang gempak dan banyak. Last sekali projek entah ke mana dan perancangan pun entah ke mana. Paling best bagi alasan sangat busy dengan kerja lain. Lain kali rancang sikit2 je dulu dan buat setiap satu tu sampai siap sepenuhnya.
http://www.laymark.com/i/o/53.gif

Kerja yang sedang dibuat pun masih terkapai-kapai nak siap, timbul pula perancangan dan projek yang baru. Akibatnya satu habuk pun tak jadi dan tenaga serta masa habis macam tu je. Kan bagus kalau boleh siapkan satu-satu kerja secara perlahan daripada satu habuk pun tak menjadi.

Gambar takde kaitan.

p/s : Aku hanya la memerhati :)
~ Baca Selanjutnya ~

Semua ada di KL

KL memang hebat tau, semua ada di KL. Memang tipu la kalau takde di KL. Lepas cerita KL Drift 1 dan 2, akan datang muncul pula cerita KL Gangster. Ha ah semua ada kat KL kan ? kat tempat lain takde ke drifter dan gangster macam di KL ?

Mana tahu tahun depan pulak muncul cerita KL Genius ke, tak pun KL Otai ke, KL Lawak pun boleh jadi jugak. Hehe sebenarnya aku takde masalah apa pun dengan KL, saja nak cakap pasal cerita KL Gangster yang akan ditayangkan nanti.

Kalau tengok trailer memang nampak gempak dan ganas. Aksi yang ditontonkan pun nampak pact dan power. Aku rasa sentuhan pengarah mudah Syamsul Yusof ni makin mantap la. Tengok la kl drift 2 dan khurafat, hebatkan cerita yang penuh dengan aksi dan unsur suspen.
http://www.laymark.com/i/o/25.gif

At least Syamsul Yusof ni takde la buat cerita mengenai masalah sosial sangat macam cerita mat rempit yang romen dengan perempuan ataupun masalah jantina songsang yang meloyakan tekak. Dia buat cerita action dan aku suka dengan action yang diarahkan :)
~ Baca Selanjutnya ~

Hackers!!! Saya Nak Join 30 Bloglist Terpantas!!!


Untuk info. sila klik SINI

ok entri pasal blog hacker pulak. Blog da ok dan laju loading cuma bila kita skroll ke bawah, kat atas tu ada keluar bar yang share di FB, twitter. Bagi aku, aku x berapa suka benda tu tapi it's still ok berbanding widget yang ada music lagi bising tu.

Overall dah elok dan simple. aku suka jenis blog simple dan blog Hacker memang kena dengan taste aku kalau blogwalking. Rasanya tu je kot untuk kali ni :)
~ Baca Selanjutnya ~

Kalau tak Blogwalking

Kalau tak blogwalking atau tak post kat mana-mana group di Fb, agak2 ada tak orang nak masuk dan lawat blog kita ? Kalau nak tahu ada ke takde, boleh la buat macam tu dalam satu hari dan tengok macam mana keadaan. Kalau nak harapkan orang letak dalam bloglist, entah berapa orang je yang sudi.

http://www.laymark.com/i/o/14.gif

Banyak betol aku guna perkataan ' Kalau ' kat atas. Kalau tak blogwalking, mesti takde orang masuk blog aku ni kan ? Sapa la nak baca entri personal dan luahan kosong yang aku bualkan dalam ni.

p/s : kalau dan kalau... Tak membawa apa-apa makna berdasarkan entri di atas.
~ Baca Selanjutnya ~

Anda Seorang yang HOMO ?

Fags = Homo

Kartun ni sedang pandang ke arah orang yang Fag

p/s : Just for fun :) ... Lunch petang ni ingat nak makan nasi dengan sup la.. emm
~ Baca Selanjutnya ~

Ada je yang tak puas hati

Setiap perkara yang kita buat sama ada benda tu baik atau buruk pasti ada je yang tak puas hati. Lepas tu bila tak puas hati, mula la bagi banyak komen itu dan ini. Bila disuruh buat sepertimana yang dia nak, mula la terketar-ketar tak tahu nak buat. Bab komen dan tak puas hati sangat laju, bab buat sesuatu mula la banyak alasan.
http://www.laymark.com/i/o/23.gif

Tapi cara nak mengatasi orang macam ni mudah je, bila banyak je komen yang negatif daripada individu macam ni, terus suruh dia buat seperti yang dia nak. Atau bagi yang hati keras, buat tak tahu je pada individu macam ni dan yakin dengan hasil kerja yang kita buat. Janji kita puas hati dengan hasil yang kita buat dengan penat lelah sendiri.

p/s : Ada komen / rungutan memang boleh di ambil kira, kalau tiap masa je merungut, bagi lempang la jawabnye. huhuhu
~ Baca Selanjutnya ~

Gambar Lawak

Sepatutnya baju tu tulis VIRGINIA.. tapi salah eja jadi Virgina.. huhu



Gusti apa sampai posing macam ni ? Gila sakitt



Sekali sekala orang yang main sumo pun nak main ski jugak.
Baru Style!!

p/s : Morning semua.. Jom sarapan.
~ Baca Selanjutnya ~

Gambar yang Menarik

Ais krim landak.. Ada berani nak jilat ke ?
Rasa dia pasti sedap hingga menjilat jari



Haih gatai eh tangan binatang ni.
Mentang2 la perempuan yang dukung dia.




Agak2 bom ni akan meletup tak ?
Sesuai untuk bom arnab.. huhu




tengok kat sebelah kiri.. ada budak yang muntah masa ambil gambar.
Loya kot dengan muka orang yang ambil gambar ni.


p/s : Malam ni seronok pulak blogwalking. ramai yang update entri yang best :D
~ Baca Selanjutnya ~

Jom Cucuk Punggung

pemain baju hijau dah menangis kesakitan kena sepak..
Boleh pecah ' benda ' tau... senak pulak tengok



Tu dia betol2 masuk kat celah..
Lepas kene flying kick ni agak2 boleh buang air besar lagi ke tak ?

p/s : best layan lagu Who's That Chick.. Sayang betol Rihanna ni Illuminati.. ggrrr


~ Baca Selanjutnya ~