Rabu, 30 Mac 2011

Banjir di Perlis

Pada petang tadi Freaky ade pergi bersiar-siar di sekitar kawasan banjir negeri Perlis dan dapat lihat banyak kawasan seperti sawah dan perumahan yang dinaiki air banjir.

Banyak kenderaan parking tepi jalan kerana rumah mereka dinaiki air banjir

Sawah padi, parit dan jalan raya turut dilimpahi air

Ish kesian plak tgk rumah yang kene masuk air. :(

Yang lagi kesian rumah di tengah sawah. Lagi la teruk keadaan rumah ni

Buat masa ni air dah makin surut tapi kemungkinan untuk hujan lebat masih lagi tinggi. Sesi pembelajaran di UniMAP terpaksa dihentikan buat seketika kerana para pelajar tidak dapat menuju ke Pusat Pengajian akibat daripada kenaikan paras air di jalan raya.


~ Baca Selanjutnya ~

Surat Banjir untuk Emak

Dear Emak,

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Apa khabar bonda sekeluarga di sana ? Anakanda di perantauan sihat sejahtera dan bertambah bulat. Tujuan anakanda menaip di blog ni adalah untuk memberitahu bonda bahawa anakanda tidak dapat pulang ke tanah air Besut, Terengganu kerana tempat anakanda belajar iaitu UniMAP, Perlis telah mengalami banjir yang dahsyat seperti situasi yang berlaku pada hujung tahun lepas.

Hal ini berlaku kerana sejak beberapa hari yang lepas, negeri tempat anakanda merantau ini mengalami hujan yang sangat lebat tanpa henti. Oleh itu, air telah mula naik di kawasan tempat anakanda belajar dan ada beberapa jalan yang ditutup akibat dinaiki air serta menyebabkan anakanda tidak dapat pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama bonda.

Walaubagaimanapun, bonda usahlah risau akan keadaan anakanda di sini kerana anakanda masih lagi dalam keadaan yang baik dan kolej kediaman anakanda tidak dinaiki air seperti di beberapa kawasan yang lain di Perlis.

Sebelum anakanda berhenti menaip di blog ini, anakanda ingin memberitahu bonda yang anakanda masih lagi tidak menyiapkan projek 8085 Digital Stopwatch using LCD Display. Anakanda berharap bonda dapat berdoa agar anakanda dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Anakanda juga selalu berdoa agak bonda sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Yang Merindui,

Freaky

p/s : Mak x tahu pon pasal blog ni, apatah lagi nak bace entry ni. hahaha. adesss otak dah x waras..
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 29 Mac 2011

Jiwang



Sape nak layan, sile la layan :)

=================================================
Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Reff:*
Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

**
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Back to Reff:* / **

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku


p/s : Mood Jiwang sambil layari internet :)

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 26 Mac 2011

Kebodohan dalam Belajar

Salam a'laik. Waktu sekarang pukul 5.24 minit pagi dan masih x tido dan mungkin x akan tido. Sebab mengapa tak dapat tido masih tidak dapat dikenal pasti dan kepala dah agak pusing2 sket ni lepas mengadap laptop yang x pernah nak tutup.

Kali ni nak citer sket la ketidakpandaian manusia dalam usaha menuntut ilmu. Kami pelajar tahun 2 semester 2 mengambil subjek Micro Processor yang mane buat masa ini dalam proses menyiapkan projek sebelum masuknya ' Study week ' .

Biasanya bila sebut je pasal projek, mane ade benda mudah dan simple. Semuanya boleh buat kepala jadi pening dan tension memikirkan penyelesaian bagi setiap masalah yang wujud. Waktu lab kami hanya 4 jam seminggu dan perlu siap projek ni kurang daripada 3 minggu dan semua orang tengah rushing dan kelam kabut menyiapkan projek ni.

Projek ni biasanya di buat di makmal kerana peralatan seperti 8085 Circuit Board dan program semua ada di situ dan Pensyarah kami tidak benarkan kami membawa pulang 8085 Circuit Board walaupon atas tujuan untuk menyiapkan projek di kediaman.

Tapi ade la sesetengah manusia ni x faham bahasa ape yang Pensyarah kami cakap, mereka siap boleh bawak balik 8085 Circuit Board ke kolej kediaman masing2 untuk menyiapkan projek ni.

Bagi yang dah minta izin dengan Pensyarah tu tape la tapi bagi yang main bedal je amik bawak balik rumah, yang tu Freaky x tau la nak cakap ape. Kalau amik tanpa izin tu kan dikira mencuri , jadi mereka ni mencuri semata-mata nak siapkan projek. ish2 rupanya siapkan projek lagi penting ye walaupon terpaksa gune benda yang haram. Agak2 projek tu bole siap dengan sempurna ke kalau gune benda curi daripada makmal ?

Freaky malas nak tulis banyak ( memang banyak da pun ), Korang kan pelajar Universiti, bukannya x pandai nak beza benda yang elok dan x elok. Rasa best ke kalau projek siap dan menjadi hasil daripada menggunakan benda yang dicuri ? Pandai2 la pikir ye :)

Bile tak dapat tido, Freaky biasanya menghias laptop dan ubah mane yang patut.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 24 Mac 2011

15 Juta Muat Turun FIREFOX 4.0

Angka paling terbaru yang memuat turun Firefox Web Browser adalah 15 juta dan angka ni sentiasa meningkat naik untuk setiap 1 saat. Jadi tunggu ape lagi ? 15 juta dah pun menggunakan Firefox 4.0 dan sekarang giliran anda pula untuk memuat turun Firefox versi 4.0

Statistik yang memuat turun Firefox 4.0 klik SINI

Untuk download Firefox 4.0 klik SINI
~ Baca Selanjutnya ~

Makmal UniMAP guna Ultimate Edition

Salam a'laik. Semalam ade kelas Analog Circuit 2 yang bertempat di makmal komputer. Masuk je dalam lab, terus nampak semua komputer dalam lab telah ditukar dengan yang baru. Biasanya bile komputer baru ni sedap la nak test performance dan Freaky terus on komputer tu. Bile skrin dah nyala, rupa-rupanye komputer ni bukan menggunakan sistem operasi Windows 7 tetapi Linux Ultimate Edition ( Ubuntu )

Tak sangka makmal Komputer UniMAP dah boleh menerima sistem operasi daripada Linux sebagai yang utama berbanding Windows 7. Dengan menggunakan sistem operasi Ultimate Edition, setiap komputer dapat dikurangkan harga sebanyak RM 300.

Ultimate Edition 2.8 mempunyai Interface yang cantik
1 pc saving rm 300
Kalau 100 pc = saving rm 30K

Ape yang paling penting adalah bukan nilai penjimatan tetapi penerimaan pihak Universiti terhadap sistem operasi sumber terubuka ( Open Source Operating Sistem ) . Apabila pihak Universiti dapat menerima, InsyaAllah student pon akan turut sama terbuka mindanya untuk menerima sistem operasi sumber terbuka ( Open Source Operating Sistem )
http://www.laymark.com/i/o/07.gif

Diselitkan bersama pix dinner semalam. Datang ke Arau untuk makan Burger tapi akhirnya kedai dah pon nak tutup. Jadi terpaksa la cari port lain untuk makan

Freaky in Red.


Apsal hampir setiap entry dalam blog Freaky ade sebut pasal makan / dinner ? huhu sebab dah takde idea kot nak tulis ape
http://www.laymark.com/i/o/79.gif
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 22 Mac 2011

Sibuk + Firefox 4

Salam. Minggu ni blog Freaky akan kurang update dan blogwalking kerana sangat bz dengan kelas, esaimen dan juga projek. Dalam suasana bz dan banyak keje, kadang2 kene lepaskan tension dengan melepak di suatu tempat yang boleh beri ketenangan seperti di tepi pantai. Sambil lepak2 boleh makan2 dengan tenang dengan menghirup angin pantai yang x berape nak best ni :P
Lepak kat kuala perlis sambil makan2 ringan untuk lepaskan tension.

Walaupon bz dengan keje belambak, Freaky selaku Internet Addict masih tetap mengikuti perkembangan terbaru web browser daripada Mozilla iaitu Firefox dan semalam Firefox 4 telah di lancarkan.
Jom download Firefox 4 kat SINI

Apa yang jelas, Firefox versi 4.0 ni sangat pantas dan juga user interface banyak berubah dimana Tab Browsing berada di atas dan nampak lebih simple and compact. Paling penting adalah ia pantas dan pantas dan pantas !!! :)

p/s : Projek Stopwatch menggunakan Intel 8085 masih x siap.. grrr
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 21 Mac 2011

Mengidam TomYam

Salam. Sejak 2 / 3 hari yang lepas Freaky sangat mengidam untuk makan tomyam yang sedap lagi pedas tapi nak cari tomyam yang betol2 sedap dan kene dengan selera ni sangat susah. Ade kedai yang buat tomyam yang x cukup pekat, x cukup pedas, x cukup rasa dan macam2 lagi.

Jadi dalam banyak2 kedai kat Perlis ni, ade 1 kedai yang Freaky 100% yakin bahawa tomyam die sangat sedap dan menepati cita rasa Freaky. Kedai tu adalah Kopitiam kat Kangar. Tomyam kat sini memang sedap sebab rasa die cukup kaw tapi barang2 dalam tomyam tu x banyak sangat dan kecik2 je sotong dan udang.
Tapi itu semua x berape nak penting kerana ape yang penting adalah rasa tomyam itu sendiri sangat kaw dan best serta menepati cita rasa Freaky yang mengidam tomyam. Biasanya bila perut ni dah kebulur sangat, Freaky order Tomyam beserta nasi putih dan juga Chiken Chop bile makan kat Kopitiam Kangar ni.

My Love Ernie makan Mihun Tomyam tadi :)

Aip !! jangan bermain dengan makanan ye :P

Perut sudah di alas dan sekarang ni mahu buat kerja plak. Minggu ni sangat bz.. grrr

p/s : tibe2 nak makan roti bakar plak.. adesss
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 19 Mac 2011

Saya Tak Suke Orang KELATE


Salam a'laik. Orang negeri Kelantan sangat femes kerana mereka ade dimana-mana saje. Di Ipta, ipts, pejabat, jiran rumah sebelah, kedai2, dan hampir semua tempat boleh kate ade orang yang berasal daripada negeri Kelantan.

Tapi disebalik femes dan masyurnya rakyat Kelantan ni, ade beberapa pihak / golongan dan mungkin juga masyarakat yang begitu tidak menyukai orang yang berasal daripada Kelantan. Freaky pon tidak faham kenape la ade pihak / masyarakat yang tidak menyukai orang negeri Kelantan ni pada hal orang Kelantan ni takde buat kacau atau menyusahkan mereka pon.

Antara sebab yang selalu kite dengar kenapa mereka tak suke orang Kelantan adalah :

- " Orang kelantan ni ganas sangat la dan takde otak sampai g bakar stadium " ( Bukan semua orang kelantan yang bakar stadium tau !!!! grrrr )

- " Orang kelantan ni kalau berjalan atau lepak mesti dengan geng2 kelantan je dan tak bergaul dengan orang lain " ( betol ke ?? atau korang yang memang x nak lepak bersama diorang ? )

- " Ramai orang Kelantan yang hisap dadah. takot laaa " ( ni lagi siot, yang duk hisap dadah bawah jambatan kat tengah kota raya KL tu x takot ke ? )

- " Orang Kelantan ni kuat PAS " ( Ape kaitan politik untuk bergaul dalam satu masyarakat ? Memang CLOSE MINDED laa )

Tu mungkin jawapan yang selalu je kite dengar bile ditanye kenape x suke dengan orang kelantan. Lepas tu plak ade wujud citer Budak Kelantan. Haih dah la dalam citer tu nampak sangat diskriminasi untuk tunjuk orang kelantan ni berperangai jahat. Jahat sangat ke orang Kelantan sampai korang x puas hati dan buat filem ? adoiii

Yang paling best plak dalam situasi nih ----> " Mak dan ayah tak nak menantu daripada negeri Kelantan " Ish Ish sampai ke tahap macam ni sekali kan semangat berpuak-puak dan diskriminasi terhadap orang Kelantan.

Freaky pon x nak la tulis banyak sangat tapi sebelom nak Anti atau tak suke atau Diskriminasi terhadap orang lain, fikir la yang korang pon bukan nye ELOK / SEMPURNA sangat pon. Jadi sedar2 la diri dulu sebelom nak diskriminasi atau anti dengan orang lain ye :)

p/s : Freaky orang Besut , Terengganu tapi berasa panas bile ade orang yang anti dengan orang Kelantan ni sebab Freaky ni cakap gunakan loghat kelantan :)
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 18 Mac 2011

Nuffnang = RM 610.50 ... Adsense = 751.89 USD

Salam. hari ni Freaky bersyukur sangat2 sebab income daripada internet sangat tinggi. jom tengok income Freaky.
Income nuffnang = RM 610.50


Income Google Adsense = RM3 x 751.89 USD
= RM 2255.67

Jadi income Freaky pada bulan ni = RM 2255.67 + RM 610.50 = RM 2866.17

Jadi Income Freaky hampir RM 3K sebulan. Kalau nak dapat income macam ni, jom join Bisnes yang Freaky buat :)

Memang dah terbukti bisnes Freaky buat menjadi, jadi marilah join bisnes ni.
====================================================================

JAP !!!! Anda jangan percaya dengan income saya dan gambar yang anda lihat di atas. Nanti Freaky jelaskan kenapa.

Kite sering dipelawa untuk ke laman web dan melihat income yang mencecah puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mempedaya kita agar kita join Bisnes mereka yang tah ape2 tuh dan income yang mereka tunjuk tu serupa seperti yang Freaky tunjuk diatas cuma yang bezanya mereka buat Print Screen daripada laman web Bank Internet.

Persoalan yang bermain di minda, adakah angka pendapatan mereka itu benar ? atau sekadar angka yang besar bagi menarik orang ramai join Bisnes mereka ? Untuk pengetahuan anda semua, Angka Income daripada laman web boleh diubah untuk menipu orang ramai agar join bisnes mereka.

Bagi yang mahir dalam HTML / Webmaster, anda mungkin dah tahu ape yang Freaky nak cakapkan ni. Untuk edit angka income mereka menjadi lebih lumayan, Mereka hanya perlu :

1. Copy page source ( pengguna mozilla bole rite klik dan pilih View Page Source

2. Paste semua kod ke Notepad

3. Edit income. Cara untuk cari income, tekan CTRL + F dan taipkan nilai sebenar income dan tukarkan nilai yang lebih besar macam di bawah.


4. Save as sebagai webpage.html

5. Open file yang di save tadi dan buat Print Screen. Maka nilai Income akan menjadi seperti yang di edit tadi dan print screen dan CROP YANG PATUT


Kenape perlu CROP gambar print Screen ? Sebab kalau mereka x CROP maka tipu helah bisnesman ini akan kantoi kerana walau hebat mane penipuan ni, tetap ade kelemahan. Kelemahan yang di maksudkan seperti di bawah

FAKE WEB PAGE
Ni adalah Coding HTML income yang telah di edit. Jika mereka x CROP gambar ni, akan kantoi la kat Address bar seperti yang freaky highlight tu. Ape yang Freaky highlight adalah bukan address laman web seperti http:// www. bla bla .com tapi lokasi coding HTML yang diedit tadi.

Tu je caranye nak buat KONONnya income daripada bisnes ni sangat tinggi dan lepas ni mesti dapat tarek ramai orang join bisnes die.

p/s : Pasal Bisnes Facebook tu Freaky tak dapat info lagi tapi bisnes macam tu tetap BULLSHIT macam SERIUS SHIT ( Ayat Blog Serius ) . Maaf buat anda percaya yang Income Freaky hampir RM 3K sebulan. hahahahaha

~ Baca Selanjutnya ~

Aktiviti Hari ini

Salam. Hari ni UniMAP ade majlis Konvokesyen Khas yang dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun dr Mahathir Mohamad bersama isteri beliau. Tun dr Mahathir menerima anugerah Ijazah Kehormat Ulung Doktor kejuruteraan manakala isteri beliau menerima anugerah Ijazah Kehormat Ulung Doktor sains. Jadi bile ade event grand macam ni, hampir semua kelas dibatalkan dan boleh dikatakan hari ni cuti buat semua pelajar UniMAP.

Bile cuti je, Freaky mengajak My Love Ernie Musliana ke Alor Star untuk menonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Erm bagi Freaky citer ni agak membosankan sebab plot die agak slow dan Freaky kecewa sket sbb action die x banyak sangat.

Ehem snap masa dalam kete odw g Alor Star.

Ok habis tengok wayang, kami rush balek sbb pukul 8.30 Ernie Musliana ade kelas dan die kene buat presentation plak. Freaky plak dalam pukul 9 malam pergi ke The Store untuk membeli 100 roti krim sebab tadi x sempat nak beli akibat rush nak balek. Roti-roti tu sume untuk Ernie sebab die yang kene handle bab makan dalam satu event nanti.

Gile banyak 100 roti. haih jenuh duk kira. nasib baik 100 je.

Lepas Ernie habis kelas, kami pergi dinner kat Arau plak dan makanan kat situ agak murah dan rasanya pon agak sedap. :)
Apsal mulutku muncung macam tu ? hahaha

p/s : Penat dan hepi hari ni :)

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 16 Mac 2011

Sekadar Bicara

- Pelajar memasuki Institusi pengajian tinggi semata-mata untuk mendapat ijazah dan pointer yang tinggi dan tidak mengamalkan ilmu yang dituntut

- Penunggang motosikal merasakan mereka sedang memandu sebuah kereta kerana berada di tengah2 jalan sepanjang perjalanan

- Tidak semua yang cemerlang waktu kecil akan cemerlang bila dewasa nanti dan begitulah sebaliknya.

- Remaja pandai bergaya dengan kenderaan yang dimiliki dan suka menghabiskan duit pada hal itu semua duit daripada ibu bapa.

- Perasaan marah lagi susah untuk diatasi berbanding perasaan sedih. Sebab itu hanya orang yang kuat sahaja yang dapat mengatasi marah

- Ilmu semakin bertambah setiap hari, tapi adakah amalan kebaikan kite juga bertambah sepertimana ilmu itu bertambah

- Kita sering menyalahkan orang lain diatas suatu kesilapan walaupon hakikatnye kesilapan itu datang daripada diri kita sendiri

- Kite mudah berasa kasihan terhadap suatu situasi atau keadaan tapi masih tidak memberi bantuan mengikut kemampuan kite.

- Disebalik setiap kejayaan yang hebat, tersimpan usaha yang tidak pernah kenal lelah dan jemu

- Setiap impian yang wujud merupakan pencetus kepada perkembangan ilmu pada masa hadapan.

- Ucapan " hai " lebih banyak digunakan ketika menyapa seseorang berbanding " Assalamualaikum "

p/s : Sekadar peringatan buat diri sendiri dan semua :)
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 14 Mac 2011

Perubahan Lelaki dan Zaman

Lelaki dahulu....

Lelaki Amerika

Lelaki Jepun. Samurai :D

Lelaki China yang penuh berani

Lelaki melayu bersenjatakan senapang.


Lelaki sekarang pulak ..................


Lelaki Amerika Masih tough dan memang lelaki sejati.

Lelaki jepun.. Ape kes muke ko lagi licin daripada kulit perempuan. ?? mane lakinyee ?

Lelaki china... huh ?? is this a guy or gurl ??? really freaking me out

Lelaki melayu. masih mengekalkan kelakian. :)

p/s : hehehe betol ke salah ?

~ Baca Selanjutnya ~

Earning Nuffnang Bertambah

Salam a'laik. Setelah sekian lama x usha nuffnang sebab dah lame x naik earning, Freaky ade terdetik untuk menziarah page Nuffnang tadi dan agak terkejut dengan jumlah campaign dan earning yang bertambah. Jumlah yang bertambah takde la banyak sangat tapi syukur Alhamdulillah sebab ade jugak kenaikan setelah sekian lama duk maintain je.

Kepada yang sudi klik iklan Nuff kat blog ni dan juga blog kekasih Freaky di SINI , Freaky mengucapkan terima kasih banyak2.

p/s : Setiap blog yang Freaky lawat sebelom ni telah Freaky klik ads anda semua :)
~ Baca Selanjutnya ~

Kenduri rumah kawan + Ferrari

Salam a' laik . Semalam hampir semua pelajar Kejuruteraan Rangkaian Komputer menghadiri kenduri rumah seorang kawan yang mane abangnye baru saje kahwin. Tahniahh. Rumah kawan Freaky tu sekitar area jitra je dan takde la jauh sangat dengan Perlis. Kenduri semalam membuatkan Freaky sangat teruja kerana kenduri di negeri kedah hampir sama dengan kenduri di Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan menu Gulai Kawah.

Bile sampai je di lokasi kenduri dan setelah bersalaman, kami semua menuju ke khemah untuk menjamu selera nasi dan gulai kawah.
Banyak gile amik nasi n gulai kawah semalam. ni la akibatnye bile dah banyak bulan x dapat melantak nasi dan gulai kawah yang sedap ni.

Membe2 yang dah siap menjamu selera





Lepas habis kenduri, Freaky ade pergi ke pasaraya Cmart kat Arau dan kat sane ade pameran automotif. Banyak kereta yang ditayangkan kat sana dan yang paling mendapat perhatian adalah kereta di bawah

p/s : Puas hati dapat makan gulai kawah + tengok Ferrari.

~ Baca Selanjutnya ~

Birthday Party

Salam. Pada 12 Mac Freaky ade pergi ke alor setar bersama my Love dan juga sorang lagi kawan die nama Nita. Kami pergi kerana nak sambut befday classmate Ernie ( my love ). Sebenarnye befday party tu diadakan pada waktu malam tapi Kami bertolak awal dari perlis jam 4 petang dan sampai agak lewat di alor setar kerana jalan agak sibuk. Masa odw menuju ke alor setar .....
Keadaan jalan sebelum sampai di alor setar. pemandu yang x sabar beratur memang buat Freaky naik angin dan snap terus pix kereta ni.. Booo padan muke no plat kete ko terpampang kat sini. hahahaha

Bile da sampai kat alor setar, kami singgah kat Giant sebentar dan my Love beli Aiskrim. Kemudian kami pergi lepak2 kat kawasan stadium sebab nampak meriah dan macam ade event. Orang dalam gambar ni sangat khusyuk makan aiskrim.. tgk muke excited je dapat aiskrim.

Lepas magrib, kami bertolak menuju ke party befday Classmate my love ni kat Star City Hotel. Punye la susah cari hotel ni. Maklum la Freaky bukan tahu sangat lokasi kat alor setar ni.
Majlis sangat meriah dengan kehadiran family befday gurl dan sangat seronok :)

Lepas acara potong kek, acara makan2 la plak. Kat meja ni semua budak UniMAP tapi hanya Freaky je laki sambil ditemani my Love kat sebelah.

Ni lah die BEFDAY GURL !!!. nama die Harvinder ( maaf kalau salah eja ). Die datang kat meja kami dengan muke riang dan gelak ketawa dan mengucapkan terima kasih kerana sudi datang.

Jom tengok pix sepanjang majlis plak di bawah ni


Sementara ade semua yang hadir menyertai permainan dan game, Freaky tengah syok duk minum kopi sampai 3 cawan. Best kopi

Hak hak posing sket bersama my Love Ernie Musliana.

Pada pukul 11.20 malam kami meminta izin untuk berangkat pulang dan sempat berborak bersama Family harvinder.

p/s : Thanx u so much Harvinder :)

~ Baca Selanjutnya ~