Rabu, 31 Ogos 2011

Blog Mencari Publisiti Murahan

Haa ? mencari publisiti murahan ? mencapub ? Rilekss.. ni bukan entri hentam mahupun entri sentap. Ni hanya la entri syok sendiri daripada aku. Memandangkan semester baru pun akan bermula maka kehidupan aku akan sibuk sedikit dengan kelas dan aktiviti universiti. Oleh itu segmen Seminggu 100 Follower mungkin tidak ada lagi sampai la diberitahu suatu tempoh akan datang.

Bila segmen dah tiada, apa nak dibuat dengan blog nombor 2 tu ? Nak Delete ? Huuii sayang wesss nak delete blog aku yang nombor 2 tu. Ada lebih 600 backlink yang telah pun di index oleh saudara Google. kalau delete agak sayang la semua tu. Jadi setelah fikir dan tanya pendapat beberapa orang, aku cadang nak buat blog tu sebagai tempat mencapub = mencari publisiti murahan .

Maksud aku blog nombor 2 tu aku akan post hanya entri bergambar mengenai diri aku je. Kenapa tak post gambar di blog ni je ? Menyusahkan dan melecehkan la. Aku dah cakap, aku nak MENCAPUB. Kalau aku letak gambar mencapub dalam blog Firdaus Life ni, aku rasa memang tak ada orang kot nak masuk sini lagi kerana loya dan jijik tengok gambar mencapup aku.

Bila takde orang masuk blog aku, trafik jatuh. Bila trafik jatuh, maka income Innity pun jatuh. Bila income jatuh, maka aku pun sedih. Bila aku sedih, aku akan makan dengan banyak. Bila makan banyak, aku gemok. Bila gemok, aku sedih lagi. Lepas tu aku makan banyak pulak. Sampai ke sudah duk ulang benda sama. LOL

Oleh itu, aku dah jadikan blog nombor 2 tu sebagai tempat mencapub bagi diri aku. So I've decided to post at least a picture a day. itu paling sikit la. Kalau aku mencapub banyak, maka banyak la gambar di post di blog tersebut.

p/s : Ini link ke blog MENCAPUB aku >> http://aku-freaky-falcon-2.blogspot.com/
~ Baca Selanjutnya ~

3. Gambar Raya Aidilfitri 2011


Hari ni pergi kenduri akikah kerana sepupu aku dapat seorang cucu perempuan. Serius !! SEPUPU aku dah sampai dapat cucu. Gila jauh beza umur antara sepupu dan juga aku. Ok kat rumah dia makan nasi lauk gulai kawah dan memang sangat sedap. Sangat kena dengan taste aku kerana x terlalu masin dan tak terlalu manis.

Mencapub sikit.. hehe tak pakai baju melayu dah.

Lepas makan, layan paper pulak..

Lepas tu sambung melantak kuih dan biskut raya lagi..

p/s : Done untuk hari ni. petang nanti update benda lain pulak

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 30 Ogos 2011

Obesiti di Aidilfitri

Haa target raya tahun ni nak makan sangat kan ? haaa ambik kau Firdaus !! makan la sampai muntah. ha ha ha dari pagi sampai ke malam asyik duk makan je. Dalam 2 atau 3 hari lagi memang naik mendadak la badan aku jawabnya. Aduyaiii


Pagi : Nasi dagang mak dan juga satay makcik

tengah hari : biskut dan kuih raya + air sirap + air oren

petang : lemang rumah nenek + rendang + kek coklat ( Demn !!! )

malam : Minum teh panas + nasi dagang mak ...

Macam mana ? Korang rasa ada harapan tak aku nak jadi obesiti kalau macam ni la makan di hari raya ? hurmm jangankan obesiti, meletop perut pon boleh jadi tau. Huwaaa aku kena kawal makan.

p/s : Esok ada kenduri akikah pulak.. makan dan makan.. Aduyai !!!

~ Baca Selanjutnya ~

2. Gambar Raya 2011

Masih lagi gambar untuk pagi dan tengah hari. Maaf tak dapat upload banyak kerana tak sempat masa untuk edit dan resize. Nanti malam kalau free akan diupload banyak sikit.. Enjoy.

Firdaus minta maaf dan minta ampun jika ada salah dan silap sepanjang tahun ni ye ayah.. LOL

Hari ni banyak jumpa satay. jadi bosan pulak aku nak makan.
Kene cari nasi jugak baru sedap. Tak pun lemang dan rendang

p/s : Tak dapat balas jejak lagi.. lepas ni kena pergi rumah nenek :D

~ Baca Selanjutnya ~

1. Gambar Raya 2011

Ha ha sepantas kilat lepas jamuan pertama makan satay dan juga nasi dagang, aku upload terus gambar hari raya.. enjoy !!

Ada siapa sama warna baju dengan aku ?

Auuummm makan satay :D


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Semasa takbir raya dilaungkan di masjid tadi. Orang tua di sebelah kanan aku menitiskan air mata. Kemudian aku pandang ke saf hadapan, beberapa orang yang berhampiran imam juga ada menitiskan air mata semasa takbir raya. Aku pula hanya biasa saja. Takde rasa sebak dan takde rasa gembira sangat. Mungkin kerana aku jahil sangat kot.

Tapi aku dapat rasakan tahap keimanan yang sangat jauh berbeza antara aku dan juga orang yang menitiskan air mata disaat takbir raya dilaungkan. Selesai takbir raya, aku bersalaman dengan pakcik di sebelah kanan tadi dan kelihatan mukanya berseri dan sedap dipandang. Mungkin titisan air mata tadi telah menyucikan wajahnya sehingga sangat tenang aku rasa apabila pandang ke arah dia.

Oh ya aku, Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar selaku penulis dan pemilik blog Firdaus Life ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Andai kata selama setahun lebih aku menulis blog ini ada beberapa perkara atau isu atau perkataan yang mengguris hati pembaca dan juga sahabat sekalian, aku ingin meminta maaf dan minta ampun kepada anda semua.

p/s : Teruskan menyokong blog Firdaus Life :P ... Raya !!! Raya !!!

~ Baca Selanjutnya ~

Ingatkan Dia Puji Blog Aku... Hampeh

Aku cek kat bahagian komen blog tadi dan ada 1 komen yang masuk dalam box spam. Waahh siapa pula nak spam aku ni. Bila buka dan baca komen tu, rasa sangat segan pulak aku dibuatnya. Tak sangka ada orang sanggup puji blog aku yang cikai ni. Yang puji pulak tu bukan sebarang orang tau, mat saleh mana yang puji, aku pun tak tahu.

Ok cakap panjang pun tak guna, sepak terajang pun tak kena. Adooii.. Kalau tak percaya ada orang puji blog aku, mari tengok buktinya kat bawah ni :

Haa tengok, ada mat saleh puji blog aku Awesome tuuu. Lepas tu aku pun pergi la website dia seperti yang ditulis warna biru tu. Bila dah siap loading, sepatah ayat pun aku tak faham website dia tulis apa. Kalau tak silap aku tu mungkin bahasa sepanyol atau mexico kot.

Kemudian aku bertambah hairan, macam mana orang bahasa lain boleh faham blog aku yang 95% dalam bahasa melayu ? Haaa ni memang sah la SPAM jawabnya. Ceeiitt puji melambung tinggi tapi rupanya spam comment je. Hampehh aku tertipu rupanya. Tipah tertipu bang.. =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Alternate Ads Dah Keluar

Wah tak sampai 1 jam lagi, baru je 30 minit Innity dah keluarkan alternate ads yang aku buat.. kih kih kih sangat mantap dan pantas walaupun banner tu sangat hodoh tapi ok la kan untuk tempoh permulaan ni. Nak buat banner cantik aku tak pandai sebab basic adobe photoshop dan paint aku tak pandai sangat. Paint pun aku agak FAIL .. LOL

Lagipun ni hanya la percubaan je sebab aku banyak baca kat blog, mereka ada cadang supaya buat alternate ads dan baru hari ni aku nak try. Agak looser aku disini. Ok ok aku tahu korang dah bosan dan menyampah aku sembang pasal iklan ni. Jom kita tukar topik pula ye.

Cakap pasal hari ni iaitu sehari sebelum hari raya, banyak benda juga aku kena buat jap lagi. Antaranya kena kemas rumah, sapu lantai, mop lantai, pasang langsir baru, kena pergi kedai beli itu ini untuk masakan raya esok, lepas tu baru la dapat berehat dan bersantai jap. Tu pun kalau takde penambahan kerja. kalau ada memang x rehat sangat la jawabnya.

p/s : Korang raya esok family masak ape ? Mak aku masak Nasi Dagang :)

~ Baca Selanjutnya ~

Mencuba Pasang Alternate Ads



Biasanya iklan Innity yang tiada ads running pada suatu ketika akan mengeluarkan flash banner warna hijau yang comel dan menarik seperti di sebelah kanan ni. Iklan hijau yang muncul ni kalau klik tiada income yang dapat dan hanya akan pergi terus ke laman web Innity .

Tapi kita boleh gantikan iklan hijau ni dengan iklan yang lain ( Alternate ads ) sama ada iklan yang kita buat sendiri atau pun iklan daripada company / blog lain. Tapi aku try buat iklan untuk blog ni dulu dan tengok hasilnya macam mana. Innity kata iklan tu akan ready dalam masa sejam / 60 minit. Hurrmm harap-harap elok je iklan tu muncul...






Oh ya di sebelah kiri ni juga adalah banner yang aku letak untuk alternate ads. Aku masukkan alternate ads ke dalam skycrapper kerana bahagian skycrapper yang selalu keluar iklan hijau.

Apa pun kena tunggu sejam dulu. Tak tahu la keluar ke tidak alternate ads aku ni. Kalau keluar ok la. Kalau x keluar baru la rasa hensem dan macho. LOL ... Eh esok dah raya laa... yaahhuuu raya raya.. makan makan.... berak berak.. :P

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Bersahur 29 Ogos 2011

Gambar Kopi lagi ... :D

Nampaknya hari ni merupakan hari terakhir kita bersahur. Semoga kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan pada tahun akan datang, InsyaAllah...

p/s : Lepas sahur bw... yeahhh


~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 28 Ogos 2011

Bertukar Menjadi Pak Dogol

Ha ha seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, aku akan upload gambar sebelum dan selepas potong rambut. Jom layan muka aku yang terlampau bajet dan perasan dalam gambar di bawah ni :

Sebelum potong rambut...

Selepas potong... macam Pak Dogol plak. ha ha ha

Nasib baik aku pergi ke tempat gunting rambut tu pukul 8.30 pagi. Kalau pergi 9 pagi, dah kena ikut turn 10 orang. Lama gila nak tunggu turn 10 orang wesss. Mau berasap punggung duk tunggu lama :D

~ Baca Selanjutnya ~

Hari Ni Potong Rambut

Sahur dengan Nescafe... best !!

Pukul 8.30 jap lagi aku nak pergi potong rambut. HuuMaakkk Aiii awal gila pergi potong rambut kan ? Ehem tempat yang aku nak pergi ni memang terkenal kerana tukang gunting rambut hanya seorang je dan dia sangat mesra dengan pelanggan. Lepas tu tukang gunting rambut tu juga akan memastikan pelanggannya berpuas hati dengan hasil yang dilakukan.

Jadi aku tak hairan apabila ada yang sanggup menunggu 2 - 3 jam semata-mata untuk potong rambut kat kedai dia. Pernah jumpa ke pelanggan sanggup tunggu 2 jam untuk potong rambut ? Kalau kedai biasa tu aku rasa tunggu setengah jam pun dah tak sanggup kot. Hebat kan tukang gunting rambut kat rumah aku ni ? Walaupun ada beberapa kedai gunting rambut lagi tapi kedai dia juga paling ramai diserbu.

Ok enough with the hair cut, later I will upload some of my pictures before and after I'm having a hair cut. LOL mesti sangat kelakar kalau tengok. Maklum la aku dah jarang upload gambar kat blog ni. Dulu hampir tiap entri ada muka aku je sampai kadang-kadang aku sendiri jemu nak letak gambar kat blog sendiri.

Tapi best juga kan letak gambar kat blog. Bole la mencari publisiti murahan sikit. Ehh aku tak nak murahan. Aku nak mahalan. Ada ke ? Kalau tak ada jom kita cari sama-sama.

p/s : Bang !! potong kasi hampir botak.. gua nak lawan Botak Juvana tu.. ho ho

~ Baca Selanjutnya ~

Takde Kerja Sebelum Sahur

Sebelum sahur aku ada la skodeng dan usha profile blogger kat facebook dan mereka ada beberapa persamaan iaitu belajar di Universiti yang sama. he he maksud aku mereka belajar di Universiti Blogger Malaysia. Waahh cool !! aku pun nak buat macam tu jugak la jadi aku pun ubah la setting kat profile tu. Ubah punya ubah jadi la macam kat bawah ni ha :

Memandangkan aku 1 universiti dengan Zul Fattah iaitu pemilik blog Moon - Keyz , jadi aku pun turu Tag dia. la la la sebenarnya aku dengan zul ni 1 UniMAP, Perlis tapi dia course lain daripada aku. Lepas tu edit lagi sikit kat bahagian employee macam kat bawah :

Ha ha ha banyak jugak tag pada mulanya. Lepas tu aku buang semua dan hanya tinggal Sergeant Keroro je. Rasa malas pulak nak tag ramai-ramai takut ada yang tak suka pula. Ok tu je nak citernya. Takde yang menarik sangat :P

p/s : Hari ni makin jatuh trafik blog. wuahahaha.. Hari ni nak potong rambut =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Gila Blog Punya Pasal

Trafik menjunam jatuh yang amat sampaikan Sergeant Keroro tak layan blog dah. Dia pergi layan bola dan tinggalkan aku seorang diri. Walaupun ramai dah tak online dan tak tengok blog, tapi aku tetap nak update juga sebab aku ni dah jadi ketagih pada benda ni. Malah pada Hari Raya nanti pun akan update juga tapi Hanya melalui mobile blogging je. Gila nak bawak laptop pergi beraya. ha ha ha

Ada orang baca ke ? Kalau tak ada pun tak ape dan memang rasanya takde orang pun akan lawat blog aku pada hari raya nanti. Ahh ada pembaca atau tidak, itu semua tidak kisah. Janji aku tulis dan update apa yang aku rasa nak sembang dalam blog ni. Mungkin aku akan banyak update pasal makanan raya yang aku makan pada hari raya nanti.


Cakap pasal makan, aku pun nak senaraikan beberapa makanan yang aku rasa nak makan sempena syawal menjelma ni. Jom layan senarai makanan yang aku nak makan raya ni :

- Satay ( Wajib )
- Lemang dan rendang ( Pon wajib )
- Nasi minyak, nasi dagang, segala jenis nasi yang ada
- kuih raya, biskut raya
- Minuman yang best.

p/s : Habis raya masuk hospital sebab makan tak kawal. LOL

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tak Nak Update Blog.. Weekkk

Tak nak update.. wekkk.. tak nak update gak .. wekkk.. Dalam kata tak nak update tu, jari aku duk menaip juga sambil otak duk fikir nak sembang apa. Ok time to get serious. Petang tadi sebuah lori yang besar telah datang ke rumah aku. Aku ingatkan mak ada beli perabot baru sebab nampak banyak perabot atas lori tu.


Rupanya kerusi sofa yang dibaiki telah pun siap dan mereka dah hantar balik kerusi sofa tu. Memang sangat tepat masanya datang dan siap sebelum menjelangnya hari raya. Sebelum ni kerusi sofa rumah aku ada sedikit hancur dan rosak akibat cakaran kucing. Lepas tu ayah aku minta kat 1 kedai ni supaya salin kulit sofa yang baru. Hasilnya seperti dalam gambar di atas. Sebelum ni warna merah tapi lepas salin kulit jadi warna ni. Cool dan cantik :)

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Berbuka Puasa Hari ke 27


Selamat Berbuka Puasa Hari ke 27

dan lepas tu

Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih



~ Baca Selanjutnya ~

Suasana Hari Raya

Memandangkan dah sangat hampir dengan hari raya Aidilfitri, suasana pun dah jadi lain macam. Di laman web sosial pun dah banyak ucapan hari raya dan bermaaf-maafan. Kalau di dunia nyata pula dah banyak yang terima kad raya dan segala benda berkaitan raya pun dah siap.

Yang balik kampung pada hari ni pula aku ucapkan semoga berhati-hati semasa dalam perjalanan. Maklum la semakin menghampiri Syawal, semakin meningkat kes kemalangan jalan raya. Tadi dalam berita dah cakap yang kemalangan jalan raya semakin meningkat walaupun kawalan ketat dah dilaksanakan.


Yang dah selamat sampai di kampung tu, Syukur la kerana dah selamat sampai tanpa sebarang masalah. Bila dah sampai kampung kena la rajin hias rumah sket. Alamak cakap pasal hias rumah, rumah aku sendiri pun tak berhias. Ha ha mungkin awal lagi kot nak hias. Malam nak raya baru hias dan ada feel sket :P

p/s : Puasa tahun ni aku tak pernah pergi bazaar ramadhan.. LOL

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Pagi 27 Ogos 2011

Selamat pagi !! selamat pagi !! dan selamat pagi !! Hari ni dah masuk 27 hari kita berpuasa dan tak lama lagi Syawal pula akan menjelma. Rasanya masuk hari ni semakin ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi yang dah selamat sampai di kampung, Alhamdulillah kerana dah selamat sampai.

Bagi yang akan bertolak pulang ke kampung pada hari ni, sila berhati-hati semasa di jalan raya ye dan juga pandu secara berhemah. Tak nak la ada kemalangan atau malapetaka buruk berlaku beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri ni. Aku pula dah selamat sampai di kampung sekarang ni. Wuahahaha

Sebenarnya aku dah sampai ke kampung halaman sejak 3 bulan yang lepas lagi masa bermula cuti semester bulan 5 hari tu. Tapi walaupun dah sampai kat rumah, tetap kena hati-hati juga kerana ajal maut ni tak kira tempat. Silap hari bulan di Bazaar Ramadhan pun boleh mati atau tengah sibuk shoping pun boleh mati jugak.


Apa pun selamat bercuti aku ucapkan kepada semua pembaca blog Firdaus Life yang cikai ni. Ahakss sangat mengantuk... zzzzzzzzzzz

~ Baca Selanjutnya ~

Kempen : Jom Beri Duit Raya

Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO

"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA

Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe.

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih

Itu sahaja, mudah dan senang je kan?

Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan.

Aku nampak entri ni di blog Keroro. Aku copy dan backlink kepada Keroro

Bila korang dah join kempen ini, tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian.

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri. #senyum

Selamat berkempen!

p/s : Awalnya aku penin jugak dengan kempen ni. tapi redah je :D

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 26 Ogos 2011

Jangan Cepat Melatah Kata Blog Orang Lain Banyak Merepek


Kalau blogwalking dengan rajin, dalam 1 hari tu wajib jumpa 1 entri yang ada cakap

" kenapa blog orang tu ramai follower , kenapa ramai pengunjung ke blog itu, kenapa ramai yang tinggalkan komen untuk 1 post pada hal tu hanya la post merepek.. kenapa ? kenapa ? kenapaaaaa ???
"

Yang paling tak tahan sekali, hari ni masuk blog orang tu. Esok dah keluarkan entri pasal blog orang tu banyak merepek. Waahh cepatnya anda melatah pada hal anda baru je masuk blog dia untuk 1 hari dan terus boleh buat kesimpulan bahawa blog orang tu tak best dan banyak merepek ?

Nasihat aku 1 je. Jangan cepat sangat melatah kata blog orang tu best dan tak best. Cuba dulu selongkar entri yang sebulan atau 2 bulan yang lepas baru la dapat tahu apa keistimewaan yang ada pada blog tersebut. Mungkin sebelum ni entri dia sangat best dan menyeronokkan untuk dibaca. Mungkin juga blog dia sangat ringan loading menyebabkan orang suka berkunjung. Mungkin dan mungkin lagi banyak sebab yang mendorong ramai follow blog dia.

Tapi yang aku hairan, kenapa begitu mudah melatah ye ? Adakah kerana hasad dengki tengok blog orang tu lebih berjaya sampaikan cepat sangat nak melatah. he he apa pun sila kawal hasad dengki tu. Tak bawa keuntungan pun membiarkan hasad dengki menguasai diri. :)
~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Berbuka Puasa Hari ke 26


Selamat Berbuka Puasa

dan juga

Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih



p/s : Manisnyaa.. kena kencing manis aku macam ni :D

~ Baca Selanjutnya ~

Innity Fail or Advertising Fail ?

Macam biasa apabila aku blogwalking, hampir 100% blog meletakkan iklan di blog mereka. Ada yang guna Nuffnang, Advertlets, 701 Panduan dan juga Innity. Yang lain daripada tu pun ada juga seperti Heart beat dan juga Mangga ads.

Apabila aku pandang iklan yang comel dan menarik je, pasti aku rasa nak klik. Haihh tarikan yang menggoda iklan di blog sangat tinggi sampai aku begitu mudah nak klik iklan orang. Kadang-kadang aku klik sebab nak tahu pasal iklan tu dan kadang-kadang aku klik dengan niat saja nak klik :P

Ok berbalik kepada iklan, tadi aku nampak iklan Innity yang menarik kat blog Ehem Ehem seperti di sebelah kiri ni. Wahh ada sebut pasal WIN RM 400. Nak jugak tahu macam mana nak Win Rm 400 tu. Mana la tahu kalau-kalau dapat Rm 400. Boleh la aku buat raya dan saving sikit untuk belanja buka sem nanti. Jadi dengan gelojoh dan tidak sabarnya, aku cuba klik iklan tu.

Dengan sekelip mata iklan tu pun dah finish loading. Bila observe and trying to identify the ads, I get really confuse because the writing quite weird. Demn !! I don't even understand what happen when I click the ads just now. Ok mungkin ada yang tak jelas lagi apa yang aku cuba katakan. Apa yang keluar adalah seperti dalam gambar di bawah :

Lol.. so this is what happen when you click the ads. Full of weird codes =_=

Ni bukan kali pertama aku mengalaminya. Sebelum ada juga 1 lagi iklan tapi aku dah lupa iklan pasal apa. Huwaa how am I going to win Rm 400 if the ads always displaying error message... =_=



~ Baca Selanjutnya ~

Kau Blogger Gemok Gedempol Ok

Semalam skype dengan kekasih setelah beberapa bulan tak skype. Tiba-tiba dia cakap :

" Abang makin gemok "

Holy Crap !! aku dah makin gemok ke ?

Ok takpe aku rilek dan bawak bertenang lagi. Pukul 2 pagi tadi aku bertolak ke Kuala Terengganu untuk ambil adik yang balik daripada Melaka sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Tunggu punya tunggu, nampak pun batang hidung adik aku yang cun melecun tu. Dengan tiba-tiba adik aku cakap :

" Long !! ( Abang Long ) , Orang lain puasa makin kurus tapi ko makin gemok "

Huwaaa aku semakin gemok ( baru perasan ke ? ) nampaknya. Apa aku kena buat ni ? Hurrmm aku tak suka gemok tapi aku rasa aku tak gemok. Mungkin aku je yang syok sendiri tak gemok pada hal orang lain tengok aku gemok. Dengan berbekalkan azam sebesar zarah, aku bercadang untuk bersenam dan berdiet.

Tapi macam biasa la aku sembang je berapi. Last sekali tak bersenam jugak. Haishh tak boleh jadi ni. Sebelum buka semester bulan 9 ni, aku kena susutkan sikit badan. Aku tak mahu gemok !!!
~ Baca Selanjutnya ~

Bahasa Rojak atau Bahasa Tak Rojak



Hari ni beberapa post aku menggunakan bahasa rojak sampaikan Kak Diana pun ada cakap pasal bahasa rojak yang aku gunakan. Antara post aku hari ni yang gunakan bahasa rojak adalah :

- Best Gila Kalau Ada COffee Machine
- Steve Jobs Letak Jawatan

Kenapa aku tiba-tiba gunakan bahasa rojak ni ? Pada hal sebelum ni memang 100% aku gunakan bahasa Melayu dalam setiap post blog ni. Sebenarnya begini. Semalam ( 22 jam yang lepas ) aku ada blogwalking di 1 blog ni. Post blog dia memang banyak gunakan bahasa rojak. Boleh kata 70% bahasa inggeris dan 30 bahasa melayu dalam 1 entri tu.

Tapi bila aku baca post dalam bahasa rojak tu, aku rasa sangat menarik pula. Mungkin kerana penggunaan ayat bahasa inggeris dia sangat gempak sampai entri biasa pun jadi sangat seronok untuk dibaca. Jadi aku pun buat la keputusan untuk mencuba buat entri bahasa rojak. Maka terhasil la 2 post bahasa rojak seperti yang aku senaraikan di atas.


Tapi kan abang dan kakak sekalian, baru aku tahu bukan mudah juga nak buat post yang campur adukkan bahasa inggeris dan juga bahasa melayu. Mungkin kerana aku dah biasa tulis blog dalam bahasa melayu jadi agak susah nak campurkan bahasa inggeris dalam tu. Tapi kalau aku buat entri bahasa inggeris sepenuhnya ok pula. Maksud aku takde la penin seperti nak rojak bahasa.

Rasanya tak ramai yang sukakan baca post blog yang ada bahasa rojak. Sebab ia akan melambatkan pembacaan di blog. Tengah sedap duk baca perenggan bahasa melayu, tiba-tiba ada ayat bahasa inggeris pula. Haa kan dah penin tu. Tapi aku ok je baca post bahasa rojak asalkan entri dia best dan vocab yang digunakan sangat mantap ( Bombastic Words ) .

Tapi bagi guru bahasa melayu atau guru bahasa inggeris memang tak suka kalau bahasa rojak ni. ha ha ha jadi jangan biarkan guru bahasa inggeris / bahasa melayu baca blog anda. Silap hari bulan anda akan dapat markah 0 dalam ujian bahasa. Ngeee sangat seram kan ?

p/s : Kadang-kadang aku teringin juga nak buat entri full in english walaupun grammar sangat berterabur.. LOL :D

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 25 Ogos 2011

Meletop Semasa Berak Ha ha ha

Ha ha ha pertama kali aku tengok gambar kat atas, aku ingatkan masa orang tu berak tiba-tiba graviti takde. Rupa-rupanya lepas mengerang untuk berak, TAHI yang jatuh ke dalam mangkuk tu menyebabkan tandas tu meletop. Cuba tengok penutup tangki tu, berterbangan dan air memancut keluar daripada tangki. Ha ha memang gila punya situasi.

p/s : Nasib baik air tak memancut ikut mangkuk tandas tu. Kalau tak, dah nampak benda coklat :P


~ Baca Selanjutnya ~

Siapa Kata Kame Hame Haa Tidak Wujud

Wuahaha aku tengok gambar ni sambil mengilai.

Ha ha ha pandai gila budak tu buat-buat jatuh bila kena Kame Hame Haa.

p/s : Kame hame haa tu adalah serangan dalam cerita Dragon Ball

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Berbuka Puasa Hari ke 25


Selamat Berbuka Puasa

dan lepas tu

Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih



~ Baca Selanjutnya ~

Naruto Episod Baru Sudah Keluar

Punya la lama aku tunggu untuk keluar episod baru. Dah banyak hari aku cek tapi tak ada jugak. Last sekali bila cek petang tadi.. Aahaaa ada episod baru nampaknya yang bertajuk The Prerequisite To Be Hokage...!! Alaa komik pun suka baca ke ? Macam kanak-kanak je kan baca komik ni ?

Ermm mungkin ada yang berkata begitu terutama sekali yang lebih dewasa kerana pada pandangan mereka komik ni hanya la mengandungi lukisan kartun yang memaparkan aksi lawan dan fantasi yang tidak logik di akal. Heeiii komik zaman sekarang bukan sekadar komik hiburan dan fantasi ye.

Sekarang ni ramai pelukis komik dah masukkan nilai-nilai murni cerita mereka. Tak percaya ke ? Ok kalau tak percaya mari tengok gambar kat bawah ni :

See ? Mesej yang disampaikan dalam episod ni adalah jangan lupakan kawan.

Ok tak cukup meyakinkan lagi ? Apa kata baca apa yang dikatakan dalam watak dibawah. Baca dan hayati. Terdapat mesej yang cuba disampaikan :

Bacaan dari kanan ke kiri

p/s : Komik sangat menyeronokkan :)



~ Baca Selanjutnya ~

Uncle Gedek Dalam Blog Serius

Ha ha ha aku tak tahu nak cakap macam mana. Sangat terhibur dan lawak apabila baca Blog Serius. Semasa baca dan belek entri yang bertajuk Serius Raya - Ucapan UNDERSEA Blogserius #15 tadi, aku ada nampak muka Uncle gedek @ pakcik camwhore dengan berlatar belakang bangunan terbakar . Ha ha macam tak percaya je Uncle Gedek masuk Blog Serius. Sangat cool okeh. Aku jeles :P

DARI : Pakcik Camwhore yang sekarang meliputi keadaan di London

KEPADA : Semua orang Malaysia, terutama peminat setia yang berada di /k/

UCAPAN : Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga gambar pakcik yang hensem
ini menjadi pedoman supaya keadaan di London ini tidak berlaku di
Malaysia, terutama ketika kita semua tengah darah tinggi makan
rendang. Jangan lupa yang orang Hindu tak makan daging lembu. Nanti
sibuk nak toleransi pergi bagi rendang kat jiran India pula.


Haa kalau korang tak percaya lagi, boleh la pergi ke BlogSerius. Tuu kat atas aku dah bagi backlink. Maaf Uncle Gedek kerana buat entri ni but for sure I'm your diehard fans. Aku suka sangat idea kreatif dan original dia dalam membuat blog. Oh ya siapa nak kunjungi blog Uncle Gedek, sila ke sini .
~ Baca Selanjutnya ~

Steve Jobs Letak Jawatan | Steve Jobs resigns as Apple's CEO

Oh Em Gi !! The most innovative and visionary man behind one of the most valueable technology company, Steve Jobs submitted his resignation to the Board today and strongly recommended that the Board implement its succession plan and name Tim Cook as CEO.

Read More <<<


LOL aku pula getting excited about this. Sudah tentu la aku excited kerana selepas Bill Gates, Steve Jobs merupakan salah seorang yang aku admire dalam dunia teknologi komputer ni. Banyak idea kreatif dan sumbangan besar yang telah diberikan oleh Steve Jobs kepada dunia komputer .

Hasil sumbangan dan idea kreatifnya telah menjadikan produk keluaran Apple laris di pasaran dunia sekaligus menaikkan nama syarikat Apple. Lepas ni Steve Jobs dah tidak melibatkan diri dengan Apple dan harap-harap pengganti Steve Jobs mampu membawa Apple dengan lebih baik.

Walaupun aku tak pernah menggunakan produk Apple yang lain selain daripada Ipod, aku selalu juga tengok video mengenai pelancaran produk terbaru oleh Steve Jobs dan juga video temu ramah di laman web Youtube.

Steve Jobs semasa pelancaran Apple Macbook Air pada tahun 2008 di Macworld.

~ Baca Selanjutnya ~

Best Gila Kalau Ada Coffee Machine

Perrgghh agak style ah coffee machine ni. Tadi masa duk fikir idea untuk entri blog, aku teringat pula COFFEE MACHINE dalam cerita Green Hornet. Dalam cerita tu, coffee machine dia sangat cool dan hebat serta lagi besar berbanding gambar yang aku tunjuk kat atas ni. Siapa yang tak tengok lagi Green Hornet memang takkan tahu rupa coffee machine tu.

Ok that's not important at all. The main idea is kenapa aku buat entri pasal coffee machine ? LOL this is my blog so I can write whatever I want in here :P ... Just kidding.. Sebenarnya coffee machine sangat hebat kerana ia boleh menghasilkan kopi yang sangat enak dan sedap rasanya.

Tak percaya ? Ok fine, korang pernah minum tak air nescafe / milo daripada van company mereka ataupun beli a cup of it from a drinking machine ? Kalau pernah, mesti korang dapat rasa kan kelainan pada rasa nescafe / milo tersebut berbanding kita buat sendiri. Maksud aku rasanya lebih enak dan lazat.

Tapi bila kita buat sendiri, sampai ke mati pun taste dia takkan sama dengan yang kita beli daripada drinking machine. Jadi apa rahsia disebalik taste tu sebenarnya ? Ahaaa kalau nak tahu, rahsianya adalah mesin tu sendiri. Mesin tu yang mampu menjadikan taste minuman tu lebih lazat dan enak dengan teknik bancuhan yang betol.

Perkara yang sama juga berlaku dengan coffee machine. Selain mampu menyediakan kopi yang sangat lazat dan enak, coffee machine juga memudahkan kerja manusia. The great taste of coffee in the morning can lead into a perfect day. But a perfect day is only for coffee lover. If you hate coffee so much, then your day may get suck. Yang tak suka kopi tu aku tak dapat la nak sembang kencang :P

p/s : LOL panjang pulak entri ni.. merepek best !!!

~ Baca Selanjutnya ~

Gila Kental dan Tough Laptop ni.



hahaha gila dasat siap boleh main tenis dan kalis air lagi. Sangat cool dan susah nak rosak. kalau dapat sebijik ni memang best. Layann

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 24 Ogos 2011

Keroro Ajak Share Wallaper Desktop

Aku tak tahu la cara ni betol ke tidak tapi dah Sergeant Keroro ajak share wallpaper laptop / desktop dalam entri Ini . Oh ya ini bukan segmen tapi ajakan untuk share sesuatu yang menyeronokkan.. Wahh ni benda baru ke ? he he jap lagi aku nak tinggal link di bahagian komen la. Anggap je la ni sebagai segmen. Wuahahaha pandai-pandai je aku ubah wordless wednesday jadi segmen :P


Siapa nak join sila klik sini . he he he

~ Baca Selanjutnya ~

Kawasan Speed Trap | Sila Hati-hati

Haaa takut tak speed trap ? Tak takut bagus la sebab korang memang tak bawak laju. Bagi yang takut speed trap, sudah-sudah la bawak laju. Kalau kena saman ok lagi terbang RM 300 je. Kalau terbang nyawa siapa susah ? Jadi hati-hati la semasa di jalan raya tu dan jangan bawa laju ye. Kat bawah ni aku senaraikan beberapa KAWASAN SPEED TRAP dan sila perlahankan kenderaan anda pada kelajuan yang disarankan supaya tidak kena saman.


Plus Arah Utara (Dari KL)
:
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
p/s : Credit To Rilekscrew

~ Baca Selanjutnya ~

Selamat Berbuka Puasa Hari ke 24


Selamat Berbuka Puasa Hari ke 24

dan lepas tu

Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih

p/s : Huurrmmm laparnya =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Invasion Plan : Sila Update Blog

Ha ha ha entri ni ditujukan kepada jiran blog aku iaitu Sergeant Keroro . Daripada semalam lagi bila aku tengok feed / latest entri daripada jiran aku tu, tiada apa yang baru. Hanya nampak Mereka Ada Kad Raya tu je. Sudah la tu dengan kad raya keroro, mari update blog bersama aku.. Lai Lai jangan malu malu :P

Aku faham ko tengah blur dan tak ada idea kan ? Aku pun sama je sekarang ni. Sebab tu aku buat entri ni supaya kita boleh komunikasi 2 hala melalui blog. Alaa macam sembang dan chat la tapi kena tulis panjang macam karangan la. Takkan nak tulis " ko buat ape tu ? " ... lepas tu ko buat entri tulis " Aku tengah makan ni " ... Alamak kantoi tak puasa :P

Kita tulis la panjang sket ye. Walaupun aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa tapi kena cuba juga komunikasi supaya kasi ko idea dan semangat nak update entri. Oh ya ko suruh aku share tips earning kan ? kalau tips earning, aku sendiri tak tahu nak share ape. Tapi takpe la, aku share earning hari ni ye ?

Sikit je kan ? Tak sampai rm 10 pun =_= ...Ni earning untuk pagi tadi. Malam nanti akan bertambah lagi. he he harap-harap ni dapat bagi ko idea ye Sergeant Keroro :)

p/s : Hari ni ko buka puasa makan ape kero ?

~ Baca Selanjutnya ~

Idea Oh Idea

Aku bangun je daripada tidur pukul 2 tadi terus nampak bahagian rumah aku dipenuhi dengan banyak bekas biskut dan kuih raya. Well aku maksudkan sangat banyak sampai penuh 1 ruang lantai kat ruang tamu sampai susah nak berjalan kat bahagian tu. Haiihh mak aku dah buat hal dia dah. Kalau tak silap, tu semua biskut raya yang ditempah oleh kawan-kawan dia. Dia hanya tolong jual je sebab pembuatnya adalah kawan dia sendiri.

Malas nak tengok biskut raya yang banyak tu, kang aku berenang pula dalam lautan biskut raya sambil makan. he he he aku masuk ke dalam bilik, buang baju dan seluar. Ops !! Aku BOGEL :P ... lepas tu lantas aku ambil Towel dan segera menuju ke bilik air. Hurmm mandi ketika cuaca sangat panas memang menyeronokkan.

Tapi biasanya aku tak mandi macam cara biasa. Aku buka paip air hujan tu dengan kelajuan sederhana. Kemudian aku duduk di atas lantai seperti gambar di bawah. Aku biarkan air paip hujan tu menyiram dan menyimbah di kepala dan di badanku. Sangat tenang rasanya.

Semasa duduk dalam posisi seperti dalam gambar di atas sambil dibiarkan air menyiram badanku, kerja seterusnya yang aku lakukan adalah berfikir dan berkhayal. Banyak yang aku fikir dan khayalkan. Antaranya cuti yang semakin nak habis, raya semakin hampir, idea untuk blog, blog dan juga blog. Waahh banyaknya aku fikir pasal blog. Gila dah ke ?

p/s : Sangat tenang berfikir sambil membiarkan air menyiram kepala dan badan.

~ Baca Selanjutnya ~

Geng Mengaji Wajib Tengok Lepas Sahur

Lepas je sahur, family aku akan layan cerita GENG MENGAJI kat channel Astro Prima. Boleh kata start awal puasa hari tu lagi memang duk layan cerita ni je sampai semua family aku duk gelak tengok gelagat kanak-kanak tu bermain sambil menjalani aktiviti mengaji.

Jadi apa yang best mengenai cerita ni sebenarnya ? Yang tu kalau nak tahu dengan lebib lanjut kena tengok sendiri la. Bila tengok cerita ni, teringat pula suasan masa aku mengaji di satu tempat kat rumah aku ni juga. Ustaz aku sangat garang macam Ustaz dalam cerita ni. Kalau dalam cerita ni, ustaz tak rotan pelajar. Aku dulu siap rotan di tangan lagi. Waaa gila takut nak datang mengaji walaupun aku tak pernah kena rotan.

Ehem aku budak skema sikit jadi memang tak buat kerja gila la untuk kena rotan. Ustaz yang garang dah 1 hal. Lepas tu pula semasa menunggu giliran untuk mengaji di depan Ustaz, biasanya akan ada borak dan gelak ketawa. Part ni yang paling seronok apabila pergi mengaji masa kecik dulu.

Orang lain pergi mengaji tapi aku pergi sembang dan open table pasal semua perkara. Ada duk cerita pasal kerja sekolah, cikgu sekolah garang, petang ni nak main apa, esok nak buat apa dan macam-macam lagi. Syokk woo zaman kanak-kanak dulu. Sebab tu aku suka tengok geng mengaji ni. Hampir sama dengan pengalaman masa aku mengaji dulu.

p/s : Bestnya jadi kanak-kanak :P


~ Baca Selanjutnya ~