Sabtu, 30 April 2011

Aku Kene Study


Malam ni aku kene study dan aku kene paksa diri aku untuk study. Paper Analog Circuit 2 pada Dua Mei bersamaan pada hari isnin ini. Aku masih lagi ada 3 paper dan akan habis peperiksaan pada 7 Mei ni.

Lepas habis 7 Mei pon aku akan jadi penin juga kerana kene fikir nak buat ape cuti selama 4 bulan yang bermula pada bulan 5 hingga bulan 9 nanti. Kalau nak diikutkan perasaan aku yang malas ni, aku hanya nak duduk rumah goyang kaki je sambil online dan update blog.

Tapi kadang-kadang bila fikir rasa tak seronok pula. Bimbang akan mengalami kebosanan yang melampau. Jadi otak aku bagi cadangan supaya bekerja di kedai Mak cik aku sebagai penjual topup dan aksesori telefon.

Kerja macam tu takde la serabut sangat dan aku boleh isi masa dengan menjaga kedai dan pada masa yang sama aku juga boleh online. Rasa dah tak sabar pula nak cuti 4 bulan ni dan aku sangat rindu pada masakan mak aku dan segala makanan yang ade di daerah Besut kesayangan aku tu.


Simpan dulu rasa lapar dan nafsu tu, yang penting sekarang ni adalah study... tata :)

Semalam aku pergi makan pizza bersama Ernie Musliana :)
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Bangga !!


Apa yang aku nak cakap kali ni merujuk kepada kejuruteraan sistem operasi komputer tapi aku hanya la nak cakap sesuatu yang umum dan mudah difahami oleh semua orang.

Sejak beberapa tahun ni rakyat Malaysia telah berjaya mengeluarkan sistem operasi komputer yang tersendiri ( Linux ) walaupon rekaan dan kod yang asal diambil daripada pihak lain dan ianya adalah sah kerana dunia sumber terbuka ( open source ) membenarkan penyalinan dan pengubahsuaian kod yang asal.


Adesss aku macam cakap benda yang rumit pula. Ok sebenarnya ape yang aku nak cakap adalah, ape yang kita cipta dan reka itu perlu mempunyai identiti yang menunjukkan produk itu adalah daripada idea dan usaha kita sendiri.


Jangan kita tiru 100% produk orang lain kerana nanti identiti produk buatan kita itu akan hilang dan bimbang tidak akan mendapat sambutan daripada pengguna. Ia akan menjadi lebih bagus jika dapat menambah sesuatu yang baru dalam produk kita yang tidak terdapat di produk lain.


Walaubagaimanapun aku berasa bangga kerana rakyat Malaysia semakin maju dalam bidang komputer dan teknologi. Sekarang kita bukan saja pandai menggunakan komputer malah kita sangat hebat menghasilkan komputer dan perisian yang dapat memberi kesenangan kepada semua.
~ Baca Selanjutnya ~

Dengki Tau !!

Selamat pagi !! Sebenarnya aku tak cukup tido kerana tadi tido lambat duk jalan2 ke blog Ben Ashaari yang mana die sendiri pon dalam pukul 3 pagi masih tidak tido. Aku jalan2 kat blog die sebab nak bace entri die yang lama untuk bagi aku idea tulis entri.

Pagi ni aku takde ape nak cakap sangat cume aku agak jeles dengan budak2 zaman sekarang yang kecik2 lagi sudah mempunyai handphone yang canggih. Baru je sekolah menengah dah ade telefon yang boleh touch screen. Tang mana dapat duit beli handphone tu pon aku tak tau tapi konpem la duit father and mother kan ?

Tapi tu semua aku tak berape nak kisah sebenarnye ( ayat cover ) . Lagipun diorang tu setakat main handphone yang kecik je, aku dulu masa umur 6 tahun dah pandai main komputer, tu pon dengan menggunakan Windows 95. Ha main komputer dengan main handphone mane lagi power ?

Ok ade ayat berunsur riak di atas. Kalau la budak2 zaman sekarang pakai handphone yang touch screen, nanti besar anak aku akan pakai handphone ape pula ye ? Adakah handphone yang mempunyai imej hologram 3d seperti dalam gambar Star Wars di bawah ?

Amboi aku dah jauh mengelamun sampai fikir handphone ape anak aku akan guna nanti. sepatutnya aku kene fikir untuk didik anak supaya menjadi insan yang baik dan beriman...

p/s : Study tak habis lagi ade hati nak fikir pasal anak :P
~ Baca Selanjutnya ~

Hilang ke Mane ?


Aku selalu juga tengok bloglist kat blog aku dan aku dapati setiap bulan pasti berubah. Maksud aku yang berubah adalah, kalau dulu selalu je nampak nama blog die post entri tapi sekarang dah tak nampak langsung. Keadaan macam ni berlaku untuk setiap bulan dan dengan blog yang berbeza.

Aku pon masuk la ke Dashboard dan usha blog yang aku follow yang dulunya sering publish post dan terpapar di bloglist aku. Bile aku klik je dan tunggu jap, yang keluar kemudian adalah " Blog Not Found " . Aiseh patot la dah lama x nampak entri rupa-rupanya blog pon dah takde.

Aku pon try la cek Dashboard tu dan ade la dalam belas-belas juga blog yang dah jadi Not Found. Aduss x sangka orang yang aku follow masa aku mula2 berblog dulu dah padam blog die dan sebab ape di padam aku pon x tahu. Mungkin ade sebab-sebab yang munasabah dan logik mengapa mereka buat macam tu.

Yang paling best pengalaman aku sebagai pemerhati di blog orang adalah mengenai hubungan cinta... Maksud aku masa die ni single, sangat aktif berblog. Tulis entri itu dan entri ini. Bile ade pasangan terus senyap dan x tengok blog. Pastu bile dah break kembali berblog dengan entri yang penuh syahdu dan perasaan... Haiyaaaa...

Hahahaha gile jahat aku buat pemerhatian, kang x pasal2 aku pula yang jadi macam tu. ngeee :)
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 29 April 2011

Kenape Compare ?

Hari ini pergi ke laman web Berita Harian dapat tengok pasal politik dan sumpah laknat serta bla bla bla.. Kalau pergi ke laman Harian Metro pula, mesti banyak pasal gejala sosial macam seks kat situ , seks kat sini, remaja itu dan remaja ini.

Nak bace paper online pon dah takde mood dan aku pon terus je blogwalking. Bace blog lagi best daripada bace paper tau. Aku sebagai seorang blogger yang baru dan masih terkapai-kapai dalam dunia blog ini sering melawat ke blog2 yang masih baru seperti blog aku juga.

Apabila sudah banyak kali melawat, aku baru perasan bahawa kebanyakan ( bukan selalu ) yang ditulis dalam entri adalah mereka sering membandingkan diri mereka dengan otai2 blogger dan ayat yang sering di jumpai adalah :

" Blog aku tidak la se-femes macam die tu "

" Bile la blog aku nak dapat ramai follower macam die "

Persoalan yang berada dalam otak aku, kenape perlu membandingkan diri sendiri dengan otai2 blogger ? Ape tujuan asal kau membuat blog ? adakah untuk bersaing dengan otai2 blogger atau untuk jadikan sebagai diari , tempat luah pendapat, pandangan dan perasaan ?

Aku pon x tahu nak cakap macam mana tapi lebih baik jangan compare diri dengan mereka yang otai. Bimbang nanti kalau hajat tu tak tercapai, maka kau berputus asa dalam dunia blog. Yang penting ingat la apa tujuan asal kau buat blog dan teruskan menggenggam tujuan itu.

p/s : Nasib baik aku x pernah compare diri aku dengan mane2 otai.. Kang x pasal2 jadi down :P
~ Baca Selanjutnya ~

Ape Punye Citer Ni ?

Bila mengadap facebook je, macam-macam ragam manusia boleh tengok. Yang paling best bile ade orang yang tuka nama asal kepada nama artis dan buat status yang agak mengarut. Aku pon jenis layan je dan bile bace status fake artis ni, rasa nak pecah perut pon ade juga.


Adesss status ape yang kau tulis ni wahai nora danish.. hahaha

Ok malam tak leh gelak sangat, nanti habis semua ilmu yang belajar hilang. Malam ni aku ingat dapat la merasa sejuk sket sebab petang tadi kan panas sangat. Rupa-rupanya bahang yang siang tadi pon masih terasa di waktu malam.

Tapi mujur la sekarang dah sejuk, yang aku rasa panas masa aku pergi dinner tadi. Jap tadi ade terbace entri yang best kat sebuah blog, die cakap pasal personal entri / personal blog x kan dapat sambutan kerana isi yang ditulis tidak begitu menarik dan membosankan.

Well bagi aku itu semua bergantung kepada gaya penulisan sama ada menarik atau pon tidak. Kalau blogger tu pandai memberi sentuhan dalam penulisan, cerita pasal ayam dan itik pon pasti akan jadi menarik untuk dibace.

Kalau betol pon x suke mengenai blog / entri personal, jangan la sampai tulis macam tu. Kesian pula bagi yang buat blog personal. Even aku sendiri pon lebih kepada personal tau... Tapi kalau memang dah tak suke jangan la bace dan tak payah la follow. kan ?
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 28 April 2011

Guru Besar Dibelasah

Tajuk muka depan surat khabar kosmo pada hari ini adalah Guru Besar di belasah oleh bekas guru. Ulasan berita pula memberitahu bahawa bekas guru tersebut sepatutnya menahan marah. First time kite fikir, kite akan cakap yang bekas guru itu sangat kejam kerana membelasah Guru Besar.

Tapi bile difikirkan dengan teliti, pokok takkan bergoyang kalau tiada angin yang meniup atau dengan kata lain, orang takkan marah kalau kite takde buat silap. Takkan la bekas cikgu tu tibe2 je nak marah dan belasah guru besar tu tanpa sebab kan ?

Lupekan hal belasah dan membelasah tu kerana aku sendiri ade pengalaman di belasah dan membelasah tapi takde la teruk sangat. Biasa la zaman kanak2 yang nakal, kalau gaduh je mesti bertumbuk lepas tu balik rumah nangis... hahahaha padan muka aku.

Tu pengalaman dibelasah, pengalaman membelasah orang yang sentiasa segar dalam ingatan aku adalah masa zaman tadika di mana aku menghempok kepala seorang budak nakal yang sama tadika dengan aku tu. Aku hempok kepala die dengan patung power rangers sampai patah patung power rangers aku tu.

Cikgu tadika pula sangat baik dan x marah aku hempok kepala budak nakal tu. Padan muka sapa suruh nak rampas power rangers aku. Balik rumah aku cakap kat ayah aku yang power rangers dah patah. Petang tu juga ayah aku beli yang baru.. sayang ayah aku !!!

p/s : Orang x kan marah dengan kita kalau kita x buat salah :)
~ Baca Selanjutnya ~

Tensen Panas

Dalam banyak-banyak perkara entri aku tulis, yang sering aku beritahu adalah mengenai kepanasan yang melanda di negeri Perlis, dan sekarang aku mahu tulis lagi mengenai negeri Perlis sedang mengalami musim panas yang teruk sampaikan pendingin udara aku pon x mampu mengeluarkan udara yang dingin akibat terlampau panas.

http://www.laymark.com/i/o/118.gif

Aku pon x tahu kenapa la Perlis ni panas sangat, nak kata negeri ini dilimpahi dengan hutan konkrit, itu sesuatu yang tidak munasabah kerana Perlis dipenuhi dengan pemandangan hijau yang menyejukkan mata dan juga sawah padi yang indah.

Bila cuaca panas macam ni, nak tido pon x seronok sebab nanti akan berpeluh semasa tido dan aku betol2 x suka. Buat masa ni aku hanya duduk di depan pendingin udara dan berharap udara menjadi dingin walaupun aku tahu ia tidak akan berlaku dalam situasi macam ni.

Secara tibe2 aku terasa nak makan Cendol Pulut yang sejuk itu. Dah agak lama aku x makan cendol pulut dan kalau dapat makan dalam cuaca yang panas ni mesti sangat best. Tapi tang mana nak cari cendol pulut? kat kolej kediaman unimap ni dah takde jual cendol. Dulu ade la juga jual dan aku sering beli kat situ tapi sekarang dah takde.

p/s: Perot tengah lapar ni sebab x makan lagi...
~ Baca Selanjutnya ~

SANTAI BEN ASHAARI : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Untuk info klik SINI

Kenape aku seorang blogger ? Seperti dalam segmen ben ashaari yang sebelum ni, aku ada beritahu bahawa tujuan asal aku membuat blog dan menjadi blogger adalah kerana aku ingin menulis masalah yang aku hadapi dalam hidup dan cuba menyelesaikan masalah tersebut secara bijak dan kreatif.

Tapi tu masa aku mula-mula buat blog. Sekarang ni kenape aku menjadi blogger adalah kerana aku ingin berkongsi pengalaman hidup aku sebagai seorang pelajar ipta, seorang computer addict, dan kadang2 aku berkongsi pendapat dan memberi pandangan terhadap sesuatu isu atau perkara dalam dunia ni.

Rasanya tu je kot... jangan lupa join segmen Ben Ashaari :)
~ Baca Selanjutnya ~

Can't Sleep

The time now is at 4.26 am and I'm totally wired in front of my laptop listening to the song that I haven't heard for a few days. Tonight I can't sleep very well because my body is like burning from the inside and all I felt right now was so hot.
http://www.laymark.com/i/o/48.gif

It's been some time for me not to stay in the dark and doing some chit-chat thing. That was the old time when I was so addicted with the chit-chat and the IRC ( internet relay chat ) . Now I got a new hobby that is blogging and blogwalking.

Talking about chatting, I really wonder how was my old chat friend doing now. Whether they are still having the chat thing or already move to something else and I didn't pay a visit to them for a long time at the chat room.

Right now I'm so busy with my study and after this semester end I think I will visit them at the chat room. Really hope they still hang out there so I can have a really stupid and funny chat with them. They always make me laugh with their joke. Chat world is fun and it is like you are communicating directly with people you like in a real time.

Thats all for this morning, I want to get some rest while listening to the music and maybe will do some blog-walking later...

p/s : Sorry for my broken english
~ Baca Selanjutnya ~

Politik Jijik !!!

Buka Firefox dan terus ke halaman Facebook. Setibanya di laman Facebook, yang banyak post adalah mengenai rakaman video seks ketua pembangkang part 2. Rupa-rupanya video lucah dah menjadi sesuatu yang umum untuk disebarkan di Malaysia selaku negara yang KONONNYA bergelar negara islam.
http://www.laymark.com/i/o/10.gif

Sungguh dahsyat dan jijik politik di Malaysia sampai rakyat dipengaruhi untuk melakukan penyebaran mengenai klip video seks. Aku tahu aku x layak pon nak kutuk itu dan ini kerana ilmu politik aku sangat jahil dan aku sangat sangat bersyukur kerana tidak diberikan minat untuk mengetahui hal politik jijik yang sedang berlaku sekarang.

Lupekan hal politik yang jijik tu kerana kali ni aku hanya nak sembang kosong je dalam entri ni. Sejak beberapa hari yang lepas, ade seekor kucing warna oren datang bertandang di rumah kolej kediaman aku dan kawan2. Kucing tu sangat sarat perutnya akibat mengandung.

Ape yang aku harap kali ni adalah kucing oreng tu tidak beranak di dalam rumah kerana nanti akan menyusahkan aku dan kawan2 yang terpaksa mencuci darah selepas kucing itu bersalin. Tapi semestinya anak kucing yang baru lahir itu sangat comel dan kiut je dengan mate yang masih terkatup rapat.
http://www.laymark.com/i/o/63.gif

Aku juga risau kerana apabila cuti panjang selama 4 bulan bermula, siapa yang akan bagi makan kepada kucing ini dan anak-anaknya ? aku pon tak tahu macam mana tapi rasanya semuanya akan ok je dan takde ape yang perlu dirisaukan.. Yang terakhir sekali, aku tak tahu kenape aku sembang pasal kucing ni. hahahaha

p/s : Sembang pasal kucing lagi best daripada sembang pasal politik jijik... :)
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 27 April 2011

Jalan2 Petang


Petang ni aku pergi jalan2 kat sawah untuk ambil angin petang. Dah lama aku x beriadah dan jalan kaki pada waktu petang. Biasanya kalau waktu petang, aku hanya duk dalam rumah sambil online atau pon dengar lagu.

Tapi hari ni cuaca di Perlis sangat panas. Walaupun hari sudah lewat petang, masih terasa bahang panas di dalam rumah. Jadi aku pon bercadang keluar daripada rumah dan ambil angin kat luar. Bile keluar je dapat lihat pemandangan di Perlis yang sangat cantik dengan kehijauan padi yang sangat luas dan dapat memberi ketenangan.

Aku pon berjalan kaki seorang diri merentasi sawah padi sambil melihat beberapa pelajar UniMAP yang lain berjogging dan ade juga orang kampung yang keluar berjalan-jalan dengan menaiki motorsikal.

Tadi aku hanya berjalan, ingatkan nak berjogging tapi aku hanya pakai selipar je. Rasa x best pulak jog pakai selipar yang longgar ni dan nanti x pasal2 dapat saket masa jog..

Lepas berjalan-jalan, aku pon singgah di rumah kawan aku dan mereka baru je nak bermain badminton di kawasan belakang rumah. Kat belakang rumah terlindung daripada angin, jadi best la kalau nak main badminton dengan gembiranya.

Kemudian aku menuju balik ke rumah dan sampai je kat bilik, roomate aku sedang lena pula. Ish lepas asar pon nak tido jugak ke ? eleh !!! aku ni pandai cakap je, kadang2 aku pon tido jugak lepas asar. hahaha..

p/s : buat entri pendek2 lagi best daripada yang panjang berjela sampai ke bawah. huhu
~ Baca Selanjutnya ~

Professional Blogger ?

Hari ni semua housemate aku bangun lewat. Maklum la semalam pulun sampai kaw2 exam Signal and System dan bile balik rumah terus penat dan tido. Kalau nak diikutkan plan aku pada hari ni nak basuh baju dan sambung study untuk next paper pada 2 Mei nanti tapi tape la petang ni rehat dulu dan malam nanti start study.
http://www.laymark.com/i/o/05.gif
Pagi buta tadi aku dah pun balas jejak kat sape2 yang berkunjung ke blog aku dan petang ni pula aku bercadang nak jalan2 ke blog orang lain pula. Dalam keseronokan blogwalking, aku sedikit kecewa kerana ade beberapa blogger yang sengaja berpuak-puak dalam blog.

Antara yang selalu dapat di bace adalah pengguna Wordpress berblog secara professional berbanding pengguna Blogspot. Bile aku bace, aku jadi sedih dan kecewa la juga. Kenape perlu sampai berpuak-puak dalam dunia blog yang kecil ini ?

http://www.laymark.com/i/o/21.gif
Sebenarnya yang menentukan professional ataupun tidak itu bergantung kepada gaya penulisan yang dapat menarik minat orang lain untuk terus membaca. Tak kesah la sama ada pengguna ape sekalipun, jika gaya penulisan sangat baik dan dapat menarik ramai orang untuk terus membace maka baru la dikira sebagai professional.

Jadi bak kate seorang kawan aku selaku seorang blogger juga, x usahlah kita nak berpuak-puak dalam dunia blog yang sangat kecil ini. Daripada sibuk melakukan puak yang tidak begitu membawa manfaat, ade baiknya jika mengasah bakat penulisan agar lebih ramai yang datang dan sudi membaca ape yang ditulis..
http://www.laymark.com/i/o/09.gif
p/s : Aku pon kene asah bakat penulisan jugak supaya menarik :P


~ Baca Selanjutnya ~

Aku Free Sekejap :)

Lama gile tak tengok blog aku ni. Dalam 2 atau 3 hari ni aku sibuk sikit dengan study sebab ade peperiksaan dan tadi aku baru saje habis paper yang ke 2 iaitu Signal and System. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik masa peperiksaan tadi :) . Paper yang seterusnya pula pada 2 Mei.

Walaupon masih lambat dan ade masa beberapa hari sebelum tibanya 2 mei, aku akan isi masa itu dengan sebaik mungkin supaya aku dapat cover topik yang aku kurang mahir. Haih bosan la cakap pasal strategi study ni. Hari tu da cakap pasal study, kali ni cakap pasal study lagi...

Sebenarnya malam ni aku takde ape sangat nak tulis kat sini. Saje masuk dan mahu Follow kawan2 yang dah follow aku sejak mereka datang daripada blog Ben Ashaari hari tu. Kalau x silap aku ada dalam 13 orang yang sudi follow apabila singgah ke sini dan sekarang masa untuk aku balas kunjungan mereka pula.

Tak sangka pula dalam masa 1 hari tu dapat 13 follower dan ramai yang singgah ke blog aku. Semestinya aku mengucapkan terima kasih banyak2 kat bro Ben Ashaari kerana membantu meningkatkan trafik blog aku. Lain kali kalau ade segmen mesti kene join lagi ni, baru leh up sket traffic.. huhuhu.

Ok la sekarang aku nak blogwalking dulu. Sejak beberapa hari x melompat di blog orang, rasa tak best pula tangan ni dan kotak shoutmix aku pon macam sangat ramai... Haihh penat jugak la malam ni melompat di blog orang.

p/s : Tibe2 rasa lapar lagi walaupon baru saje pulang daripada dinner... :P
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 24 April 2011

Ggrrr Milo Ais !!!!

Fuh petang tadi dah la tido agak lama lepas tu dalam pukul 4 baru nak lunch dan minum milo ais. Sebenarnya aku ni jenis x boleh minum milo ais. Kalau minum jugak, dalam kurang daripada sejam lepas tu akan jadi sangat mengantuk dan memang wajib nak tido.

Pukul 5 aku terus tido dan bangun pukul 7 lebih. Rasa geram sangat kat diri aku kerana pergi minum milo ais yang menyebabkan aku tido dan x study petang tadi. Sekarang dah ok dan dah banyak minum air masak kasi lawan kesan milo ais petang tadi.

Jap lagi aku nak study pula. Esok dah start peperiksaan kertas Micro Processor dan kepada pelajar unimap yang amik paper ni, aku ucapkan gud luck :) .. Kepada pengunjung yang datang daripada blog Ben Ashaari dan sudi follow ( ada dalam 12 orang follow ) , aku akan folow balik korang dalam masa yang terdekat. Minta maaf banyak2 sebab x sempat balas jejak akibat daripada musim peperiksaan.

p/s : kenapa badan aku beri kesan mengantuk terhadap milo ais ????
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 23 April 2011

Blog Pengemis ??

BLOG PENGEMIS ? Apa tu ? Haih bile blogwalking je mesti jumpa macam2 ragam entri. Ada yang puji, ada yang keji, yang kutuk sana sini pon ade dan yang paling bagus mesti la yang memberi ilmu atau kebaikan kepada orang lain. Tapi sayangnya blog yang memberi ilmu yang bermanfaat kurang mendapat sambutan berbanding blog yang banyak kritikan dan blog pasal politik JIJIK.

Lupekan semua pasal puji memuji dan kritikan serta Kejijikan yang ada kerana ape yang aku nak cakap ni sekadar la pendapat aku yang mana mungkin salah dan mungkin betol. Seminggu yang lepas ( kalau x silap aku la ) ade terbace pasal entri yang bertajuk Blogger Pengemis.

Tajuk die macam gempak je jadi terus la usha kandungan entry mamat ni. Dalam entri tu die bagitau bahawa banyak blog menjadi pengemis di internet kerana iklan yang ditayangkan menyuruh pelawat untuk klik. Contohnya " Klik la iklan " , " Jangan lupa klik di bawah " dan macam2 lagi.

Adoi !!! takkan la kerana ayat yang menyuruh pelawat klik iklan pon boleh menyebabkan blog itu di cop sebagai pengemis ? Kalau macam ni la pemahaman, nampaknya ramai la blogger ni sebenarnya pengemis.

Aku pon x pandai la nak memberi cadangan atau ape tapi kalau ye pon tak suke dengan ayat yang mendorong pelawat untuk klik iklan, jangan la sampai COP blog / blogger tu sebagai pengemis. Tu kan hak masing2 untuk mendorong pelawat klik iklan yang ade di blog mereka. Tak baik tau cop orang macam tu nanti orang akan cop kite dengan perkara yang x elok pula tau .. Mak aku selalu cakap macam tu... huhuhu

Bercakap pasal iklan pula, aku pon dah beralih daripada Nuff kepada Advertlets. Kenapa aku beralih adalah kerana aku x mahu bazirkan trafik yang datang ke blog aku. BE dah la x dapat lepas tu nak tunggu orang klik iklan Nuff memang susah skang ni. Jadi aku ambil alternatif lain dengan menggunakan Advertlets yang mane income bertambah berdasarkan impression. Maksudnya kalau pelawat / page views blog tu tinggi, maka meningkat la income. huhuhu.
~ Baca Selanjutnya ~

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Untuk info, klik SINI

Ok skang nak jawab soalan daripada bro Ben pula. Siapa yang mempengaruhi anda membuat blog ? Sebenarnya takde siapa2 pon yang mempengaruhi atau memberi cadangan supaya aku membuat blog. Tujuan asal aku membuat blog adalah untuk menceritakan masalah yang aku hadapi dalam hidup dan dari situ aku akan cube selidik masalah tu dan cuba untuk selesaikan. Tapi masalah tak datang kat aku pada tiap hari jadi aku tuka blog ni kepada sesuatu yang peribadi yang aku tulis mengenai Aktiviti harian sebagai pelajar UniMAP, perasaan aku, kadang2 makan dan minum, sesuatu yang berkaitan dengan komputer.

Soalan seterusnya pula, Siapakah sumber inspirasi anda ? First time aku agak ketagih bace blog adalah blog Kekasih aku dan masa tu aku tengah jadi Stalker kepada die. Lepas tu bile aku ada blog sendiri, aku jadikan blog kekasih aku sebagai tempat rujukan atau inspirasi untuk mencari idea berblogging. Sampai sekarang aku masih guna style blogging die dan memang die merupakan sumber inspirasi aku.

p/s: Jom Join :)
~ Baca Selanjutnya ~

Kali Pertama Berlaku.

Ha ah seperti tajuk di atas, ini kali pertama berlaku dalam hidup aku. Lepas je aku habis present dan hantar laporan projek petang semalam, segala keserabutan dan tension di kepala otak aku berlalu pergi dan aku rasa begitu senang hati.

Tapi kesenangan dan lapang yang aku rasa hanya sekejap je kerana kurang daripada 1 jam lepas daripada aku keluar daripada makmal, aku rasa badan aku sangat sakit di otot dan tibe2 rasa penat yang amat sampai membuatkan aku jadi tidak bermaya.

Masa minum kat kedai lepas pulang daripada makmal, ape yang aku rasa sangat mengantuk dan sakit badan dan ia berlaku kurang daripada 1 jam. Biasanya kalau nak datang sakit macam ni, die datang secara beransur-ansur dan takde datang secara mengejut macam ni.

Aku sampai di rumah dalam pukul 6 petang dan terus landing sekejap sambil fikir nak bangun pukul 8 untuk mandi, solat dan study. Bile aku sedar dan terjaga je daripada tido, aku bangun tengok jam kat laptop dan jam menunjukkan pukul 2.45 minit PAGI !!! Pukul 2.45 pagi baru aku bangun dan terus capai towel untuk mandi manda segarkan diri dan Qada ape yang tertinggal.

Lepas semua dah selesai, aku tengok kat henset pula dan ade 5 sms daripada my Love Ernie, 7 misscall dan 2 misscall daripada emak, dan 1 sms sesat yang entah datang daripada siapa. Mesej sume aku da padam dan sekarang aku berasa sangat lapar. Nak pergi makan, da pukul 3.48 Pagi tapi ade je kedai yang buka lagi kat kuala perlis ni.

Kalau aku rasa nak g makan jap lagi, mungkin aku pergi juga kot. Kat bawah pulak gambar yang diambil oleh kawan aku. Orang tengah sibuk siapkan kemasan projek kali terakhir, die amik gambar pula.. kan da kene jelir tu.


~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 22 April 2011

Teh ais 3 Lapis ?

Alhamdulillah full report dah siap buat dan sebanyak 16 muka surat untuk laporan mini projek kali ini. Sebenarnya aku dah siap buat laporan dari tadi lagi cuma baru sekarang nak tulis kat blog. Pagi ni dalam pukul 9.30 aku pergi makmal untuk kerja kemasan kali terakhir sebelum pembentangan pada waktu petang nanti.

Dan sekarang aku baru saje pulang daripada makmal. Pasal projek x yah citer la ye, bukan menarik pon untuk dibaca, buat tambah pening kepala je. Ok semalam lepas siapkan laporan projek, aku pergi minum2 kat 1 kedai ni. Kawan aku ada la order air teh 3 lapis dan aku x pernah pon dengar nama minuman macam tu.

Sampai je minuman kat meja, camni la rupa teh ais 3 lapis tu.

Comel kan rupa minuman ni.. Rasa die tak yah cakap ah.. Memang masyuk ah dan sangat sedap woooo !!! Tapi aku x order pon, aku cube sket je yang kawan aku.

Lepak2 kat kedai sampai pukul 3 pagi dan lepas tu aku pun pulang la ke rumah. Sampai di rumah, aku sangat terkezut melihat gelagat kawan aku yang sangat pelik seperti dalam gambar di bawah..

Bleckk jangan la tido atas meja tuu... aku tau la tensen dan pressure dengan exam tapi jangan la sampai tido atas meja... :D

Ok la mahu siap2 n mandi sebelum semayang jumaat... :)
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 21 April 2011

Sembang Biasa

Aku baru je balik daripada makan sebab hari ni tak makan langsung lagi dan tadi makan nasi kandar kat kuala perlis. Nasi Kandar yang aku makan tadi sangat sedap tapi sayangnya sangat mahal dan kene RM 8 berlaukkan ayam goreng dan daging serta teh ais.

Lain kali x nak makan kat tempat tu lagi dah. Masa aku tengah makan tadi, ada tengok kanak-kanak yang sedang bermain bola. Bile tengok diorang main, aku macam teringat pula zaman kanak2 aku. Bermain dengan riang dan tak perlu fikir perkara yang serabutkan kepala.

Haa tu zaman kanak2 yang penuh riang dan gelak ketawa tapi sampai bile mahu menjadi kanak2 ? dunia semakin hari semakin mencabar dan semangat yang tinggi amat diperlukan dalam mengharungi arus dunia yang penuh dengan pancaroba. Pergh ayat aku macam tengah tulis karangan bahasa melayu je ni...

Kembali pada ape yang aku nak buat pada malam ni, aku kene siapkan laporan penuh mengenai projek Digital Stopwatch aku dan lepas je habis siapkan laporan dan pembentangan pada esok hari, maka bole la aku mengulangkaji pelajaran dengan tenang.

Ok la mahu mandi manda dan berehat sekejap. Lepas tu buat laporan penuh dan kalau sempat habis awal, akan update blog pula..
~ Baca Selanjutnya ~

Gud Luck :)

Alhamdulillah hari ni rasa agak lapang sikit kerana kerja banyak dah siap dan cuma ada 1 lagi repot projek yang perlu di buat. Esok pula pada waktu petang akan ada pembentangan projek di makmal dan projek aku pon dah siap dengan jayanya. Bile aku lapang, aku jadi sangat gembira dan mood pon jadi elok je.

Oh ya esok juga UniMAP dah mulakan peperiksaan kertas ElectroMagnetic Theory dan kepada pelajar2 kejuruteraan komputer, aku ucapakan selamat menduduki peperiksaan dan Gud Luck :) Aku punya kertas yang pertama pada hari isnin ni dan rasa agak saiko jugak untuk amik peperiksaan kertas micro Processor.

Tapi saiko atau pon tidak kene la duduki jugak. Lagipun hanya peperiksaan je dan takde ape sangat yang perlu ditakuti. Pukul 3 jap lagi ade kelas tambahan pula. Mungkin pensyarah nak bagi tips untuk jawab peperiksaan dan kene la hadir ke kelas jap lagi kalau mahu tips :)

Mahu siap2 dulu. tata

p/s : Alhamdulillah kepala dah x serabut sangat..
~ Baca Selanjutnya ~

Nervous bila Presentation

Rupanya bukan senang nak cakap di hadapan orang ramai dan menunjukkan keyakinan yang mantap. Apabila disuruh membuat pembentangan di hadapan kawan-kawan sekelas, perasaan gementar tu tetap ada walaupon pembentangan tu dilakukan di hadapan rakan-rakan sekelas.

Apabila beberapa soalan di tanya kepada beberapa individu yang mahir dan tidak berasa gementar sewaktu membuat pembentangan, jawapan mereka adalah " Kalau dah buat banyak kali, x nervous la " dan " Buat rileks dan buat tak tahu je, Cakap je ape yang ade " .

Jawapan mereka cukup mudah dan ringkas tapi bagi yang tak biasa tetap akan mengalami perasaan gemuruh apabila kene buat pembentangan. Aku sentiasa nervous setiap kali ade pembentangan tak kire pembentangan tu mengenai selamba atau serius.

Kalau boleh aku nak hadapi masalah ni dengan bijak dan jika x mampu nak hilangkan kesemua perasaan gementar tu, dapat kurangkan pon dah kira ok. Aku pernah cube satu teknik iaitu memegang / menggenggam sesuatu sewaktu melakukan pembentangan dan teknik ni agak berkesan juga kerana perasaan gementar aku berkurangan akibat otak tengah fikir benda yang di genggam di tangan tu.

Tapi teknik ni membuatkan aku x berape nak bebas kerana sebelah tangan terpaksa menggenggam dan kalau la masa tengah present tu tibe2 tangan yang menggenggam tu terangkat, nampak macam aku tengah angkat penumbuk pula nak bagi kat orang. huhuhu.

Jadi kalau ade sesiapa yang tahu macam mane nak kurangkan perasaan gemuruh sewaktu membuat pembentangan, boleh la kongsi2 tips sket. :)

p/s : Kadang2 aku shaking. hahahahaha
~ Baca Selanjutnya ~

Mungkin tu Anjing

Dah pukul 4.30 pagi masih lagi tak tido. Tadi duk buat esaimen Analog yang bentuk soalan macam final exam. Lepas habis buat kerja, duk bersembang dulu dengan rakan-rakan sekelas mengenai banyak topik antaranya pasal blog, wireless transmission, astro dan internet, dan macam2 lagi.

Oh ya tadi aku buat kerja kat rumah kawan aku. Jadi masa nak balik ke rumah tadi, aku lalu la ikut kawasan jalan yang gelap kat Kolej Kediaman UniMAP ni. Jalan dah la agak gelap lepas tu sunyi pula sebab dah pukul 4 pagi, sape lagi nak lalu masa ni kan ?

Aku pon jenis gatal kaki sangat nak lalu jalan tu tapi dengan menunggang moto la. Kalau jalan kaki memang jangan harap la aku berani lalu kat jalan yang gelap tu. Ok balik pada cerita asal yang aku nak cerita, masa aku lalu jalan tadi dengan moto dan aku bawak dengan perlahan je.

Sampai di satu selekoh, aku terpandang la kat sebelah kanan sebab ade bunyi yang menarik perhatian aku. Masa tu memang gelap la, hanya lampu motor je yang ade dan aku pon pandang la kat sebelah kanan aku tu.

Bile aku tengok tu, macam seram pon ade jugak tapi aku x nampak dengan jelas ape yang aku lihat. Ape yang aku nampak samar-samar dalam gelap tu macam ade 1 badan hitam yang seolah-olah sedang gali tanah tapi aku x tau la die gali atau buat ape sebab aku pandang sekejap je dan terus takot.

Aku pon terus habis pulas minyak motor sampai bising bunyi dan berlalu dari situ dengan cepat. Sampai di rumah aku cube fikir yang benda tadi tu adalah anjing hitam yang sedang mencari makanan. ( Saje nak sedapkan hati ).

Sampai di rumah aku x citer kat sape2 dan terus ngadap laptop... Mahu blogwalking jap... tata :)

p/s : harap2 yang aku nampak tu adalah anjing je... huhuhu
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 20 April 2011

Luahan Tension

Beberapa hari ni kepala aku jadi serabut sangat. Ditambah lagi dengan esaimen, keje dan study yang sangat banyak sampai selera untuk makan dan tido pon terganggu dengan teruk. Aku dah tak tahu nak luah kat mane sakit kepala aku ni jadi aku tulis la entri ni.

Biasanya kalau ada masalah, kite akan berkongsi atau luahkan kepada orang yang rapat dengan kite seperti ibu bapa atau kawan2 tapi aku ni pelik sikit. Segala masalah yang aku alami tak pernah atau boleh kate sangat jarang untuk diluahkan terutama sekali kepada ibu bapa.

Aku lebih suka pendam masalah dan hadapi sorang2. Kalau tension pon maknanya tension sorang2 je la jawabnya dan padan muka aku. huhuhu... Sebenarnye aku tak tension dengan peperiksaan tapi dengan keje yang sangat banyak dalam study week ni.

Kadang2 yang buat aku paling serabut adalah bila orang tak paham yang aku sangat sibuk. Aku gagal kawal emosi bila tengah serabut dan kalau ade yang terluka di hati sebab aku gagal mengawal emosi, aku minta maaf banyak2. Cume tolong la paham yang aku betol2 sibuk. Lepas habis sume ni insyaAllah akan kembali seperti asal dan emosi aku akan stabil balik.

Pada yang drop link di shoutmix pula, aku minta maaf banyak2 sebab buat masa ni memang tak sempat nak balas jejak. Aku dah letakkan 2 shoutbox kat page tu supaya boleh tengok dan balas balik jejak anda semua. Nanti kalau free akan ku balas balik jejak anda semua.

Kepada Uncle yang selalu berkunjung ke blog ni, saya nak ucap selamat kembali :) Dah lama x berkunjung ke blog Uncle di SINI dan kali terakhir masa nak pergi sana, tibe2 ade keluar Blog not Found. huhuhu...
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 18 April 2011

Study Ye Firdaus !!!

Petang tadi aku ada buat assignment Electromagnetic Theory dan alhamdulillah berpandukan nota kawan, ada beberapa formula dan teori dapat aku paham. Sebelum ni dalam kelas memang x paham pun. Bukan susah sangat pun sebenarnye, aku je yang malas nak ulangkaji lepas habis kelas.

Lepas habis buat assignment lewat petang tadi, aku ingat nak pergi riadah atau pon pergi ambil angin kat tepi sawah sambil melihat pelajar-pelajar UniMAP berjogging dan bersukan. Tapi aku x pergi jugak riadah sebab duk baiki pendingin udara yang macam ada masalah.

Baiki punya baiki akhirnya elok juga pendingin udara aku tu. Sampai basah badan aku berpeluh duk baiki pendingin udara tu dan nasib baik la xde masalah teruk sangat. Buat masa sekarang ni memang aku x lepak dalam bilik dan atas katil tapi duk kat bahagian meja untuk study. Cam x caya je tibe2 semangat nak study tu datang. hak3

Dalam pukul 8 lebih jap lagi nak sambung study lagi tapi tak tahu nak study ape. Tapi sekarang ni aku tengah lapar walaupon petang tadi dah makan nasi bersama ayam goreng. Malam ni mungkin aku dinner lewat sikit kot dan terpaksa la aku tahan lapar sekejap.

Ok mahu blogwalking 10 minit dan kemudian terus beredar daripada katil dan laptop ni.. :)
~ Baca Selanjutnya ~

Syukur

Alhamdulillah sekarang ni self motivate dah hadir dalam diri aku secara tibe2 dan semangat nak belajar tu tinggi. Mahu makan dan sambung study jap lagi. :)
~ Baca Selanjutnya ~

Tensen Makmal

Aku baru je balik daripada makmal micro processor dan sepanjang berada dalam lab tadi, rasa tensen dan geram menyelebungi diri. Aku geram kerana kebanyakan lcd display yang ada dalam makmal tu rosak dan masa aku dihabiskan dengan cuba mencari lcd display yang berfungsi dengan baik sebelum menambaiki program yang aku buat.

Dengan tibe2 aku rasa seolah-olah aku ni sekadar bakal technician yang hanya pasang dan mencuba alatan elektronik yang ada dalam makmal tadi, bersusah payah mencari lcd yang befungsi. Semua ni gara-gara banyak sangat lcd display yang rosak tapi nasib baik pensyarah aku ada bagi alatan ganti tadi.

Hasil berkat sabar mencuba dan mencari, hari ni ada juga perkembangan dan projek digital stopwatch aku menghampiri 100% siap. Jap lagi ade kelas lagi sejam pada pukul 2. Mahu bersiap dulu... :)
~ Baca Selanjutnya ~

Aku Kurang Bersenam


Hari ni aku bangun awal sikit berbanding hari-hari yang sebelum ni kerana pukul 10 pagi jap lagi ade lab micro processor dan juga ada test lab. Sebelum pergi ke makmal, sempat lagi blogwalking jap dan buat satu entry. Sepatutnya pagi ni aku pergi main badminton dengan beberapa orang lagi kawan-kawan aku tapi lupa pula yang hari ini ade lab.

Cakap pasal badminton, aku rasa dah agak lama aku x keluar bersenam menyihatkan tubuh badan. Rutin harian aku merupakan yang tidak sihat kerana makan sangat banyak dan hidup depan komputer je. Kadang-kadang tu ada la juga pergi riadah dengan berjalan-jalan ambil angin di sekitar negeri Perlis ni.

Tapi sekarang ni aku dah jaga pemakanan dan takde makan banyak sangat. Badan aku pon dah susut sikit akibat kurang makan dan terlalu serabut memikirkan banyak perkara di UniMAP ni. Takpe lepas habis semua exam, aku nak rileks lama sikit sepanjang cuti 4 bulan dan perancangan untuk isi masa selama 4 bulan tu pon masih takde.

Kalau duk rumah, mesti mak aku suruh lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh pada setiap petang. Mak aku ni atlit dulu, jadi bile die tengok aku ni jenis malas bersenam mula la suruh aku pergi jog sana sini. Nak taknak terpaksa la aku keluar waktu petang untuk melakukan aktiviti. Kalau aku malas nak jog, aku sekadar jalan2 di tepi pantai kat rumah aku.

Aku nak bersiap dulu sebelum pergi lab jap lagi. Balik nanti kene study pula sebab study week dah masuk sekarang ni. Kalau dah bosan dan tensen dengan study, aku blogwalking pula untuk rehat minda jap lepas tu sambung study balik..

p/s : Badan makin lemah akibat kurang bersenam. x leh jadi ni :|
~ Baca Selanjutnya ~

Kurang update


Trafik blog menurun sejak kebelakangan, Sape suruh x update entry yang menarik dan x blogwalking sangat. Peperiksaan dah makin hampir tapi yang duk amik kesah adalah trafik blog pula. Dalam masa 3 minggu ni aku akan kurang update blog sebab nak tumpu pada exam yang agak killer pada semester ni.

Selain kurang update, blogwalking pon mungkin jarang aku lakukan dan kalau sempat mungkin ade beberapa blog yang aku lawati. Ceewaahh aku bagitau sume ni macam orang penting plak. Pada hal saje je syok sendiri tak tentu pasal.

Esok ade labtest Micro Processor pula pada pukul 10 pagi. Nasib baik pukul 10, kalau awal macam 8 pagi tu konpem mate masih berat nak buka untuk pergi ke lab. Buat masa ni aku memang takde idea langsung ditambah dengan rasa dahaga yang amat. Rasa macam nak pekena milo ais atau nescafe ais je malam2 macam ni.

K la mahu buat kerja dulu. Wish me luck for micro processor test tomorrow :)
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 17 April 2011

Padan Muka Aku


Padan muka aku. Test Analog tadi takleh jawab. Sapa suruh malas sangat study sampai nak jawab test pon x mampu. Kalau test pon dah x mampu nak jawab, macam mana nak hadapi kertas analog 2 minggu lagi ? Padan muka dan Padan muka. sedar la diri sikit wahai Muhd Firdaus.

Ok sory emo sket, ape yang aku ckp tu sekadar nak motivasi diri sendiri yang masih lalai dalam mejalankan tanggubjawab sebagai seorang pelajar di UniMAP, Perlis. Dalam suasana blogwalking tengah hari tadi, ade terbace 1 entry daripada Wordpress Blogger.

Beliau ni macam banyak buat perbandingan antara blogspot blogger dan Wordpress blogger. Antara yang beliau sebut adalah:

- Wordpress blogger ni ramai terdiri daripada otai2 dan shortform jarang digunakan dalam blog mereka

- Kebanyakan Blogspot blogger ni suke tulis sesuatu yang emo dalam entri dan personal entry tidak berapa menarik

- Blogspot Blogger ni suke mencari populariti

- Wordpress blogger suke share ilmu dalam entri mereka dan tidak kedekut dalam berkongsi pengetahuan.

Tu antara hujah yang diberikan oleh mamat tu, kalau nak list sume dah tak ingat dan Link ke blog die pon dah hilang entah ke mane. Walaupon ade beberapa point yang die cakap tu betol dan tepat tapi die sepatutnya tak membandingkan antara Blogger blogspot dan Wordpress.

Masing2 ade kelebihan dan minat yang tersendiri dalam menulis blog. Tak kisahlah blog tu menarik atau tidak, Bermaklumat atau tidak, bosan atau menarik, yang penting isi dalam blog mereka tu tidak membawa kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

Jadi tak payah duk serabut kepala duk banding antara blogger tu dan blogger ni, teruskan berblogging macam biasa dan hormati hobi dan minat orang lain :)

p/s : Saya lebih suka Blogspot berbanding Wordpress :P
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 16 April 2011

Penat + Study


Segmen Ben Ashaari dah pun join walaupon aku tak pernah pon jawap soalan yang die bagi dalam segmen. Tapi komen tu ade la jugak bile ade entri yang menarik perhatian aku. Ok semalam ade buat pasal entri Geli Iklan Nuffnang dan ramai yang salah paham mengenai entri tu.

Ada yang kate entri tu melucas, sebenarnye aku bukan maksudkan benda lucas tapi sesuatu yang meloyakan seperti *Shit . Tapi mujur la jugak ade beberapa orang yang faham ape yang aku maksudkan dalam entri tu.

Minggu ni UniMAP dah start study week dan aku masih terkapai-kapai untuk tidak study lagi. Lagipun esok ade test Analog 2. Nak masuk study week pon masih ade test lagi tapi bagus la jugak sebab kalau takde test, memang x kan study la jawabnya.


Petang tadi aku sangat penat dan masa waktu maghrib, aku mandi sambil letakkan kepala bawah siraman air. Masa mandi tadi, aku rasa aku terlelap sekejap kerana tibe2 aku terdengar ade kawan sebut nama aku.


Sekarang dah segar bile lepas mandi dan jap lagi kene study. Esok petang ade test Analog 2 and wish me luck ok ?
~ Baca Selanjutnya ~

BEN ASHAARI GEGAR LAGI !!


Walaupon tiap kali soalan yang diajukan aku x jawab, Tapi aku nak join lagi. :D
Untuk info klik SINI
~ Baca Selanjutnya ~

Geli Iklan Nuffnang

Tadi masa usha blog ade nampak iklan nuffnang macam kat bawah. Aku tengok macam ade benda yang x kena je dengan iklan makanan kat bawah ni. Camana nak kate ye ? emm sebenarnye gambar kebab 2 ketul yang panjang tu agak menggelikan aku la.

Aku tak tahu la kenape mata aku nampak kebab tu tidak menyelerakan. Mungkin kerana rupa die yang panjang tu kot. Kalau die buat bulat macam daging beger tu mungkin aku jadi berselera.

Cube pandang gambar iklan tu jauh2... nampak macam ape ye ? Malas la nak tulis kat sini tapi memang agak meloyakan la. Otak aku tak tafsir 2 ketul kebab tu sebagai daging kebab sebab rupa die sangat pelik...

Anyway takde ape sangat pun, saje nak merepek je ni. Harap2 nuffnang x marah aku duk komen iklan company die. hak2

p/s : Pasal iklan ni pon nak kecoh :P
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 15 April 2011

Follower 2 Ribu

Tadi waktu petang ade terlelap sekejap, maklum la cuaca yang panas terik di Perlis tibe2 jadi mendung dan hujan pon turun dengan lebatnye. Lepas tu tibe2 terjage daripada terlelap dan fikiran agak mamai sket.

Bangun je terus capai laptop dengan keadaan mata yang agak sepet. Bile dah depan laptop, mesti la kene lawat blog ni dulu. Mane la tau dapat banyak komen ke, Traffic blog tinggi ke atau macam2 lagi la.

Bile dah siap loading, tengok kat Follower dah mencecah 2001... betol !! 2001

2001
follower :D

Rasa agak terkejut dan x percaya jugak la bile tengok angka yang besar tuh. Disebabkan aku x percaya dengan angka yang dilihat tu, aku gosok mate aku laju2 dan tengok semula angka tadi.

Rupanya angka sebenar adalah 201 je. Ni mamai punye pasal la sampai angka 2 ratus pon boleh jadi 2 ribu. Anyway Follower dah sampai 200 pun dan nak ucap terima kasih banyak2 yang sudi follow tu :)

p/s : Bile la agak2 nak cecah 2000 tuh ? hahaha mimpi je kot :P
~ Baca Selanjutnya ~

Saje aku nak FIKIR


Punye la lama dah x tengok tv dan baru semalam je rasa nak tumpu dan menikmati rancangan di tv. Sebelom ni waktu makan ade la jugak tengok tv tapi takde la tumpu sangat, lebih baik tumpu kat makanan lagi best.

Semalam masa tengah dinner, ade tengok citer 360 kat tv3 tu. Alaa citer pasal laporan jenayah dan operasi yang dilakukan oleh polis2 di negara Malaysia ni la. Dalam banyak2 laporan tu, ade beberapa yang dapat menarik perhatian aku dan membuatkan aku berfikir sejenak.

Mula2 pasal 1 premis ni yang dah 5 kali diserbu tapi masih lagi buat kerja macam biasa. Kerja ape yang premis ni buat, aku x ingat dah tapi kalau dah kene serbu tu mesti la kerja yang tak elok kan ? Aku cuma heran je walaupon dah 5 kali diserbu tapi tiada tindakan di ambil. Nape jadi macam tu ? adakah disebabkan polis ni kawan kepada pemilik premis jadi tiada la tindakan. Ape2 pon tu hanya la fikiran aku dan takde tunding jari kat sape2 :)

Pastu pula laporan pasal sekatan jalan raya dan operasi ape tah tapi melibatkan jalan raya gak la. Huuiii kalau tengok semalam, gile banyak operasi di jalan raya yang melibatkan sekatan dan macam2 tindakan lagi. Boleh kate hampir semua jalan raya di Malaysia ni polis nak wat sekatan dan operasi.

Amboi rajinnya buat operasi dan kenekan saman kat orang lain ye. Memandangkan PRU dah makin hampir jadi kene la kumpul duit menyaman orang dengan pelbagai jenis saman termasuk saman ekor yang sememangnya looser. Ni pon hanya la fikiran aku je :)

Kalau salah ape yang aku pikir tu, maknanya salah la. Bukan semua yang kita pikir tu betol kan ? tapi korang pon boleh pikir jugak :P
~ Baca Selanjutnya ~

Minggu Tension


Minggu ni gile sibuk dan tension. Lepas tu pulak dalam study week pon masih ade test , repot projek, present projek dan macam2 lagi. Kalau study week pon masih sibuk, tang mana nak study ? Ditambah lagi dengan masalah peribadi yang tah ape2 sekarang membuatkan fikiran hampir buntu. Rehat tak cukup, makan x selera, tido x lena dan banyak lagi yang aku alami minggu ni.

Walaupon fikiran dah jem, mujur la tadi ada roomate matrik post kat fb dan mampu membuatkanku senyum.

" ko da tgk belom battle los angeles?sedap shit weyh!! xlama kluar fast n furios baru-FAST FIVES harap dapat tgk skali hehehe "

Haha ayat yang penuh semangat daripada beliau dan aku tau die pon rindu nak tengok wayang same2 aku dengan muke excited dan kagum terhadap filem kategori Action. Kami memang penggemar cerita action, bile tonton je mesti dapat rasa adrenalin seolah-olah kami pula yang ada dalam cerita tu.

Sekarang malas nak citer pasal masalah yang serabut. Yang penting hepi dan cube siapkan ape yang patut secara perlahan-lahan. Kawan2 sume pergi mandi kolam air panas untuk lepaskan tension dan merehatkan badan sebelum minggu peperiksaan tiba. Aku pula duk kat rumah mengadap laptop dan bace blog je...

p/s : suke banyak masalah dan kerja sebelum menghadapi cuti yang panjang 4 bulan nanti :)
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 11 April 2011

Rindu Kawan Matrik

Bab update blog sangat rajin, kalau semangat nak study tu entah sampai ke tua pun x muncul lagi. Setiap hari tak tahu la ape yang dibuat sampai jadi pemalas macam ni. Self motivate langsung takde dalam diri, macam mana la nak berjaya kalau terus macam ni.

Malas la nak cakap pasal study. Skang sangat takde mood dan sangat rindukan teman sebilik sewaktu di Matrik dulu. Tadi baru je lepas sms dengan rumet kat matrik, ada tanya khabar, study macam mana, dan sama-sama rindu ( kami bukan gay ye ).

Walaupon zaman matrik hanya setahun tapi masa tu la sangat hepi kerana ade rakan sebilik yang sangat hapening, sama hobi, lepak same2 dan bole share hampir semua perkara dengan die. Kini berjauhan dan dah lama x jumpa dengan die. Tadi masa sms die ade tanya bile nak datang jalan2 KL ni dan insyaAllah kalau ikut perancangan, Freaky akan ke KL pada hujung Mei ni untuk ketemu dengan die.

Kepada 2 orang rakan sebilikku time matrik, siyes aku rindu korang. Teringin nak g jalan2 bersama, cari kedai makan dan komen masakan, tengok wayang kemudian excited bile ade scene action yang best, sembang2 bengong sket, gelak ketawa, gunting rambut aku, layan lagu same2 dan macam2 lagi.

Setahun di matrik bersama korang memang pengalaman berkawan paling menarik pernah aku alami dalam hidup. Tunggu aku datang KL ye hujung bulan 5 nih.
~ Baca Selanjutnya ~

Saudara-mara di FB

Biasanya kalau di FB, ada ramai yang add saudara-mara, adik beradik dan juga ibu bapa dalam senarai rakan mereka. Tapi bagi Freaky, jangankan saudara mara, adik beradik pon tidak akan di approve dalam senarai rakan kerana memang tak suka bila ada ahli keluarga atau saudara-mara yang tahu ape yang Freaky buat di dunia maya ni.

I'm not talking about privacy coz u guys already know that I never respect privacy on the internet and my Fb profile never set to private. Semuanya di set kepada anyone can view.

Ahli keluarga atau saudara-mara lebih mengenali kita sejak dari kecil berbanding rakan2 yang lain dan salah satu sebab utama kenapa x mahu add ahli keluarga atau saudara-mara adalah kerana Freaky mempunyai personaliti yang lain bila berada di dunia maya. Kalau kat luar macam tu, dalam internet jadi lain dan kalau ada saudara-mara yang jadi rakan , mesti mereka ni banyak komen itu dan ini.

Biasanya yang ramai add ahli keluarga ni terdiri daripada perempuan dan lelaki pula kadang2 tu ada la seorang dua yang add sebagai adik, kakak atau abang. Jadi Freaky nak tanya la ape feel korang bile add ahli keluarga atau saudara-mara ni ? perilaku korang terbatas x ? atau just be yourself n buat tak tau je ?

p/s : Ntah pape je topik entri ni. :D
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 10 April 2011

Senyum :)

Bila buka Fb je dapat tengok gurl yang senyum dengan menggelembungkan pipi, buka tagged pon dapat senyuman yang sama, buka Twitter pon macam tu jugak, buka blog lagi la makin menggelembung pipi tu.

Mungkin jadi trend kot wat senyuman menggelembungkan pipi camtu. Freaky pon ade nak tayang gambar Freaky senyum macam diorang gak... amacam ok x ?
hahaha gile tol

Muke bajet yang melampau.
Sape yang nak lempang muka ni, amat dialukan.
~ Baca Selanjutnya ~

10 April 2011

Hari ni semua rancangan spoil. Kononnya nak bangun awal, basuh baju, makan2, buat itu dan buat ini semua x menjadi. Bangun je pon dah lewat sangat, sape suruh tdo pukul 7 tadi dan akibatnya memang bangun lewat la. Tapi ade jugak beberapa perkara yang sempat dibuat tadi macam tukar cadar baru, kumpul pakaian untuk dibasuh dan tambah air kat pendingin udara.

Pendingin udara yang Freaky gune ni macam ada masalah sket. Kualiti air di Perlis yang agak kotor menyebabkan debu2 dalam air tu bertakung di dalam tangki pendingin udara. Akibatnya saliran air tu tersumbat dan udara yang sepatotnye dingin sudah tak berapa nak dingin. Tapi mujurlah cuaca di Perlis hari ini x panas sangat dan tadi sudah baiki dan buang ape yang tersumbat.

Jap lagi nak keluar dengan my Love Ernie Musliana. Oh ya hari ni langsung x makan ape lagi jadi keluar jap lagi mesti la pergi makan2. tata :)
~ Baca Selanjutnya ~

Ragam Musim Peperiksaan


Entry ini dibuat sambil makan roti bakar 2 keping. Akibat tersangat la lapar, Freaky sedang mengalami proses tangan dan kaki yang ' shaking ' . Jap lagi nak sambung tdo balek dan pagi nanti nak basuh baju. Kalau rajin, lepas basuh baju tu nak study pulak. Peperiksaan dah makin hampir dan cuma tinggal 2 minggu je lagi.

Biasanya bila musim peperiksaan dah makin hampir, banyak gejala2 dan simptom yang pelik muncul di kalangan pelajar. Antaranya selera makan dan minum berkurangan kerana kepala masih duk pikir x cukup ilmu. Lepas tu kadang2 masa tengah mandi pon duk pikir ape yang telah belajar tadi padahal sebelum ni asyik menyanyi je bile masa mandi.

Pelajar yang skema / nerd / cemerlang plak akan menghabiskan masa 24 jam di perpustakaan dengan membawa buku yang sangat banyak dalam beg dan mengalahkan beg orang yang pergi camping.

Pelajar yang tak pernah kenal dengan pensyarah tibe2 kerap bertemu dengan pensyarah bagi mendapatkan ilmu dan tips2 bagi menjawab soalan peperiksaan. At least mereka ade pergi bertemu dengan pensyarah bagi menuntut ilmu walaupon di last minute.

Yang paling tenang pulak, masa ramai pelajar sedang sibukkan diri dengan mengulangkaji pelajaran, ade jugak yang sedang sibuk duk blogwalking ( macam Freaky la ) , duk main game, duk melepak sambil bergelak ketawa, duk tido 24 jam dan macam2 kerenah lagi.

p/s : Freaky sangat malas sejak kebelakangan ni. camana nak rajin ye ?
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 9 April 2011

Mimpi Best

Hari ini Freaky banyak sangat tdo. Dari pukul 7 pagi sampai la pukul 3 petang. Lepas tu dari pukul 8.30 malam sampai la pukul 10 malam. Sekarang baru je habis dinner dan badan jadi letih sebab lama sangat tdo. Sepanjang duk tdo ni takde pulak mimpi yang best datang.

Kadang2 teringin gak la nak mimpi jadi kaya raya ke, dapat kekasih cun ke ( ops kekasih Freaky memang cun ) , jadi orang yang femes ke, income Nuffnang beribu ringgit ke, mimpi jumpa artis ke, dan macam2 lagi mimpi yang best.

Freaky percaya ramai yang mahu dapat mimpi indah macam yang Freaky cakapkan ni kan ? tapi berapa ramai pula yang mahu mimpi pergi menunaikan haji, mimpi buat amalan kebaikan, mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W ? ade sape nak mimpi macam tu ? ade yang nak mimpi macam tu tapi berapa orang sangat la zaman sekarang ni yang betol2 teringin nak mimpi macam tu.

Haih Freaky pon bukan baik sangat, kepala otak pon kacau gak dan banyak sangat dipengaruhi oleh benda2 x elok. Tapi apa salahnye jika sesekali kite memasang niat untuk bermimpi melakukan amal ibadah atau pon bertemu dengan para ulama atau ape2 saje mimpi yang boleh meningkatkan keimanan kite.

Asik mimpi pasal nikmat keduniaan je, bosan la jugak kan ? sekali sekala pe salahnya mimpi pasal dunia lagi satu yang akan ditempuhi suatu hari nanti, baru la insaf sket atau pon baru la ada semangat untuk melakukan amal ibadah dengan ikhlas.

p/s : Entry ni sebagai peringatan kepada diri Freaky yang selalu lalai.
~ Baca Selanjutnya ~

Percintaan yang Gagal


Dalam suatu hubungan percintaan yang gagal akibat munculnya pihak yang lain, Kite selalu berpendapat bahawa sebab utama perhubungan itu putus adalah kerana adanya pihak ke 3. Tapi kita tidak pula menunding jari ke arah salah satu pasangan tersebut yang begitu manja atau gedik melayan pihak yang ke 3.

Jika satu pasangan itu saling menyayangi antara satu sama lain, maka sudah pasti kemunculan pihak ke 3 tidak dapat menggoyahkan perhubungan kerana masing2 memberikan komitmen terhadap pasangan dan hubungan serta pihak ke 3 sama sekali tidak akan dilayan.

Tak layan pihak ke 3 = Hubungan aman damai dan berkekalan :)

Yang menjadi masalah utama adalah salah seorang atau mungkin kedua-dua pasangan ini memberikan peluang kepada pihak ke 3 untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Sebaik saje pihak ke 3 ini diberikan peluang, sudah tentulah mereka akan menggunakan peluang yang ada itu dengan bersungguh-sungguh agar ape yang dikehendakinya itu tercapai.

Salah satu sebab kenapa suatu pasangan itu menerima pihak ke 3 adalah kerana hubungan percintaan mereka tidak lagi mempunyai persefahaman yang baik. Jadi apabila tiadanya persefahaman dan masing2 tidak cuba untuk memperbaiki hubungan, maka mereka akan mencari seseorang untuk dijadikan tempat untuk luah perasaan atau mungkin menggantikan pasangan yang sedia ada.

Ok malas dah nak tulis panjang2. Nak bagi nasihat sikit la kat pihak ke 3 ni. Kalau kau suke kebas pasangan orang. nanti pasangan kau pulak kene kebas nanti. Jadi jangan duk sibuk la ganggu hubungan orang lain ye. :)

p/s : Macam Esei pulak entry ni :P ..Serius benci kalau ada pihak ke 3 yang cuba ganggu.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 8 April 2011

Masalah

Hari ni penuh dengan masalah kerana banyak kerja masih x siap, ade gaduh sket dengan my Love, dan kepala sedikit tension akibat daripada musim peperiksaan dah semakin hampir. Tapi semua masalah tu dapat diselesaikan dengan baik terutama sekali yang gaduh dengan my Love tu.

Bila cakap pasal masalah, sebenarnya ia sentiasa datang tak kira masa dan tempat. Ada orang begitu takut dengan masalah dan menyebabkan mereka cuba lari daripada masalah dan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tapi walau macam mana lari pun, masalah tetap akan datang berterusan pada bila2 masa.

Lain pula bagi yang berani berhadapan dengan masalah. Mereka boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan tenang dan tidak takut jika masalah datang kepada mereka. Apa yang hebat mengenai mereka ini adalah mereka mampu berfikir dengan matang dan positif serta menganggap masalah ini sebagai suatu cabaran hidup yang perlu ditempuh.

Kategori yang paling hebat adalah yang menghasilkan / mencari masalah dan kemudian mereka menyelesaikan masalah yang dihasilkan itu. Biasanya golongan ini terdiri daripada Jurutera kerana mereka suka mencari masalah dan menyelesaikannya mengikut kaedah yang kreatif. Tibe2 je puji Jurutera :P

Jadi anda pilihlah mahu berada di kategori yang mana satu. Sama ada nak jadi yang lari daripada masalah, berani menyelesaikan masalah atau mencari dan menyelesaikan masalah.

Jom bace sweet words from my Love Ernie Musliana.. :)

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 7 April 2011

Stalker tak Salah

Semalam Freaky ada sembang dengan seorang rakan sekelas pasal Stalker ni. Biasanya stalk ni banyak berlaku di laman sosial seperti Facebook dan mangsanya adalah perempuan. Lepas tu muncul la status di FB " Aku benci Stalker " , " What the FCUK ko Stalker aku ?? " dan bla bla bla lagi status yang menjijikkan mata lagi meloyakan minda.

Kenape benda macam ni terjadi ? kerana mereka x paham dengan konsep social network dan public socialize. Dah nama benda tu public terang tang tang tapi pergi jugak letak gambar yang kurang elok. Lepas tu bile gambar tu kene grab, mule la bising2 kat status dengan ayat yang mencarut entah ape2.

Kalau x nak kene stalk, profil tu buat habis private je dan lepas tu hanya approve orang yang kenal. Mane2 mamat yang x kenal tu, terus je block tanpa pikir panjang baru la x kene stalk. Apabila kamu approve untuk friends dengan seseorang, sebenarnya kamu membenarkan die untuk access profil, album gambar, no telefon, emel dan bla bla kamu pada bila2 masa dan ini adalah benda betol.

1 lagi pasal isu privasi. Sebenarnya untuk menghilangkan / menghapuskan privasi mengenai maklumat diri ni mudah je. Caranya adalah dengan menipu atau memalsukan maklumat diri yang sebenar.

" There should be no privacy on the internet when you fake the information "
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 6 April 2011

Jangan Pandai Kritik Je


Masa tengah blogwalking tadi, ada la 1 blog ni yang memberi kritikan mengenai fenomena meniru gaya dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Menurut die, cerita Hantu kak Limah ni takde memberi faedah kepada masyarakat dan die tidak faham kenapa ramai yang meniru berbagai gaya yang terdapat dalam cerita itu.

Wahai Bro, cerita tu dibuat atas dasar hiburan, supaya terhibur bile tonton cerita tu dan ilang habis tensen di kepala. Pasal memberi faedah tu tak payah duk sibuk sangat beri komen asalkan cerita tu tak tunjuk aksi2 yang mempunyai unsur ranjang, kehidupan sosial yang parah dan macam2 unsur negatif seperti yang terdapat di cerita2 lain. cukup sekadar pikir untuk gelak ketawa dan seronok bile tgk cerita ni.

Kalau hang x suka, hang diam jah, x yah duk komen kononnya x paham kenape itu dan ini. Yang penting 1 malaysia suka dan enjoy bile duk tengok cerita tu. Kalau cerita tu betol2 banyak unsur negatif, baru la betol nak komen ikot sedap mulut.
~ Baca Selanjutnya ~

Cita-cita :)

Cita-cita Freaky adalah ingin menjadi seorang jurutera dalam bidang komputer. Cita-cita ini x dipengaruhi oleh desakan ahli keluarga, kawan-kawan mahupun saudara mara kerana Freaky tak suke menentukan hala tuju hidup atas desakan sesiapa. Kalau nak diikutkan kehendak mak dan ayah, sudah tentu mereka nak anak mereka menjadi seorang doktor.

Tapi doktor ni.... entah la, walaupon sejak daripada tadika lagi tahu mengenai cita-cita dan kelebihan sebagai seorang doktor, Freaky sedikit pon tidak muncul minat untuk menjadi doktor dan terpaksa melawan kehendak mak dan ayah.

Bile cakap pasal lawan kehendak mak dan ayah ni, x bermaksud Freaky seorang anak yang derhaka. Dulu masa lepas PMR, mak dan ayah ade bagi saranan supaya ambil aliran sains tulen supaya belajar subjek biologi kerana cerah peluang untuk ambil bidang perubatan nanti. Tapi masa isi borang, Freaky tidak berminat untuk ambil aliran sains tulen malah Freaky apply untuk sains Teknikal dimana tiada subjek Biologi dan digantikan dengan subjek Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.

hahaha gile jahat, mak dan ayah suruh apply benda lain, benda lain pulak yang Freaky apply. Muncul minat untuk menjadi seorang jurutera bidang komputer semasa di sekolah menengah dan lepas habis spm memang apply untuk diploma of Computer Engineering di UniMAP. Tawaran masuk ke UniMAP,Perlis diluluskan tapi tak tahu la kenape Freaky gile pergi masuk matrik.

Lepas habis matrik, Freaky apply kos baru di UniMAP iaitu Computer Network Engineering sebab Network ni cool and computer today is nothing without Network. Sekarang Freaky sedang berusaha mengejar cita-cita sebagai jurutera rangkaian komputer dan masih ada lagi 2 tahun untuk tamatkan pengajian. Wish me luck k ? :)

p/s : Sebenarnya hanya nak citer pasal hala tuju hidup perlu ditentukan sendiri dan bukan dipengaruhi atau didesak oleh mana-mana pihak tapi dah merapu sampai duk cerita pasal pengalaman diri sendiri plak. hahaha :P
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 5 April 2011

Blog semakin Berat

Sekarang ni Freaky rasa blog ni semakin berat untuk loading kerana banyak sangat widget dan html yang x berape nak penting. Iklan pon banyak gak sampai 4 biji yang loading bile masuk blog ni.

Iklan tu tak tahu la penting ke tidak, main taruk je dalam blog ni untuk tambah income. Kononnya je la untuk tambah income tapi x bertambah sikit pun, duk maintain macam tu je dari dulu lagi :P

Cakap pasal kelajuan loading blog ni, kadang2 memang tensen bile blog kite loading dengan sangat slow. Sebab ape jadi macam tu ? sebab background dah saiz besar, widget html yang belambak, Flash lagi, Gambar ada di mana2, dan yang paling best sekali adalah lagu yang loading daripada youtube dan laman web mp3. Siap boleh joget2 lagi bile masuk blog.

Apabila Freaky perasan yang blog Freaky makin berat, maka beberapa langkah telah diambil bagi mengembalikan kelajuan loading seperti sedia kala. Antaranya adalah dengan membuang beberapa widget html yang tak berapa nak berguna kepada blog ni. huhu

Muzik, video dan flash takde dalam blog ni sejak dari azali lagi jadi takde la jem sangat blog ni. Pasal iklan plak rasanya takde efek sangat kot sebab iklan x banyak pon di blog Freaky ni.

Nampaknya tu je yang perlu diubah suai. Orang lain duk sibuk nak buat entry yang best2 supaya dapat up traffic, tapi Freaky plak duk sibuk layan kelajuan loading blog plak. Memang pelik betol Freaky ni.

p/s : Speed sangat penting bile memandu, boloskan diri, menaip , bla bla dan juga loading website :)
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 4 April 2011

Sms Yang Tah Pape

Daripada : 229190001129

RM0.00 : Tonggek > Sori kalo m'ganggu ? Sye wawa nak cari kwn baru kat sini kalo ada yang sudi la ? :)

Freaky baru je terima sms ni daripada nombor di atas. Sebelum ni memang dah banyak kali terima sms macam ni tapi kali ni sangat kelakar kerana nickname yang digunakan adalah TONGGEK .. Macam dah takde nickname lain je, bagi la nickname yang best sket ke. Baru la ade rasa nak mesej gak tapi Freaky tetap takkan mesej. Habis kredit je layan sms yang tah pape ni.

Hari ni hanya ada 1 kelas je sebab 1 lagi kelas Pensyarah takde. Jadi hari ni agak lapang sket tapi sket je la kerana kerja yang tak siap masih banyak lagi dan masih ada 2 minggu untuk menghadapi Study Week kemudian minggu peperiksaan pula.

Suasana dan debaran musim peperiksaan akhir semester sudah mula terasa tapi perkembangan study masih lagi x ok. Tak tahu la bile nak ok sebab Self Motivate takde dalam diri ni. Mungkin kene cari ikhtiar lain agar semangat dan keyakinan untuk study tu muncul awal sebelom terlambat.

Malas nak tulis banyak, nak bw lak pasni. Lepaskan tensen dengan bace entry blog yang lain :)

p/s : Cuaca di Perlis kembali panas terik setelah mengalami banjir yang dasyat sejak beberapa hari yang lepas.
~ Baca Selanjutnya ~

Pukul 4.46 PAGI :)

Anggaplah entry ini ditulis dengan serius seperti seriusnya Freaky dalam gambar.
Macam tengah tdo je :P


Dulu ku pernah jatuh cinta
Namun cintaku terbatas sekadar kawan rapat
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Namun itu semua sebuah kisah silam
Yang sentiasa menjadi kenangan
Kini ku punya sinar kasih sayang
Menyinari kembali dengan nama lagu dan irama

Ku luahkan jua rasa bahagia
Di kala ku dihargai dengan penuh kasih
Keutuhan dan Kesabaran yang dimiliki
Mencairkan kekerasan di lubuk hatiku.



Aiseymen serius jiwang malam ni. tak tahu la kenape Freaky jiwang sangat, mungkin kerana rindukan rumah kot. Tapi bile balik rumah, macam bosan plak sbb tak tahu nak buat ape.

Biasanya bile ada di rumah, Freaky hanya on9 je 24 jam. Maklumlah internet rumah pantas dan stabil, x macam beruk band yang asyik goyah je. Kalau kat rumah, port yang paling suke lepak adalah bahagian komputer.

Bahagian Komputer. Tempat layan muvi, on9 dan macam2 lagi..
aduss rindu skrin 23 inci dan speaker...

p/s : mak dan ayah x rindu ke ??? hehe :P
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 3 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


First time join segmen Ben Ashaari. huhu :)
~ Baca Selanjutnya ~

Lebih baik Kedekut

Kadang2 elok dan bagus juga menjadi kedekut tapi kene tengok jugak la jenis kedekut tu. Jangan jadi kedekut ilmu dah la. Kedekut yang dimaksudkan adalah kedekut pertolongan. Sebab ape kene jadi kedekut pada orang yang minta bantuan ? kerana bantuan yang kita bagi nanti akan menyusahkan diri kita sendiri plak dan x pasal2 kite pula yang kene minta bantuan.

Situasi 1
======

A ada masalah kewangan jadi A minta tolong kat B untuk pinjamkan sedikit wang. Setelah beberapa ketika, A membayar balik jumlah wang yang dipinjam. Perkara ni berlaku hampir setiap hujung bulan sehinggakan B kadang2 kekurangan wang akibat dipinjam oleh A.

Situasi 2
======

K memiliki kenderaan dan kenderaan die sentiasa di tumpang oleh kawan2 yang lain untuk pergi ke suatu tempat. Yang paling best, hanya si K saje yang keluarkan wang untuk isi minyak manakala yang lain hanya berdiam diri saje tanpa rasa malu tumpang kenderaan si K ini.

Situasi 3
======

Duit PTPTN punya la dapat banyak tapi nak beli ubat gigi, sabun, dan beberapa alatan asas yang lain punya la susah. Akibatnya, kawan2 yang kene selalu bagi pinjam kat die. Nasib baik topup pon x pinjam. :D

Kalau jenis macam ni, lebih baik jadi insan yang kedekut daripada menjadi insan yang suka tolong orang tapi last2 kite jugak yang susah. Biar je orang nak kate sombong dan kedekut lepas ni, asalkan kite bahagia dan dapat elak daripada kene 3 situasi di atas.

Sekali sekala tolong tape la. kalau banyak kali dan kerap je, takot diri sendiri yang susah nanti :)
~ Baca Selanjutnya ~

Cat Missile

Jambatan yang menghubungkan sweeden dan Denmark.
Terowong bawah tanah dibina untuk memberi laluan kepada kapal2.

Ape ni ? Cat Missile ke ?
dah macam torpedo je. comelnyeee miau ni.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 2 April 2011

Tak Punye Ramai Kawan

Aku baru sedar yang sebenarnye aku x punyai ramai kawan sepanjang 20 tahun hidup di atas muka bumi ini. Orang kata aku sombong untuk menjalinkan persahabatan tapi aku x pernah lawan dan hanya membiarkan saje bile orang kate macam tu.

Kawan2 ketika masih kecil sudah x bertegur kerana aku x suke dengan sikap mereka yang sedikit liar dan hanyut dengan arus merempit. Setiap kali pulang ke rumah, aku hanya berkurung di rumah dan tidak bersosial seperti remaja lain dan itu membuatkan aku sangat Pelik berbanding remaja lain.

Kawan2 sewaktu di sekolah tidak ramai dan hanya beberapa orang saje yang menjadi kawan baik aku. Sekarang ada yang dah melanjutkan pelajaran ke luar negara tapi aku dan dia masih tetap menghubungi antara satu sama lain.

Kawan2 di matrik juga tidak ramai. selain kawan 1 kelas dan juga 1 bilik, aku sudah tidak punyai ramai kawan yang lain. Yang menjadikan kehidupan zaman matrik aku seronok adalah kawan2 1 bilik yang begitu happening dan kene dengan hobi.

Kawan2 di U juga agak happening dan ceria serta banyak membantu ketika dalam kesusahan tapi aku agak dingin dan senyap terhadap mereka kerana x berape pandai nak bergaul sebab memang aku tak pandai nak bergaul dengan orang.

Walaupon aku punye kawan yang x berape ramai, aku bahagia dan aku enjoy dengan cara hidup begini. At least aku masih lagi ade kawan baik sejak dari zaman sekolah, matrik dan UniMAP. Kehidupan Sosial aku semakin teruk akibat daripada kurang pergaulan dengan orang ramai. hahahahaha :D
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 1 April 2011

Kemaruk Roti Bakar + Sukarelawan UniMAP

Salam a'laik. Beberapa hari ni banjir di Perlis masih lagi dalam tahap yang agak teruk walaupon paras air telah menurun sedikit dan dalam beberapa hari ni ni jugak Freaky mengidam nak makan roti bakar. Tak tahu ape sebab mengidam nak makan roti bakar secara tibe2.

Jadi pada petang tadi pergi ke Pasaraya Cmart Arau untuk beli toaster. Cari toaster yang murah je iaitu RM 49.
Jenama HYUNDAI. bukan ke ni jenama Kereta kat korea ???

Ok tadi punye la excited sangat nak makan roti bakar. bile dah on suis dan panaskan sedikit toaster, letak majerin Planta untuk kasi minyak sket supaya roti x melekat bile dah bakar nanti. Pastu bile nak sapu roti dengan Kaya dan Planta, baru Freaky ingat yang Freaky masih x beli roti ...aaahhh x beli roti lagi rupanyaaaaa !!!! :|

Dengan rasa sangat bodoh dan bengap kat diri sendiri, Freaky menuju ke koperasi untuk beli roti dan pulang cepat2 ke rumah untuk bakar roti. Setelah 6 minit, inilah hasilnya....
Taraaa roti yang dah siap di bakar. selamat menjamu selera :D

Tadi mak call dan tanya khabar tentang situasi kat Perlis. Nasib baik Kuala Perlis tak kene banjir macam di sesetengah tempat di Kangar dan Bintong. Menurut Berita Harian, UniMAP disaran tubuh pasukan sukarelawan seperti laporan di bawah.

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempertimbangkan penubuhan pasukan sukarelawan pelajar seperti `Student Voluntarily Army' (SVA) yang diwujudkan mahasiswa di Christchurch, New Zealand ketika bandar itu dilanda gempa bumi besar baru-baru ini.

Baginda yang juga Canselor UniMAP, bertitah penubuhan SVA di kalangan penuntut universiti itu wajar terutama untuk membantu rakyat negeri ini ketika dilanda bencana termasuk banjir besar, yang sehingga kini sudah tiga kali melanda sejak UniMAP diwujudkan di Perlis pada 2001.

"Saya tertarik komitmen pelajar universiti di Christchurch untuk membantu rakyat yang terjejas secara sukarela. Justeru, saya yakin ini boleh dipertimbangkan untuk diwujudkan di negara ini, terutama di Perlis," titahnya.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika meninjau projek gotong-royong membersih sekolah di Sekolah Menengah Tengku Budriah, di sini, yang menjadi sebahagian daripada khidmat bakti sosial UniMAP untuk membantu mangsa banjir.

Baginda yang ditemani Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, meluangkan masa hampir lima jam meninjau kawasan banjir sekitar negeri itu.

~ Baca Selanjutnya ~