Isnin, 28 Februari 2011

Penatnye

Salam. Freaky baru je habis update blog Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM ) UniMAP. Sepatutnye My Love yang kene update blog tu tapi internet di kolej kediaman die slow macam ape tah pastu banyak sangat block itu dan block ini sampai nak update pon jadi leceh.

Jadi Freaky tolong la my love upload pix dan publish entry pasal aktiviti Explorace yang berlangsung 2 minggu lepas...

Untuk laporan penuh jom lawat SINI

p/s : jap lagi sambung study. esok ade test. Maaf x sempat Blogwalking malam ni
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 27 Februari 2011

Selebriti wajah Kuda

aksi spontan Elen Rivas yang mirip seekor kuda.

Wajah peragawati Jodie Kidd
Aksi pengacara TV, Christine Bleakley
Selebriti Myleene Klass.. Kelas gituuu
Sarah Jessica Parker.. Ha Ha Ha
Amy Winehouse yang seakan akan Black Beauty
Artis Stacy Solomon

p/s : lain kali posing depan kamera tu elok2 ye supaya x sama dengan kuda. :D

~ Baca Selanjutnya ~

Pemandu berang kenaikan berlaku ketika sedang isi minyak


WASHINGTON: Pejabat Sherif St John The Baptist Parish menerima panggilan paling pelik minggu ini apabila seorang pemandu meminta bantuan polis kerana pengusaha stesen minyak menaikkan harga ketika dia sedang mengisi minyak kenderaannya, lapor akhbar.
Panggilan itu pada Khamis lalu mengejutkan pegawai polis sekali gus dikelaskan dalam senarai baru, ‘aduan paling luar biasa’.

Aduan yang pernah diterima sebelum ini termasuk tak tahan bunyi anjing menyalak dan ‘anak saya tak mahu pergi ke sekolah.’

Apapun, panggilan paling luar biasa itu mungkin menunjukkan perubahan corak aduan sejajar dengan perubahan era.

Pada 2 petang hari itu, panggilan kecemasan 911 Sherif menerima panggilan seorang pemandu yang ‘naik darah’ melihat harga minyak tiba-tiba naik ketika dia masih mengisi minyak.

Pemandu tidak dinamakan itu memberitahu, ketika dia mula mengisi minyak di stesen itu yang terletak di 901 East Airline Highway, harga di pam adalah AS$3.049 segelen.
Tetapi, ketika dia masih mengisi, harga itu naik kepada AS$3.189 menyebabkan pemandu terbabit bertikam lidah dengan atendan stesen dan kemudian menelefon polis kerana tidak puas hati dengan apa yang dijelaskan.

“Pemandu itu anggap perbuatan stesen berkenaan tidak adil. Selain itu, atendan stesen pula tidak memberi kerjasama menyebabkannya menelefon kami,” kata Kapten Dane Clement.

Bagaimanapun, tiada siapa ditahan dan laporan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dikategori sebagai ‘aduan sivil.’

Pengurus stesen, Sam Aljousi, berkata pemandu terbabit berhenti di stesen berkenaan ketika harga sedang diubah dan mahu harganya diturunkan.

“Semua orang sepatutnya menunggu (sehingga harga baru ditunjukkan). Jadi, tidak mungkin harga diturunkan. Lagipun, ia dilakukan komputer,” katanya lagi. – Agensi

p/s : Nasib baik bukan berlaku di Malaysia.. huhu macam2

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 26 Februari 2011

Ayah dapat Laptop Baru

Gambar hiasan je

Salam. Awal pagi tadi hingga la pukul 2 petang, Freaky ade join program Titian Kasih di Pusat Pemulihan Narkotik kat Perlis ni. Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah Raja Muda Perlis selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis bersama Naib Canselor Universiti.

Balik daripada program ingat nak call mak untuk tanye keadaan laptop ayah tapi sebab penat sangat terus masuk tdo. Tadi mak baru call Freaky dan borak2 dengan mak. Freaky ade tanye la camana keadaan laptop ayah tu. Mak cakap ayah dah suruh kawan die pindah file keje dalam external hard disk lepas tu mak cakap lagi ayah dapat laptop baru... ape ?? LAPTOP BARU ??

aaaahhhh semalam baru je rosak, hari ni terus dapat laptop baru. Murah rezeki betol ayah ni sbb selalu je dapat laptop baru daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) . Untuk pengetahuan anda, laptop Freaky sekarang ni pon dapat daripada JPNT jugak tapi ayah bagi kat Freaky sebab die masih sayang kat laptop lama.

Iskk rasa sangat jeles plak bile tau ayah selalu dapat laptop.. Dalam setahun tu mesti ade 1 / 2 laptop baru kat rumah dengan ade cop Kementerian Pelajaran Malaysia... aaahhhh jelesss jelesss... ok dengan ayah sendiri pon nak jeles. Gile betol Freaky ni.

Skang ni Freaky baru je habis dinner. Ha3 Dinner pukul 11.30 malam dan sebelom dinner ade ejas dan hias dan tuka ape yang patot kat laptop untuk dapatkan mood baru.. Orang kate Style baru = Mood baru ...

Motif Wallpaper gambar kereta polis sebab mahukan Mood berlumba lumba..

p/s : ayah dapat laptop baru :( isk isk jeles... wuakakakakaa
~ Baca Selanjutnya ~

Laptop ayah rosak :(

Salam. Lewat malam tadi ayah ade call. Ayah cakap laptop die rosak, takleh loading windows xp jadi keje die pon x dapat buat. Dalam laptop ayah tu banyak file2 pejabat yang sangat penting dan berguna.

Jadi ayah tanya kat Freaky macam mana nak transfer file keje die. Mujur la kat rumah Freaky ade buat salinan cd Ubuntu dan suruh ayah Start laptop die menggunakan Ubuntu.. Tadi ayah cakap dah loading sume tapi skang tak tahu la ayah berjaya ke tidak pindah file keje die.. Esok nak tanye ayah semula.

Freaky sedih gile sbb x dapat bantu ayah secara real. Tadi pon bagi arahan melalui telefon je. Rasa sedih gile2 bile x dapat bantu ayah skang ni walaupon Freaky mahir bab komputer. Ape2 pun buat masa ni Freaky harap ayah dapat transfer file keje die tu ke dalam pendrive buat sementara waktu.

Kalau ayah ade masalah jugak, siang hari nanti Freaky akan webcam dengan ayah yang menggunakan laptop mak dan Freaky akan pastikan ayah dapat jugak pindah file keje die..

Maaf banyak2 ayah :(
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 24 Februari 2011

Ayah Pakai Boxer ??

Ayah pakai boxer ? alaaa standad la kan kalau laki pakai boxer, even gurl pon ade yang pakai boxer. Sebenarnye semalam Freaky ade la bungkus nasi goreng kat 1 kedai ni. Kedai ni kat sebelah kawasan perumahan je. Sementara tunggu nasi goreng tu siap, Freaky layan la dulu tv kat kedai tu.

Tengah syok Freaky duk tengok tv, tibe2 ade orang cakap " Nescafe ais 1 !! ". Freaky pon tengok la kat tepi untuk usha sape la yang cakap kuat sangat tu. Bile nampak kelibat lelaki yang cakap kuat tadi, dengan tibe2 Freaky rasa loya dan nak terberak pon ade.. Nasib baik la masa tu Freaky x makan nasi goreng kat kedai tu, kalau tgh makan mesti da Tersembur habis yang ada dalam mulut Freaky.

huhuhu teruk sangat ke sampai Freaky bole tersembur ?? ok sebenarnye lelaki yang menyahut untuk order nescafe tadi tidak memakai baju dan gambarannye seperti pix dibawah..

huhu amacam best x tengok laki yang da kawen x pakai baju :P .. Part paling menarik adalah lelaki yang order ni hanya memakai seluar pendek yang macam boxer
Untuk gambaran yang lebih jelas. cube anda matchkan gambar lelaki tadi dengan boxer di atas dan anda akan nampak sepertimana yang Freaky nampak di kedai tu semalam. huhuhu bestkan ? agak2 tersembur x makanan korang kalau nampak macam ni.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnye laki tu x de la masuk kedai, die hanya menyahut dari luar pintu rumah die yang kat sebelah kedai je tapi kalau ye pon nak keluar rumah, alangkah eloknye die kalau pakai kain pelikat ke, baju ke atau ape2 aje yang nampak sopan sket... Masa tu laki tu tengah mendukung seorang kanak2 lelaki yang sangat comel :) untuk budak tu dapat ayah yang suke pakai boxer dalam rumah.. wuakakakakaka....

p/s : Maaf entry ni banyak kutuk.. ish2
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 23 Februari 2011

Kerajaan kaji opsyen stabil harga petrol ?

Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen bagi menstabilkan harga minyak untuk mengelakkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat supaya tidak membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Walaupun harga minyak dunia semakin melambung, setakat ini harganya tidak dinaikkan. Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen kerana untuk menjimatkan belanja subsidi bukan setakat menaikkan harga minyak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Harta Intelek di sini, semalam.

Baca lagi di sini

p/s : Baru nak kaji harga ? sebelom ni x bebankan rakyat ke ??? adoiyaii kesian2.
~ Baca Selanjutnya ~

Bersabar :)


Salam.

Kad ATM rosak

3 kali gagal memasukkan no pin yang betol kerana butang di mesin atm buat hal

Kad ATM dikunci dan kene pergi bank

Kelas sangat pack sampai pukul 6 petang dan bank dah tutup masa ni

Duit dalam dompet = RM0

Perot lapar cam ape skang ni.

Badan sangatlah penat + x bertenaga



Fikir Positif :

- Allah sedang beri dugaan kepada diri ini

- Daripada masalah di atas, nampak sangat macam rezeki sedang ditarik mungkin kerana tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi sebelom ini. :(

- Kene bersabar dan teruskan berdoa agar dimurahkan kembali rezeki.

Alhamdulillah masih lagi boleh tenang walaupon ditimpa masalah macam ni. Mujurla dugaan kali ni hanya melibatkan wang. Kalau melibatkan musibah yang lagi teruk, tak tahu la macam mane nak handle...

:)

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 22 Februari 2011

Kepenatan



Salam. Sekarang dah pukul 3.30 pagi dan Freaky baru je habis study subjek micro Processor. Badan dah sangat penat buat masa ni dan pagi nanti ade kelas pukul 8 pulak..

Tadi masa dinner makan nasi goreng udang. Rasanya tak sedap dan menyeksakan kerana Freaky sangat x pandai dan sangat tak suke buang kulit udang masa makan. Perasaan lapar yang membuak buak + tensen buang kulit udang = Tensen berganda.

Secara tibe2 teringat makan Steamboat bersama kekasih pada malam hujung minggu hari tu. Bayar rm10 dan makan la banyak mane pon steambot, makan sampai muntah pon bole.

Sekarang ni tak rasa nak makan sbb badan dah sangat penat dan mahukan katil yang lembut ditambah lagi dengan pendingin udara yang sejuk... :)
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 21 Februari 2011

Face-Blog ?

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit
Klik icon di atas untuk ke FaceBlog.

Satu lagi komuniti baru bagi blogger malaysia untuk share entry serta menjalinkan hubungan sesama blogger.

Tapi Freaky tak join pon. Malas nak join banyak2 komuniti camni. Biasanya bile kite join sesebuah komuniti, banyak manfaat yang diperoleh bukan saje kepada diri kite malah juga kepada orang lain. Antarnya :

-Dapat berinteraksi dan berkongsi maklumat dalam komuniti

-Mengeratkan hubungan antara ahli komuniti

-Boleh Up Traffic Blog secara mendadak

-Nak MencaPub dalam komuniti pon bole

Jadi tunggu ape lagi ? cepatlah lawat laman FaceBlog tu dan follow. :)

p/s : Saje promote FaceBlog walaupon Freaky malas nak join.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 20 Februari 2011

Minggu bz


Minggu ni ade Test :

-Principle of Instrument ..... ( x ingat nama penuh subjek :P )

-ElectroMagnetic Theory

-Micro Processor ( Paling killer sem ni )

Dalam sibuk ( sebenarnye x sibuk pon ) masih sempat jalan2 ke blog dan update ape yang rasa nak gtau kat sini.

Doakan Freaky dapat jawab dengan aman dan tepat untuk test minggu ni ye. :)

p/s : Rasa sangat addict dengan blog berbanding Fb...
~ Baca Selanjutnya ~

Speed Trap ? Booo !!

Salam. Nak tahu tak perangkap ape paling LOOSER dalam dunia atau pon bole nak kate sebagai perangkap yang di buat oleh orang2 yang memang Looser ?? Memperkenalkan Speed Trap iaitu perangkap kelajuan bagi kenderaan yang memang pantas dan hebat.

Mengapa Freaky kate perangkap ni paling Looser dan orang yang terlibat mengendalikan perangkap ni pon termasuk dalam kategori Looser ?

http://www.laymark.com/i/o/05.gif

1. Orang yang handle Speed Trap ni pakai kete waja je, paling mahal pon Perdana v6 je pon. Mane la sempat nak kejar kenderaan yang pantas dan berharga lebih 100K di atas jalan raya.. Jadi sebab mereka memang dan secara faktanye tidak mampu mengejar kereta yang pantas, jadi mereka gune la Kamera untuk melaksanakan Speed Trap ni... Looser kan ?

http://www.laymark.com/i/o/116.gif

2. Speed Trap ni biasanya di buat di tempat yang tersembunyi seperti di atas bukit, di celah semak samun tepi jalan raya dan tempat2 persembunyian yang hanya pengecut saje yang bersembunyi di tempat macam tu. Seminggu / 2 minggu kemudian pemandu akan mendapat surat saman di rumah. Rasanya masa bawak laju hari tu takde nampak pon orang amik gambar untuk Speed Trap tapi last2 sampai surat saman ekor. Loorrr baru kite tahu rupanye orang yang handle Speed Trap ni ade bersembunyi di sebalik celah semak samun tepi jalan raya iaitu tempat persembunyian pengecut... Looser kan ?

http://www.laymark.com/i/o/33.gif

3. Kamera yang digunakan untuk Speed Trap ni sangat la hebat dan berteknologi tinggi. Mana x hebatnye, Pada kelajuan 200KM sejam pon kamera ni masih mampu amik gambar no plat kenderaan beserta wajah pemandunya sekali. Mereka ni macam paparazi yang sibuk mengambil gambar artis la plak tapi taraf mereka low sangat sebab tu la hanya layak amik gambar no plat kenderaan.. Looser kan ?

Rasanye tu je sebab mengapa Speed Trap ni adalah perangkap paling Looser pernah dicipta. Freaky malas lak nak pikir banyak2 sbb da ngantuk dan sudah lewat malam skang ni.

http://www.laymark.com/i/o/98.gif

Banyak lagi cara yang bole membuatkan pemandu tidak melepasi batas had laju di jalan raya tapi dalam banyak2 cara, mereka pilih jugak Speed Trap.. adoiyaiii kesian la Freaky kat mereka ni.

p/s : Speed Trap = Worst Trap ever been made :)
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 19 Februari 2011

Explorace Pemadam UniMAP

Salam. pada pagi tadi ade aktiviti Explorace yang menarik diadakan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia UniMAP. Lokasi aktiviti hanya di sekitar bandar Kangar dan seramai lebih 40 orang telah terlibat dalam aktiviti ini.

Pada pukul 8 pagi, semua yang terlibat berkumpul di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Wang Ulu, Kangar. Beberapa taklimat serta etika keselamatan
didedahkan sebelum bermula aktiviti.

Aktiviti telah bermula. Freaky menemani Ernie Musliana yang berada di check point pertama. Check point ni peserta kene buat serangkap pantung mengenai dadah dan selepas buat pantun, semua peserta wajib memakan roti yang intinya dibuat daripada kaya, bawang, milo dan macam2 lagi.
Check point yang lain x tau ape mereka buat sebab Freaky x lawat.

Lepas semua da sampai ke check point, semua peserta rehat sebentar.
Kemudian ade game memindahkan gelang getah menggunakan straw.
Tangan x dibenarkan dalam game ni dan bukan semua yang join game ni.
Yang lain duk rehat dan lihat gelagat peserta yang main game ni.

Lepas habis semua game, majlis penyampaian hadiah pula. Semua peserta mendapat hadiah mereka masing2 cume saiz hamper saje yang berbeza.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
kemudian peserta semua diberikan makanan dan jamuan ringan bagi menghilangkan penat lelah sepanjang aktiviti ini.

Aktiviti habis dalam pukul 1 tengah hari dan semua pelajar pulang selepas habis makan2. Ape yang jelas semua pelajar kelihatan gembira menyertai explorace yang di anjurkan :)

Sementara tunggu peserta sampai ke check point, Freaky posing la sket bersama kekasih yang disayangi, ernie musliana :)
~ Baca Selanjutnya ~

Open Source

Perghh ok sile jangan percaya dengan ape yang anda lihat dalam gambar diatas.
Freaky tengah khusyuk study ? atau nyenyak mimpi ada kat rumah ?

Ok berbalik kepada ape yang nak diberitahu, lepas habis kelas analog tadi, ade la Freaky komen status dan sembang dengan kawan kat Fb Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi.

Masa sembang tadi ade la terbace ayat daripada doktor ni seolah-olah die macam sudah penat untuk memperkenalkan open source kepada pelajar dan lecture kerana sambutan kurang menggalakkan even di kalangan pelajar komputer.

cube bace ayat doktor kat bawah :

Why lecturers do not use Linux? because they can get licence copy of M$? Who have M$ licences? The ICT Centre has it? Who gave the licences to ICT Centre? The MOHE (KPT) is giving it to the ICT Centre.. Why MOHE is giving it to ICT Centre? ...Because they have bought the licences from M$... Why MOHE bought the licences? because most university lecturers using PIRATED copy of software? Why lecturers using PIRATED copy of software? because the university they got their MSc/PhD taught them to use PIRATED software... Why? Why? and Why? Because most of us has no MORAL..... YES that is WHY???? Any Moral courses offered?

M$ = microsoft

Ayat yang doktor ni bagi bukan untuk menyakitkan hati2 mana2 pihak tapi bile difikirkan dengan baik memang betol ape yang beliau cakapkan. Halal dan berkat ke ilmu student yang buat esaimen / keje menggunakan microsoft office yang telah di crack ? Sama2 la kite fikirkan...

Penguin lagi comel daripada ' Tingkap ' tau .. I love penguin a.k.a Linux

Hari sumber terbuka ( Open Source Day ) 2 is coming to UniMAP. Ape yang Freaky harap sambutan kali ni lagi menggalakkan terutama sekali daripada student dan kawan2 Freaky sendiri.

p/s : Sekadar menyampaikan kepentingan perkara ni walaupon ade pembaca yang tak suka / x tahu ape2 pon mengenai ape yang Freaky tulis ni.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 18 Februari 2011

Rite Klik Disable ? wekkkk

Salam. Skang ni banyak website ataupon blog yang memasang widget ' rite click disable ' dengan alasan untuk mengelakkan gambar atau video atau ape2 saje daripada di ' grab ' oleh pengunjung. Ape yang jelas dan sangat kelakar mereka begitu yakin dan percaya bahawa widget ini sangat kebal dan hebat.

Sebenarnye keyakinan mereka itu 10000% sangat salah. Kalau nak tahu, ape saje yang diupload atau di share di internet sangat tidak selamat dan begitu mudah untuk di ' grab ' oleh sesiapa saje sama ada memuat turun menggunakan IDM, Down Them All atau hanya gunakan Command Line.

Bagi pengguna Mozilla Firefox, rite click disable bukan satu masalah jika mahu grab sesuatu daripada website kerana kite boleh lihat address bende yang kite nak grab dan paste link tu ke dalam IDM / Down Them All untuk di muat turun.

Caranya :

1. bukak website yang rite klik disable

2. kemudian kat firefox tu klik Tools di bahagian atas > page info... atau untuk shortcut anda boleh tekan CTRL + i ..

3. Setelah ade kuar box page info.. pergi ke bahagian Media seperti dalam gambar di bawah.

4. Anda dapat lihat banyak address dan setiap address tu mewakili media yang ade di website tersebut. cari address bende yang anda mahu grab dan tekan je save as dan siap... Freaky suke download ikot command line macam kat bawah ni.



p/s : Booooo pada rite click disable.
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 17 Februari 2011

Semalam + hari ini

Semalam ade makmal micro processor dari pukul 8.30 - 11++ malam.
lama gile lab semalam, hampir 3 jam.. kalau ikot jadual hanya sampai
pukul 10.30 malam je tapi extend punye extend dan ramai sangat yang bertanya
maka habis dalam kul 11++ gak... tensenn


Lepas habis lab, Freaky ikot kawan2 g dinner sambil layan tgk gusti kat kedai makan.
Oh ye The Rock is cookin kembali ke dunia gusti :D

Lepas habis dinner dalam pukul 3 pagi pergi ke changlun untuk tengok perlawanan
bola antara pasukan Barcelona dengan Arsenal..
Isk isk Barcelona kalah kepada Arsenal..
Sampai di kediaman dalam pukul 5 pagi tadi.

Hari ni takde kelas sbb banyak kelas cancel hari ni kerana ade majlis ape tah. Jadi sepanjang hari ni asik tido je.. Qada yang tak tido semalam.

============================================================



Petang tadi ade bukak nuffnang dan sangat kecewa sebab masih takde income sesen pon setelah banyak hari tak dapat... takde orang klik ads Freaky upanye :( tapi takpe la.. teruskan berblog macam biasa dan selalu klik ads setiap kali blogwalking :) InsyaAllah nanti ade la rezeki tu...

p/s : entry yang tah pape ni.. sbb takde idea sangat
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 16 Februari 2011

Jangan kedekut ilmu

Ada orang begitu susah payah nak dapatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman

Tapi setelah dapat ilmu yang dikehendaki itu

Ilmu itu tidak dikongsi dengan orang lain

Alasan yang diberikan sangat mudah.

" Aku susah payah nak paham ni, x kan nak bgtau senang2.. kene bace arr "

Ok lantak kau la. Study la kau sorang2 dan paham la ilmu tu

Pointer ko pon x pernah nak tinggi dari pointer aku. ( aku riak... hahaha.... ish3 )

Jadi x de la aku heran sangat dengan sikap kedekut ko tu.

Jangan kedekut ilmu walaupun kamu bersusah payah memperolehinya.. Cube share dengan orang lain, lagi berkat ilmu tu dan lagi banyak pahala yang ko dapat.

p/s : ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu komputer... huhuhu :P
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 15 Februari 2011

Futsal : Computer Network Engineering

Salam. Sekarang dah pukul 5 pagi. Baru je balik ikut kawan 1 kelas g main futsal tapi Freaky x main pon. Bertolak dari kediaman hampir pukul 11.40 malam dan dapat main padapukul 12.30 tengah malam. Suasana agak hapening kerana ramai budak2 kelas Freaky datang join untuk bermain dan meluangkan masa bersama.

Duk tunggu turn untuk masuk court bile sampai kat D'Futsal


Lepas lame budak laki main. Gurl kelas Freaky plak masuk gelanggang
untuk bermain futsal.. :)

Rumet Freaky... Letih ye pan ? :D

Ops posing sket... orang lain main futsal, ni bergambar plak.
Cube bagi lempang laju2 sket :D

Seterusnya gadis kelas Freaky yang turut hadir memberi sorakan dan menceriakan suasana


Lepas habis main, cari kedai untuk rehat sambil makan2 dan minum2
Sampai di rumah nak dekat pukul 5 pagi dan terus update.
Lampu kedai ni macam Light Saber dalam citer Star Wars plak

Ok mau blogwalking awal pagi dulu..oh ye tadi kat futsal ade tegur owner kepada blog selimut putih.. ni LINK ke blog beliau.

p/s : Salam Maulidul Rasul :)
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 14 Februari 2011

Situasi bile cuaca panas

Salam. Sekarang ni musim kemarau atau panas yang terlampau di bahagian utara. kat kawasan lain x tau la camane keadaannya, mungkin panas dan mungkin hujan.. Jeles tol kat kawasan yang sedang hujan lebat skang ni kerana kami disini sangat panas.

http://www.laymark.com/i/o/72.gif

Namun dalam keadaan panas macam ni, masih ade kawan Freaky yang mampu bertenang dan menghadapi kemarau seperti tidak ade ape2 yang berlaku. Bile ditanyakan soalan kepada beliau, jawapan beliau cukup hebat.... " Alah ni panas dunia je, matahari masih jauh dari kepala "

Ok terdiam dan terkatup terus mulut Freaky bile dengar die cakap macam tu. Freaky sangat kagum dengan peribadi die yang boleh fikir sehingga ke tahap tu. Kebanyakan orang pasti akan merungut dan ade yang hilang kesabaran bile menghadapi cuaca yang panas tapi die masih dapat bertenang dan melakukan aktiviti seperti biasa.

http://www.laymark.com/i/o/07.gif

Panjang plak intro.. jom tengok keadaan / ragam / situasi menghadapi hari yang panas.

-Peniaga air senyum lebar kerana jualan air di tepi jalan sangat laris di hari panas

-Syarikat air pon senyum lebar jugak sebab ramai yang gunakan air untuk mandi lebih kerap di hari panas

-Orang yang berjalan kaki kebanyakan bermuka masam dan takde masa nak tunjukkan muke senyum manis akibat kepanasan.

-Pemandu kereta berhemah boleh jadi tidak berhemah dan hilang kesabaran akibat tekanan daripada cuaca panas.

-Kawan / Housemate mandi lagi sekali walaupon dah mandi setengah jam yang lepas.

-Jalan raya x banyak sangat kenderaan. semua orang lebih selesa duk di rumah je.

-Polis x buat ' road block ' di hari yang panas.. jadi bole la merempit masa ni.

-Mall akan dikunjungi oleh ramai orang kerana sangat sejuk bile berada dalam Mall.

-Belajar dalam kelas pon x berape nak selesa walaupon ade air cond untuk menyejukkan bilik kuliah.

-Bile tdo je pasti terjaga dan tengok badan da berpeluh macam baru lepas mandi.

-Secara tibe2 laptop shutdown kerana processor sangat panas. ( takde kaitan sangat )

-Masa ni la mule berdoa agar hujan turun dengan lebatnye membasahi bumi yang tengah panas ini.

-Tibe2 ramai je yang dapat demam panas sbb terlalu terdedah dengan kepanasan

http://www.laymark.com/i/o/19.gif

Cukup sampai sini je. Kalau nak diikutkan memang banyak lagi nak tulis tapi sampai esok pon x abis. Mana2 kawasan yang sedang mengalami hari yang panas sekarang ni, sama2 la kite doakan agar diturunkan hujan bagi mengurangkan panas yang dialami sekarang ni. Perlu juga jaga kesihatan ketika cuaca panas ni agar dapat menikmati hidup dengan selesa...

http://www.laymark.com/i/o/16.gif

p/s : naseb bek da abis kelas kul 3 tadi.. ok jom blogwalking
~ Baca Selanjutnya ~