Isnin, 31 Januari 2011

Gembira

Salam. Tajuk entry ni gembira sebab tadi banyak bende yang gembira berlaku daripada petang hingga la waktu malam.

1. Gembira sebab kawan2 yang pergi bercuti ke Langkawi telah selamat pulang ke jeti kuala perlis tadi dan Freaky yang ambik diorang.

2. Gembira sebab ikan laga yang classmate amanahkan untuk Freaky jage sepanjang cuti CNY ni berubah kaler dari pucat kepada warna yang lebih terang seperti dalam gambar di bawah.
Sebelom ni ikan ni kaler pucat je skang ade kuning n biru dengan jelas.



3. Gembira sebab makan malam tadi sangat sedap. walaupon selalu makan menu tu tapi x tau kenape malam ni menu tu bole jadi sedap. Alhamdulillah :) mungkin kerana Freaky makan dengan abg senior yang hensem kot :P


'=====================================================

Oh ye cakap pasal gembira. hari ni tarikh 31 dan sudah 8 bulan kami bersama... Semoga hubungan ini sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan selamanya :)

Huk huk nape muke dalam pix ni nampak mcm tgh marah je ? emm :P

I love you
~ Baca Selanjutnya ~

Mix Entry

Salam. Semalam kuar dgn membe yang mane Freaky menjadi driver kepada seorang kawan yang membawa aweknye kuar dating. Kawan Freaky ni die tak mahir bawak kete jadi die minta tolong kat Freaky supaya jd driver.

Freaky ok je lagi pun ape salahnye tolong kawan yang 1 kuliah dengan Freaky. Daripada duk kat kediaman yang xde orang ni, elok gak Freaky tolong die n bole Freaky g jalan2 jugak. Jadi kami bertiga bertolak dari perlis dalam pukul 10 pagi menuju ke alor star.

Sampai di alor star, kami singgah di singgah di Alor Star Mall untuk tgk wayang citer Green Hornet tapi malangnye citer tu tak ditayangkan kat cinema tu. Kemudian kami jalan2 dalam mall tu. Freaky jalan kat belakang dan jarakkan diri ( x mau gangu la orang duk date :P ).

Pastu decide untuk ke city plaza dengan harapan semoga ade jugak cite yang best. Sampai di city plaza, Green Hornet pon tade ( ampesss toll ) . Jadi kami gantikan dengan citer The Warrior's Way.


Pas abis tengok wayang, bawak g makan kfc plak dan pastu terus balek. Sampai kat rumah dalam pukul 6 petang. ermm Freaky baru je rasa penat menjadi seorang driver tapi walaupon penat, Freaky gembira sbb bole g jalan2 walaupon Freaky hanya jalan sorang :D ...

Hari ni seorang housemate Freaky baru je balek ke selangor pada pukul 10 pagi tadi dan Freaky yang hantar die ke stesen bus. Lepas tu hari ni kemas bilik dan kemas katil. Banyak gak barang peribadi yang perlu disimpan dengan elok.

2 tedy bear yang diberikan oleh Teman wanita Freaky
2 biji pendrive
1 MID Irobot Android
3 kunci motor kawan Freaky yang mereka amanahkan untuk jage.

p/s : maaf entry yang panjang dan membosankan anda yang membace ni. :(
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 29 Januari 2011

Al-kisah holiday

Maka pada hari ini bermula la cuti pertengahan semester bersamaan dengan minggu tahun baru cina. Seramai lebih 10 orang kawan Freaky telah bertolak menuju ke Langkawi pada awal pagi tadi dan tiket feri mereka pada pukul 9 pagi.

Freaky yang tak pergi ke Langkawi terpaksa bangun awal dan membantu hantar mereka semua ke jeti kuala perlis. Lepas je pulang dari hantar mereka di jeti, Freaky terus bawa diri ke kedai kopi yang biasa pergi jika ada waktu terluang.

Untuk sarapan pagi tadi Freaky makan Nasi lemak, roti canai telor 2 keping dan milo ais. Banyak kan ? memang sangat banyak sebab sangat lapa. :P


Selepas habis bersarapan, Freaky pulang ke rumah dan berfikir mengenai cara2 untuk menghabiskan masa cuti selama 10 hari. Freaky mendapat idea bahawa Freaky nak up lg Follower blog Freaky dan cube rajin untuk post entry banyak2 ( x lupe juge study banyak2 )

Secara tibe2 muncul dalam hati nak buat akaun Twitter ( Lembab tol la Freaky niii ) hahaha akhirnya twitter siap dalam waktu pagi tadi dan telah follow beberapa orang termasuk kawan2 Freaky. Untuk pergi ke akaun twitter Freaky, anda bole la klik kat link di sebelah kanan >>



Lepas buat akaun twitter, mari pula idea gile untuk cube buat blog ikot wordpress pulakk.
Tapi blog wordpress tu Freaky buat untuk bermain-main je dan dah delete

link : TWITTER


~ Baca Selanjutnya ~

Micro_P

Salam. Maaf banyak2 sbb beberapa hari x update. Sangat bz dengan kelas dan even pada hari ni pon ade lab dr pukul 8.30 - 10.30 malam. Jadi cuti telah pun bermula dan ramai student da pulang ke rumah masing2 untuk sambut Chinese New Year.

Freaky ni pelik, orang lain sume balek rumah tapi Freaky stay je kat cni. Ramai yang tanye nape x balek dan nnt bosan duk sini sorang2. Emm sebenarnye memang Freaky jenis yang susah balek rumah kalau setakat cuti seminggu je dan perangai camni ade sejak duk di asrama sekolah lagi.

Oh ye tadi lab Micro Processor. Menggunakan Processor 8085 daripada Intel keluaran tahun 1976. Tu diaaa bende tu kuar tahun 1976 tapi jd syallabus untuk pembelajaran sekarang.

Lab tadi hanya nyalakan LED dan jadikan die berkelip2 macam lampu disko ( bak kate lec Freaky ). Proses takde la susah sangat sbb ni masih awal pembelajaran cume kene paham cara untuk program je la.

Haa tu da siap pasang. lampu berkelip tapi dalam gambar x nampak
la berkelip2

video
Tadi ade bende yang aneh terjadi. Bile run program no 2, lampu x nyala
dan x berkelip. Freaky baru nak letak tangan pastu tibe2 LED tu nyala.
Bile Freaky alih tangan, LED tu padam balek. try usha video kat atas..
Sensor , suis trsembunyi sume tak digunakan dalam video ni.
ape yang terjadi hanya kebetulan.

p/s : Kepada yang sudi rating mengenai kepantasan loading blog Freaky ni, Freaky ucap terima kasih banyak2 kerana sudi bagi kerjasama. Selamat bercuti :)
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 26 Januari 2011

Tak tahu Tajuk ape

Semalam keluar makan malam dengan my love dan die ade memberi baju kelab yang telah siap ditempah hari tu. Oh ye lupe nak bagitau yang Freaky ni ahli kelab PEMADAM atau nama panjangnye adalah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia.

Baju kaler hitam dan kuning seperti gambar di bawah :)

Bahagian depan dekat sebelah kiri ade logo PEMADAM UniMAP dan nama

Pandangan belakang.

Cakap pasal baju, masa hujung mggu hari tu ade pergi ke Padang Besar, Perlis dan ade beli baju couple gambar elmo cm kat bawah :D


Comel kan baju ni ? Kalau Freaky pakai mesti ramai lelaki yang muntah2 dan menyampah
sebab sangat comel. muahahahaha siot betoll..

Ok gambar seterusnya plak tade kaitan dengan entry ni tapi saje nak share. beliau ni dah lama ade di rumah kediaman kami sejak semester yang lepas lagi jadi kawan2 Freaky bercadang untuk simpan die dalam rumah ni jugak. Jom usha sape beliau ni...

Taraaa spongebob squarepant. kawan Freaky yang letak spongebob kat tempat tinggi.
tak tahu ape motif die letak kat situ tapi kesian spongebob takde kawan beliau Patrick.


PERHATIAN !!!!!!

Ok skang sebelum anda semua nak blah dari blog Freaky atau da menyampah sangat nak bace entry ni, Freaky nak minta tolong 1 perkara je kat anda semua
. Freaky nak anda semua rating kepantasan Loading Blog Freaky ni. Masa mule2 anda masuk Blog ni tadi, loading die slow atau laju ?

1- sangat laju
2-laju
3-biasa je
4-slow
5-sangat slow nak mampus

Tolong bagi rating ye, Freaky sangat memerlukannya kerana bagi Freaky kelajuan untuk loading blog sangat penting. Kalau blog ni sangat slow, Freaky akan cube lajukannya tapi kalau da laju, Freaky akan cube up lg speed loading tu. Terima kasih kepada yang sudi rating tu :)
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 25 Januari 2011

Beriadah :)

Salam. Semalam Freaky join kawan2 untuk makan malam di Bintong, Kangar dan lepas makan ikot mereka pergi main futsal tapi Freaky x main pon futsal.

Seramai lebih 10 orang yang join untuk makan malam sebelum kami bertolak
ke gelangang futsal.

Suasana di gelanggang futsal. Hampir semua court sedang digunakan.
Kami mengambil court yang paling hujung.

Bergambar tu wajib sebelum bermain futsal. Ada 3 gurl dak kelas Freaky yang
turut masuk ke dalam court untuk bermain futsal.


Pix yang ni plak takde kaitan dengan pasal futsal kat atas tadi.
saje nak upload untuk share suasana pembelajaran di dalam makmal kejuruteraan UniMAP.

p/s : Hari ni takde aktiviti sangat sbb bz dengan kelas je.
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 24 Januari 2011

Jangan Eksyen Sangat

salam. hari ni rasa agak menyampah apabila bace komen seseorang kat laman web. beliau ni bajet kaya dan sangat angkuh serta tahu gak sal komputer. Beliau berkata " Aku x men la bende percuma dan open macam linux kalo bab komputer ni. Aku pandang Mac dan Windows. Aku layan yang berbayar je "

http://www.laymark.com/i/o/38.gif

Pergghhh eksyen gile ayat brader ni. Aku selaku pengguna tegar sumber terbuka sangat panas bile bace ayat brader ni. Tapi mujur la ada seorang anonymous yang menghentam balas ayat brader yang angkuh ni sampai brader tu da x leh nak kate ape.

Sebenarnya pada hari ni kite banyak bergantung kepada aplikasi / perisian sumber terbuka / percuma lebih2 lagi dalam bidang teknologi komputer dan internet. Ishh tipu la.. celah mana lak percuma dan sumber terbuka ni ? try bg bukti sket...

http://www.laymark.com/i/o/11.gif

Jom usha bukti bahawa kite banyak menggunakan aplikasi sumber terbuka / percuma.

1. Facebook dan Twitter
haaa kenal x 2 nama kat atas ni ? ishh tipu la kalo x kenal Facebook dan Twitter ni. Kalo anda sume nak tau, laman Facebook dan Twitter ni menggunakan sumber terbuka untuk run aplikasi mereka. Lagi pun untuk menggunakan Facebook dan Twitter, kite x perlu membayar duit kepada 2 syarikat ni kerana " It's free and always will be " :)

2. Mozilla Firefox dan Google Chrome.
Haaa kalo 2 nama ni pon x kenal jugak, meh freaky nak bg info sket pasal 2 web browser yang terkenal dengan mesra pengguna dan sangat pantas. Firefox dibangunkan berasaskan sumber terbuka dan ia juga adalah percuma serta bebas untuk dimuat turun kodnya. Manakala Google Chrome pula menggunakan kod serta enjin JavaScript V8 Google Chrome yang mana menjadikan ia juga satu projek sumber terbuka.

http://www.laymark.com/i/o/07.gif

3. Drupal, Wordpress dan Joomla
Anda mungkin jarang atau x pernah dengar langsung nama2 di atas kerana ia merupakan perisian untuk membangunkan laman web. Berjuta-juta laman web di internet sekarang menggunakan platform yang dibangunkan oleh Drupal dan Joomla manakala untuk blog pula menggunakan Wordpress

4. Google
Biar betooolll Google pon termasuk dalam kategori percuma ??? Yer memang betol Google adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mencari maklumat, dan melakukan kerja mereka. Aplikasi Google yang percuma sangat banyak, antaranya adalah Google Gadget, Blogspot, Chromium operating System, Google Android dan banyak lagi.

Jadi itu la beberapa contoh yang menunjukkan kehebatan aplikasi dan perisian sumber terbuka atau percuma. Kalau lepas ni ada orang berlagak lagi pasal x pakai benda percuma, hentam dan basuh die cukup2 dengan aplikasi internet ni.

http://www.laymark.com/i/o/35.gif

kalau anda semua biasa menggunakan 3 daripada 4 contoh aplikasi sumber terbuka seperti yang Freaky nyatakan di atas, apa salahnya kali ni anda gune pula sistem operasi sumber terbuka linux yang dibangunkan oleh komunitinya yang tersendiri. Asyik gune Windows Xp, Vista dan 7 jadi apa kate cube sesuatu yang baru pula. SOmething new is always fun to explore although for the start it may seems a bit difficult but in the end it is smooth and interesting.

p/s : Entry ni bertujuan memujuk pengguna komputer agar mencuba sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu, Linux Mint, Debian dan banyak lagi :P
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 21 Januari 2011

Pergaduhan Internet

Internet sangat syok sebagai tempat untuk berkongsi pendapat, kehidupan sosial, menuntut ilmu, hiburan, agama dan lain2 lagi. Tapi yang paling syoknye bile internet ni jadi medium untuk berperang/bergaduh , maki hamun sana sini dan bla bla.
Jadi apa kata kite tengok kategori yang ade bagi pergaduhan di internet ni.

http://www.laymark.com/i/o/05.gif

1. Ym, Skype, Msn
Jenis pergaduhan ni merupakan pergaduhan yang paling lembik di internet sbb ape yang digaduhkan biasanya diluahkan melalui status IM tersebut dan bile kite bace status IM die, kite tak tau die maki hamun kat sape. :P

http://www.laymark.com/i/o/53.gif
2. Forum, Blog
Pergaduhan ni dikategorikan sebagai pergaduhan yang bijak dan kreatif. Untuk di forum, biasanya pergaduhan ni berlaku bile terdapat perselisihan pendapat / topik yang dibincangkan dan kebanyakan pergaduhan ni tamat dengan elok apabila hujah dan pendapat yang bertentangan dapat disangkal dengan padu. Bagi Blogger plak mereka bergaduh secara kreatif kerana entry yang pasal gaduh / marah / maki2 tu dapat ditaip seperti karangan. Freaky pon tak tau camane mereka dapat hurai kemarahan mereka sampai menjadi sebuah karangan yang bernas untuk dibaca dan mendapat komen2 yang memberansangkan daripada pembaca.

3. Facebook
Yang ni paling nyampah bile tengok, paling mual bile bace dan pergaduhan ni hanya untuk orang yang tak cerdik. Kat status Fb bukan main sedap maki, mencarut dan kuar sume bende yang nak ckp tapi hang ckp kat sape ? awat hang x TAG je orang yang hang x puas ati sangat tu ? Come on laa, kalo betol nak gado terus tag nama orang tu dan cakap kat status tu ape yang x puas ati sangat. Jangan la buat kami ( friends FB anda ) tertanya-tanya hang ni marah n maki kat sape. Kalo kami tau hang marah kt org tu, kami pon bole join sekali. huhu ;)

http://www.laymark.com/i/o/40.gif

4.Web Deface / Hacker fight
Yang ni high level punye gaduh, maksud Freaky high level di internet sebab mereka yang terlibat dalam pergaduhan / peperangan kategori ni bukan orang2 yang biasa. Senjata utama mereka dalam pergaduhan ni gune minda dan komputer je dan 2 bende ni bole
menyebabkan beberapa syarikat kerugian besar dan menjatuhkan imej negara.
Kategori pergaduhan ni biasanya jarang melibatkan hal berkaitanperibadi dan individu, mereka suke sesuatu yang besar seperti imej negara contohnya Hacker Malaysia lawan Hacker Indonesia.

http://www.laymark.com/i/o/51.gif

Bagi yang tak tahu ape tu Web Deface, anda bole la Google untuk dapatkan info. Untuk maksud ringkas, web deface tu adalah menukarkan suatu laman web yang berguna / ada fungsi kepada yang takde fungsi dan digantikan dengan beberapa mesej menunjukkan laman web tersebut telah diceroboh.

Jom usha salah 1 laman web yang telah di Deface oleh sorang kawan Freaky

http://www.senioritage.fr/images/rileks/crew/rilekscrew.html

http://www.laymark.com/i/o/107.gif

Jadi tu je kategori pergaduhan di internet. nanti lain kali buat perdamaian internet plak. :)
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 20 Januari 2011

Perempuan lebih Setia

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog INVASION PLAN

Ramai member aku, perempuan yang memang setia dengan pakwe diorang, even diorang duk jauh. Tapi, lelaki yang buat pasal, lelaki yang buat itu, lelaki yang buat ini. Tak semua lelaki ok, abang alien Keroro ni baik orangnya, setia pada yang dua satu. Kan Lisa Surihani Neko-chan?

Apa yang aku nak cakap kat sini, selagi pasangan korang setia dengan korang, jangan curang. Sebab kadang-kadang, ianya tak mudah untuk mendapatkan kesetiaan serta kepercayaan seseorang itu. Sekali kamu curang, susah untuk si dia percayakan kamu.

Kecuali kamu seorang yang bemulut tebu, manis di tepi bibir. Oh yeah, abang alien Keroro baik. Mulut takde tanam tebu, letak pudina sikit jek. Kasi mulut wangi, kang awek lari bila bukak mulut. HAHA

Ada satu quote ni,
Jangan tinggalkan orang yang kamu sayang untuk orang yang kamu suka, kerana orang yang kamu suka akan tinggalkan kamu untuk orang yang dia sayang
Ok, lastly.
Hargai orang yang menyayangi diri kamu seadanya, kerana tak mudah untuk menyayangi seseorang.
Tambah sikit lagi,
Kalau tiada orang sayang kamu, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa ada menyayangi kamu. Bersyukurlah dengan nikmat yang Dia berikan, nescaya kamu di antara orang yang diredhai serta dikasihi.
ciaossu!!
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 19 Januari 2011

Duit Hantaran ????

‘Duit hantaran? Adoi,celah mana lagi nak cari duit banyak itu. Gaji ni pun hanya cukup-cukup makan..’

‘Pinjam daripada bank la, tak pun daripada ah long, mungkin boleh selesaikan masalah aku ni,’

Dialog di atas mungkin selalu dituturkan oleh lelaki2 yang ingin melansungkan perkahwinan. Niat untuk berkahwin tu sudah ada, Alhamdulillah. Tapi masalah yang paling hebat adalah jumlah duit hantaran. Jadi untuk selesaikan masalah ni, para lelaki akan membuat pinjaman dengan bank2 / kawan2 / sedara mara atau boleh jadi juga pinjam
dengan Ah Long.

http://www.laymark.com/i/o/87.gif
SITUASI 1
=========

A : Aku ada masalah ni, Kete aku kene tarek sbb dah banyak bulan aku x bayar kat bank tu.

B : Aik apsal lak bank tarek, kan tu kete ko beli.

A : Memang la. Aku beli tapi bank yang bayar sume tu dulu dan aku kene la bayar ansur2 kat bank.
Skang ni bile lama x bayar, kene tarek la.

B : oooo eh ko kawen dulu gune duit amik dari mane ?

A : Aku kahwin dulu pinjam dgn bank gak la. tapi tu pon dah banyak bulan jugak aku x bayar.

B : ish ish abis tu bank x tarek jugak ke bini ko skali ?

A : Gile ko !! kalo bini aku pon kene tarek dgn bank, mampus la aku.
http://www.laymark.com/i/o/10.gif
Tu Situasi dengan bank. Bank ni ditadbir oleh orang2 yang berpendidikan dan berfikiran waras jadi kemungkinan untuk terjadinya kes bini kene tarek oleh bank tu hampir mustahil. Bagaimana plak kalo ade kes dengan Ah Long ?
Silap hari bulan Ah Long plak yang tarek bini sbb x bayar hutang. Eh suke ati Ah Long la nak wat ape pon dgn bini tu. Kan duit kahwin 80% datang dari Ah Long jadi biar la mereka hendel sendiri ' bini ' mereka tu. :P

Ah Long yang berfikiran waras, mereka x tarek bini orang. Malah mereka suke buat keje2 amal macam mengecat hadapan rumah dengan cat merah disamping menulis ( bukan menconteng :P ) kata2 nasihat kepada yang meminjam.
Yang hebatnye, ape yang mereka cat atau pon tulis kata2 nasihat tu tak semuanya lengkap dan sempurna. huhuhu
http://www.laymark.com/i/o/117.gif

Bile kite fikir balek, bank MUNGKIN ( bole ke ??? ) ade kuasa untuk tarek bini kalo gagal selesaikan hutang perkahwinan. Untuk situasi Ah Long plak, pandai2 la beringat ye. Tapi yang tu sume tak penting, yang paling penting nape situasi camtu terjadi ?
Sama-sama la kite fikirkan :)

Kesimpulannya :
Tujuan Islam mengalakkan pengikutnya berkahwin adalah untuk melahirkan zuriat yang dapat membantu agama Islam berkembang dan mengharmonikan bumi ini. Jika hantaran yang terlalu tinggi dan menyebabkan orang lelaki tidak dapat menyediakannya, tidakkah ini akan mengalakkan gejala sosial yang lebih teruk berlaku? Ibu bapa sering menyalahkan anak mereka kerana terlibat dalam masalah sosial, tetapi bagaimana pula dengan membuat hantaran yang tinggi? Tidakkah perkara ini akan menyebabkan perzinaan berlaku, kahwin lari, dan sebagainya?
http://www.laymark.com/i/o/30.gif

Hayatilah nilai-nilai murni dalam Islam. Islam tidak membebankan penganutnya, malah membuatkan kehidupan bertambah selesa jika kita mengikuti apa yang telah ditetapkan dalam Islam. Pesan saya kepada ibu bapa pihak perempuan, tidaklah salah untuk meletakkan hantaran, tetapi biarlah berpada-pada dan tidak terlalu membebankan pihak lelaki. Apa yang penting adalah mas kahwinnya, bukan pada hantaran. Kenapa kita perlu menganggu pembinaan ‘masjid’ sedangkan pembinaan ‘masjid’ itu dapat diselesaikan dengan cara yang mudah? Fikir-fikirkanlah…
http://www.laymark.com/i/o/07.gif

Kesimpulan di ambil : http://hairilabubakar.blogspot.com/2008/10/hantaran-perkahwinan-tinggi-apakah.html

p/s : Freaky pon tak tahu kenape bole buat entry pasal mas kahwin ni. Mungkin sbb tadi ade bace kat laman web.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 16 Januari 2011

MID iRobot Android 2.1

Salam. Petang kelmarin pergi kat area hospital Jitra untuk jumpe dengan sorang dealer sbb na beli MID iRobot daripada die. Pergi da lewat petang dan selesai urusan jual beli / akad jual beli nak dekat pukul 7 petang. Nah ni die review MID iRobot yang run menggunakan Android 2.1.

Yeahh Box yang tersedia untuk dibuka :D


Tu dia 7 inci skrin sentuh iRobot.

Pandangan dr tepi. agak nipis dan ade port yang bole cucuk usb connector.

Bile da siap loading sume. ni la default skrin die.

Bile skrin di tarik ke kiri, list program akan muncul :)

Cucuk modem celcom beruk-band tapi kene setting sket kat APN ( Access Point Name : celcom.net.my ) dan ade nombor dialing die. Bole on9 dan mudah dibawa ke mane je.

Oh ye meh nak citer sal spec sket.

Harga Rm420
Ram 256 Mb
tempoh bateri : Paling lama 2 jam kot ( ikot kadar kegunaan )
Bole run microsoft word,powerpoint, pdf
Movie,music
Usb connector, charger disediakan
Processor : 400MHz
Skrin sentuh sepenuhnya, Virtual keyboard
Sistem operasi : Android 2.1
Wifi , Lan , USB Modem

==============================================================

Hari ni g jalan2 kat kuala perlis sambil makan2 kat tepi pantai. makan satay, mihun sup dengan kawan2 serumah. Trimas untuk hamizi (baju merah ) kerana sudi belanja kami makan tadi.


p/s : Trimas to My Sweetheart ( ernie musliana ) kerana sudi teman untuk ke jitra beli MID iRobot :) .. buat masa ni sangat bz sampai tak sempat nak jalan2 di blog anda sume. kalo ade masa esok akan jalan2 ye
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 15 Januari 2011

Jenis Jenis Cinta

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog INVASION PLAN

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO,
pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama
tetap segar..first love never dies..yang pertama belum
tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg
terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar
wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan
yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan
yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita
jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat
@ diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah
ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap
akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak
aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu
jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak
merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang
kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon
dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg
dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main
cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’
itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup
sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap
waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita
ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so,
berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk
dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha
kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk
mendapatkan cinta yg kita inginkan…

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 14 Januari 2011

Aku Jatuh Cinta

Aku jatuh cinta tapi bukan dengan perempuan lain. Aku jatuh cinta dengan 1 gadget ni yang dipanggil Android Tablet pc dan aku mesti dapatkannya pada esok hari.


Android Tablet pc ni gune Android operating system daripada Google. Ahhh malas la nak citer pasal spec die, cukup sekadar nak bawak g mane2, on9 dimane2 dan bole bole layan media mcm komputer lain..

Harga RM 350 - 450

p/s : Tak sabar nak beli esok :P .. InsyaAllah esok akan balas sume kunjungan dan blogwalking dan komen pada entry kawan2 blogger sekalian.. malam ni line slow.
~ Baca Selanjutnya ~

Lelaki Dayus 1

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog INVASION PLAN

Aku rasa korang pon dah tahu kan apa maksud lelaki yang dikatakan dayus ini, hehe *sengih*

Mengikut Kamus Dewan Alien dan Koloni, terma ini bermaksud

"lelaki dayus adalah lelaki yang memukul perempuan"

Dah faham sekarang?

Kalau korang semua perasan, sejak dua menjak ini, banyak kes mengenai keganasan rumah tangga dan juga penderaan terhadap wanita, secara fizikal atau seksual di dada akhbar dan di berita-berita utama.

Mengapakah hal ini semua boleh berlaku? Kerana lelaki sudah melupakan amanahnya terhadap wanita.

"wanita diciptakan oleh Allah untuk lelaki sayangi, bukan untuk disakiti"

Lelaki jenis ini juga lebih menggunakan emosi daripada rasional, seolah-olah wanita itu barang yang tidak bernyawa, boleh diperlakukan sesuka hati.

Bini salah sikit, naik penampar. Salah sikit, naik sepak terajang.

Seorang suami, jikalau hendak mendidik isteri bukan melalui keganasan, namun dengan adab sopan serta berhikmah seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W.

Rasulullah bersabda ;

"Didiklah isterimu dengan nasihat dan tunjuk ajar. Jika degil pisahkan tempat tidurnya dan jika degil lagi, pukullah dia (pukulan yang bukan mendera)"

Rasulullah meletakkan memukul isteri di tahap yang ketiga, dimana isteri tersebut terlampau degil. Namun disyaratkan agar pukulan yang tidak mendera, yakni mendatangkan mudarat kepada isteri.

Jikalau dilihat pada situasi zaman sekarang, ada yang sebelum jadi suami isteri pon sudah dipukul dan didera. Aku sendiri mendengar daripada kawan aku, bahkan mak aku sendiri pernah bercerita.

Di muka hadapan akhbar pon ada diketengahkan. Apa sudah jadi dengan lelaki zaman sekarang? Sebelum kahwin sudah begitu, jikalau sudah kahwin macam mana rupanya.

Tak sampai seminggu mungkin sudah patah sana, patah sini. *senyum sinis*

Namun, ada jugak wanita yang boleh tahan dengan laki camni.

"Saya sayang dia, saya cintakan dia. Memang salah saya, saya patut dihukum"

Aku rasa mesti respon korang camni,

"WTH?!"

Jangan terkejut, kerana ada manusia yang buta kerana cinta. Bukan cinta itu buta, manusia yang membutakan mata hati mereka sendiri akibat cinta.

Pesanan untuk para wanita, berhati-hatilah memilih lelaki. Kenal pasti hati budinya dulu, selami hati, selami jiwa, selami lautan dalam. *sengih*

Untuk para lelaki, ini sebagai renungan dan iktibar. Jangan jadikan diri anda seperti lelaki dayus, memalukan kaum sejenis jek. Huh!

Rasulullah sendiri pon pernah bersabda ;

"Suami yang jelek ialah pada siang hari bergaduh dan memukul isterinya tetapi pada malam hari menyetubuhinya."

Adakah anda semua para lelaki ingin menjadi suami yang dayus lagi jelek? Fikir-fikirkan, serta renungkanlah.
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 13 Januari 2011

Sibuk :(

Salam. 2, 3 hari ni agak bz dengan kelas dan tak berape sempat nak update blog ni. lagi pon kepala duk pk bende lain sampai tak tau nak tulis ape kat blog ni. Jom bace artikel yang diambil di salah satu laman web ni : http://www.resensi.net/bekerja-sepenuh-hati/2011/01/#more-1017












Suatu Ketika Mercedez Benz owner memiliki masalah dengan kran air di kamar mandi dalam rumahnya. Kran tersebut selalu bocor sampai Big Bos Marcedez itu khawatir akan keselamatan anaknya yang mungkin saja dapat terpeleset dan jatuh.

Mengikuti rekomendasi temannya, Mr. Benz menghubungi tukang ledeng agar memperbaiki kran miliknya. Akhirnya dibuat perjanjian untuk memperbaiki yaitu 2 hari kemudian. Karena si tukang ledeng cukup sibuk. Sama sekali si Tukang ledeng tidak mengetahui bahwa si penelpon adalah termasuk orang penting, pemilik perusahaan mobil terbesar di Jerman.

Setelah ditelpon, satu hari kemudian si tukang ledeng menghubungi Mr. Benz untuk menyampaikan ucapan terima kasih karena telah bersedia menunggu hingga satu hari lagi.

Mr. Benz-pun kagum atas pelayanan si tukang ledeng dan cara berbicaranya.

Hari berikutnya pada hari yang telah ditentukan, si tukang ledeng datang untuk memperbaiki kran yang bocor di rumah Mr. Benz.

Setelah diutak-atik, akhirnya kran pun selesai diperbaiki dan setelah menerima pembayaran atas jasanya, si tukang ledeng pulang .

Sekitar 2(dua) minggu kemudian setelah hari itu, si tukang ledeng menelpon Mr. Benz untuk menanyakan apakah kran yang telah diperbaiki sudah benar-benar beres dan tidak ada masalah yang timbul? Ternyata Mr. Benz puas akan kerja si tukang ledeng dan mengucapkan terima kasih atas pelayanan si tukang ledeng. Mr. Benz berpikir, bahwa orang ini pasti orang yang hebat walaupun hanya tukang ledeng.

Beberapa bulan kemudian Mr. Benz merekrut si tukang ledeng untuk bekerja di perusahaannya. Tahukah Anda siapa namanya?

Ya, dialah Christopher L. Jr. Saat ini jabatannya adalah General Manager Customer Satisfaction and Public Relation di Mercedez Benz !

========

Sahabat Resensi.net, tahukah anda apa makna dari cerita diatas. Cerita diatas memberikan motivasi kepada kita untuk memberikan yang terbaik di kehidupan ini apapun posisi kita saat ini. Kita tidak tahu, sebenarnya posisi kehidupan kita dimana, namun dengan memberikan yang terbaik, kita tidak akan menoleh kebelakang melihat goresan cerita kehidupan kita dengan kekecewaan. Yang ada hanyalah senyum kepuasan akan apa yang telah kita lakukan.

Kehidupan ini hanyalah panggung sandiwara, maka sebaik-baik pemain adalah yang bermain sebaik mungkin dengan kesadaran bahwa perannya hanya sementara.

Ada naskah dan skenario Sang Pencipta yang tidak kita tahu.

Dibalik kebahagiaan, terkadang skenario selanjutnya adalah kesediihan, begitu pula terkadang dibalik kesedihan, skenario selanjutnya adalah kebahagiaan.

Hanya 2 hal yang dapat kita lakukan, yaitu meyakini bahwa skenario yang Allah berikan adalah yang terbaik dan berbuat yang terbaik dalam melalui setiap peristiwa kehidupan kita.

Maka jika Sahabat dalam kesedihan, kegalauan hati, keresahan jiwa, ingatlah bahwa itu hanya sementara…


p/s : Gambar takde kaitan dengan ape yang ditulis kat entry :)

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 12 Januari 2011

Tutorial Open New Tab Apabila Klik Link di Blog

ENtri ini di copy paste dengan izin tuan blog INVASION PLAN

Main point is, mudahkan para pengunjung anda untuk klik link-link yang terdapat pada blog anda. Tak perlu lagi CTRL + Left Click, anda cuma tekan link itu, dan ia akan terus open new tab.




Berminat? Nak tahu caranya? Sila rujuk step-step di bawah,



1. Bukak dashboard anda, pergi ke Design, pastu Add a Gadget.

2. Pilih HTML/Javascript, copy paste code di bawah.






<script type="text/javascript" language="javascript">
var arr = document.getElementsByTagName("a"); //get all links in the page
for(var i = 0; i < arr.length; i++)
{
if(arr[i].href.indexOf("Your URL") < 0 //not links that are 'inside' blog
&& arr[i].href.indexOf("javascript:") < 0) //not javascript links
arr[i].target = "_blank";
}
</script>







3. Save. Mudah je kan?

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 11 Januari 2011

Tips Tarik FOllower / Reader

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog invasion plan

ini adalah TIPS TARIK FOLLOWER ATAU READER KE BLOG KITA

Aku bukanlah otai mahupun retis yang hebakk, bak kata Yuyu Zulaikha. Aku pon masih baru lagi dalam kancah dunia blogging ni, setahun jagung.

Tapi kalau ada orang tanya, dan aku tahu tentang benda tu, aku akan cuba untuk sampaikan supaya semua orang mendapat manfaat, bukan sekadar orang yang bertanya.

Ilmu untuk dikongsi, bukan diperam seorang diri.

So, entri kali ini adalah untuk menjawab persoalan Sembang Kemas, serta para blogger lain yang berminat.

Let's move on!!
******

#1 : Blogwalking

Korang semua mesti dah lali dengar perkataan ni kan, haha. Asyik-asyik blogwalking, heh. Come on guys, tak salah pon berblogwalking ni. Bagi aku, macam-macam kita boleh dapat melalui blogwalking ni, bukan setakat follower, info dan macam-macam ragam manusia pon boleh kita tengok apabila blogwalking ni.

tapi ingat, blogwalking pon ada caranya yang betul, bukan setakat jenguk di shoutbox cakap, " I follow u, follow me back k?" atau " ziarah sini, follow my blog k. ". Para blogger ni manusia, bukan robot. Nak tackle blogger ni macam nak tackle awek, ada cara nya. hehe

bagaimana? macam ni, guna ayat yang lebih mesra pengguna. contohnya, " keroro jajah sini, nice blog. simple and keep it up.". Maksud ayat keroro ni, jajah = ziarah + follow. tapi kadang-kadang diorang ni tak paham. So, mungkin boleh buat straight to the point, " ziarah sini, nice blog :) btw, follow juge. simple lah blog ni,hee".

apa persamaan dua dialog di atas? both of them guna ayat yang memuji blog tersebut. got it? manusia suka dipuji, rasa dihargai. hehe, betul kan?

#2 : Komen

perkara ini juga penting dalam usaha menarik follower + reader. kenapa? sebab para blogger suka melihat orang komen di blog kita. Perkara ini biasa dibuat sewaktu blogwalking, sebab ini adalah teknik blogwalking yang aku selalu amalkan.

bila korang blogwalking tu, apa salahnya luangkan masa untuk membaca entri diorang, dan sebaiknya, tinggalkan komen pada satu entri. kalau dua lagi bagus, hehe. tiada guna anda blogwalking sekadar follow, pastu tinggal link dekat shoutbox.

aku pon kadang-kadang rasa malas nak balas balik jejak, serius!

aku akan lebih utamakan mereka yang rajin komen kat blog aku, dan mereka akan dibalas komen oleh aku di blog mereka. as easy as ABC, give and take. mudah kan? tak amik masa yang lama pon, dalam 5 minit or less untuk satu entri.

tapi ada jugak jenis yang tak balas jejak orang yang dikomen, buat orang yang mengomen tu terasa hati dan merajuk. anda dah kehilangan seorang reader disitu, paling kurang anda perlu membalas jejak sekali, jikalau anda terlampau sibuk sekalipon, tinggalkan satu entri di blog, nyatakan anda tak sempat nak balas jejak.


#3 : Blog & Entri

yang ini adalah basic blogging, semua orang patut buat ini. Disable adult content, serta buat pop up comment dan disable word verification. Sebab untuk mereka yang nak blogwalking tapi internet connection low, benda ini semua membantutkan hasrat mereka nak blogwalking, follow dan tinggalkan komen.

tak tahu macam mana nak buat? boleh rujuk sini ------> Mesti buat

dan pastikan jugak blog anda tidak lambat untuk loading, dan bagi yang ada music, sila bekalkan music yang boleh di'pause'kan, sebab senang bagi mereka yang tak suka dengar lagu nak pause. lagi satu, pastikan background tak menyilaukan mata, dan tak menyusahkan orang nak membaca serta saiz tulisan yang besar dari biasa.

mengenai entri, tak guna jika anda selalu blogwalking tapi entri anda macam WTH?? tingkatkan kualiti entri anda, sebaiknya biar orang boleh paham apa yang hendak anda sampaikan. Jangan guna short terms yang susah orang nak baca, sebab anda dalam dunia penulisan blog, bukan twitter atau SMS dengan kawan-kawan anda. pembaca anda terdiri daripada mereka yang pelbagai usia, jadi sila jaga kualiti entri anda.

#4 : Facebook Blogger Group

di facebook, terdapat lebih kurang 100 ++ tempat ping entri, iaitu group blogger dan juga fan page.

tapi ingat, anda jangan hanya jadikan group ini sekadar tempat ping entri baru, tapi gunakan sebagai medan untuk berkenalan dan bermesra, ini dapat menarik mereka untuk datang blog anda, komen dan seterusnya, jadi reader setia anda.

nak tahu group dan fanpage yang boleh ping entri, klik sini ------> Ping Entry Here

******

setakat ini sahaja kot apa yang aku tahu, yang aku mampu kongsi dengan korang semua.

sori lah terpanjang sangat entri ni, dan terima kasih kepada yang sudi membaca. anda semua memang cool!!

to my followers + readers, i salute my gratitude over all of you, for supporting me all over this time. thanks!

ciaossu!
~ Baca Selanjutnya ~

Tutorial Scroll Pada Archive Blog

ini adalah TUTORIAL BUAT SCROLL PADA ARCHIVE BLOG

1. Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Template

2. Tekan CTRL + F dan cari perkataan :


3. Copy kod dibawah ni. Paste kat atas kod nombor 2 diatas.



4. Skroll ke bawah sikit sampai jumpa :


5. Copy kod di bawah dan letakkan di atas kod nombor 4


Preview dahulu kemudian baru save
~ Baca Selanjutnya ~

Tutorial Buat SCROLL Pada Bloglist

Ini adalah TUTORIAL BUAT SCROLL PADA BLOGLIST

1. Design > Edit HTML > Expand Widget Template

2. Tekan CTRL + F dan cari kod ]]>

3. copy kod di bawah ni dan paste diatas ]]>

#BlogList1 .widget-content{
height:300px; width:auto;
overflow:auto;
}

4. Kalau ada 2 bloglist, buat macam di bawah :

#BlogList1 .widget-content{
height:300px; width:auto;
overflow:auto;
}

#BlogList2 .widget-content{
height:300px; width:auto;
overflow:auto;
}

preview dan save :)

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 10 Januari 2011

Facebook NOT shutting down / Facebook Tak ditutup

ENGLISH
=======

There’s a silly rumor exploding on the Internet this weekend, alleging that Facebook is shutting down on March 15 because CEO Mark Zuckerberg “wants his old life back,” and desires to “put an end to all the madness.”

[UPDATE] We have official confirmation from Facebook Director of Corporate Communications Larry Yu that the rumor is false. We asked him via e-mail if Facebook was shutting down on March 15, to which he responded, “The answer is no, so please help us put an end to this silliness.” He added, “We didn’t get the memo about shutting down and there’s lots to do, so we’ll just keep cranking away like always.”

Let’s think about this for a minute. Would Facebook decide to shut down the company just a few days after announcing a round of funding, consisting of $450 million from Goldman Sachs and $50 million from Russian investment firm Digital Sky Technologies, on a valuation of $50 billion?

The spurious report was started by a site to which we refuse to link, known for its reports of impending attacks of alien spaceships and false reports of a Michelle Obama pregnancy.

The fact that this absurd hoax spread so efficiently makes us wonder: Will people believe anything?

Bahasa Melayu
=============
http://www.laymark.com/i/o/10.gif

Terdapat khabar angin yang tak berasas / bodoh yang sedang hangat meletup di Internet kebelakangan ni, menyatakan bahawa Facebook akan ditutup pada 15 March kerana CEO Mark Zuckerberg " mahukan kembali kehidupan yang dahulu " dan keinginan untuk " menghentikan semua kegilaan ".

[kemas-kini] Kami menerima pengesahan rasmi daripada Pengarah Komunikasi Korporat Facebook Larry Yu yang menyatakan rumor itu adalah tidak benar. Kami menanyakan kepadanya melalui e-mel sama ada Facebook ditutup pada 15 March, yang mana beliau memberi jawapan " Jawapannya adalah tidak, jadi tolonglah bantu kami menghentikan kegilaan ini " tambahnya, " Kami tidak mendapat berita mengenai penutupan dan banyak benda yang perlu dibuat, jadi kami hanya terus " cranking away " seperti selalu.

Cube fikir sejenak mengenai hal ini. Adakah Facebook membuat keputusan untuk menutup syarikat selepas beberapa hari mengumumkan dana, yang bernilai $450 juta daripada Goldman Sachs dan $50 juta daripada pelaburan syarikat Russia, Digital Sky Technologies, dengan penilaian sebanyak $50 billion ?

Laporan palsu tersebut bermula daripada satu laman yang mana kami tidak ingin menghubungkannya, diketahui laporannya mengenai kapal makhluk asing akan menyerang dan laporan palsu kandungan Michelle Obama.

Kenyataan bahawa penipuan ini tersebar dengan jayanya membuatkan kami tertanya-tanya : Adakah orang akan percaya pada apa-apa sahaja ?
http://www.laymark.com/i/o/03.gif

SOURCE : 1) http://mashable.com/2011/01/09/facebook-shutdown/

2) http://zaifull.blogspot.com/2011/01/so-this-is-answer-facebook-shut-down.html


p/s : I'm not a good Translator.. :)Link
~ Baca Selanjutnya ~

Tips Tingkatkan Kualiti Entri

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog invasion plan

ini adalah TIPS TINGKATKAN KUALITI ENTRI BLOG

okay semua, ni haa tips yang SK analisis sendiri, pandangan seorang blogger yang nak menolong rakan-rakan blogger yang lain.

tips #1 : mood
kenapa mood?
sebab mood penting dalam sesuatu entri
para pembaca akan lebih tertarik dengan mood yang kita terapkan dalam setiap entri
tak kira lah sedih, gembira, takut dan sebagainya
semua itu adalah ekspresi perasaan manusia,
yang perlu ditonjolkan
kan?
*sengih*

tips #2 : blogwalking
haa, kenapa pulak ni kan?
sebab melalui blogwalking,
kita akan terjah bermacam-macam blog,
melihat pelbagai jenis penulisan.
dengan itu, kita dapat variasikan cara penulisan kita,
dan juga,
kita dapat kumpul idea-idea baru untuk setiap entri kita.
blogwalking juga dapat mematangkan pemikiran kita,
membuka otak kita kepada skop yang lebih luas,
kerana setiap orang mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.
setuju?
*senyum*

tips #3 : ada identiti sendiri
ini adalah aspek yang penting jugak,
sebagai contoh,
SK dengan tema alien,
Freaky dengan tema sempoi,
Penulis Senja dengan tema puisi dan sajak.
ini semua adalah sistem marketing sendiri,
supaya lebih mudah untuk orang mengenali diri kita.

haaa?

tips #3 tiada kaitan?

adalah kaitannya
identiti diri ini akan mempengaruhi penulisan anda.
percayalah
*senyum*

setakat ini itu saje kot SK dapat kongsikan, harap dapat membantu dalam penulisan entri anda semua.

sekadar kata-kata untuk direnungkan.

"blogging is a type of art, everybody have their own way expressing it"

ciaossu!!

~ Baca Selanjutnya ~

Tutorial Buat Fb Fan Page

Entri ini di copy paste dengan izin tuan blog invasion plan

TUTORIAL BUAT FACEBOOK FAN PAGE

hari ni rasa nak buat tutorial, buat kali pertama. walaupun tak ada sape yang request, ini cuma perkongsian ilmu dari blogger newbie yang baru setahun jagung.

apa itu FB FAN PAGE? fan page ni perlu ke?

fan page ini adalah medium anda untuk reader-reader yang tidak follow anda, yang tidak mempunyai blog ataupun akaun gmail, tetapi berminat untuk membaca blog anda.

dengan adanya fan page ini, reader akan lebih mudah untuk mengetahui sekiranya ada update terbaru dari blog anda, atau pun boleh jadi medium anda beramah mesra dengan para reader sekalian.
*sekiranya anda blogger famous, memang fan ramai*

contoh fan page :
sarjan keroro punya fan page,hehe
ok, dah dapat clear view tentang kegunaan dan macam mana fan page kelihatan?

mari kita teruskan pada tutorial FB fan page for blogger =)

Step 1 :
pergi pada halaman utama,
sign out dulu sekiranya anda dah sign in
cari "create a page "
tekan create a page macam kat gambar ni
Step 2 :
akan keluar gambar seperti di bawah
pilih brand or product
Step 3 :
pilih "website" dan tick pada agree tu
jangan lupa letak nama fan page anda
Step 4 :
bagi yang dah ada account fb
dan nak guna account fb tu untuk fan page
sila ikut macam gambar di bawah
log in ke akaun FB anda
Step 4.5 :
untuk yang belum ada fb,
ataupun nak gune akaun lain,
anda cume perlu register akaun baru.
itu saja
hehe

Step 5 :
akhirnya, korang akan didirectkan
ke halaman fan page korang.

di sini korang perlu edit gambar,
info tentang blog anda
dan
macam-macam info yang korang rase perlu isi
hehe

haaa, camne? dah dapat fan page untuk blogger?

tiap-tiap kali korang update, jangan lupa lah ping entri korang kat fan page korang. supaya senang reader luar dapat tahu perkembangan.

so, camne? suke dengan tutorial ini? korang boleh tekan 'like' ataupun korang nak share boleh jugak, tapi give credit la ye,hehe *sengih nakal
~ Baca Selanjutnya ~