Sabtu, 27 November 2010

Suke COKLAT

Salam sume pembace blog :) . Bile 1 malam x dapat tido dan sampai la masuk waktu subuh skang ni, kepala da mule pusing dan kemahuan / selera menjadi agak pelik. Dengan tibe2 je aku teringin nak makan Coklat yang sedap Macam Cadbury / Daim / Hershey Kiss. Sume coklat ni membuatkan aku rasa gembire bile mereka berada dalam mulut aku.

Coklat mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids. Anti-oksida diperlukan oleh badan kita untuk melindungi badan kita daripada penuaan yang cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok yang boleh merosakkan sel kita di samping boleh meningkatkan penyakit barah.

Selain itu coklat mengandungi phenylethylamine yang dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika kita dilanda kemurungan dan kerisauan maka coklat adalah pilihan terbaik untuk melegakan kekusutan.

Karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.



Selain Coklat, aku juge suke ape2 yang berkaitan dengan coklat seperti Donut coklat. bayangkan donut yang bulat lg comel itu disaluti dengan coklat moist kat bahagian atas. Bile gigit sahaja sudah rasa kelembutan donut dan diselami dengan rasa coklat yang sangat enak lagi berkrim itu



Ok yang paling menggoda selera aku ( Selera makan ye. bukan selera yang lain :P ) adalah Moist Chocolate Cake atau dalam bahasa melayu adalah Kek Coklat Basah ( Betol ke aku tulis ni ? ).
Kek Coklat moist ni bukan calang2 orang bole buat dengan cukup rasa dan cukup moist. Ade yang buat sampai jadi terlalu moist, rasa pahit, x cukup pejal kek tu dan banyak lagi la. Try tengok gamba kat bawah ni, Comel kan kek ni ? hahaha pasni cepat2 cari kat kedai tau :)

Kalo minuman yang coklat plak, aku x berape nak suke. tatau la nape x berape suke sbb aku lagi suke kat milo ais. milo ais memang x leh nak elak, wajib minum paling kurang 1 kali sehari.
Milo ais pun termasuk dalam kategori coklat gak :)



Ok tu je untuk pada pagi ni. jangan lupe untuk makan ape2 yang berkaitan dengan coklat bile bace post ni ye. Salam

p/s : Segala kelaparan yang berlaku setelah membace post ini akan ditanggung sendiri oleh anda :P
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 26 November 2010

I need you

I need you most rite now
After all pressure and tiredness
I need you

But You're not in good mood rite now
it makes me sad
coz I need you now

When I say " I need you "
I really meant it
:(

I need you
I need you and
I need you

and now i don't need you
coz i want to be alone for a while
I'll be alrite after a few days



~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 25 November 2010

Jom HACKing



salam. fuhh tajuk macam gempak je padahal isi tah pape jep. Aku hack sbb aku geram dengan 1 laman web ( x leh sebar nnt x pasal2 kene saman dengan company tu ). Laman web tu sangat ok, ade katalog barang yang aku teringin nak beli tapi ada bende yang menyebabkan aku benci web tu.

-Right Click DISABLED
-Picture is embedd completely in script and I cant download the pix of product that I want.

Hal ini menyebabkan aku x dapat nak tgk dengan jelas gambar barang yang aku nak beli tu dan aku pon jadi geram. Pas geram, kene la lepaskan geram dengan hack.

Aku x kan tunjuk pon aku hack laman web barang yang aku teringin nak beli tu. aku tunjuk hack yang aku buat kat laman web lain yang aku jumpe ciri2 yang sebijik macam web yang aku x suke tu.

http://gambarcun.com/category/gadis-melayu/ <----- web ni mempunyai ciri yang sama dengan web yang aku geram td.. Rite click DISABLE dan Takleh dapatkan katalog. Ape yang aku buat sebenarnye aku hack database (SQL) laman web dan download ape yang aku x leh download. :)
Ni adalah gambaran web yang telah di-hack

Dan 2 gambar kat bawah adalah masa tengah hack dan mendownload ape yang patot.



Gambar yang last lak bukti ape yang aku dapat download dari laman web yang seperti cendol ni. Aku download sket jep sbg contoh.

Ok tu je yang aku nak tunjuk. yang sebenarnye ape yang aku nak download adalah katalog harddisk dan performance harddisk kat 1 web.

Semua Gambar hack di atas adalah real dan gambar bukti download hack telah dipadam.Hack ini tidak merosakkan sistem / laman web yang di hack.

I Came, I Saw and I Conquer

p/s : x leh simpan gambar perempuan lain, nnt kekasihku marah lak. :)

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 23 November 2010

Kesibukan

Salam sume. Maaf la lame x update blog ni kerana beberapa hari ni agak bz kerana skang ni minggu exam. aku start exam pada 29 hb ni tp masih tatau ape yang aku telah belajar :( . Lepas je exam aku akan update blog ni mcm biasa dan kongsi ape yang menarik dan x menarik sepanjang exam ni.

Walaupun hidup penuh bz, aku masih ade masa menggodek lappy aku dengan Ubuntu. Bile bosan dan tensen study, aku godek2 la lapy aku dan ubah mane yang patut dan jadi lah seperti gambar yang di bawah ni :) Cantik x? kalo x cantik sile komen ye, kalo cantek pon komen gak tau. hahah


Ok tu je setakat ini. Doakan aku berjaya pada final exam ni tau.
Kalau ade terkasar bahasa, aku minta maaf banyak2 ye.
Salam

p/s : 29/11 ---> Digital Electronic 2 , Tamadun islam dan tamadun asia
2/12 ---> Discrete mathematic
3/12 ---> Probability and statistic
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 16 November 2010

Post + Tag !!!

Salam. dah beberapa hari x tengok blog sbb bz sket. bz dengan study, jalan2, enjoy, dating dan study lagi. Dalam tengah bz study dan tension mule terasa, aku dan kawan2 pergi jalan / overnite kat alor setar, kedah. Kami bertolak dr kg wai dr kul 5 petang dan balek pada pukul 6 pagi hari berikutnye :P . G alor star xde ape nak buat sangat, sekadar jalan2, makan mc D , karoke dan jalan2 lagi untuk ilangkan tensen. Makan mc D = sia2 usaha aku jog untuk kurus :P .

Ehem mc D. aku makan beger spicy chicken mc Deluxe je demi
menjaga badan supaya x naik balek :P

Membe2 yang turut sama lepak2 di mc D

Aku yang sangat Bajet bergambar di dataran kat alor star

Ok tu pasal jalan2 kat alor star. Semalam pula pas abes wat math sampai petang, aku datang kediaman UniMAP Wang ulu sebab malam nak g kuar makan dengan my Love :)
Kami jalan2 kat dataran kangar sebab die nak usha shawl yang dijual kat ctu.



feewwwiiitt :) I Love you Ernie Musliana

Ok skang Pasal TAG lak. aku di Tag oleh Egie :P

ape bnda pling penting dlm hidup?
-Komputer / Laptop / system / Hack

bnda terakhir bli pkai duit sendiri
-Makanan, Luch with my love just now :)

tempat ingin mengadakan mjlis perkahwinan dan tema
-Tempat mesti la umah pengantin laki n perempuan. Tema tatau la. x pikir lagi

adakah anda sedang bercinta?
-Semestinye !!! Saya cinta kekasih saya :)

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-Tiada batasan masa dan waktu.

novel/bulu/majalah terakhir yg korang bli
-Hardware Magazine n Majalah pc

antara mak/ayah,mak lebih mesra?
-Biasa je

namakan org yg korang btol2 nk jmpa dlm hidup
-Rasulullah s.a.w
-Linus Torvalds (Linux Founder)
-Bill Gates (Microsoft Founder)
-Membe2 Hacker

adakah korang bsuh bju sndiri?
-Memandangkan mesin basuh tade. so basuh gune tangan je la. Yes, saya basuh baju sendiri.

tmpat yg korang btol2 nk pegi
-Masjidil haram
-Central Intelligence Agency Headquarters at Langley, Virginia, USA.
- Canonical Company, UK ( Ubuntu )
- Silicon Valley ( Microsoft )
-Putrajaya
-Melaka
-Low Yatt Plaza
-Banyak tempat nak pergi sebab suke jalan2

pilih 1...peluk @cium
-Nak kiss :P

3 bnda ttg org yg tag korang
-ceria
-pendiam
-baik hati

bila tarikh lahir dan kt mana smbut thun lpas
- tarikh lahir saya rahsia ye. hahaha. yang tau dan wish befday hanya kawan2 n my love je

nk tag...
-Ernie Musliana
-Pastu sume yang bace post ni anda dikire kene TAG. hahaha :P

Setakat ni saje kali ni. jumpe lagi. :)




~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 13 November 2010

Jogging :D

Salam. Hari ni sesuatu yang ajaib telah berlaku pada diriku ini. Setelah banyak bulan meninggalkannya, pada hari ini aku melakukan kembali keajaiban. Keajaiban yang aku maksudkan adalah berjogging. Last aku jogging pada beberapa bulan yang lepas dan apabila aku jog pada petang td, aku begitu gembire. hahaha nonsense betol.

Ok nape tibe2 je aku nak jog pada hari ni ? ape kes ha ? haaa berikut adalah sebab-sebab nape aku keluar rumah untuk jog :)

- Semalam mak datang perlis. Mak duk bising sebab muke nampak bulat sangat

- Ayah aku terpegun apabila melihat perubahan yang mendadak kat muke n badan aku

- Kekasihku ( Ernie Musliana ) mengatakan badan aku makin BULAT :(

- Perasaan aku secara tibe2 mengatakan " aku kene kurus balek "

Tu la sebab2 aku jog. selain jog, aku kurangkan makan dalam 2 / 3 hari ni dan akan berterusan sampai la badan aku x nampak BULAT .

Oh ye petang tadi aku jog kat satu tempat yang dinamakan Bukit Kubu. Tempat ni memang sesuai untuk jog sebab trek jog dah disediakan dan pemandangan juga sangat indah kat situ contohnye ade bukit2 dan pemandangan ijau.

Tadi aku lupe nak bawak henset untuk amik gambar pemandangan bukit kubu. InsyaAllah esok aku akan uploadkan gamba pemandangan kat situ. Bukit Kubu dekat je dengan kolej kediaman UniMAP kg Wai dan memudahkan aku untuk keluar berjogging.

Ok sampai sini je post pasal jog. see ya later. salam

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 11 November 2010

My Taste :D

Salam. Post kali ni aku nak cakap taste aku. Taste ape tu ? Taste isteri ke ? hahaha merepek je sume tu. Yang ni pasal taste makan dan minum aku je. Aku tengah lapar yang teramat skang ni, tu pasal buat post pasal makan dan minum.

Sume orang ade taste mereka yang tersendiri dalam pemakanan dan minuman tapi aku nak citer yang aku je dalam post ni. ermm jap camana aku nak citer ye ? aku citer sambil tunjuk pix kat bawah la ye . baru best sket bole imagine rasa makanan dan minuman yang aku suke.


Comel tol gamba kat atas. ok umah aku dekat dengan pantai dan aku memang
suke pantai. Bile lepak kat pantai, makanan yang aku makan camni la.
ade keropok lekor, naget, fish ball goweng dan banyak lagi.
Syok tol makan2 kat pantai sambil ditiup angin pantai yang kuat.


Minuman yang besh bg aku masa lepak kat pantai lak adalah coconut shake.
yang paling best bile coconut shake + ais krim vanilla.
Kalo minum masa cuace panas, memang lentok ahh. Nikmat gileee
Rasa sangat manis + berkrim + besttt

Tadi kat pantai, skang fast food lak. aku suke kfc dan pizza tapi lagi suke kfc.
Bile masuk je kfc, beger merupakan menu utama aku.
Selepas beger, aku suke makan kfc chiken rice sbb sup die sangat best
dan kombinasi ayam goreng kfc dan nasi die sangat kene.
haha aku suke. lagipun harga murah berbanding amik snack plate :)

Kali ni nasi lemak plak. Nasi lemak pebret aku adalah buatan emak aku sendiri.
Setakat ni takde sape leh wat sesedap nasi lemak mak aku.
Tapi aku juge tetap makan yang kedai punye.
Nasi lemak memang salah 1 febret aku sejak kecil lagi sebab
sambal + telor + ayam + bilis + nasi = gabungan yang mantap :P

Sebagai orang Terngganu, aku sangat suke nasi dagang.
Perghhh kalo waktu pagi pekene nasi dagang kat umah memang best.
Rasa ikan yang mantap masih terngiang-ngiang dalam minda aku.
Tapi sbb aku ade kat perlis skang ni, celah mane la nak cari nasi dagang.

Nak melantak nasi dagang x dapat. so kene ganti dengan nasi kandar.
Duk kat perlis ni, nasi kandar agak pemes gak la.
Dengan banyak kuah dan ayam berempah, memang memikat selera aku.
Kadang2 aku breakfast kat kangar makan nasi kandar. sangat sedap :)

Milo ais = Lagenda segala makan dan minum aku.
kalo x de nasi, bantai milo ais yang pekat pun da cekup.
Rasa milo tu sangat ummpphh lebih2 lagi masa hari panas.
Milo ais x penah kecewakan aku. pergi je mane2 kedai tetap best
walaupon rasa tu berbeza bg setiap kedai .

hahaha tu je nak cakap. skang aku nak g cari makan. lapa gile ni, dr semalam lg x makan.
tata dan salam


p/s :Oh my kekasih Ernie Musliana da odw ke perlis. X saba untuk dinner brsama dengan die.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 10 November 2010

Chating...

Bile exam makin dekat, kene la study kan ? Tapi bile study ade masa x paham ape yang di-study tu. Otak mule serabut untuk cube memahami ape yang di lihat. Bile serabut, akan cari jalan untuk buat sesuatu yang dapat ilangkan serabut tu. Cara aku ilangkan serabut adalah dengan chating kt mane2 chatroom.

Aku suke chating. apabila aku chating, aku akan buat personaliti yang lain dalam diri aku.
aku jadi lebih ceria, lebih gile dan kadang2 hapening jugak. Aku suke masuk dalam chatroom yang x ramai orang sebab mudah nak chat. kalo ramai sangat nnt makin serabut lak otak aku.

Web yang aku baru start chating adalah kat http://www.desachat.net/ . kat sini tak ramai sangat orang kerana server baru je up beberapa hari. owner chatroom ni kawan aku jugak. Oh ye bile aku chating, aku gune nick Freaky , tu je nick yang ade dalam otak aku sejak aku mule chating 8 tahun yang lepas. Ni ade screenshot yang aku amik kat chatroom tu.

kalo anda nak join cni pon bole aje. tapi pastikan komputer korang ade JAVA, kalo x de java, die x kan loading chatroom cmni. untuk dapatkan java, bole download kat http://www.java.com/en/download/manual.jsp .

p/s : aku suke majukan chatroom yang x ramai orang. jom join :)
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 7 November 2010

Kelate :)

UniMAP memulakan cuti awal selama 3 minggu sebelum membenarkan para pelajar menduduki peperiksaan akhir semester. Yeaaa dan pada hari selasa yg lepas aku dan 3 orang kawan aku pergi melawat negeri kelantan @ kelate :D . Aku pergi untuk bersiar-siar sambil menemani seorang kawanku yang pergi ke sana untuk berjumpe dengan kekasih die.

Masa odw nak g kelate tu, tersangat banyak dugaan yang kami tempuh. Antaranya air banjir yang melintas jalan dengan paras yang tinggi, banyak jalan ditutup kerana banjir dan juga nombor plate kerete hilang akibat mengharungi air banjir di atas jalan. Setelah berhempas pulas dan kuatkan semangat, kami sampai di kelate pada lewat malam dan kami tinggal di rumah salah seorang kawan kami.

Di kelate, kami pergi jalan2 ke kota bharu, machang, tanah merah, pantai bachok dan banyak tempat lagi. Jum tgk gambr percutian kami yang x berape nak cuti. huhuhu

Ni kami makan di pantai bachok sambil menghirup angin pantai
yang segar dan sejuk.

Da sampai di kota bharu dan berada kat stadium kelate

Ni kat Kelantan Trade Centre. maaf pemandangan tak cantek :P

Di depan kafe Kelantan Trade Centre.. tempat penyokong
kelab bola sepak kelate.

Ni time mandi manda di kolam kat sebuah hotel yang besar di kota bharu.
Kami masuk secara haram dalam hotel ni semata-mata untuk mandi.
hahahaha sumpah syok. perasan check in hotel tapi hakikatnye x :D

Ok tu je ape yang aku nak share sepanjang aku g kelate. sebenarnye banyak lg tempat kami pergi tapi lupe na snap pix sbb excited sangat. Kelate dan banyak berubah dan semakin maju.
Lepas abis final exam nak g jalan2 kat laen plak, sape yang sudi bawak jalan2 bole la join sekali.


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 1 November 2010

Hujan

Aku sangat suke bile hujan turun
rasa sejuk menyelubungi badan ini
angin yang segar dan dingin berhembusan
Banyak memori terlintas dikala hujan
memori indah dan pahit bermain di fikiran
mengingati insan2 yang pernah aku jumpa
Kesejukan cuaca menghangatkan badanku
memberi semangat untuk menempuh cabaran
memberikan aku ketenangan yang nyata
Sewaktu kecil, bile masa hujan turun
aku segera keluar rumah dengan riangnye
bermain, mandi, ketawa dan kesejukan
Semua itu masih aku ingat
Pernah sekali aku terluka sewaktu hujan
Terluka akibat terpijak duri yang besar
Aku cemas, tapi aku x menangis
dengan perlahan aku cabut duri di kaki
Yang aku rasa hanyalah sakit yang amat
Darah merah pekat mengalir laju
mengalir seiring dengan titisan air hujan
Aku kagum melihat darah yang indah itu
Aku pulang dan memberitahu emak
Emak meletakkan ubat dan membalut kakiku
Aku berehat dengan tenang
Kini sudah 14 tahun berlalu
Hujan sentiasa membawa kenangan itu
Dan aku tersenyum dengan gembira
Di kala hujan turun membasahi bumi.

p/s : aku suke tengok darah keluar dr badan. sangat cantik :) .
~ Baca Selanjutnya ~