Perlu Ada Perancangan Hidup

10:00 PTG

Selamat malam kepada semua jejaka hensem dan juga gadis bertudung yang comel. InsyaAllah selepas 2 tahun aku graduate dan berkerja, aku akan mendirikan sebuah rumah tangga. Eh betul ayat  " sebuah rumah tangga " ? Ah lantak la betul ke salah. Dengan siapa aku akan berkahwin nanti, itu semestinya dengan perempuan pilihan aku sendiri.

Bila sebut je pasal kahwin, hanya 1 perkara je yang buatkan kaum lelaki pening kepala iaitu DUIT. Kahwin memang memerlukan duit dan bukan masa kahwin saja. Lepas kahwin pun lagi banyak nak gunakan duit untuk sara bini, anak-anak dan juga diri sendiri. Malah aku sendiri pun tengah fikir mana nak cari duit untuk masa depan nanti. Memang benar duit bukan segalanya dalam hidup ini tapi jika kita mempunyai, ia memberi sedikit kelebihan.

Jadi lepas habis belajar nanti macam mana aku nak kumpul duit ? Hurmm Memang salah satu caranya adalah dengan berkerja tapi bagi pendapat peribadi aku sendiri, berkerja saja memang tak cukup lebih-lebih lagi bila bakal isteri tu jenis yang kuat berbelanja. hahaha. Biasa la perempuan kan, dah memang sifat mereka suka berbelanja. Nak marah tak boleh sebab dah memang perangai mereka macam tu. Lain la kalau aku jadi CEO syarikat yang gaji lebih 10K setiap bulan. Yang tu baru la rasa yakin dan teguh sikit. Alaaa sikit je, tak banyak pun tapi ok la kan.


Melabur


Melabur yang aku maksudkan disini bukannya Berak di tandas tetapi melaburkan wang. Tempat yang paling sesuai untuk melaburkan wang atau dengan kata lain menternak wang adalah di Bank. Bermula pada bulan ni, aku bercadang untuk menambah nilai dalam buku pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia sebanyak RM 100 dan proses ini akan sentiasa berterusan pada setiap bulan. 

Jadi kalau takde apa halangan, genap setiap 1 tahun, sebanyak RM 1200 akan ditambah dalam pelaburan amanah saham ni. Pada setiap tahun juga biasanya akan ada bonus sebanyak beberapa peratus dan akan ditambah ke dalam akaun.

Bagi siapa yang kurang yakin atau was was dengan sistem pelaburan bank yang lain, korang boleh juga laburkan wang di perbankan islam seperti di Tabung Haji ataupun Bank Islam. Tapi yang paling aku suka adalah Tabung Haji kerana Dividen pada setiap tahun sangat banyak dan boleh dikatakan agak lumayan jugak la. Aku ada akaun tabung haji sejak dari kecil lagi yang dibuka oleh ibu-bapa dan pada setiap tahun, Emak akan tunjukkan kepada aku dan adik beradik yang lain mengenai jumlah dividen yang diperoleh bagi akaun masing-masing. Aku boleh kata agak menarik juga melihatkan jumlah wang yang bertambah pada setiap tahun dan mampu membuatkan aku tersenyum :)


Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk melaburkan wang. Aku nak cerita panjang dan secara detail pun tak berapa pandai sangat sebab aku pun tidak berapa mahir sangat bab macam ni. Setakat ni hanya tu saja perancangan aku dalam mengumpul wang. Kalau aku ada banyak duit sikit, mungkin aku akan labur kat bank lain pula dan akan cuba untuk belajar sedikit sebanyak mengenai selok belok melaburkan wang. Seronok pula bila sembang pasal duit. Muahahaha

You Might Also Like

12 ulasan

  1. bagus2...perancangan tu perlu ada...
    berjaya atau tak belakang citer...

    BalasPadam
  2. wahh..bagus2..da ada perancangan awal2..:D

    BalasPadam
  3. aku sokmo koya menang peraduan RM1juta.

    aku nak nikoh awal.
    tak sabar sangat ni.
    hahahaha

    BalasPadam
  4. skim 1 malaysia tu org bujang pun leh join ke??

    BalasPadam
  5. perancangan yang bijak ni..boleh try..haha

    BalasPadam
  6. p.s : x-change project tu..tukar2 entri sesama blogger...dua2 kena setuju la..

    contohnya : aq dgn ko xchange entri...entri yg ko tulis publish kat blog aq..dan entri yg aq tulis publish kat blog ko...sama2 promote blog..lebih kurang mcm tu la...:D

    BalasPadam
  7. Uih, amanah saham tu serius tak tahu macam mana nak buat. Memang nak try dari dulu tapi disebabkan kejahilan, so tak buatlah. Huuu..

    BalasPadam
  8. fuh.. ko dpat ke AS 1 malaysia? haha.. aku ada gak la

    BalasPadam
  9. as1m tu dulu dapat 100 masa mula2 masuk degree. sekarang baru 111. hehe. nak tambah takde duit. haha.

    BalasPadam
  10. anisa : masa ni la sesuai nak melabur sikit2

    amalina : hehe thanx

    ezad : perancangan kena ada bro

    syazwan : haha bakpo koya menang peraduan ? kena usaha jangan koya

    ahmad : rasanya sama je

    budak kachak : yang tu aku x pasti. kena tanya yang tahu bab ni

    h.j : sila la cuba. untung kat diri juga nanti

    zahirah : simpan dan labur je. nanti dapat la manfaat

    zul : aaa sumbak demo ni. hahaha

    rozeeta : wah skang dah 111 ke ? x pernah cek lagi

    BalasPadam