Rasanya dah cukup lama aku tak review mengenai keyword yang masuk ke blog Firdaus Life ni. Lagipun benda macam ni bukan penting pun kepada blog aku kerana bukan menumpukan kepada Search Engine Optimization ( seo ). Kalau main seo baru la nak kena sentiasa pantau keyword yang masuk ke blog.
Sebenarnya sejak dua tiga empat dan lima hari ni trafik yang masuk ke blog nampak agak menarik dan aku pun menjadi tertanya-tanya mengenai apa yang dicari oleh pengunjung yang masuk ke blog ini. Jadi dengan penuh tanda tanya aku pun melihat statistik keyword yang masuk ke blog ni atau dengan ringkasnya bermaksud hasil carian yang datang ke blog aku yang hensem.
Hahahahaha terkejut ? aku lagi terkejut cik abang akak oi. Kalau tengok yang paling atas tu kita dapat faham bahawa ramai pembaca cerita lucah masuk ke blog ni. Alamak sory la peminat cerita lucah sekalian kerana aku takde post macam tu. Aku pun hairan kerana aku dah lama buang post yang mengarut sejak setahun yang lepas dan link-link tak berguna semua aku dah inform kepada saudara Google supaya dibuang dari index.
Satu lagi keyword yang mengejutkan aku adalah babi.blogtak tu. Ape benda tu ? Setahu aku la kan, aku tak pernah pun mention mana-mana perkataan macam tu dalam blog ni. Entah ape la yang diorang ni cari aku sendiri pun tak tahu.
Secara keseluruhan beberapa keyword yang aku target seperti one piece, awek cun, dan juga definisi coklat ( kek coklat ) ada mengena dalam usaha menarik pengunjung. One Piece tu kalau push sikit lagi banyak trafik boleh masuk sebab peminat manga yang ramai dari seluruh dunia tapi aku jadi malas nak buat review pada setiap minggu apabila episod baru dikeluarkan.