Lepas minum kopi ni adakah kita akan rindu kat seseorang ? Atau rindu kat kopi ni ? Atau saja je nak rindu ? Atau rindu serindu rindunya ? Alamak mana 1 yang tepat ni. Aku sendiri pun tak tahu tapi dalam hati nak jugak rasa minum kopi rindu ni. Mana la tahu tiba-tiba jadi rindu ke bagus jugak. Haha apa yang aku merepek sangat ni.
Sebenarnya sekarang ni aku tengah frust menonggeng sebab internet slow gila. Aku boleh mati disebabkan internet yang teruk macam ni. Tapi aku kuatkan juga semangat untuk hadapi internet yang ciput ni. Mujur ada fone je boleh update blog dan luahkan tension. Kalau takde fone ni memang tak update la blog aku sampai 1 januari 2012. eh cakap pasal 2012, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alamak aku dah emo sangat. Sory sory sebab emo dalam post. Ni semua gara-gara tension yang teruk untuk minggu ni. Ok aku nak makan dulu. Lapa pulak bila banyak tekanan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sekarang ni bila dah besar, perasaan takut tu tetap masih ada walaupun sedikit. Pernah sekali tu aku pergi mall dan aku pandang patung pakaian tu dengan lama kat dalam matanya. Last sekali aku rasa lain macam terus aku larikan pandangan. Risau jugak mana tahu masa aku tengah pandang dalam mata patung tu tiba-tiba dia kenyit mata kat aku, memang sebulan demam la jawabnya nanti.
Cuba bayangkan korang berada dalam bilik yang gelap gelita dengan sebuah patung. Tiba-tiba patung tu macam hidup pula seolah benda tu yang bergerak. Ngeeeeeee saiko gila kalau terperangkap dalam situasi macam tu.
P/s : huuunngghhh sentiasa je takde mood bila tengah lapar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kursus ni diadakan sebulan yang lepas dan baru sekarang dapat sijil. Well ok la tu sebab dapat juga. Daripada tak dapat langsung lagi naya. Yeahh tak sangka walaupun aku sangat malas gila babas untuk libatkan diri pada semester ni, ada juga 1 sijil penyertaan. Kalau semester lepas aku tak ingat dah dapat sijil ape. Setakat ni sijil berkayak je yang aku masih tak dapat. Dah 2 tahun berlalu tapi tetap tak dapat juga sijil. Iskk nak jugak sijil berkayak Bintang 1 baru la senang nak pergi berkayak kat mana-mana je. :)
Tidak sampai setahun mengulit cinta, pasangan itu telah bersedia untuk mengikat ikatan perkahwinan antara mereka.
Selepas terbocor berita Yusry telah menempah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sebuah majlis pada bulan Februari tahun hadapan, spekulasi perkahwinan pasangan ini mula muncul. Akhirnya, pada pagi Sabtu lalu Lisa dan Yusry telah mengumumkan berita pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari tahun hadapan pada sidang akhbar bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.
Menurut Yusry, dia bukan sengaja untuk menyembunyikan hari bahagianya daripada pengetahuan umum sebelum ini. Sebaliknya ketika khabar angin perkahwinan mereka timbul, baik pihak Yusry mahupun Lisa belum ada sebarang keputusan yang konkrit.
"Kami akan bernikah selepas Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan mengadakan majlis resepsi kedua-dua belah pihak pada 26 Februari di PICC," kata Lisa.
Namun, selepas majlis merisik berlangsung di rumah Lisa pada malam Jumaat lalu (23 Disember), barulah Yusry berasa sesuai untuk umumkan berita penting itu. Bercakap mengenai tarikh 23 Februari yang dipilih sebagai tarikh keramat dalam kehidupan mereka, ujar Yusry tarikh itu dipilih simbolik kepada tarikh lahir Lisa yang jatuh pada 23 Mac tambahan mereka juga mempunyai kelapangan waktu itu.
Disoal cukupkah masanya untuk melakukan persiapan dalam masa dua bulan sedangkan sepanjang Januari Lisa akan sibuk di penggambaran filem Ular. "Persiapan itu dilakukan bersama dan kami ada orang yang membantu selain keluarga. Rasanya tidak ada sebarang masalah. Kerja tetap harus diteruskan seperti biasa," bicaranya.
Mengenai hal tajaan, kedua-dua mereka berfikiran terbuka mengenai hal itu dan menerimanya selagi ia tidak mengganggu keluarga serta perjalanan majlis perkahwinan mereka. "Bab tajaan ini, saya tidak kisah andai ada yang ingin membantu tetapi dengan syarat ia tidak menganggu keluarga dan majlis kami," jawab Yusry yang membenarkan Lisa terus bekerja sebagai pelakon selepas berkahwin kelak.
Sumber <<<
Lepas tu aku dan kawan-kawan lepak kat satu bangku depan rumah sambil sembang. Dalam setengah jam sembang, tiba-tiba ada sebuah motor Yamaha 125 hitam yang ada awek kat belakang tadi masuk kat simpang dan lalu melintasi tempat kami melepak dengan laju. Memang sangat laju sampaikan ada bonggol pun tak brek dan terus memecut macam tengah lari daripada seseorang.
Tak sampai seminit lepas tu datang sebuah kereta dan berhenti kat tempat kami lepak. Driver kereta tu tanya ada nampak tak motor yang bawak perempuan kat belakang ? Kami cakap la motor tu baru je lepas lalu tadi dan kami tanya kenapa dengan motor tu. Driver kereta tu cakap ada polis cari tadi. Ffuuuuuuu ? polis cari ?
Kemudian kami sambung sembang lagi kat bangku tu. Dalam 10 minit kemudian, datang sebuah kereta proton saga kat tempat kami melepak. Pemandu Proton Saga ni nampak macam seorang pakcik dan dia ada tanya kami ada nampak tak motor yang bawak perempuan tu. Kami pun cakap la ke arah mana motor tu pergi dan last sekali aku ada tanya kenapa dengan motor tu.
Pakcik driver tu pun cakap la yang perempuan tu lari dengan mamat motor. Tadi dah bawak perempuan tu masuk dalam kereta tapi sebab lambat dan polis pun datang lambat, maka perempuan tu pun terlepas dan lari bersama lelaki bermotor tadi. fffuuuuu kesian gila kan kat pakcik tu. Lepas tu pakcik tu pun round 1 taman tu untuk cari kelibat lelaki dan perempuan tadi.
Bila pakcik tu blah, aku ada terfikir adakah berbaloi perempuan tu ikut lelaki yang dicintai ? Erk cinta ke nafsu aku taknak la persoalkan yang tu. Tapi kalau aku jadi lelaki tu baik tinggalkan je perempuan tu. Tak berbaloi kalau keluarga perempuan tu tak suka dan juga siap main dengan polis lagi. Haihhhh
Waaahhh tak sangka bila seluk je poket seluar yang baru nak pakai tadi ada jumpa sekeping rm 10. Nasib baik rm 10, kalau 50 memang senyum lebar je la aku sepanjang malam ni siap di bawa ke dalam mimpi lagi. Lol alang2 dah jumpa duit yang tak seberapa banyak ni, aku pun laju ke kedai untuk makan untuk bungkus ns goreng kg. Baki nanti aku rasa nak beli kek atau roti kot tapi rasa malas pulak nak makan banyak malam2 macam ni. Aaarrrggghhh rasa nak makan tapi apakan daya kena kawal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tadi kawan aku ajak makan kek. Dia baru je balik daripada secret recipe dan belikan 2 kek. Ehem aku ni kalau ada yang ajak makan memang sah laju je terbang ke rumah orang. Ha ha. Kek yang dibeli kawan aku tadi adalah kek coklat dan juga kek blue berry. Rasa sedap bangat weeeiii terutama sekali kek coklat yang lembut sebab aku ni jenis pencinta kek coklat.
He he nak makan banyak tak boleh sebab ni kek orang. Errmmm rasa sedap la plak sebab dah lama x melantak kek coklat. Haaiissshh tak boleh jadi ni, mesti kena makan jugak kek coklat yang lembut dan gebu. Tapi... Tapi... Nanti berat badan naik pula kalau asyik makan je. Isskkk seksanye hidup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
So tempat yang sesuai adalah twitter kerana nak update status 30 kali sehari pun tak ada orang bising sebab fungsi dia memang macam tu. Biasa la sekarang aku nak dekat final dan bila hampir je musim macam ni, tangan aku memang suka buat benda mengarut termasuk la main twitter ni. Lagipun saja nak cari tempat untuk update sesuatu yang bosan dan remeh bila dah tak tahu nak sembang dengan sape. #forever alone
P/s : hik hik sampai letak twitter widget kat blog :p ------->
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Syukur sebab baru habis test untuk semester ni dan juga syukur sebab kekenyangan baru habis makan nasi goreng kampung, telur dadar dan teh tarik. Sedap gila nasi goreng aku makan tadi dengan bilis yang cukup rangup dan bunyi grupp grapp masa duk mengunyah. Ha ha aku kalau sembang pasal makan memang sampai esok tak habis duk menaip sebab tu badan dah naik dan BMI aku menghampiri pra obesiti. Selesai saja makan, terus balik rumah dan menghadap meja bersama laptop kesayangan macam kat bawah :
Bila menghadap laptop, aku pun try la cek tarikh pada hari ni. Aku ni bebal sikit sebab asyik lupa tarikh dan kadang-kadang paling parah adalah sampai lupa sekarang bulan berapa. So bila tengok sekarang dah masuk bulan Disember, maknanya awal bulan depan iaitu Januari aku dah mula Peperiksaan Akhir Semester. Kalau kira dengan kasar, aku hanya ada 2 minggu lebih je lagi untuk hadapi Final Exam sem ni.
Ngeeeee Final Exam memang saiko tapi sekali lagi aku syukur sebab jadual untuk setiap 1 subjek tu ada selang selama beberapa hari dan ini memberi masa untuk ulangkaji. Aaahhh bosan la sembang pasal study je. Ok aku tukar topik la ye. Minggu ni ramai kawan aku balik rumah selama beberapa hari tapi aku tetap Forever Alone untuk tinggal disini. Aku tak suka balik rumah selagi urusan kat Universiti ni tak selesai. Lagipun kalau balik memang sah la aku tak study sebab internet kat rumah masyuk dan heaven.
p/s : Esok kelas 8 pagi. demn !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jarak dia dengan kereta aku ada dalam 100 meter. Bila aku nampak je mamat tu tengah angkat senjata api ke arah aku, masa tu juga dia tembak tak henti-henti kat aku yang tengah ada dalam kereta. Fuuuhhh takut gila babas weii bila diri kene tembak dan serang macam tu. Entah macam mana tiba-tiba tangan aku laju je seluk laci dalam kereta tu dan ada jumpa pistol 9mm. Bila dah jumpa pistol, maka bermula la adengan tembak menembak antara aku dan mamat yang tak dikenali tu.
Tengah sibuk duk kalut menembak, mamat tu pun rebah ke pasir pantai secara tiba2. Eerrkkk aku tak tahu apa yang berlaku. Mungkin dia terkena salah satu tembakan aku kot. Aku nampak mamat tu sedang menggelepar atas tanah dan dengan perlahan aku keluar daripada kereta cuba menghampiri mamat yang tengah baring atas pasir tu. Sampai je kat mamat tu, aku tengok bahagian dada dia penuh darah dan dia pun dah macam tak bermaya lagi.
Sambil aku acukan pistol ke muka mamat tu, aku tanya la pasal ape die serang dan tembak kat aku. Dengan suara yang terketar dan perlahan, aku dengar dia cakap bahawa ada orang upah suruh bunuh aku. Aku tanya lagi siapa orang yang upah tu tapi mamat tu degil tak bocorkan rahsia. Last last die mampus macam tu je dan aku tak tahu siapa yang upah mamat tu. Hehe tu la mimpi aku semalam. Frust juga sebab tak tahu siapa yang nak sangat aku mati tu. Demn !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berdasarakan post yang NI tadi, aku tertarik dengan komen dia. Hurrmm dia kata aku dalam kategori pra obesiti. Aisehmen nampak gaya aku ni memang tak lama lagi akan jadi obesiti la jawabnya. Ape tu Pra Obesiti ? Pra Obesiti ni adalah peringkat permulaan seseorang sebelum memasuki kategori obesiti. Ciri-cirinya adalah mengalami badan yang Chubby dan bulat macam bola. Halamak aku semakin menghampiri obesiti sekarang ni. Kalau bukan tahun ni mungkin juga tahun-tahun depan yang seterusnya. Aku tak nak obesiti tapi aku dah kurangkan makan. Bersenam ? memang tu pun yang aku sedang buat tapi badan tetap naik. LOL
Sepanjang semester ni aku tak pernah on pendingin udara dan dibiarkan berhabuk kat tepi dinding kerana bilik aku dah cukup sejuk. Tapi yang jadi masalahnya bila bilik sejuk, aku pulak yang jadi rindukan katil untuk tidur. Haihh masalah betul tapi ok la sebab bilik dah sejuk tanpa aku perlu gunakan pendingin udara. Satu lagi apa motif aku buat post ni pun aku tak tahu. Saja nak sembang
Lelaki : Hai boleh tak saya nak berkenalan dengan awak ?
Gadis : .......... ( takde respon 1 Minit )
Gadis : Oh dah in relationship rupanya. Tak suka kenalan dengan bf orang. bai
Lelaki : Ok .......
Hujung minggu ni takde buat apa sangat melainkan nak tengok wayang je. Oh ya movie yang aku nak tengok jap lagi adalah Mission Impossible 4 : Ghost Protocol. Aku memang hard core fans pada tom cruise dan cerita mission impossible sejak kecik lagi. Lagipun cerita ni semakin lama semakin menarik pada setiap tahun dengan banyak aksi tembak menembak dan misi yang agak cool. Ok nak round mall dulu dan tengok kalau ada barang yang menarik untuk dibeli.
Roti kegemaran aku tu adalah donut coklat macam dalam gambar kat atas ni haaa. Biasanya aku takde rezeki nak beli donut coklat sebab ia cepat benor habis. Bila nak beli je dah habis, bila habis je aku nak beli so tak sangka pulak hari ni aku bernasib baik kerana masih ada 2 biji masa aku masuk dalam kedai tu. Alang-alang dah ada 2 biji, aku terus ambik semua dan pulang dengan gembira. Sekarang masa untuk makan. Yaaahhuuuuuuu
Dengar lagu dengan kebosanan sambil tunggu kawan.
Puuufff petang tadi classmate ada sms dan ajak aku makan steamboat malam ni. Ehem aku apa lagi dengan sepantas guruh di langit terus bersetuju tanpa fikir apa pun. Steamboat kot, ermm dah 2 mggu lebih tak makan dan malam ni akan makan dengan banyak. Aduyai makan banyak lagi malam ni lepas tu badan naik lagi. Entah bila nak kurus balik aku pun tak tahu. Ok nak enjoy makanan dulu. Tata
Esok hari jumaat, esok pagi aku ada test, esok petang tak tahu nak g mana, esok mungkin habiskan masa dengan Demn Blog, esok tak tahu nak makan apa. Haaiihh banyak sangat aku duk fikir perancangan dan aktiviti untuk esok hari. Minggu ni tak pergi jalan2 sebab nak buat benda lain yang lebih penting. Aaahhh tiap kali nak test mesti rasa tak best dan tak seronok. Ok nak study dulu. Tata
P/s : ehh dah sampai masa makan. Haha
P/s : ehh dah sampai masa makan. Haha
Kelas habis awal ataupun kelas dibatalkan memang impian setiap pelajar sampaikan kegembiraan yang muncul di paras rupa sangat terserlah tanpa ada sebarang selindung. Alamak skima sangat aku tulis untuk mukadimah post ni. Ok ok sekarang aku tulis sempoi pulak walaupun memang diri aku ni skima dan nerd tahap gaban punya.
Ok balik pada kelas batal, ia merupakan satu situasi yang sangat heaven terutama sekali bagi aku yang suka sangat habiskan masa dengan tidur. Biasanya kalau kelas dibatalkan, aktiviti lain akan dilakukan macam online, makan2, tidur, borak, dan juga jalan2. Tapi jalan2 tu tak boleh selalu la sebab nanti habis duit dengan laju. Aku ni jenis sayangkan duit tapi kadang2 tak dapat tahan nafsu untuk belanjakan duit yang ada. Aisehmen aku dah lari topik. Sebenarnya kelas aku tak batal pun. Saja bermimpi untuk kelas batal.
Tujuan aku menulis post dalam blog ni adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sikap korang yang mengambil tong sampah milik rumah kediaman ni tanpa memulangkan kembali. Walaupun ia hanya la sekadar tong sampah tapi bagi kami sebagai pelajar UniMAP, ia merupakan peralatan yang sangat penting kerana kami boleh dikenakan denda RM15 seorang untuk setiap ahli rumah jika didapati tong sampah tersebut hilang.
Jika 1 rumah mempunyai 7 orang pelajar, maka kami terpaksa membayar sebanyak RM 105 untuk tong sampah yang hilang itu walaupun harga sebenar tong sampah itu tidak sampai RM50 dan baki RM55 itu sudah tentu la ditelan oleh pihak pengurusan EHEM EHEM ( Censored :D ).
Wahai Jiranku,
Aku tahu kamu meminjam tong sampah tersebut kerana beberapa hari yang lepas rumah kamu ada mengadakan majlis kesyukuran tapi buat masa sekarang majlis itu sudah pun selesai dan khemah semua telah dirobohkan dan dihantar kembali. Malangnya tong sampah rumah kediaman aku masih lagi tidak kelihatan di tempat asal dan yang lebih bebal lagi adalah kamu mengambil tong sampah tersebut tanpa meminta izin dengan kami terlebih dahulu.
Akibat daripada tindakan kamu, rumah kediaman kami tidak mempunyai tong sampah selama beberapa hari dan ini menyebakan kami sukar untuk membuang sampah-sampah yang ada. Sebelum aku berhenti menulis, aku harap jiran dapat menyerahkan kembali tong sampah tersebut dan meletakkannya kembali di tempat asal sebelum kami 1 rumah dikenakan denda oleh pihak yang sememangnya dahagakan duit kami. *Troll
p/s : sebenarnya tong sampah ada depan rumah jiran tapi kami saja buat hati keras nak suruh diorang pulangkan sendiri.. pandai ambil, pandai la bagi balik.
Roti ni aku beli kat kedai bakery kawasan kuala perlis. Kali pertama aku makan beberapa hari yang lepas terus membuatkan aku jatuh cinta dengan roti ni. Oh roti.. Sedapnyeee.. Auummm .. Masa untuk minum petang.
P/s : ok kenyang makan wafer. Nak g jalan lak