Cara Berkesan Menambah Kelembapan Nasi

1:27 PTG

Sebagai lelaki sejati di rumah, memang hala tuju aku selalu ke dapur tapi bukan untuk memasak sebaliknya mencari makanan. hu hu. Biasanya kalau ada nasi yang lebih semalam dalam periuk, aku tidak akan beli sarapan nasi bungkus sebaliknya cuba memanaskan balik nasi dalam periuk itu ataupun kalau aku rajin akan buat nasi goreng. Tapi kebanyakannya aku sangat malas nak goreng nasi sebab takde bahan yang best seperti ayam dan telur untuk menambah sedap nasi goreng tu.

Aku tak suka buang nasi yang masih elok sebab tu dinamakan membazir. Membazir itu amalan Syaitan. Korang jangan nak jadi syaitan pula.  Jadi bila malas nak goreng nasi, aku hanya panaskan nasi yang semalam yang masih elok lagi kemudian pergi membeli lauk untuk makan dengan riang. Masalah utama pada nasi semalam yang dipanaskan adalah mengalami kekeringan. Bila nasi dah kering sangat, makan dengan lauk yang best sekalipun akan rasa kurang enak seperti ada yang kurang.

Dah banyak cara aku buat bagi menambah kelembapan nasi semalam yang dipanaskan tapi semuanya kurang berkesan dan semalam juga aku telah menemui jawapannya di sebuah pasaraya dekat bahagian peralatan dapur. Kat bahagian periuk nasi elektrik tu, aku ada nampak satu alat yang ada jaring besi dan nampak pelik. Aku cuba tanya kepada akak yang jaga bahagian dapur tu mengenai alat jaring besi tu. 

Akak tu pun menjelaskan bahawa fungsinya adalah untuk menambah kelembapan nasi. Dia pun beritahu step-step macam mana nak buat dan aku tertarik bila dengar penjelasannya. Jadi aku pun beli satu untuk cuba sendiri di rumah. Mana tahu nasi yang dah kering boleh jadi lembab balik dan best untuk dimakan. Pagi tadi aku ada cuba buat seperti yang akak tu suruh dan memang sangat berkesan. Yeay !!!

1. Mula-mula pindahkan nasi semalam yang ada dalam periuk tu ke dalam jaring seperti di bawah :



2. Periuk nasi tadi kemudian kita basuh dulu. Bila dah cuci, masukkan sedikit air ke dalam periuk tersebut. Jangan banyak sangat air nanti lambat proses nak lembabkan nasi :



3. Lepas dah masukkan air dalam periuk, letakkan nasi dalam gambar 1 tadi ke dalam periuk bersama air.



4. Bila dah letak macam kat atas. tutup la periuk tersebut kemudian jangan lupa untuk tekan on supaya nasi yang kering tadi akan menjadi lembab. Biarkan selama satu jam.



p/s : Kaedah sama macam nasi kukus :D

You Might Also Like

14 ulasan

  1. sama cam kukus..

    periuk berbeza saiz, jadi mungkin tmpat letak nasi tu pun ada banyak saiz erk?..

    BalasPadam
  2. 1st time tahu! Hebatlah chef firdaus, hehe.

    BalasPadam
  3. tips bagus untuk tak bazirkan nasi semalam...hee~

    BalasPadam
  4. uh..kalo saye sng je.tambah ja air dalam periuk tu..tekan on..hahaha..nnt dia masak same mcm nak masak nasi ..jadi lembut sikit..:D

    BalasPadam
  5. emy : ni pun baru tau juga

    lia : ha ah teknik kukus. ada banyak saiz jaring tu.

    adeeya : ye begitu

    wanni : haha mane ade chef

    ezad : ha ah membazir tu x bagus. nanti rezeki ditarik

    h.j : sila la cuba

    cik bulan : kalau buat macam tu tak berkesan sangat. kita bukan nak masak nasi sekali lagi cuma nak tambah kelembapan je

    syarifahsidrus : hehe elakkan membazir

    BalasPadam
  6. haha.. terbaik punya tips!

    BalasPadam