Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada semua umat islam di seluruh dunia :) ... Alhamdulillah nafsu makan dan minum sentiasa dapat dikawal di bulan Ramadhan sejak aku akil baligh lagi walaupun pernah alami keadaan kebulur dan sakit yang sangat teruk masa kecil-kecil dulu tapi puasa full di bulan Ramadhan tetap kena pertahankan sampai nyawa meninggalkan jasad. Itu azam yang aku sentiasa berpegang tiap kali tibanya bulan Ramadhan. ~ Pergh boleh tahan jugak ayat aku ni kan ? :P ~
Itu nafsu makan dan minum yang boleh dikawal. Yang tibe-tibe memuncak muncul sejak sebelum tibanya puasa adalah nafsu ..... Nafsu terhadap perempuan ? Eh salah. Yang tu selagi aku tak kahwin memang akan sentiasa memuncak tak kira masa. hahaha. Tapi nafsu yang sentiasa meningkat dalam diri aku sejak beberapa bulan yang lepas adalah nafsu bermain game. Tak tahu la kenapa tiba-tiba je rasa nak sangat main game sekarang. Beberapa bulan lepas ade la juga main game sebiji dua kat laptop tapi masa tu keinginan takde la nak sangat. Sekarang ni kalau boleh nak main game je kejenye.
Mungkin disebabkan aku rasa internet agak bosan dan membuatkan aku cari alternatif lain untuk luangkan masa. Nak tengok facebook dah rasa tak menarik, nak baca komik tapi keluaran latest seminggu sekali, nak baca benda lain tapi rasa takde mood nak cari. Last sekali dengan keinginan yang memuncak sangat nak main game, aku decide untuk angkat sebiji Sony Playstation Portable PSP 3006 Piano Black yang berharga RM 550 ( 16 Gb ) di Plaza Low Yat pada hari ke 2 puasa sebagai teman untuk aku main game.
Kenapa PSP 3006 ? Kenapa bukan PS2 / PS3 / PS Vita ?
Playstation 2 dan 3 ? memang tu pun yang aku nak angkat asalnya tapi last sekali jawapan aku adalah.. Nope ! Sebabnya aku tak suka main game 2 orang. Ha ha jahat kan ? Memang aku tak suka pun main multiplayer ni. Tengah syok duk main game yang boleh main 2 player kang ade gak orang datang duk sebelah kate nak join jugak. Kalau guna PSP takdenye kate nak main berdua melainkan pengguna PSP yang lain jugak tapi yang macam tu senang je nak reject kate taknak.
But the real main reason why I bought PSP was because of it's being PORTABLE. Senang dibawa untuk bermain dimana-mana saja sama ada atas katil, dalam bas / train dan dalam tandas pun boleh sambil tengah berak. PS2 dan PS3 kena main depan tv je dan kalau takde tv memang tak dapat nak main la jawabnya lebih lagi kalau dalam rumah ade 1 tv je dan kena kongsi dengan family yang lain. So disebabkan tak compatible aku tak jadi nak angkat. Memang la PS3 tu syok, gambar cantik gila kambeng tahap Blue Ray, tapi tu la tak portable dan tak kena dengan taste aku.
Bagaimana pula dengan PSP Go dan PS Vita ?
PSP Go bagi aku shape die sangat huduh giler dan aku agak tak berkenan. Kalau tak percaya try la Google image PSP Go dan compare dengan shape PSP 1000 / 2000 dan 3000. Ps Vita pula masih baru dan aku takde kawan-kawan yang guna device tu jadi aku takde experience menggunakannya dan maklumat pasal Ps Vita pun aku susah nak dapat walaupun dengan bantuan pakcik Google.
Ape Yang Aku Dapat PSP 3006 Pada Harga RM 550 ?
- PSP 3006 Piano Black ( Already Modded )
- 16Gb Memory Stick
- Charger / adaptor
- Battery 3.6V ( 1200mAh )
- Usb Cable
- Screen Protector
- Pilih Game suka hati :D
- Waranti 1 tahun
Modded tu bermaksud dah di hack supaya boleh main game yang di muat turun daripada internet yang file berbentuk ISO atau CSO. Kalau malas habiskan duit dan malas nak jalan pergi kedai game, download je game belambak kat internet pastu transfer masuk ke dalam memory PSP dan layan la sampai krem tangan. Selain tu ada disediakan Aplikasi Fast Recovery. Biasanya apabila bateri PSP dicabut kemudian dimasukkan semula, semua game dalam Memory Card akan tidak dipaparkan. Maksudnya seolah-olah game tu dah hilang dan tak dapat dibaca oleh PSP tapi sebenarnya game tu masih ada lagi. Aplikasi Fast Recovery akan recover balik game yang kita simpan dalam memory card tu dalam masa 10 saat dan boleh main kembali seperti keadaan asal tanpa sebarang masalah.
Bagi yang teringin nak beli PSP, better korang study dulu info sebelum beli. Bukan ape cuma takut kena tipu je dengan sesetengah penjual. Kalau nak yang lagi best dan selamat pastikan korang tanye dulu sama ada PSP yang dijual itu sudah Modded atau belum dan kalau sudah Modded, buktinya PSP tu ada aplikasi yang boleh recover game yang tidak dipaparkan apabila bateri dicabut. Aku masa beli hari tu memang ade suruh jurujual tu tunjuk depan mata cara bagaimana nak recover balik game bila tidak dipaparkan setelah cabut bateri. So korang pun kena buat macam tu juga supaya tak kena tipu nanti. Kang bila game hilang dan tak tahu apa-apa terpaksa hantar kedai balik dan kena caj tambahan lagi untuk recover pada hal benda tu senang je sebenarnya dan boleh dibuat dalam masa 10 saat je.
p/s : Syok layan game God Of War. Berjinak-jinak nak jadi gamer kembali.
Jika anda rasa kandungan blog ini membantu dan memberi informasi, anda boleh memberikan sedikit sumbangan kepada blog saya. Maklumat lanjut boleh klik di sini >> Derma.<<
Jika anda rasa kandungan blog ini membantu dan memberi informasi, anda boleh memberikan sedikit sumbangan kepada blog saya. Maklumat lanjut boleh klik di sini >> Derma.<<