Menarik Februari Ini

11:30 PG

Morning and afternoon all. Hari ni sudah masuk 3 Februari tapi aku rasa masih belum terlambat untuk memberitahu apa yang menarik mungkin berlaku pada bulan ini. Semestinya ini hanya la jangkaan event yang aku pandai-pandai buat menggunakan andaian kepala otak aku yang sangat bernas dan bijak.

1. Balik Ke Kampus


Pada 13 Feburari ni semester baru untuk Uni aku dah bermula. Aku tahu ramai yang tidak suka untuk balik ke tempat belajar masing-masing dan masih mahu tinggal di rumah bersama keluarga. Tapi aku ni lain sikit sebab aku lebih suka berada di kampus kerana ada ramai kawan dan boleh have fun berjalan ke sana sini berbanding di rumah.

Aku suka kampus sebab ramai awek cun ?

Urm... well ada betul juga statement di atas tapi point utama bukan disitu sebenarnya. Walaupun aku mempunyai ramai kekasih gelap di kampus tapi bukan itu tujuan utama aku suka balik ke sana. Yang paling penting aku lebih gembira berada di sana berbanding di rumah yang agak bosan ni. Nak ajak kawan2 keluar kat rumah, diorang semua sibuk dan kerja jadi terpaksa aku forever alone berada di rumah.


2. K's Day

Apa itu K's day dan siapa pengasasnya ? Aku pun sebenarnya baru je tahu mengenai K's day masa terbaca post di blog Mamat ni :

Korang ingat tak dulu aku pernah buat K's Day di Facebook? Or nama asalnya di panggil Khairul's Day? Hihi. Ehem. K's Day ni sebenarnya dah ditetapkan pada 15 February setiap tahun. Dan ianya khas untuk pasangan yang nak kahwin, dah kahwin dan juga khas untuk yang lelaki or perempuan yang masih single. Yang tengah couple-couple tu boleh blah. But why ianya 15 February? Sebab masa 15 February, harga chokelat, harga kuih-kuih dan segala harga promotion mahupun jualan sempena Valentine Day akan jatuh secara mendadak. Yang dah kahwin, boleh beli cokelat untuk pasangan dan yang single, boleh pelahap cokelat tanpa kisah pasal berat banda. Single kan? Nak takut apa kalau gemuk. Dan jangan risau. K's Day ni tidak ada pengaruh kristian dan paderi. Hihi.

Mamat K ni buat K's day untuk pasangan yang dah kahwin, bakal berkahwin dan single. Memandangkan aku pun bakal berkahwin dalam masa 3 - 4 tahun lagi jadi aku akan sambut K's Day ni bersama ko.


3. Pc Fair


Pc fair memang merupakan pesta ataupun disko yang aku sering kunjungi. Bagi aku tempat tu jauh lagi menarik berbanding Kampus yang ramai awek cun. Apa yang membuatkan aku tergoda dengan pc fair ini adalah aku dapat tengok laptop dan juga desktop yang baru serta power. Tidak lupa juga aku akan survey kesemua store yang ada di pc fair tu terutama sekali yang berkaitan dengan gadget dan juga laptop bagi mendapat kepuasan nafsu syahwat.

InsyaAllah kalau duit aku banyak. Kalau dan kalau la duit aku banyak, aku mungkin akan angkat netbook sebiji sebab aku memang dah lama teringin nak pakai netbook ataupun juga laptop baru memandangkan laptop aku yang lama ni mudah sangat overheat.

24 - 26 February

- Straits Quay Convention Centre ( SQCC ), Penang


Nampaknya itu saja event yang aku rasa menarik untuk sepanjang Februari ni. Nak senaraikan banyak lagi, aku tak tahu sangat tapi mungkin ada pertambahan nanti. Apa pun cuti pun hanya tinggal kurang daripada 2 minggu lagi untuk memulakan sesi pembelajaran semester baru. Haihh terpaksa la kena berperang dengan esaimen dan juga kelas nanti.


You Might Also Like

3 ulasan