Hari tu dah kena sekali. Kali ni kena lagi bila Blog Diserang Post Mengarut ataupun dikenali sebagai spam post. Aku rasa kali ni terjadi sejak aku aktifkan mobile blogging. Tapi ni hanya anggaran aku je sebab aku sendiri tak tahu kenapa boleh kena spam post yang banyak.
Aku aktifkan kembali mobile blogging sejak bertukar menggunakan telefon pintar supaya memudahkan aku untuk update entri blog.
Dua tiga hari selepas aktifkan mobile blogging, terus nampak spam post. Bagi yang tak tahu, spam post ni adalah blog publish content secara automatik. Seolah-olah ada orang log in blog, tulis post kemudian publish tanpa pengetahuan aku. Magik kan ???
Buat masa ni aku baru selesai update sekuriti untuk mobile blogging dengan menukar keyword. Diharapkan dengan menukar keyword pada mobile blogging dapat elakkan daripada terjadi lagi spam post.
p/s : Kalau x menjadi jugak, kena overhaul seluruh blog buang link yang mencurigakan.