Dalam post yang lepas bertajuk Penangan Dari FB Ads, aku ada cakap akan terus eksperimen benda ni lepas tahun baru cina tapi sebenarnya aku buat sebelum sebabnya ada bajet lebih sikit untuk beriklan jadi terus aku buat iklan dan run serta merta.
Cuma kali ni bajet beriklan up sikit dari minggu lepas. Kalau iklan sebelum ni menggunakan modal sebanyak RM 6, kali ni aku up sedikit sebanyak RM 9. hehe beza hanya RM 3 tapi bagaimana pula dengan hasilnya berbanding yang sebelum ni ?
Jom tengok hasil iklan yang aku run baru-baru ni :
Aku run iklan ni selama 3 hari iaitu dari 28 - 30 Januari. Jadi dengan bajet RM 9 dan iklan run dalam masa 3 hari. Purata kos iklan ini adalah sebanyak RM 3 sehari. Murah je kan ? Takde mahal sangat nak beriklan dengan fb ni.
Iklan kali ni hampir sama dengan yang lepas di mana aku masih target kepada kaum perempuan yang berumur 15 - 25 tahun. Tapi majoriti yang memberi respon dengan iklan ni adalah yang berumur 20 tahun ke bawah. Perempuan yang berumur 20-25 tahun takde respon dengan iklan ni. Mungkin perempuan yang dalam lingkungan umur ni tidak berminat cuci gambar agaknya.
Selain tu, aku ada buat penambahan lokasi. Kalau sebelum ni aku target perempuan yang tinggal di 4 bandar besar di Malaysia, kali ni aku tambah menjadi 8 lokasi termasuk bandar besar seperti KL, Penang, Johor, dan Selangor.
Hasilnya
Hasil beriklan selama 3 hari, sebanyak 2397 orang melihat iklan ni dan seramai 301 orang memberi respon dengan klik iklan, klik like, tinggalkan komen terhadap iklan ni.
Manakala iklan yang sebelum ni hanya 1287 orang melihat dan 190 orang memberi respon yang menelan belanja RM 6.
Jadi kalau buat perbandingan, hanya dengan perbezaan RM 3, hampir 1 kali ganda orang melihat iklan ni dan respon mencapai target aku iaitu sehari 100 engagements. Lagipun peningkatan ini aku rasa disebabkan oleh jumlah lokasi yang aku tambah kepada 8 bandar utama.
Tunggu jap !!! apa makna kalau beriklan dan habiskan duit tapi tak dapat sales kan ? Ok sebelum aku terlupa, hari ke 2 iklan run aku sudah ada pelanggan order sebanyak 200 gambar. Buktinya gambar dibawah baru diambil hari ni, siap untuk pos tengah hari tadi.
Rumusan
Buat masa sekarang hanya ni je yang mampu aku cuba dan eksperimen keatas pengiklanan fb. Minggu depan aku akan cuba target kepada lelaki dan perempuan yang berumur 20-25 tahun di 8 lokasi untuk tengok hasilnya.
Soal kos dan modal, mungkin dalam lingkungan harga seperti sekarang kerana aku masih tak berani untuk keluarkan modal besar. Risau modal keluar banyak tapi takde hasil langsung.
p/s : Nak cuci gambar ? Meh tengok fb & ig Detik Instax.