Kenapa Aku Benci Restoran Fast Food

10:45 PTG

Orang tua selalu pesan jangan tidur lepas asar, nanti lama-lama boleh jadi gila. Tapi aku degil dan sangat bebal jadi aku tidur juga lepas asar pada petang tadi sambil dinyanyikan lagu oleh perut aku yang separa lapar. Semasa aku tidur petang tadi, aku ada mimpi pasal fast food. Yer fast food itu adalah " makanan laju " atau lebih tepat lagi makanan segera seperti Kepci dan Mekdi. Aku tahu ramai yang suka makan fast food dan aku sendiri pun suka makanan ayam goreng kepci dan beger mekdi.

Tapi dalam mimpi petang tadi aku bukan mimpi pasal menikmati makanan segera yang sangat lazat sambil ditemani awek-awek tudung yang sangat comel dan gebu keputihan. Sebaliknya aku mimpi perkara yang paling menjengkelkan dan membuatkan aku benci untuk berkunjung ke restoran fast food.  Aku rasa korang sendiri pun pernah alami perkara macam aku mimpi petang tadi bila berkunjung ke restoran fast food dan ianya memang menyakitkan hati.



1. Pasangan Kekasih Yang Bebal


Dalam mimpi aku petang tadi, restoran mc donald yang aku kunjungi itu sangat ramai orang dan menyebabkan aku terpaksa beratur di barisan yang panjang dengan lama semata-mata untuk membeli makanan. Di hadapan aku pula ada sepasang kekasih yang sedang asyik berbual manja dengan pasangan mereka. 

Awek : B, semalamkan I berak cirit tau

Mamat : ye ke you berak cirit ? cirit buih ke ?

Awek : ha ah cirit buih. Sakit sangat perut I semalam tau

Mamat : Takpe jap lagi kita beli ubat supaya malam ni you tak berak cirit lagi.

Awek : Ok B sayang. 


Dialog tu saja aku reka sebab aku tak ingat dalam mimpi diorang sembang pasal ape tapi perbualan mereka berterusan sampai la barisan yang aku beratur tu tiba di bahagian kaunter. Bila sampai saja di kaunter, pasangan kekasih depan aku pun masih bersembang untuk tanya nak order makanan

Awek : B , you nak order makanan ape ?

Mamat : I rasa I nak makan you la

Awek : B, jangan la main-main cepat order ni

Mamat : Tah la sayang. I pun tak tahu nak order makanan ape

*** dialog berterusan selama hampir 5 minit


Nak kata bebal sangat pasangan kekasih ni, masa beratur tak nak fikir makanan ape nak order. Bila dah sampai depan kaunter baru terhegeh-hegeh nak fikir makanan ape yang nak order. Beratur dah la panjang, tunggu pasangan ni terhegeh-hegeh 5 minit tak order makanan lagi. Bebal tahap gaban.


2. Internet Whore 

Lepas aku dah order makanan, mesti la kena cari port yang baik untuk makan. Kalau korang selalu pergi ke restoran fast food, mesti korang ada perasan ada beberapa mamat dan gadis-gadis yang online menggunakan laptop. Dalam mimpi aku tadi restoran tu dah la ramai orang sampaikan nak cari seat untuk makan pun susah. Lepas tu mamat dan gadis-gadis yang sedang duk online ni buat tak tahu je orang lain memerlukan tempat duduk untuk makan.

Kalau tak ramai orang, nak online sampai 10 jam pun aku takde hal nak kecoh. Tapi bila ramai orang sampai sesak restoran, internet whore ni pula buat tak tahu macam takde ape yang berlaku, memang aku rasa nak siram je dengan air pepsi yang ada kat tangan. Lagipun orang yang online kat restoran fast food ni makanan mereka dah habis lama sebenarnya. Makan pun hanya fries dan air je lepas tu lepak sampai berjam-jam macam orang terdesak internet.


3. Attention Seeker / Kumpulan Kecoh

Bila dah jumpa seat yang baik tadi, aku pun enjoy la makanan yang ada tersedia depan mata. Walaupun dalam mimpi tapi rasa sedap gila wei makan beger yang besar. Sambil aku makan, aku terdengar sekumpulan manusia yang terpekik dalam restoran yang dipenuhi orang ramai tu. Aku pun hairan la ape pasal terpekik dalam restoran sampaikan orang nak makan pun tak senang.

Well rupa-rupanya ada sekumpulan manusia sedang buat reunion ataupun parti kecil-kecilan. Kalau macam tu takpe la. Aku boleh faham perasaan mereka nak berhibur  dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang lain.  Tapi dalam sekumpulan manusia yang berparti tadi, ada la seorang dua yang mulut sangat bising sampaikan nak cakap pun dah macam memekik dalam restoran tadi. Aku yang duk makan beger pun rasa cukup tak selesa dengan suara beberapa orang especially girls yang nampak macam attention seeker dalam kalangan ramai orang dalam mimpi tadi. Win !!!


p/s : Aku pernah buat dah post berkaitan macam ni tapi sebab aku mimpi petang tadi jadi aku up lagi post macam ni :D

You Might Also Like

7 ulasan

  1. aku pun pernah jumpa ngan golongan2 ni. aku pernah masok gak golongan2 ni bro.. hahaha..

    BalasPadam
  2. wahh..hebat mimpi ko ye freaky...kalau aq..sah2 tak ingat da pe yg aq mimpi...haha

    #tapi..realitinya..mmg ada macam ni...semuanya mmg annoying giler la...haha~

    BalasPadam
  3. tu belom lagi tambah dengan anak2 kecik yg bersepah tu..adoiyai..ade yg terlingkup haha

    BalasPadam
  4. dahsyatlah, suka benor mimpi yang pelik2!

    BalasPadam
  5. aku pon ingt lagi post 2...ahaha...ulang post sama lak ko ni...ape la..

    BalasPadam
  6. haha, semangat ko tulis semua :P

    BalasPadam