Pakej Internet Unifi Home Fibre menawarkan beberapa pilihan menarik bermula pada harga RM 89 sebulan dengan kelajuan 30 Mbps sehingga RM 349 sebulan dengan kelajuan 800 Mbps. Persoalan yang selalu membuatkan orang tertanya-tanya adalah pakej manakah yang sesuai untuk mereka langgani ?
Dalam post ini saya akan cuba jelaskan kelebihan dan kekurangan bagi setiap pakej yang ditawarkan supaya anda dapat faham dan buat keputusan mengenai pakej internet yang bersesuaian dengan keperluan harian anda.
Dalam perbandingan ini, saya akan abaikan pakej paling murah iaitu RM 79 dengan kelajuan 30 Mbps dan kuota 60 GB. Pada pendapat saya pakej ini tidak relevan pada masa sekarang kerana kuota 60 GB untuk internet rumah sangat tidak sesuai.
RM 89 Kelajuan 30 Mbps, Kuota Unlimited
Pertama sekali mari kita lihat pakej yang berharga RM 89 kuota Unlimited dengan kelajuan 30 Mbps. Pakej ini baru sahaja diperkenalkan oleh Unifi pada September 2019 dan ia merupakan pakej unlimited dengan harga terendah yang ditawarkan oleh Unifi.
Pakej ini sangat sesuai bagi pengguna yang sekadar menggunakan internet untuk melayari laman web, buka emel, media sosial, chatting, permainan daripada telefon pintar, dan strim video di youtube dan netflix. Jika isi rumah yang menggunakan internet tidak melebihi 4 orang dan kesemuanya bukan jenis kaki download, jadi pakej ini sudah mencukupi untuk anda.
Ramai yang masih ragu dengan tahap kelajuan 30 Mbps ini. Ada yang risau takut strim video dekat youtube, twitch, dan netflix akan ada gangguan apabila menggunakan pakej ini. Servis strim video HD dekat youtube, twitch, dan netflix hanya menggunakan kelajuan dalam 5 Mbps hingga 10 Mbps sahaja. Baki selebihnya dalam 20 atau 15 Mbps boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti melayari laman web.
Jadi biasanya anda tidak akan hadapi gangguan strim video melainkan ada pengguna lain yang sedang muat turun menggunakan perkhidmatan torrent.
Antara kekurangan pakej ini adalah anda ditawarkan 14 siaran unifi tv dan boleh ditonton melalui aplikasi Unifi PlayTV. Jika anda langsung tidak peduli mengenai perkhidmatan unifi tv ni, maka pakej 30 Mbps ini sesuai untuk rumah anda.
Manakala kalau anda berminat untuk melanggan pakej unifi tv ultimate pack, jumlah bayaran ditambah RM 60 sebulan menjadikan jumlah bulanan RM 149. Pakej ini didatangkan sekali bersama kotak media tv atau dikenali sebagai Unifi Plus Box yang baru.
RM 129 Kelajuan 100 Mbps
Seterusnya kita tengok pula pada pakej dengan kelajuan lebih pantas iaitu 100 Mbps pada harga RM 129 sebulan. Pakej ni sesuai untuk isi rumah yang menggunakan servis internet seramai 6 orang.
Kelajuan ni sangat sesuai untuk pengguna yang suka muat turun dan juga yang suka bermain permainan online serta strim video resolusi Full HD atau 4K.
Kelebihan lain pakej ini adalah anda ditawarkan dengan servis Unifi Tv yang mana anda boleh pilih pakej yang disediakan antaranya Aneka, Ruby, Varnam, ataupun anda boleh melanggan Ultimate Pack pada harga RM 189 sebulan.
Rumah saya langgan pakej ini.Saya langgan pakej ini kerana rumah saya tidak melanggan Astro jadi
dengan adanya Unifi Tv Aneka, ada sedikit sebanyak hiburan yang boleh
ditonton di tv terutama sekali hiburan untuk anak dan juga di Aplikasi telefon pintar.
Dari segi penggunaan internet pula, saya bukan seorang yang suka bermain online game
dan kebanyakan masa guna internet dipenuhi dengan tonton video online di
youtube dan netflix.
Kelajuan 100 Mbps sebenarnya sudah mencukupi bagi kebanyakan pengguna.
Kalau ada yang rasa kelajuan ni masih x cukup, jom kita sambung tengok
pakej di bawah pula.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai pakej Unifi Tv dan siaran yang ditawarkan, anda boleh baca lebih lanjut di lamn web unifi tv.
RM 199 Kelajuan 300 Mbps
Pada asalnya ini pakej paling laju yang ditawarkan oleh pihak Unifi sebelum wujudnya pakej 500 Mbps dan juga 800 Mbps. Yang suka muat turun, suka main game online, suka tengok movie atau video 4K, dan bermacam jenis suka lagi pasti sesuai menggunakan pakej 300 Mbps ni.
Selain mempunyai kelajuan 3 kali lebih pantas berbanding pakej 100 Mbps diatas, pakej ini juga menawarkan Unifi Tv Ultimate. Maksudnya korang bukan saja dapat kelajuan internet yang pantas tetapi dapat sekali hiburan tv yang menarik.
Kelajuan 300 Mbps ni sesuai kalau isi rumah yang gunakan internet dalam 8 orang dan keatas. Rasanya 10 orang pun boleh guna lagi tapi bergantung pada jenis router dan tahap penggunaan aplikasi.
Kalau nak internet stabil, saya cadangkan beli router yang berkualiti. Router yang disediakan pihak Unifi cukup kalau korang guna untuk kegunaan ringan seperti melayari laman web, emel, dan tonton youtube. Kalau rumah besar dan capaian wifi tak cukup, nanti akan ada gangguan semasa guna internet.
Lupa pula saya nak beritahu untuk pakej 100 dan 300 Mbps tu korang ditawarkan panggilan telefon percuma selama 600 minit setiap bulan. Ramai yang tak peduli pasal telefon ni sebab sekarang semua dah ada telefon pintar tapi disebabkan Unifi dah bagi 600 minit percuma tu lebih baik guna daripada membazir tak guna langsung.
RM 249 Kelajuan 500 Mbps & RM 349 Kelajuan 800 Mbps
Pakej 500 Mbps dan juga 800 Mbps berbeza berbanding pakej 300 Mbps dan ke bawah kerana bukan sahaja menawarkan kelajuan yang lebih pantas, malah turut ditawarkan Mesh Wifi Deco M9 Plus secara percuma.
Bagi yang tak tahu apa itu Mesh Wifi, ia berfungsi seperti router juga tetapi lebih pintar dan lebih sesuai untuk meliputi wifi di dalam rumah kediaman.
Dua pakej ini harganya agak mahal berbanding apa yang ditawarkan oleh pesaing penyedia internet syarikat lain. Bagi pendapat saya, agak tidak berbaloi untuk langgan pakej ini tetapi jika memang perlukan kelajuan yang tinggi dan juga pakej tv, mungkin ini pakej yang sesuai untuk anda.
Baiklah setakat ni sahaja review pakej unifi home fibre yang ditawarkan. Nanti kalau rajin, saya akan cuba tengok dan review pakej daripada Maxis Fibre pula.