Best Kalau Ada Isteri

12:07 PG

Selamat malam kepada semua jejaka yang hensem dan juga gadis-gadis bertudung yang comel lagi ayu. Yang tak comel aku tak berminat sebab aku sangat cerewet. Maaf sebab terlalu sarkastik tapi sememangnya dunia ini penuh dengan ketidak adilan. Ok cukup untuk mukadimah post yang penuh dengan merepek pada malam ni. 

Adakah korang sudah kahwin ? Kalau yang dah kahwin, post ni mungkin sangat berbeza dengan pengalaman korang yang sudah mempunyai pasangan hidup sebabnya apa yang akan aku tulis dalam post ini adalah berdasarkan imaginasi dan khayalan kepala otak aku yang gila jika aku mempunyai seorang isteri suatu hari nanti. So post ini sangat sangat sesuai kepada golongan jejaka dan gadis yang masih bujang yang mana akan mendorong mereka untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin termasuk la diri aku sendiri.

Ok kononnya situasi sekarang adalah aku telah pun berkahwin hampir 1 tahun dan pada setiap hari merupakan hari  yang paling bahagia buat aku kerana mendapat seorang isteri yang sangat aku sayang yang mana boleh aku tatap wajahnya pada setiap hari bermula dari pagi hingga ke malam hari. So suatu hari aku bercadang untuk buat surprise kepada isteri aku dengan membeli hadiah sempena befday dia yang ke 26.

Camera On. 1....2......3......... Action !!!


Hari ni merupakan hari jadi isteri aku yang ke 26 dan aku bercadang untuk menghadiahkan dia sebuah kereta untuk kegunaan peribadi. Perancangan untuk membelikan dia sebuah kereta sudah aku buat sejak 5 bulan yang lepas dan yang akan uruskan segala urusan pembelian kereta dan tarikh sampai sehari sebelum hari jadi isteri aku itu semua dikendalikan oleh kawan aku yang mana dia seorang manager di tempat jual kereta.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya kereta yang aku tempah itu telah sampai tepat pada waktunya iaitu sehari sebelum hari jadi isteriku. So pada keesokannya aku akan pulang daripada kerja dengan membawa pulang kereta isteri aku untuk dijadikan kezutan buat isteri tersayang. Hari yang ditunggu telah pun tiba dan waktu berkeja sudah pun tamat umpama masa berjalan dengan sangat pantas sampaikan aku tak sedar betapa cepatnya masa berlalu. 

Dengan kadar yang segera aku keluar daripada tempat kerja dengan menaiki kereta yang akan aku hadiahkan kepada isteri aku. 15 minit perjalanan dari tempat kerja untuk sampai ke rumah umpama 1 minit masa berlalu kerana aku tidak sabar untuk melihat reaksi isteri tersayang apabila mendapat hadiah yang aku berikan ini. Aku tahu memang dah lama dia teringinkan sebuah kereta dan sebagai seorang suami yang sayangkan isterinya aku rasa menjadi tanggungjawab untuk membelikan sebuah kereta untuknya tapi dengan menambahkan lagi unsur kejutan sempena hari jadi dia.

Sampainya aku di rumah, aku buka pintu rumah dan masuk secara perlahan untuk mengintai isteriku sedang buat apa. Bila sampai saja di dapur, aku tengok dia sedang memasak. Entah apa yang dimasak aku pun tak tahu tapi baunya sangat sedap dan terus membuatkan aku rasa sangat lapar. Dengan perlahan-lahan aku berjalan ke arah isteriku yang sedang memasak supaya dia tidak sedar kehadiranku yang ada kat belakang dia. 

Bila aku dah berada betul-betul belakang dia, dengan lemah lembut aku memeluknya dari belakang dan sekaligus membuatkan dia terkejut dengan tindakan yang aku buat itu.

" Abang !!! Terkejut Sayang tau. Dah la tak bagi salam lepas tu peluk macam tu dari belakang "

*** awal-awal aku dah kena bebel

" Saja abang nak buat sayang terkejut. Nampak sayang khusyuk sangat memasak sampaikan tak perasan abang kat belakang sayang " Balasku

" Sayang masak lauk kegemaran abang hari ni. Sambal masak Sotong. Sedap tau sayang buat "

" Wah ye ke ?? Mesti sedap sayang masak ni. Tak sabar abang nak makan dengan sayang. "

" Dah siap pun ni abang. Abang pergi tukar baju dulu lepas tu datang kat dapur. Boleh la kita makan sama-sama. "

*** masa ni dia senyum dengan sangat manis kepada aku yang masih lagi memeluknya dari belakang

" Makan tu nanti la dulu sayang. Abang ada satu surprise untuk sayang. Kalau sayang nak tahu, sayang kena tutup mata dulu "

" Surprise ape tu abang ? "

" Eh ade la. cepat tutup mata tu. Nanti tak jadi surprise pulak kalau buka mata "

*** Dengan senyuman yang masih terukir, dia menutup kedua matanya.

Apabila dia dah menutup mata, aku pun mengeluarkan satu kunci kereta yang mana pada kunci itu juga tertera perkataan " Happy Birthday Sayang ". Aku letakkan kunci itu didalam tangan isteri kemudian aku mengenggam erat tangannya.


" Sayang dah boleh buka mata sekarang dan tengok surprise yang abang buat "


Bila saja dia buka matanya, dia terus membukan genggaman tangannya dan disitu terdapat satu kunci. Mulanya dia hairan dan tak tahu kunci itu untuk apa tapi dengan segera aku memberitahu

" Lepas ni sayang nak pergi mana-mana senang dan tak perlu nak jalan kaki walaupun pasar depan tu dekat je. Abang belikan khas untuk sayang. Selamat hari jadi isteri abang yang cantik "

Tiba-tiba isteri aku menitiskan air mata ke tanganku. Aku tahu dia sangat terharu dan gembira dengan hadiah yang diterima tu. Lantas dengan mata yang masih lagi dibasahi dengan air mata, dia memandang tepat ke muka aku sambil tersenyum dan memberitahu :

" Terima kasih abang. Sayang sayang sangat kat abang "

" Eh ape ni senyum sambil mata bengkak ? Eeeiii tak comel la isteri abang ni "

*** Saja aku nak mengusik dia tapi memang tak comel pun senyum dengan mata yang tengah bengkak tu.

" Biar la. Bukan selalu pun sayang buat macam ni kat abang.  "

" he he he ye la sayang comel "

" Abang, jom la makan sementara lauk sotong ni masih panas. Sayang teman abang makan ye ? Lepas tu Abang kena teman sayang drive kereta baru tu "

" Alaaaaa makan tu jap lagi la sayang. Buat masa ni abang rasa nak makan sayang je. Boleh tak abang nak makan sayang ? "

" Ish mana boleh. Mati la sayang kalau kena makan dengan abang "

" Tak kire abang nak makan jugak "

" Eeeiiii nakalnye abang ni. Asyik nak makan sayang je "

*** Lepas tu korang pandai-pandai la fikir ye. Muahahahaha Tata :D


You Might Also Like

9 ulasan

  1. tudia aih...jauhnya...perancangan yg bgus...untung la sape jadi isteri ko nanti...haha

    BalasPadam
  2. hahah...cerita yang sgt comey...biasa larr lelaki ni mmg mcm tu sentiasa syg kat isteri dia hihi

    BalasPadam
  3. hahah...cerita yang sgt comey...biasa larr lelaki ni mmg mcm tu sentiasa syg kat isteri dia hihi

    BalasPadam
  4. hahah...cerita yang sgt comey...biasa larr lelaki ni mmg mcm tu sentiasa syg kat isteri dia hihi

    BalasPadam
  5. bila la aku dpat makan @ rasa isteri aku ni?

    BalasPadam
  6. adeeya : huhu sweet ke

    azi : haha saja imagine awal

    sutera : huhu sweet ke ?

    afira : biasa bro laki mana x sayang isteri

    zul : x tau la zul. :P

    BalasPadam
  7. amboi , nakal ye .. hahaa . btw , aduhai .. bestnya dapat hadiah kereta .. idaman lagi tu :D

    BalasPadam