Bercuti Di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam memang menyeronokkan dan memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku pergi ke sana bersama isteri untuk honeymoon kerana kami baru saja bernikah pada 19 September yang lepas. Sepanjang berada di sana, banyak juga aktiviti yang dilakukan antaranya mandi pantai, berjalan di pesisir pantai, snorkelling, panjat bukit pergi ke kincir angin, singgah di kampung nelayan, dan paling best adalah bersantai.
Bagi aku, aktiviti snorkelling memberikan pengalaman baru yang sangat menarik kerana sebelum ini tak pernah lagi terapung di lautan untuk melihat keindahan dasar laut seperti terumbu batu karang, ikan-ikan pelbagai spesis, dan juga penyu yang sedang makan tengah hari. Kalau aku cerita kat sini, mesti korang akan bosan, apa kata tengok vlog di bawah untuk nampak lebih gambaran mengenai apa yang aku beritahu :