Lamanya aku tak update blog ni disebabkan sangat sibuk dengan benda-benda yang serabutkan kepala otak. Ditambah lagi dengan kering idea tak tahu nak update pasal apa, memang tak buka lansung blog ni sejak beberapa hari yang lepas. Kali ni ada event yang best sikit yang mana memberikan aku idea untuk update blog. Enjoyce.
Pada malam jumaat baru-baru ni, sebanyak 2 buah kereta ( semua lelaki ) yang membawa pelajar kejuruteraan rangkaian komputer menuju ke Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin kawan sekelas. Errkk skima sangat ni aku tulis. Bertolak malam jumaat dan sampai ke Kelantan dalam waktu subuh. So kitorang semua subuh dan berehat di rumah salah seorang kawan sekelas juga. Selepas zohor, kami semua bertolak menuju ke rumah pengantin perempuan yang mana perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Ermm aku malas nak cerita panjang sangat dan biarkan gambar di bawah yang menceritakan suasana di majlis tersebut.
Lepas kenduri, ambil gambar dan semua pun dah kenyang dengan gulai kawah serta bubur kacang yang agak panas dan lazat, kami pun pergi teruskan aktiviti dengan meronda negeri Kelantan. Antara tempat yang kami pergi adalah Tok Bali, Jeli, Machang, dan Kota Bharu. Pada sabtu malam kami bertolak pulang ke Perlis dan selamat sampai pagi ahad. Penat dan syok tapi berbaloi dapat makan gulai kenduri :D
p / s : Study week dah pun bermula ~ D.I.E
Ada seorang girl tanya aku mengenai platform blogging yang mana sesuai untuk dia gunakan. Mulanya aku baru nak cadangkan kat dia Wordpress tapi dia dah potong dulu line aku dengan pilihan Tumbr atau Blogspot. So kalau korang di tempat aku, yang mana satu korang akan cadangkan kepada dia ? Atau korang suruh dia buat kat 2 platform tu kasi senang sikit ? Lepas dengar kriteria yang dia mahu ada kat blog dan apa yang dia mahu lakukan dengan blog tersebut, aku cadangkan dia buat blog menggunakan platform Tumblr.
Kenapa Tumblr ? Kenapaaaaa ? First dia mahukan sesuatu yang cantik dan simple and yes Tumblr merupakan platform blogging sangat cantik. Trust me kalau korang blogwalking menggunakan Tumblr, korang akan jumpa banyak blog yang simple dan cantik terutama sekali yang berkonsepkan Minimal dan juga kategori Arts. Pada pandangan aku sebagai seorang blogger, Tumblr memang sangat sesuai untuk dijadikan blog utama pada sesiapa yang mahu cuba alternatif lain selain daripada blogspot.
So Tumblr cantik dan simple. And.... ape yang menjadikan ia cantik dan simple ? Jawapannya adalah theme. Memang tak dapat dinafikan bahawa kebanyakan blog yang ada sekarang ni nampak cantik disebabkan themes dan layout yang dimiliki dan blogspot juga tidak terkecuali. Tapi konsep theme dan layout yang ada pada Tumblr itu menjadikan ia platform yang sangat unik berbanding platform blogging yang lain dan berjaya menarik ramai orang untuk menggunakan Tumblr sebagai medium blogging yang utama.
Selain penampilan yang cantik, turut ada fungsi seperti widget follow, mesra search engine dan senang untuk handle blog. Walaupun kita rasa blogspot ni lagi senang untuk handle tapi sebenarnya ia agak leceh kalau nak dibandingkan dengan Tumblr. Tumblr tak perlu bloglist kerana ia akan paparkan latest post daripada blog yang kita follow pada Dashboard yang mana sama seperti Dashboard blogspot. Hanya login dan update, simple dan tak perlu banyak benda yang kena urus dalam 1 blog.
Keburukan Tumblr
Jangan fikir aku asyik duk puji kat atas bermaksud Tumblr ni takde keburukan. Kalau korang suka main Twitter, mesti korang tahu fungsi ReTweet kan ? Fungsi macam tu pun ada kat Tumblr dan ia dikenali sebagai ReBlog maksudnya kita publish balik post orang lain. Bukan copy paste cuma kita republish. Tapi bagi aku ia nampak macam copy paste pasal semuanya nampak sama.
Antara sebab aku tak suka fungsi ReBlog ni adalah ia menunjukkan korang kekeringan idea untuk update post. Kalau twitter tu tak kisah la nak ReTweet semua yang ada kat Time Line sebab twitter ni lebih kepada sosial. Tapi kalau kat blog korang dipenuhi dengan post yang ReBlog, fikir balik dimana buah idea korang yang original. Takkan asyik nak cedok dan publish buah idea orang lain.
Aku faham ramai pengguna Tumblr suka share / ReBlog sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan juga quote dan ianya tak salah pun. Cuma bagi pendapat aku, kalau dah 1 blog tu dipenuhi dengan ReBlog, baik fikirkan balik apa tujuan blogging sebab dah tiada keaslian dalam blog macam tu. At least paling kurang pun datang la dengan buah idea diri sendiri untuk update blog walaupun semminggu sekali. Berbaloi tengok blog hasil buah fikiran kita sendiri berbanding idea orang lain lebih-lebih lagi blog personal.
Kucing ni masa dijumpai kaki depan dan belakang dia sakit macam patah dan nak berjalan pun nampak macam susah. Tak pasti kena ape tapi mungkin kena pijak dengan kereta kot. Sengsara dan sakit dialami sampaikan tak dapat nak keluarkan suara sikit pun dan badan dia sangat kurus.
Kawan aku ambil kucing ni dan jaga dengan elok. Dia siap sapukan ubat pada kaki kucing dan sentiasa bagi makanan. Hari ni kucing ni dah nampak agak cergas sikit walaupun badan masih lagi kurus dan berjalan dengan kaki yang sakit dan nama yang diberi untuk kucing ni adalah Ciko. At least sekarang dia dah nampak cergas sikit dan dah boleh bergurau dengan orang lain.
p/s : Harap ciko cepat sembuh dan jadi gemuk balik sebelum kami habis final exam pertengahan Jun ini.
Kat belakang Kolej Kediaman Unimap Kg Wai, Perlis ada banyak bukit yang bersempadan dengan Thailand. Dengar cerita kat situ ade air terjun jadi aku dan beberapa orang membe jalankan misi nak cari air terjun kat area bukit. Kalau betul ada boleh la mandi manda air bukit yang sejuk memandangkan negeri Perlis ni sangat panas. Tapi kalau takde pun takpe la sebab dapat masuk hutang kat bukit tu pun dah rasa sejuk dan dingin. So lepas je habis kelas petang kelmarin, kitorang pun bertolak ke area bukit dalam misi mencari air terjun ~
Kitorang panjat bukit dengan naik motor sebab dalam tu masih lagi ada jalan tar untuk naik ke sana dan sampai kat satu tempat tu motor dah memang tak boleh masuk. Kat tempat tu juga ada nampak bentuk 1 kolam yang mana airnya tak banyak tapi aku rasa kalau hujan lebat memang konpem penuh kolam tu dan syok mandi air yang sejuk.
Mula-mula agak hampa sebab memang takde air kat situ. Lepas tu kitorang decide untuk panjat lagi bukit dengan impian dapat la juga jumpa air terjun. Anyway jumpa kolam kat atas ni pun dah cukup baik sebab dah ada nampak macam tempat takungan air bila tibanya hujan yang lebat.
Masa nak panjat agak saiko sebab kiri kanan penuh dengan semak dan tanah pun basah menambahkan lagi bahaya sebab licin. Aku pun hampir jatuh disebabkan tanah yang licin semasa nak panjat bukit tu. Panjat punya panjat akhir sekali tak jumpa juga air terjun yang dicari. Tapi kalau ikutkan logik akal, kitorang jalan tu mungkin tak sampai suku perjalanan lagi. Mungkin kalau terus naik lagi akan jumpa air terjun tapi disebabkan tak biasa dengan tempat dan jalan bukit ni jadi kitorang patah balik dengan harapan kecewa tak jumpa air terjun.
Bila tak jumpa air terjun yang dicari, kitorang turun daripada bukit tersebut dan menuju ke kawasan pantai untuk lepak dan ambil angin.Tujuan utama aku follow hanya untuk ambil gambar je sebab dah kering idea tak tahu nak update ape kat blog. At least kalau ada journey dan adventure sikit boleh la buat modal update blog.
p/s : Me in red :)
Cuti hujung minggu ( Sabtu ) baru-baru ni aku ada pergi melawat Tasik Darul Aman yang kat area Jitra, Kedah tu. Plan utama aku pergi sana hanya nak habiskan masa dengan naik kayak dan juga kenderaan air yang kayuh tu. Lepas naik benda tu dan round-round tasik, aku nak ambil gambar pemandangan di sana bersama dengan seorang model yang hot lagi melecun. Plan tu kire dah baik punya, round tasik dengan naik kenderaan tu sambil snap-snap gambar. Kirenye berbaloi juga la cuti hujung minggu spend kat sana.
Tapi tu semua hanya perancangan je sebab realitinya agak haprak disitu. Aku tak tahu nak salahkan kat siapa sama ada aku sendiri yang tak buat survey dengan detail ataupun memang terdapat kecacatan kat situ. Ok maksud aku yang lebih jelas, servis kayak dan juga naik kenderaan air di Tasik Darul Aman tu ditutup pada hari Sabtu yang aku pergi tu. Ok aku faham korang hari sabtu memang cuti tapi hari cuti la ramai yang berkunjung ke taman rekreasi untuk habiskan masa tapi macam mana nak habiskan masa kalau kayak dan kenderaan round tasik tu ditutup ???
Tutup !!! Frust menonggeng aku dibuatnya tak dapat naik benda ni.
Oleh kerana plan utama aku dah spoil sejak awal-awal lagi sampai kat sana, jadi aku pun terus je blah daripada tasik tu. Gambar pun sempat ambil beberapa keping je dan terus takde mood nak bergambar. Last sekali aku dan model hot jalan-jalan kat area Jitra je. Haiyaaa ini punya servis di tasik banyak buat lawak la tutup pada hari hujung minggu.
p/s : Kalau waterpark tutup hujung minggu, memang aku bakar la jawabnya. haha
Beg lama dah hampir 4 tahun guna sejak zaman Matrikulasi ( 2008 ) lagi sehingga la semester akhir tahun 3 ( 2012 ). Pernah putus tali sekali dan dijahit oleh kawan sekelas. Lepas setahun tali pun dah macam nak putus balik dan aku pun dah rasa malas nak baiki n jahit lagi sekali. And... and... and petang semalam dah beli new bag di sekitar area kangar.
Harga murah je, RM 200 untuk beg yang smart ni tapi lepas tolak RM 180, jadi la harga yang aku beli hanya RM 20. keh keh murah gile, style dan kena dengan taste aku.
p/s : Harap2 beg ni tahan sampai 5 tahun pulak.
Draf peperiksaan sudah keluar semalam. Eh semalam ke ? entah aku sendiri pun tak pasti tapi memang dah keluar la benda tu. Kiranya draf ni sebagai perancangan awal jadual peperiksaan dan masih tak confirm lagi. Kalau nak buat pertukaran jadual peperiksaan, sekarang la masanya. Bila dah final draft memang tak dapat tukar ape dah dan kalau dalam 1 hari tu ade 3 paper sekalipun, memang naya la jawabnye.
Kalau tengok kat draf yang baru keluar tu, aku dah jadi gelabah sikit. Sikit je la gelabah tu, takde nak banyak. Aku gelabah sebab paper habis lambat pada 15 Jun dan hari praktikal pulak 18 Jun. So bila masa aku nak balik ke Terengganu ? Aku tak kisah sangat pun kalau sebelum ni tak balik rumah tapi sebaiknya dan seeloknya sebelum pergi ke praktikal untuk menuntut ilmu baru tu aku nak la jugak balik rumah untuk dapat restu mak ayah sebelum menjalani latihan industri di Ampang. Ayat minta restu macam nak pergi meminang anak dara orang je ~
So bila dah jadi macam ni, kepala aku jadi kacau la sikit. Memang kalau boleh sebelum pergi praktikal tu nak balik rumah dulu tapi tengokkan draf peperiksaan tu jadi serabut terus. Harap2 la next draft akan ada perubahan dan jadual peperiksaan pun diawalkan sikit supaya aku ada peluang untuk balik sekejap.
saiko x ? saiko x ? tapi ni bukan meja study aku la. haha
p/s : Ade 2 minggu lebih lagi dan ade 3 projek bagi 3 subjek. tata ~
Terlambat wish birthday dan dia sangat sedih sebab tak dapat makan kek. Dan... ini kek yang dia inginkan :)