Jeng jeng jeng !! Semalam semua pasal daging dan hari ni plak ikan. Ade 2 lauk untuk berbuka hari ni. Satu ikan goreng masak kicap dan satu lagi kari kepala ikan. Kuih muih pencuci mulut dah dibeli oleh adik aku. Aku malas nak pergi bazar ramadhan sebab sesak sangat dengan ramai orang. Kang kalau pergi bazar boleh cuci mata plak tengok awek-awek cun...
Baru nak start masak. Jeng jeng jeng !! hari dah petang dan mak pun sudah sibuk di dapur. Aku pun ada di dapur ? X la, aku sibuk main game. Hehehe sibuk jgk tu. Eh lupe nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua umat islam. Untuk puasa hari pertama ni menu berbuka adalah berkaitan daging. Daging goreng dan daging singgang....
Bosan guna samsung galaxy s3 ni. Tu kate adik aku bila aku tanya best ke x guna henfon tu. Nampak macam best je skrin besar gedabak pastu boleh buat macam2 contohnye amik gambar dengan kamera 8mp. Tapi ada betulnya jugak kata adik aku tu. Aku hari tu ada beli jugak fon Alcatel One Touch Glory 2S dan x sampai sebulan guna aku dah...
Sebenarnya ade hikmah juga bila aku masih x keje dan menikmati cuti yang indah ni sebab aku dapat habiskan game yang tersadai masa belajar kat perlis hari tu. Haha ye ye je hikmah tapi memang tu pun aktiviti aku dari pagi sampai ke malam. Kadang2 ade la jugak keluar tapi biasanya waktu malam lepak dengan kawan-kawan. Kalau siang hari rela duk rumah layan...
Nah gambar kucing untuk santapan. Hehe. Aku agak dalam dilema sejak habis belajar ni. Dilema sama ada nak cari kerja atau sambung belajar ke peringkat master degree. Ikutkan kata hati memang nak cari kerja sebab aku malas dah nak jadi pelajar dan serabutkan kepala otak dengan research berbagai. Tapi andai kata takde rezeki untuk kerja takkan nak menganggur di rumah pulak kan ?...
Aku dah habis belajar degree. Yeeyyyy. Beberapa hari lepas sebelum bertolak balik ke besut aku ada pergi ke pesta buku kangar yang dibuat di kawasan stadium kangar. Gerai yang dibuka dalam dewan tu boleh tahan banyak jugak dengan pelbagai jenis buku daripada kategori ilmiah hingga komik. Aku niat just nak jalan2 dan kalau ade buku yang menarik maybe akan beli. Lepas pusing2 dan...
Semalam satu kelas computer network pergi Changlun sebab pensyarah kesayangan kami ada buat makan-makan selepas solat jumaat sempena perpisahan habis belajar dan lepas ni sangat susah nak jumpa. Pensyarah ni namanya Mohamed Elshaikh dan dia banyak ajar subjek berkaitan dengan Networking sejak kami di tahun 2 lagi. Boleh kata hampir tiap semester dia ada mengajar kelas kami bermula dari tahun 2 sampai la...
Semalam aku pergi ke Sungai Petani tapi bukan untuk main air di Carnival WaterPark sebab cuaca di bahagian kedah dan perlis banyak hujan beberapa hari ni. X syok la tengah dok best main air tibe2 hujan pulak kan. Kalo nak main kat waterpark kene cuaca panas baru best gile. So semalam just jalan2 dan luangkan masa di SP je. Ingat nak pergi terus...
Last paper aku 20 jun ni dan masih ada 5 hari x tahu nak buat ape. Kawan aku smpai dah jadi petani yang berjaya di facebook bila 24 jam asyik duk main game macam farmville. Aku pulak x pandai nak main game di facebook. Pernah dulu main farmville 2 hari lepas tu x minat dah. So sekarang aku x tahu nak buat apa...
Oleh kerana kos aku, Kej Rangkaian Komputer masih lagi baru di UniMAP dan aku merupakan batch yang pertama akan grad bulan 9 nanti jadi penilaian perlu dilakukan bagi mengiktiraf kualiti program ini. Penilaian tu dikenali sebagai Akreditasi. Dan yang malang sekali adalah dalam 47 orang pelajar kelas, aku salah seorang yang terpilih bersama 7 pelajar lain untuk disoal jawab oleh ahli panel akreditasi...
Ingatkan dah habis pembentangan Projek Tahun Akhir berserta hantar report dah boleh rasa rilek, aman dan harmoni tapi sebenarnya TAK. Tadi masih ada lagi pembentangan mini projek untuk subjek Network Programming. Pastu esok malam pula ada test. Terbaik kan ? Nampak gaya lepas habis periksa akhir semester baru dapat rilek dan tarik nafas lega. Tapi kira nasib baik jugak la sebab banyak beban...
Akhirnya !!! Akhirnya !!! Akhirnya aku guna juga rebate telefon pintar yang dah lama aku nak sangat gunakan. Telefon yang aku beli adalah Alcatel OneTouch Glory 2S. Cuma kena tambah rm 50 pada rebate dan telefon ini dah jadi milik aku serta diberi bersama pek permulaan Digi. Ape yang aku pernah dengar telefon ni memang ada kontrak dengan digi jadi siapa yang beli...
2 minggu lepas aku ada beli body shampoo yang warna oren macam dalam gambar tu. Memang sakan la shampoo satu badan ditambah dengan bau oren yang cukup best masa mandi. Lepas seminggu guna yang oren tu bahagian badan aku jadi lain macam sikit. Bawah ketiak jadi kering dan merah macam ruam dan kat sendi lengan pon dia jadi kering macam menggelupas. Mulanya aku...
Hari ni dan esok berlangsungnya Program Karnival Kerjaya UniMAP yang diadakan di kampus utama pauh universiti malaysia perlis. Yang paling bestnya pelajar tahun akhir wajib datang bagi mendapatkan cop mohor bagi melayakkan pelajar untuk grad pada bulan 9 ni. So kalau x datang maka x dapat la cop mohor dan mungkin tak dapat grad la kot. Entah la tapi program ni banyak juga...
Rasanya minggu lepas ade pengumuman bahawa sijil kursus kahwin dah pun dikeluarkan dan hari ni baru teringat untuk ambil sijil. Jadi bila dah ambil sijil tu rasa agak terkilan sikit dengan kesalahan ejaan nama pada sijil tu. Kesalahan x banyak pun cuma Mohammad tu sepatutnya jadi Muhammad. Tapi masalahnya bukan aku sorang je alami kesalahan ejaan macam ni. Ada lagi beberapa orang kawan...
Straight to the point aku dah bertukar dari celcom ke umobile. Sebabnye ?? Sebab pelan bis blackberry umobile lagi murah daripada bis celcom. Tapi no celcom lama masih digunakan di telefon lampu suluh cuma blackberry kesayangan menggunakan umobile. Kalau bab internet, fon blackberry merupakan keutamaan bagi aku dan no 2 adalah komputer. Kiranya kalau komputer takde internet tu no hal punye asalkan fon...
Semalam baru saja selesai menghadiri salah satu program universiti yang dikhaskan untuk pelajar tahun akhir. Fokus utama program lebih kepada pededahan bagaimana menghadapi sesi temu duga dan apa yang perlu ada dalam resume sewaktu pertama kali untuk meminta kerja. Nak kata banyak input yang dapat tu boleh la lagipun aku hanya fokus pada sesetengah part je. Yang selebihnya aku tak berapa fokus dan...
Luffy excited menghadiri kursus kahwin. Hari ni dan esok ada kursus kahwin yang dianjurkan oleh pusat islam universiti malaysia perlis dan aku pon amik peluang untuk join kursus ni sebab ramai kawan2 yang sertai. Bila dah join kursus macam ni rasa macam dah tua pulak padahal aku sendiri pon x sedia lagi nak kahwin. Tapi x pe la disebabkan sekarang tengah free tu...
Semangat fanatik yang sangat berkobar-kobar terhadap anime One Piece mendorong aku untuk beli action figure dalam gambar di atas. Dan kalau boleh aku akan bawa action figure ni kemana saja aku pergi untuk diambil gambar dan buat macam pergi mengembara. Oh yer aku beli action figure ni kat laman mudah je dan kalau ada siapa yang teringin nak beli jugak boleh la lawat...
Jeng jeng jeng... Aku dan 2 orang classmate sibuk siapkan projek tahun akhir yang tak siap-siap lagi. Banyak masalah yang timbul dalam nak siapkan projek ni. Walaupun projek ni takde susah sangat tapi masalah kecil seperti isu x compatible tu yang buatkan benda senang jadi susah. Projek buat di pejabat supervisor dan dalam seminggu tu 3 kali datang buat dan tiap kali datang...
Aku kalau ketagih mesti bab makan. Sebab tu badan dah makin gemok. Tapi mummy asyik membebel je bila asyik makan. Kira oke la kan aku ketagih makan. Kalau aku ketagih rokok ke, ketagih dadah ke, ketagih perempuan ke mesti lagi teruk ... Alamak bab perempuan tu memang x dapat nak elak sebab aku lelaki normal. Hehehe. Jadinya aku mula makan Gardenia Bun Sambal...
Pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah selepas tamatnya kelas Kemahiran Berfikir ( thinking skill ). Tapi ni gambar semalam yang aku sempat ambil sementara tunggu semua pelajar lain keluar. Cakap pasal kelas kemahiran berfikir, aku jadi teruja dan excited dengan kelas ni sebab pensyarah membincangkan dan membentangkan topik yang memerlukan pelajar berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa dan ada juga diselitkan sekali nilai-nilai...
Orang lain makan koko crunch waktu sarapan pagi tapi aku pulak pergi bantai koko crunch dengan susu segar waktu malam, tengah malam pulak tu. Ni kali ke 2 aku makan koko crunch pada tahun 2013 dan kali pertama dalam minggu lepas. Tahun 2012 yang lepas rasanya aku x makan langsung pun. Entah la tiba-tiba rasa nak makan sebab teringat kenangan sarapan pagi masa...
Sejak masuk tahun 2013 hari tu aku tengok ada beberapa blog yang bertukar tema warna jadi aku pun nak menyibuk jugak untuk tukar tema warna blog ini daripada purple kepada pink. Jadi kenapa warna pink ? kenape x pilih warna lain selain pink ? warna lain pun banyak lagi style dari pink tapi kenapa mesti warna pink jugak ? Jujurnya aku tak suka...
Rasanya dah cukup lama aku tak review mengenai keyword yang masuk ke blog Firdaus Life ni. Lagipun benda macam ni bukan penting pun kepada blog aku kerana bukan menumpukan kepada Search Engine Optimization ( seo ). Kalau main seo baru la nak kena sentiasa pantau keyword yang masuk ke blog. Sebenarnya sejak dua tiga empat dan lima hari ni trafik yang masuk ke...
Petang tadi aku dengan gembira dan excited melampau-lampau menghadiri kenduri kahwin sepupu. Tapi aku gembira terkinja-kinja bukan sebab kahwin sepupu, sebaliknya seronok sebab dapat makan daging gulai kat kenduri. Dah lama ceq mengidam nak makan gulai kawah / gulai kenduri kahwin sejak bulan 8 tahun lepas lagi tau. Akhirnya hari ni dapat juga makan. Itu pun mujur ada sepupu kahwin. Kalau x memang...
Bukan selalu aku rajin Kemaskini Fail Peribadi. Ada dalam setahun sekali kot tapi kali terakhir aku buat rasanya awal tahun lepas. Cuti ni sambil kemas rumah tadi ada ternampak fail kepunyaan aku di atas rak. Aku pun ambil untuk tengok dokumen-dokumen yang ada dalam tu yang berkaitan dengan hidup aku. Boleh kata semua maklumat penting ada kat dalam tu dan kalau hilang...
Caakkk.. Miau buat ape tu ? Setiap kali aku balik cuti semester pasti ade bertambah kucing aku. Baru-baru ni pun ade bertambah sampai 5 ekor tapi dalam banyak-banyak tu aku ada suka yang seekor ni. Dia gebu je bila pegang dan tak mudah lari bila aku nak grab. Dia pun nampak macam suka kat aku siap kacau masa aku duk online lagi. Nama...
Devil May Cry Game Yang Best dan begitu mengasyikkan sampai sangat susah untuk berhenti bila dah mula main. Haish baru je 3 hari balik ke rumah di Besut, Terengganu dah mula rasa gian dan ketagih nak main game. Cuti semester kali ni tak bawa balik komputer berserta game di dalamnya sebab takde kenderaan nak bawa balik sekali. Biasanya balik tumpang kawan dan boleh...
Kenapa Model Perempuan Seksi ? dan bukan pula menggunakan model lelaki ataupun lebih bagus tak perlu guna model lansung ? Tu yang buat aku tertanya-tanya apabila melihat iklan sama ada ketika hendak membeli barangan dan juga iklan yang dipaparkan di tv. Yang paling tak boleh diterima apabila barangan yang dijual lansung takde kena mengena dengan perempuan. Saja nak letak model seksi kat situ...
Walaupun Samsung dan Apple mendominasi pasaran besar dunia smartphone, tapi aku masih tetap selesa dengan servis dan penggunaan telefon pintar Blackberry. Boleh kata Telefon Blackberry Sentiasa Dihati, tak kira bila dan dimana pasti aku akan bawa bersama. Bagi sesetengah orang, mereka kata telefon ni agak membosankan kerana hanya mempunyai sedikit kelebihan berbanding telefon pintar yang lain iaitu aplikasi Blackberry Messenger. Lagipun telefon ini...
Download Crysis 3 Wallpaper at 1280x720 Download Crysis 3 Wallpaper at 1440x960 Download Crysis 3 Wallpaper at 1600x1050 Download Crysis 3 Wallpaper at 1920x1080 p/s : All credit goes to crysis. I own nothing. ...
Korang dapat rebate rm 200 tak ? Aku dapat dah melalui emel selepas 2 minggu dari tarikh memohon hari itu. Walaupun aku sendiri dah guna smartphone Blackberry tapi tetap juga ambil sebab orang nak bagi kan ? Dan sekarang aku tak tahu dan tak pasti lagi smartphone apa yang nak dibeli. Memandangkan aku sendiri dah ada smartphone, rasanya rebate tu aku ingat nak...
Tu la yang aku sedang rasa sekarang. Sama ada dia masih lagi gembira, excited atau biasa-biasa je aku tak tahu yang tu tapi perasaan aku agak tawar. Sebenarnya salah aku jugak sebab setiap kali keluar jumpa dia aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin aku lebih suka buat kerja sorang diri menyebabkan aku selalu takde modal / idea untuk cakap banyak malah kalau...