Komen Cerita The Avengers

11:47 PTG

Pagi tadi dalam hampir-hampir tengah hari aku ada pergi tengok wayang dan cerita yang ditengok of coz la seperti yang tertera di tajuk kat atas ni. So bagi yang masih tak tengok, cepat-cepat la tengok ye sebab cerita ni agak best. Bukan senang nak tengok ramai Hero yang ohsem bergabung dalam 1 movie dan beraksi menentang musuh yang ingin menawan bumi. Tapi sebelum tu korang baca la dulu Komen Cerita The Avengers yang aku nak tulis ni.


Bagi yang masih tak tahu dan kabur-kabur asap lagi, cerita ni adalah mengenai 4 hero ( IronMan, Incredible Hulk, Thor, Captain America ) bergabung tenaga dan kuasa mereka bagi menghalang makhluk asing daripada menakluki bumi. Sebelum nak takluk bumi, of coz la makhluk asing akan serang negara amerika terlebih dahulu dan sebab tu depa panggil semua hero untuk fight kat amerika. Huhu gurau je. Plot cerita ni original berkisar kepada cerita Thor dimana semua agenda jahat menguasai bumi datangnya daripada abang kepada Thor ( Loki ) itu sendiri bagi membalas dendam kerana dia tak dapat naik takhta.

Demi menghalang Loki dan askarnya daripada menakluki bumi, kesemua top hero seperti Ironman, Hulk, Thor dan Captain America dipanggil dan diletakkan bersama  bagi menyelamatkan bumi. Apa yang berlaku seterusnya ? Mampukah semua hero ini menentang penaklukan makluk asing ? Adakah bumi berjaya diselamatkan ? dan Mampukah semua hero ini bergabung sebagai satu pasukan ? Yang tu korang kena tengok sendiri la sebab kalau aku nak cerita satu-satu memang tak syok plak.

Ok plot sampai situ je, kali ni Komen Cerita The Avengers dari segi rating dan action pula. Kalau nak ikutkan action, boleh kata agak best dan menarik sebab boleh tengok semua hero ni fight dengan kekuatan masing-masing bagi menyelamatkan bumi. Selain aksi yang best, ade juga unsur-unsur lawak dalam cerita ni yang mana membuatkan satu panggung wayang duk gelak masa aku tengok tadi. Dari segi rating pulak, aku bagi 8 daripada 10 je sebab cerita ni slack sikit pada permulaan yang agak slow dan ditambah lagi dengan adengan banyak bercakap. Tapi bila sampai bab lawan, terus senyap tak kata ape dah.

Ade kawan aku tanya antara Battleships dan The Avengers yang mana lagi best ? Well berdasarkan taste aku yang sukakan action movie, aku boleh kata Battleships lagi best dan gempak. Maybe sebab ade kapal perang destroyer, meriam, dan letupan yang ohsem membuatkan aku rasa Battleships lagi best. Of coz la tak adil kalau nak compare Battleships dan Avengers secara kasar sebab 2 cerita ni berlainan konsep. Apa pun memang enjoy tengok The Avengers dan hero paling aku suka adalah Iron Man sebab berlagak dan boleh terbang dengan teknologi dia miliki. 

You Might Also Like

9 ulasan

  1. part Hulk baling2 Loki tu buat aq gelak...nak cari pasal dengan Hulk..kan da kena...haha...

    > Iron Man terbaik la...dia da malas nak lawan raksasa tu..dia pancing g tempat lain..kesian team dia..haha~

    BalasPadam
  2. haha loki kena hentam memang lawak gile sbb berlagak sangat macam dewa.

    iron man aku kagum dalam movie ni. hebat gile

    BalasPadam
  3. adui.. x tengok lg la.. wajib tengok ni!!

    BalasPadam
  4. respek giler kt script writer die sbb jdikan cter nie x bosan :)

    BalasPadam
  5. agak setuju jugak.. rasanya battleship lagi best... tapi, avenger tak kurg hebatnya.. cuma, expectation aku untuk citer tu sbnarnya lebih tinggi... hmm.. agak keciwa... heheh

    BalasPadam
  6. tengok dari komen nampak yang orang lelaki memang suka citer2 gini..:p

    BalasPadam
  7. zul : tgk la. best cito ni

    adfeez : ha ah menarik cerita ni. hebat semua hero

    pha is : same la bro> expectation aku tggi gak utk cite ni. apa pun nasib baik best gak cite ni

    diana : ha ah kak memang lelaki suka tgk cite camni. kak suka tgk cite camana ?

    BalasPadam
  8. kat facebook ada gambar spiderman duduk termenung sebab tak dapat masuk dalam avengers..haha

    BalasPadam
  9. setuju! battleship mmg best dari avengers, sbb sgt lain dari yg lain, battleship plot menarik, strategy pun best.

    BalasPadam