Nafsu Membeli Menghasut Diri

11:57 PTG

Selamat malam semua !!! ( Excited tak tentu pasal ) Korang semua suka membeli belah tak ? Kalau perempuan, aku percaya majoriti tentu suka shopping kan ? Dan kalau lelaki pula aku rasa minoriti je ataupun boleh kata lebih kecil daripada minoriti. Tapi walaupun kita selalu je dengar pasal perempuan habiskan duit lebih banyak daripada lelaki kalau bab shopping, aku rasa semua tu bukan 100% betul pun. Maksud aku bila perempuan shopping, kita akan nampak apa yang mereka beli such as pakaian, tudung, kasut, beg, perfume dan bermacam alatan lagi yang aku sendiri pun tak tahu.


But the truth is pada zaman sekarang aku rasa lelaki lebih banyak habiskan duit berbanding perempuan especially remaja lelaki.

Lelaki banyak habiskan duit ? Pakaian pun nampak sama je tiap minggu dan tiap bulan.

Macam aku cakap kat atas tadi, perempuan shopping benda yang kita nampak macam pakaian and others tapi lelaki tak macam perempuan. Lelaki biasanya shopping based on their specific hobby. Let say lelaki ni hobinya adalah something yang berkaitan dengan kereta. And if  lelaki tu ade kereta, kebanyakan duitnya memang melayang kepada keretanya. Girls, korang maybe nampak lelaki tersebut pakai baju n seluar yang sama tiap minggu dan tiap bulan tapi you all tak tahu yang kereta dia menggunakan enjin Mitsubishi Evo + Twin Turbo yang mana menelan belanja maybe more than 50K atau 100K.

Itu maybe sangat extreme bagi sesetengah lelaki tapi tu baru satu je. Aku ada kenal dengan sorang mamat ni dia ni sangat gila komputer. Gila komputer dia tu lebih dasyat daripada aku sampaikan boleh cakap 80% duit dia banyak dihabiskan untuk sistem komputer. So bila 80% duit dia banyak dihabiskan untuk komputer, maka korang fikir la sendiri bagaimana komputer dia sekarang. Hebat ke Gempak ke Dasyat ke semua tu memang wajib ada kat komputer dia.

Tu antara dua contoh yang menunjukkan bagaimana lelaki membelanjakan duit mereka. Kalau nak lebih lagi korang tengok je hobi kawan-kawan lelaki korang tu. Kalau jenis fotografi pulak memang sah duit terbang ke kamera dan juga lens yang mahal tu. 


Sebenarnya aku bukan nak tulis pasal perbezaan shopping lelaki dan perempuan. No No No bab shopping ni aku tak berapa arif sangat sebab tak pandai nak cari point dengan banyak. Kalau korang nak tahu, baru-baru ni secara tiba-tiba je Nafsu Membeli Menghasut Diri aku. Yang paling tak tahannya aku rasa banyak je benda yang nak dibeli sampaikan rasa mengarut pulak kalau beli semua tu. Masalah utama sekarang bukannya duit tapi semua tu hanya nafsu je. Korang tahu la kan bagaimana nafsu ni berkerja, bila dah dapat ape yang mahu dia akan mula cepat rasa bosan dan last sekali rasa menyesal pulak setelah beli sebab dah tak gunakan lagi barang tersebut.

Biasanya sebelum aku nak membeli sesuatu, aku akan lebih memilih kepada keperluan berbanding hawa nafsu. Tapi kali ni nafsu macam lebih kuat berbanding keperluan dan hampir-hampir menggoda aku untuk membeli barang yang aku teringin sangat-sangat. Tak tahu setakat mana aku dapat bertahan dengan godaan nafsu ni. Harap-harap aku dapat lawan semua nafsu membeli ni.

p/s : Teringin nak beli Netbook, Web Hosting dan Galaxy Tab 10.1 dengan kewangan yang ada sekarang tapi semua tu nafsu je. Haaaiihhhh

You Might Also Like

3 ulasan

  1. puhhh, betul la lelaki beli barang2 yang tak nampak jelas di mata je ;D

    BalasPadam
  2. azri : ha ah ko pun mcm ni gak kan ? hehe

    BalasPadam
  3. personally, I rasa lelaki jarang shopping tapi sekali shopping banyak habis . sebab bukan senang nak jumpa barang lelaki. paling cikai pun topman je kan ? 0,0 kalau pompuan yang jenis tak kisah tibai je barang kat ts. kan kan ?

    BalasPadam