Minggu Yang Cukup Serabut

12:11 PG

Selamat malam. ( mengeluh jap ) Macam yang tertera kat tajuk atas tu, minggu ni memang aku agak serabut sikit sampaikan terabai blog yang disayangi ni. Sibuk disebabkan ade test, memikirkan masih takde tempat untuk Latihan Industri, masa yang hilang dan banyak lagi perkara yang buatkan aku tak tenang. Tapi aku still lagi bersyukur kerana semua masalah ni masih boleh dihadapi dengan baik dan takde rasa pressure sangat sampaikan hilang segala mood untuk buat banyak kerja.


Malam ni sepatutnya mood aku bertambah baik kerana 2 manga fevret iaitu Naruto dan One Piece ade release episod terbaru tapi lepas tunggu punya tunggu kat website diorang, still lagi takde nampak tanda-tanda ade keluarnya latest episode dan terus buatkan aku rasa down gile yang amat. Aku memang suka layan manga walaupun ramai kawan aku berpendapat manga ni tak best dan macam tak matured kalau baca. Well tu semua depend pada jenis manga yang dipilih dan dibaca. Kalau pilih yang tak best memang tak best la jawabnya. Biasanya manga yang lama most of them sangat best sebab banyak value kat dalam cerita tu ditambah dengan plot yang sangat menarik ( sampaikan aku menangis ).


Ok since aku pun dah lari sangat dengan tajuk kat atas ni, jadi aku rasa nak membebel panjang sikit dalam post yang penuh dengan bosan dan merepek ni. Baru-baru ni aku rasa aku ada hobi baru. Itu la yang aku rasa tapi full komitmen terhadap hobi baru tu masih takde lagi. Sekadar santai dan suka-suka je. Hobi yang aku maksudkan tu adalah fotografi. Ha ah tibe-tibe je rasa suka sangat snap-snap gambar ni dan sejak adik aku bagi pinjam DSLR untuk bawa ke kampus, memang kerja aku snap je kalau ade peluang. 

Cumanya yang jadi masalah sekarang ni adalah dslr besar sangat dan susah untuk aku bawa ke kelas untuk ambil gambar. Dulu ada kamera digital dan aku tiap hari bawak pergi kelas. Kalau bosan dalam makmal dan kuliah, aku curi-curi ambil gambar. Kalau nak bawak dslr pergi kelas memang segan kot. Gile ke ape bawak kamera besar gedabak tu pergi kelas. Silap hari bulan orang kata aku ni dah amik kelas fotografi pulak padahal belajar kat U amik kejuruteraan. =_=

Tapi siyesly memang minat aku sekarang kearah fotografi walaupun aku tak tahu ape jadahnya shutter speed, manual focus dan tah ape lagi. Aku hanya tahu snap, snap dan snap dan kalau rajin edit sikit guna Lightroom. Hurmm biasanya bila aku dah gila dengan sesuatu, aku akan cuba dapatkan sesuatu untuk lengkapkan hobi tu. So new target adalah Canon EOS 1100D.


p/s : One Piece. Kenapa tak release new episode malam ni :(

You Might Also Like

9 ulasan

  1. aku pun minat one piece jgk ;D

    BalasPadam
  2. aku da lama giler tak layan manga ni...heee...

    BalasPadam
  3. jangan risau oh.. aku pun layan gak naruto dgan one piece.. haha..

    BalasPadam
  4. aku tak layan manga. aku layan anime je... manga x biasa baca, so, pening sikit.. hehehe..

    BalasPadam
  5. tengah cari tempat praktikal ke..ak ni pon baru habis praktikal.. ade company.. sebulan RM150 elaun. berminat area nilai?

    BalasPadam
  6. selamat menempuh dunia fotografi hehe

    BalasPadam
  7. manga best la. keluaran gempak starz. cerita high school japan. kegemaran tu. tp lama dah tak beli.

    BalasPadam
  8. azri : hehe best one piece

    ezad : manga best wesss

    zul : haha bagus gok demo layan jugop

    pha is : anime banyak tambahan especially naruto.

    arai : tempat LI masih mencari. nanti kalau perlu aku contact

    sutera : hehe thanx

    nizam : yang tu aku layan masa skolah menengah dulu. skang x beli dah

    BalasPadam
  9. angkat 60D terus lah.
    aku pun tak dapat lagi tempat praktikal..

    BalasPadam