Sewaktu mula-mula aku pandang ke arah si dia, hurmm okay aku harap kau sedap dimakan. Aku dah serik nak makan kek coklat sejak banyak kali dikecewakan oleh rasa yang tidak cukup untuk dikatakan berada pada tahap moksya coklat. Demand gile kan ? Semuanya aku nak best je. Tapi dia pandai menggoda dan mengambil hati aku. Pertama kali dia mengambil hati aku adalah dengan...
Semalam dalam pukul 10:30 pagi aku sudah pun selesai dengan selamat menghadapi pembentangan projek tahun akhir a.k.a final year project. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ahli panel yang seramai 3 orang termasuk pensyarah aku sendiri kelihatan memahami mengenai isi yang aku bentangkan. Dua soalan dilontarkan selepas habis pembentangan dan syukur juga dapat aku jawab dengan baik dan tertib mengikut flow projek. Selesai...
Ermm well tiba-tiba je aku rasa nak update blog setelah banyak bulan aku biarkan terabai. Nak kata banyak modal untuk update tu takde la banyak tapi ada la sikit untuk dikongsikan. Okeh straight to the point, dalam 2 minggu lepas aku ada bina low end gaming pc. Low end jerr dan bukan mid atau high end. Biasa la bajet student yang tak berkerja...
Minggu ni bermulanya semester baru bagi pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) . Bagi aku pula sekarang sudahnya pun memasuki semester 7 dan semester depan pula yang terakhir bagi aku menghabiskan sesi pengajian di UniMAP. Sedar tak sedar rupanya dah tahun ke 4 aku berada di sini. Teringat masa mula-mula masuk dulu yang mana asyik fikir tempoh...
Salam dan selamat malam. Dikesempatan ini aku taip 1 post untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin andai kata blog ini banyak menyinggung dan melukakan hati para pembaca serta pelawat yang pernah singgah di sini. Ok selesai ucapan selamat hari raya dan sekarang masa untuk menggambarkan penceritaan yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri 2012. Bermula pada waktu pagi lagi selepas...
Mukadimah untuk taip post pun dah tak tahu nak tulis apa sebab terlalu lama dan tidak kerap aku update blog ini sekarang. Tapi rasanya memang kebanyakan post aku tidak mempunyai mukadimah yang baik. Main hentam je tulis apa yang terlintas dalam fikiran tanpa buat perancangan dan fikir dengan teliti terlebih dahulu. Sekarang aku masih lagi menjalani latihan industri ( praktikal ) dan baki...
Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada semua umat islam di seluruh dunia :) ... Alhamdulillah nafsu makan dan minum sentiasa dapat dikawal di bulan Ramadhan sejak aku akil baligh lagi walaupun pernah alami keadaan kebulur dan sakit yang sangat teruk masa kecil-kecil dulu tapi puasa full di bulan Ramadhan tetap kena pertahankan...
Aku sekarang ni ada di Sungai Petani, Johor Kedah kerana masih lagi meneruskan kerja Preventive Maintenance di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara selama 4 hari sampai hari khamis ini. Tapi dalam post ni aku nak tulis dan menunjuk pengalaman dan gambar-gambar yang sempat diambil masa buat kerja di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara di Terengganu pada minggu lepas. Overall masa buat kat Terengganu...
Minggu lepas pada hari Isnin sampai ke hari Khamis aku kena follow 2 orang staff tempat praktikal ni outstation ke Kluang, Johor atau dengan lebih tepatnya ke Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Selatan. Hari ni baru berkesempatan nak update kerja yang minggu lepas sebab hari Sabtu minggu lepas juga kena bertolak pergi ke Kemaman, Terengganu selama 4 hari dan baru balik semalam, hari...
Sekarang ni asal aku update blog je mesti pasal shopping dan jalan-jalan ataupun yang sama waktu dengannya. Waaaa banyak sungguh duit aku kan sampai tiap minggu keluar mesti shopping dan enjoy sakan punya. Biasa la orang bujang katekan nak cakap duit banyak tu takde la sangat tapi tetap nak jalan-jalan dan cari barang keperluan juga. Jadinye pun lepas zohor petang tadi aku dan...
Lepas jumaat tadi aku ada terpandang statement seorang perempuan kat facebook dengan ayat " Lelaki ni tak serik-serik asyik duk ganggu aku je ". Mulanya aku rasa agak loya dan nak muntah darah sebab nampak ayat macam syok sendiri je lebih dan perasan sangat ade lelaki duk ganggu pada hal sebenarnya Forever Alone je. Tapi tibe-tibe aku terfikir memang benar dan sangat ramai...
Alhamdulillah dapat juga aku update blog comel yang dah lama tak tengok ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan takde mood membuatkan aku malas nak update dan tengok blog ni. Minggu pertama Praktikal ( Latihan Industri ) di syarikat Contras Capital Sdn Bhd yang terletak di Ampang sangat menyeronokkan buat masa ni walaupun masih takde banyak kerja tapi banyak juga pengalaman kerja...
[ Martin Solveig feat. Dragonette - Hello ] Pagi tadi merupakan last Peeeeiiiiiper aku untuk semester yang ke 6 ni iaitu Engineering Entrepreneurship. Keluar je dewan peperiksaan tadi aku nampak banyak wajah gembira yang terpapar jelas bersama senyuman yang manis lebih-lebih lagi gadis-gadis yang ayu dan cun membuatkan aku rasa nak cubit je pipi mereka yang comel itu dan mengorat mereka. Walaupun aku...
Once upon a time, ada dua buah komputer yang sentiasa menemani aku di kala duka dan gembira pada setiap hari tanpa mengenal jemu serta penat lelah. 1 adalah laptop yang diberi oleh Kerajaan kepada ayah dan kemudiannya ayah bagi kat aku ( tahun 2009 ) sebab dia dah ada sebuah masa tu. 1 lagi adalah netbook lenovo yang dibeli dengan duit aku sendiri...
We Got Man Down !!! tapi bukan aku la yang down tu sebab aku masih kental berdiri berjuang lagi dan tak goyang sikit pun walaupun hakikatnya hampir tersungkuh rebah ke tanah. Oh ya bagi yang masih tak tahu dan yang tak mahu ambil tahu sekali pun, aku dah memasuki musim peperiksaan sekarang ni. Pagi tadi kertas pertama Electronic Instrumentation dan Alhamdulillah boleh jawab...