My Baby Tambah Ram Kasi Up Performance
12:17 PG
Once upon a time, ada dua buah komputer yang sentiasa menemani aku di kala duka dan gembira pada setiap hari tanpa mengenal jemu serta penat lelah. 1 adalah laptop yang diberi oleh Kerajaan kepada ayah dan kemudiannya ayah bagi kat aku ( tahun 2009 ) sebab dia dah ada sebuah masa tu. 1 lagi adalah netbook lenovo yang dibeli dengan duit aku sendiri pada bulan lepas. Kedua-dua buah komputer ini adalah barang yang aku sangat sayang dan aku jaga umpama menatang minyak yang penuh. Zzzzzzzzzzz
1. Acer Aspire 4730Z
Telah menemani aku sejak 3 tahun yang lepas dan sentiasa berada dalam keadaan baik. Asalnya menggunakan RAM 1Gb kemudian ayah tambah 2Gb menjadikan 3Gb dan beroperasi dengan elok selama 3 tahun dengan prestasi yang cukup baik. Oh ya aku bukan jenis gamer dan laptop ni juga bukan gaming type jadi bukan la hebat sangat nak dibandingkan dengan laptop yang ada graphic card power zaman sekarang tapi bagi aku sudah cukup baik berjasa. Hari ni aku buat keputusan untuk up lagi performance laptop ni dengan menggantikan slot 1Gb dengan 2Gb dan menjadikan semua sekali 4Gb RAM iaitu maksima bagi sistem operasi 32 bit.
2 slot ram. 2Gb + 2Gb
2. Lenovo S10-3C ( Netbook )
Baru saja menemani aku sebulan yang lepas dan setakat ni sangat suka dengan prestasi yang ditonjolkan bersama aplikasi yang ringan. Kalau aplikasi yang berat tu agak slow la sebab dah namanya netbook dan tak sesuai untuk kerja-kerja yang dasyat. Asalnya RAM yang digunakan adalah 1Gb dan hari ni aku gantikan 1Gb dengan 2Gb. Asalnya nak tambah menjadi 4Gb seperti yang laptop tu tapi tak support pulak. Mungkin sebab motherboard lama kot jadi hanya support sehingga 2Gb saja. Apa pun 2Gb pun dah cukup berbaloi dan banyak benda boleh dibuat tanpa ada lagging process.
1 slot ram = 2Gb
p/s : Semester depan rasa macam nak beli Desktop sebiji.
6 ulasan
wow sampai 2 latop
BalasPadamtu la... aku pon ada angan2 nk beli dekstop sebijik. laptop utk buat keje assignment, dekstop utk main game.. hahaha
BalasPadamDapatkan 2 lagi desktop 1 untuk game, 1 lagi untuk UNIX. Sure jadi Mr. Geeker habis. Dat time kau rasa begitu indah hidup even tanpa seorang girlfriend.
BalasPadamhaziq : ha ah baru 2 tu bro. org lain banyak lg
BalasPadampha is : syok kan kalau ada desktop sebiji. x pe sem depan konpem aku angkat sebiji
nizam : Unix aku ingat nak letak kat laptop ni je kot. x larat nak angkat 2 desktop
da lama btl2 tinggal benda2 upgrading laptop maptop nie.... huhuhu
BalasPadamxde masa dah rasanya.
~
Nak tanya, mahal tak tambah RAM? Sy cadang nak tambah ram untuk netbook ni. RAM sy sekarang cuma 1GB dan kadang2 tu lagging jugak kalau bukak photoshop. Tu yang nak tambah semaksimum mungkin. Nak tau harga~ Harap reply ye =)
BalasPadam