Pembentangan Projek Tahun Akhir
4:06 PTG
Semalam dalam pukul 10:30 pagi aku sudah pun selesai dengan selamat menghadapi pembentangan projek tahun akhir a.k.a final year project. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ahli panel yang seramai 3 orang termasuk pensyarah aku sendiri kelihatan memahami mengenai isi yang aku bentangkan. Dua soalan dilontarkan selepas habis pembentangan dan syukur juga dapat aku jawab dengan baik dan tertib mengikut flow projek.
Selesai saja pembentangan ni, aku rasa kepala aku dah jadi sangat ringan umpama segala bebanan dah hilang dalam sekelip mata walaupun sebenarnya bebanan untuk peperiksaan semester tu masih ada lagi dan masih belum dihadapi. Tapi aku masih belum boleh rilek dan bersantai lagi kerana ini baru fasa 1. Fasa 2 yang lebih mencabar akan tiba pada semester depan dan pastinya akan lebih memberi bebanan. Apa pun buat masa ni tumpuan akan beralih seketika kepada peperiksaan semester yang akan berlansung pada minggu depan. Doakan yang terbaik untuk aku :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan
fuhhh...lama menyepi...gudluck..
BalasPadambaru nak kembali. hehe thanx
BalasPadamnext week aku plak bentang FYP1 ni.
BalasPadamdah ar report pulun last2.
kena buat muka confident je jap lagi ni..