­

Outstation Kemaman Versi Bergambar

9:09 PTG

Aku sekarang ni ada di Sungai Petani, Johor Kedah kerana masih lagi meneruskan kerja Preventive Maintenance di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara selama 4 hari sampai hari khamis ini. Tapi dalam post ni aku nak tulis dan menunjuk pengalaman dan gambar-gambar yang sempat diambil masa buat kerja di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara di Terengganu pada minggu lepas.

Overall masa buat kat Terengganu minggu lepas semuanya berjalan dengan sangat lancar dan pihak ICT INTAN sangat baik hati dan memberikan kerjasama dengan sangat baik yang mana memudahkan lagi kerja-kerja kami dan kerja mereka dalam menyiapkan Preventive Maintenance ni. Bila hari last dan dah siap semua kerja, pihak ICT INTAN siap belanja kami makan dan minum lagi sebelum kami berangkat pulang balik ke Ampang, Selangor. Kat bawah ade sedikit gambar untuk ditatap sepanjang 4 hari menjalankan kerja di Terengganu.

Gambar homestay wajib ade :D


Makmal Komputer. INTAN Terengganu ada 200 komputer. Nasib baik sikit

 Turut buat kerja, lagi 3 orang kawan



 Pura-pura buat kerja ke ???


P/s : Hari pertama di Sungai Petani hari ni sangat baik dan kerjasam staff mereka pun bagus

You Might Also Like

3 ulasan