Telefon Blackberry Sentiasa Dihati

10:12 PTG

Walaupun Samsung dan Apple mendominasi pasaran besar dunia smartphone, tapi aku masih tetap selesa dengan servis dan penggunaan telefon pintar Blackberry. Boleh kata Telefon Blackberry Sentiasa Dihati, tak kira bila dan dimana pasti aku akan bawa bersama.

Bagi sesetengah orang, mereka kata telefon ni agak membosankan kerana hanya mempunyai sedikit kelebihan berbanding telefon pintar yang lain iaitu aplikasi Blackberry Messenger. Lagipun telefon ini tidak mempunyai pilihan game yang menarik dan menyeronokkan serta aplikasi yang agak hebat seperti yang terdapat pada pelantar Android dan iOS. 

Yer memang aku sangat sangat setuju dengan pendapat sesetengah orang tersebut. Aku tak suka main game di telefon kerana skrin yang agak kecil dan batasan kepuasan yang tak dapat nak ditandingi apabila bermain game menggunakan komputer. Biasanya main game di telefon menyebabkan bateri cepat habis. Kawan-kawan aku yang suka main game di telefon biasanya tak sampai 1 hari sudah habis bateri dan terpaksa caj dengan kerap untuk guna kembali telefon mereka.

Telefon pintar Blackberry pertama yang aku guna adalah versi Curve 8520 yang mana telefon tu aku dapat daripada seseorang dan bukan aku beli. Nak tahu macam mana aku dapat telefon tu ? Boleh klik di bawah ni.

Aku Dapat BlackBerry Curve 8520


Sejak dari itu aku dah mula suka dan seronok menggunakan telefon Blackberry. Aplikasi blackberry messenger merupakan sebab utama kenapa aku terus menggunakan telefon ini. Dengan menggunakan pelan Celcom prepaid, sebulan hanya perlu topup rm 25 untuk mengaktifkan pelan internet dan lepas tu boleh chit-chat sampai lebam dengan pengguna Blackberry yang lain selama sebulan.

Selain dari aplikasi dan pelan internet yang disediakan, rekaan ( design ) telefon Blackberry juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan aku jatuh cinta. Bagi aku, bagi aku la kan rekaan telefon ini agak kelihatan style dan elegan dengan bertemakan warna hitam serta menampakkan lagi ke-machoan telefon tersebut.

Buat masa ni aku takde selera untuk tukar kepada telefon model lain walaupun kadang-kadang ada tertarik dengan sesetengah model keluaran Samsung namun pelan internet yang disediakan agak mahal menyebabkan hilang selera aku untuk mencuba. Mungkin kalau pelan internet yang lebih murah diperkenalkan, aku akan pertimbangkan penggunaan telefon pintar yang lain.

p/s : Apa guna telefon pintar kalau takde internet ?

You Might Also Like

5 ulasan

  1. dulu kan akak nk beli bb tau..lepas tu tak jadi.sebab skrin kecik.akak ni kalau sambil baring2 pun nak online.terus beli galaxcy tab.online boleh nak buat tepon pun boleh..tapi klu ada duit akak nk beli la bb satu.

    BalasPadam
  2. meteora : yezzaaaa setujuuuu

    diana : hamboi kak galaxy tab ? hebattt. kalo beli bb nnt jgn lupa add bbm sy tau. hehe

    BalasPadam