Apa Perancangan Tahun Baru

4:29 PTG

Apa perancangan tahun baru korang ? Wait !! sebelum tu aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca walaupun hari ni dah masuk 9 hari bulan Januari.  Kah Kah Kah biasa la derrr sibuk sikit lebih-lebih sekarang ni dah tahun akhir pengajian dan ditambah lagi dengan minggu peperiksaan sampai la aku habis kertas pada 17 Januari ni. Ingatkan tahun akhir ni dapat rilek sikit tak macam tahun 3 tapi ternyata jangkaan aku sangat silap bila banyak perkara dan kerja yang kena uruskan.

Berbincang pasal perancangan, sebenarnya ada beberapa perkara yang bermain dalam minda aku yang mana aku berhasrat untuk melaksanakannya pada tahun ini. Nak kata perancangan besar tu tak besar sangat pun tapi sekaligus akan mempengaruhi masa depan hidup. Ehem jadi sekarang aku dengan bangganya akan membongkar misteri perancangan tahun 2013 yang agak tidak berapa terancang dalam penulisan post ini.


1) Tamat Pengajian / Graduasi

InsyaAllah kalau mengikut kalendar matematik dan formula algebra tah ape-ape yang aku dah kira sejak mula-mula jejak kaki ke alam universiti, aku akan tamat pengajian Kejuruteraan Rangkaian Komputer pada bulan Jun ini dan akan ber-graduasi mungkin pada bulan September.  Dan dengan ini jugak aku mohon sangat-sangat agar kalian semua berdoa agar aku dapat tamat pengajian pada tempoh yang telah ditetapkan tanpa ada sebarang masalah atau sangkut paut. 



2) Pusing 1 Malaysia

Selepas tamat pengajian, kalau boleh aku nak luangkan masa selama sebulan atau 2 bulan untuk pergi bercuti. Apa yang pasti adalah akan pusing 1 malaysia ni termasuk Sabah dan Sarawak. Kalau banyak duit sikit mungkin akan cuba pergi melancong ke luar negara seperti di negara-negara eropah antaranya Sepanyol, Perancis, Jerman. Tapi disebabkan bahasa mereka agak susah silap hari bulan mungkin aku akan pergi ke negara yang menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya seperti Amerika ataupun England. Bab melancong je nak gempak dan sembang sampai berapi.


3) Kerja

Habis belajar sudah, melancong sudah, bersantai pun sudah. Lepas tu aku kena la mula masuk bidang kerja. Kalau bab kerja aku sendiri masih tak ada perancangan teliti mengenai kerjaya apa yang aku nak ceburi. Adakah aku nak jadi jurutera seperti yang diambil di pengajian universiti, atau jadi selain jurutera aku sendiri masih tak pasti akan hal ini. Sebenarnya ayah yang sudah merancang untuk aku membuka kedai berkaitan komputer sama ada membaiki atau membekal tapi kalau ikutkan kata hati, aku nak berkerja dengan orang lain dulu bagi mendapat pengalaman yang secukupnya baru boleh memulakan perniagaan sendiri. 


4) Naik Taraf Komputer

Aku seorang pencinta wanita komputer. Sehari tak menghadap komputer memang tak sah. Biasanya kebanyakan masa dihabiskan depan komputer adalah dengan melakukan aktiviti sosial ditambah dengan banyak main game tembak-tembak, layan lagu & cerita, dan juga membaca dari laman-laman web yang best. Oleh kerana game yang aku main agak tinggi citarasa maka specs komputer pun kena la tinggi juga baru best nak main. Jadi tahun ini aku merancang hanya untuk upgrade processor sahaja kerana yang lain masih cukup lancar untuk lakukan kerja harian aku. Jika dan hanya jika ( if and only if ) kewangan agak kukuh mungkin ada benda lain juga yang akan dinaik taraf.




Nampaknya setakat ni hanya 4 perancangan yang mampu aku senaraikan buat masa sekarang dan aku harap kesemuanya dapat dilaksanakan dengan baik pada tahun ini. Taknak tahun depan, nak tahun ni jugakkk. Mungkin pada masa depan akan ada pertambahan perancangan yang mana aku takkan senaraikan dalam blog ni. Salam :)

You Might Also Like

4 ulasan

  1. tunggu dulu bab kawen tu. mungkin dalam tahun 2014 kot

    BalasPadam
  2. perenggan pertama tu,
    aku faham azabnya camane. nak gila jugak rasa.hahaha

    plan kerja,aku tak fikir lagi. graduate tu mungkin. travel? duit takde lagi..

    BalasPadam
  3. izwanyusof : hehe azab kan nak tunggu habis semua ni

    azri : bulan 6 nanti la. InsyaAllah

    BalasPadam