Misi Mencari Air Terjun
11:13 PTG
Kat belakang Kolej Kediaman Unimap Kg Wai, Perlis ada banyak bukit yang bersempadan dengan Thailand. Dengar cerita kat situ ade air terjun jadi aku dan beberapa orang membe jalankan misi nak cari air terjun kat area bukit. Kalau betul ada boleh la mandi manda air bukit yang sejuk memandangkan negeri Perlis ni sangat panas. Tapi kalau takde pun takpe la sebab dapat masuk hutang kat bukit tu pun dah rasa sejuk dan dingin. So lepas je habis kelas petang kelmarin, kitorang pun bertolak ke area bukit dalam misi mencari air terjun ~
Kitorang panjat bukit dengan naik motor sebab dalam tu masih lagi ada jalan tar untuk naik ke sana dan sampai kat satu tempat tu motor dah memang tak boleh masuk. Kat tempat tu juga ada nampak bentuk 1 kolam yang mana airnya tak banyak tapi aku rasa kalau hujan lebat memang konpem penuh kolam tu dan syok mandi air yang sejuk.
Mula-mula agak hampa sebab memang takde air kat situ. Lepas tu kitorang decide untuk panjat lagi bukit dengan impian dapat la juga jumpa air terjun. Anyway jumpa kolam kat atas ni pun dah cukup baik sebab dah ada nampak macam tempat takungan air bila tibanya hujan yang lebat.
Masa nak panjat agak saiko sebab kiri kanan penuh dengan semak dan tanah pun basah menambahkan lagi bahaya sebab licin. Aku pun hampir jatuh disebabkan tanah yang licin semasa nak panjat bukit tu. Panjat punya panjat akhir sekali tak jumpa juga air terjun yang dicari. Tapi kalau ikutkan logik akal, kitorang jalan tu mungkin tak sampai suku perjalanan lagi. Mungkin kalau terus naik lagi akan jumpa air terjun tapi disebabkan tak biasa dengan tempat dan jalan bukit ni jadi kitorang patah balik dengan harapan kecewa tak jumpa air terjun.
Bila tak jumpa air terjun yang dicari, kitorang turun daripada bukit tersebut dan menuju ke kawasan pantai untuk lepak dan ambil angin.Tujuan utama aku follow hanya untuk ambil gambar je sebab dah kering idea tak tahu nak update ape kat blog. At least kalau ada journey dan adventure sikit boleh la buat modal update blog.
p/s : Me in red :)
5 ulasan
bersusah payahnya cari air terjun
BalasPadamSalam Freaky..sayalah air terjun itu yg dah lama tak terjun ke blog ini...
BalasPadamazi : bersusah dahulu bersenang kemudian. tapi berbaloi sbb menarik dalam tu
BalasPadamjr : salam jr. hehe ni dah terjun ke blog ni dah kira ok la. thanx
diana : erk kurus ? memandai je kak buat andaian :D
Model blog atau idea dalam menulis blog boleh dihasilkan 90% melalui pembacaaan demi pembacaan.
BalasPadamTapi ni kira okay share pengalaman :)
nizam : aku kurang membaca dan imaginasi aku x sehebat ko. haha dasyat semua post ko
BalasPadam