­

Kenduri Kawan Di Kelantan

5:53 PTG

Lamanya aku tak update blog ni disebabkan sangat sibuk dengan benda-benda yang serabutkan kepala otak. Ditambah lagi dengan kering idea tak tahu nak update pasal apa, memang tak buka lansung blog ni sejak beberapa hari yang lepas. Kali ni ada event yang best sikit yang mana memberikan aku idea untuk update blog. Enjoyce.

Pada malam jumaat baru-baru ni, sebanyak 2 buah kereta ( semua lelaki ) yang membawa pelajar kejuruteraan rangkaian komputer menuju ke Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin kawan sekelas. Errkk skima sangat ni aku tulis. Bertolak malam jumaat dan sampai ke Kelantan dalam waktu subuh. So kitorang semua subuh dan berehat di rumah salah seorang kawan sekelas juga. Selepas zohor, kami semua bertolak menuju ke rumah pengantin perempuan yang mana perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Ermm aku malas nak cerita panjang sangat dan biarkan gambar di bawah yang menceritakan suasana di majlis tersebut.


Lepas kenduri, ambil gambar dan semua pun dah kenyang dengan gulai kawah serta bubur kacang yang agak panas dan lazat, kami pun pergi teruskan aktiviti dengan meronda negeri Kelantan. Antara tempat yang kami pergi adalah Tok Bali, Jeli, Machang, dan Kota Bharu. Pada sabtu malam kami bertolak pulang ke Perlis dan selamat sampai pagi ahad. Penat dan syok tapi berbaloi dapat makan gulai kenduri :D


p / s : Study week dah pun bermula ~ D.I.E

You Might Also Like

5 ulasan

  1. a picture speaks thousand words kan ??

    BalasPadam
  2. untung la dpt g knduri kawen kak zura..

    BalasPadam
  3. mna ade stdy week...pegi kelas hari2...esaimen belambak2..

    BalasPadam
  4. cik mizan : yep sangat setuju

    pena gelap :hehe thanx

    azi : untung dapat makan. hehe stdy week serabut

    BalasPadam