Kekecewaan Di Tasik Darul Aman

12:17 PTG

Cuti hujung minggu ( Sabtu ) baru-baru ni aku ada pergi melawat Tasik Darul Aman yang kat area Jitra, Kedah tu. Plan utama aku pergi sana hanya nak habiskan masa dengan naik kayak dan juga kenderaan air yang kayuh tu. Lepas naik benda tu dan round-round tasik, aku nak ambil gambar pemandangan di sana bersama dengan seorang model yang hot lagi melecun. Plan tu kire dah baik punya, round tasik dengan naik kenderaan tu sambil snap-snap gambar. Kirenye berbaloi juga la cuti hujung minggu spend kat sana.

Tapi tu semua hanya perancangan je sebab realitinya agak haprak disitu. Aku tak tahu nak salahkan kat siapa sama ada aku sendiri yang tak buat survey dengan detail ataupun memang terdapat kecacatan kat situ. Ok maksud aku yang lebih jelas, servis kayak dan juga naik kenderaan air di Tasik Darul Aman tu ditutup pada hari Sabtu yang aku pergi tu. Ok aku faham korang hari sabtu memang cuti tapi hari cuti la ramai yang berkunjung ke taman rekreasi untuk habiskan masa tapi macam mana nak habiskan masa kalau kayak dan kenderaan round tasik tu ditutup  ???

Tutup !!! Frust menonggeng aku dibuatnya tak dapat naik benda ni.

Oleh kerana plan utama aku dah spoil sejak awal-awal lagi sampai kat sana, jadi aku pun terus je blah daripada tasik tu. Gambar pun sempat ambil beberapa keping je dan terus takde mood nak bergambar. Last sekali aku dan model hot jalan-jalan kat area Jitra je. Haiyaaa ini punya servis di tasik banyak buat lawak la tutup pada hari hujung minggu. 

p/s : Kalau waterpark tutup hujung minggu, memang aku bakar la jawabnya. haha

You Might Also Like

5 ulasan

  1. alololoo.. ciannyaaa... jgn nangis ye :p

    BalasPadam
  2. pekerja malas nak keje,cuti.. tokey je tau untung waktu cuti.. hehehe

    BalasPadam
  3. Minat berkayak rupanya.
    Aku tak suka since tak pandai swimming ;)

    BalasPadam
  4. izwanyusof : tokey patut jaga masa cuti

    diana : ade je kak. tu yang heran. lupe nak tinggalkan nota

    nizamghazi: ha ah siap ade sijil kayak lg.huhu

    BalasPadam