Makan Di Restoran Ayam Penyet Wong Solo Shah Alam

6:30 PTG

Makan Di Restoran Ayam Penyet Wong Solo Shah Alam ni bukannya kali pertama. Kalau tak silap saya ini sudah masuk kali ke 3. Orang lain mungkin dah banyak kali makan disini tetapi saya baru je beberapa kali sampai boleh kira dengan jari.

Saya bukannya peminat fanatik sangat dengan masakan ayam penyet tetapi masih boleh makan sedikit sebanyak untuk kenyangkan perut.

Bagi yang masih tak tahu, restoran ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam dan sememangnya terkenal di kalangan penduduk sekitar. Kalau tanya orang Shah Alam dan Klang, mesti mereka tahu mengenai restoran ini.

Seperti pengalaman saya yang sebelum ini, setiap kali datang untuk makan, restoran ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Saya datang bersama isteri semalam pada pukul 3 petang pun orang masih ramai di dalam kedai.

Malah sepanjang saya berada di kedai dan semasa kami makan, orang yang datang sentiasa ramai serta tidak pernah putus.

Saya telah order menu nasi ayam goreng manakala isteri pula order menu nasi ayam penyet.




Pada pendapat saya, menu yang disediakan sangat menarik kerana terdapat pelbagai menu sampingan yang boleh ditempah untuk dimakan bersama menu utama.

Saya juga sukakan menu ayam goreng kerana ayam goreng tersebut digoreng dengan ranggup dan menyelerakan apabila di makan.



Bagi menu isteri pula, dia order sambal ayam penyet yang memang sangat sedap sampaikan saya terpaksa ambil sedikit sambal di dalam pinggan dia.

Keseluruhannya, makanan disini memang sedap dan rasanya tidak pernah berubah walaupun saya jarang datang ke sini. Patut la ramai orang datang makan setiap masa.

Servis layanan pula saya boleh kategorikan sebagai berpuas hati kerana semalam saya dan isteri terpaksa tunggu sedikit lama untuk makanan kami sampai tetapi masih boleh diterima kerana saya faham bukannya mudah untuk siapkan makanan dengan cepat lebih-lebih lagi apabila orang sentiasa memenuhi restoran.

Bagi sesiapa yang tidak pernah cuba makan di restoran Wong Solo, anda boleh cuba singgah apabila berkunjung ke Shah Alam nanti.

Saya dan isteri mungkin akan singgah makan lagi kalau ada kesempatan sewaktu pergi ke Seksyen 7 akan datang.


You Might Also Like

0 ulasan