Menghadiri Kelas Antenatal Di Hospital DEMC Shah Alam
8:15 PTGSemalam saya dan isteri telah Menghadiri Kelas Antenatal Di Hospital DEMC Shah Alam sebagai persediaan kepada kami berdua yang bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.
Tempat kelas ini diadakan adalah di Hospital DEMC, Seksyen 14, Shah alam dan tempoh kelas ini adalah selama satu hari iaitu bermula pendaftaran pada pukul 08:30 pagi dan akhir pada petang pukul 05:30 petang.
Jumlah bayaran yang dikenakan untuk menyertai kelas ini adalah sebanyak RM 150 bagi sepasang suami isteri. Pada pendapat saya, harga tersebut dianggap berbaloi kerana banyak ilmu yang dapat ditimba sepanjang kelas ini dan diselami dengan pelbagai sesi yang menarik.
Selain dapat ilmu yang berguna, saya dan isteri juga dapat banyak pamplet tawaran serta barang-barang yang boleh digunakan apabila bayi lahir nanti. Nak tahu apa barang-barang yang saya dapat ? Boleh tengok gambar yang saya kongsikan di bawah :
Bagi yang tak nampak dengan jelas slot dan sesi yang disediakan, boleh rujuk pada gambar yang lebih jelas di bawah :
Kalau dilihat pada gambar diatas, kita dapat lihat banyak sesi dan info berguna dapat dipelajari sepanjang kelas ini. Sesi yang paling menarik bagi saya adalah " Successful Breastfeeding " kerana ia bukan sahaja mengajar ibu untuk memberi susu badan kepada anak yang baru lahir malah pendedahan penting mengenai kepentingan susu ibu yang saya dan isteri langsung tak tahu.
Seterusnya sesi yang menarik lagi adalah dimana saya dan isteri diajar teknik bernafas sewaktu menghadapi saat melahirkan anak. Selain diajar teknik bernafas, saya dan isteri juga diajar cara melakukan senaman, cara menghadapi situasi sewaktu tiba saat bayi nak keluar, dan juga penjagaan bayi yang baru lahir.
Sepanjang kelas tersebut, terdapat 4 sesi rehat yang mana makan dan minum disediakan kepada semua peserta. Semua makanan dan minuman yang disediakan sepanjang kelas ini saya kategorikan sebagai baik dan berpuas hati.
p /s : Gementar pula nak jadi ayah tak lama lagi.
0 ulasan